Anda di halaman 1dari 3

YASMIN BT.

ZAHIR HUSSAIN
940823-10-6376
Kurangkan penggunaan beg plastik. Bincangkan kenyataan ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan plastik? Plastik adalah sejenis bahan


sintetik yang dibuat daripada petroleum. Isu pada zaman yang canggih ini ialah
manusia menggunakan plastik dan membuangnya di merata-rata tempat. Kita
sebagai insan yang berakal tidak memikIrkan impak yang akan berlaku kepada
kita apabila plastik tidak dilupuskan dengan cara yang betul. Plastik
mengandungi sisa-sisa toksik yang berbahaya. Apabila dibuang di merata-rata
tempat, ia akan menyebabkan sisa-sisa toksik yang terkandung dalam plastik
akan meresap ke dalam tanah. Lama-kelamaan air yang mengalir melalui tanah
tersebut mengakibatkan air tersebut turut tercemar. Air merupakan sumber
utama kepada manusia. Tanpa air menusia tidak dapat meneruskan hidup. Jika
penggunaan plastik dapat dikurangkan atau dilupuskan, sudah tentu masalah-
masalah tersebut tidak akan berlaku. Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk
mengurangkan penggunaan plastik.

Antara cara yang kerap dikatakan oleh pihak kerajaan kepada rakyatnya
adalah membawa beg atau troli sendiri apabila ke pasar. Kita sudah tentu kerap
mendengarnya dan juga turut bosan mendengar kenyataan tersebut tetapi itulah
permulaan strategi untuk mengurangkan penggunaan plastik. Apabila kita pergi
ke pasar, sudah tentu kita akan membeli banyak barang keperluan. Hal ini
demikian, sudah tentulah untuk setiap barangan yang dibeli itu dibawa balik ke
rumah dengan menggunakan plastik. Justeru, pihak kerajaan berusaha untuk
memulihkannya. Janganlah kita membawa barangan tersebut di dalam plastik,
tetapi bawalah barangan tersebut di dalam troli atau beg sendiri.Tetapi, rakyat
Malaysia pada masa ini, begitu malasnya untuk membawa beg sendiri dan
langsung tidak menghiraukan keadaan alam jika menggunakan plastik.
Adakah pihak kerajaan perlu mengulang berjuta-juta kali kepada kita supaya
kerangkan penggunaan plastik. Ini diibaratkan anak laut dikunyah-kunyah, enak
kata diulang-ulang. Ini merupakan nasihat yang baik tetapi mengapakah begitu
susahnya untuk kita melakukannya? Sepatutnya, kita berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hajat ini. Jika hati hendak semua jadi.
Selain menggunakan troli dan beg sendiri, kita juga boleh merialisasikan hajat
pihak kerajaan dengan menyimpan semua makanan lebihan di dalam bekas
kaca.. Rakyat Malaysia mempunyai tabiat yang buruk iaitu selalu menyimpan
lebihan makanan di dalam bekas plastik.Bahan kaca kebiasaannya boleh dikitar
semula dan tidak mencemarkan atau memberi sebarang impak kepada alam
sekitar. Tambahan lagi, bukankah dengan menggunakan bekas kaca lebih cantik
dan menarik daripada menggunakan bekas plastik. Kita harus memikirkan
kesan-kesan positif apabila menggunakan bekas berkaca.

Di samping itu, mengurangkan penggunaan plastik adalah melalui katakan


tidak pada plastik apabila peniaga runcit menyimpan barangan yang diberi di
dalam plastik. Dengan cara ini, bilangan penggunaan plastik dapat dikurangkan
dengan mendadak. Marcapada ini, hampir semua peniaga runcit menggunakan
plastik untuk membungkus atau menyimpan barangan runcit. Pihak kerajaan
sepatutnya menguatkuasakan undang-undang penggunaan plastik oleh peniaga-
peniaga. Kesannya ialah, mereka tidak lagi akan menggunakan plastik kerana
takut dikenakan denda oleh pihak berkuasa apabila didapati menggunakan
plastik. Kedai-kedai runcit di Amerika Syarikat biasanya akan menggunakan beg
kertas yang teguh sebagai alat pengganti plastik. Sikap ini adalah sangat baik
dan kita patut teladaninya. Kertas dapat dikitar semula dan juga merupakan
bahan yang mesra alam walaupun dibuang di merata-rata tempat.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, plastik adalah bahan sintetik yang
diperbuat daripada petroleum. Tambahan pula, unsur utama yang terkandung di
dalam plastik ialah karbon dan hidrogen. Jika plastik dibakar, gas berasid
hidrogen akan dibebaskan dengan banyak dan hujan asid boleh terjadi. Hujan
asid bukan sahaja boleh membahayakan manusia, malah boleh menggugat
ekologi alam, misalnya tanah tidak sesuai lagi untuk pertanian. Perkara ini
sangat berkait rapat apabila rakyat Malaysia selalunya mengumpul dan
membungkus sampah-sarap di dalam plastik sampah. Kadang kala terdapat
sesetengah orang membakar plastik sampah tersebut untuk cepat
melupuskannya tetapi tidak memikirkan kesan yang akan menimpa mereka.
Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, terdapat cara lain untuk meminimumkan
kadar plastik dalam kitar penggunaan. Caranya ialah memproses semua bahan
buangan plastik bagi membolehkannya digunakan semula. Melalui cara ini,
kitaran semula buangan bahan plastik seperti beg plastik boleh mengatasi
masalah kekurangan tempat pelupusn sampah. Cara lain adalah , sampah sarap
selain plastik, cubalah digunakan semula atau ditanam. Ini juga antara cara
mengurangkan masalah tempat pelupusan sampah serta mengurangkan atau
menjimatkan penggunaan plastik sampah. Perkara ini demikian kerana hampir
setiap hari orang akan membuang sampah sarap dengan membungkusnya di
dalam plastik sampah.

Kesimpulannya, masalah penggunaan plastik perlu ditangani dan diatasi


dengan segera. Jika perkara ini tidak diendahkan , impaknya adalah sangat
berbahaya kepada kita. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah yang
efektif patut diambil. Kita sebagai insan yang mulia perlulah mengambil berat
tentang alam kita yang indah ini. Akibat daripada sikap manusia yang tidak dapat
mengawal masalah penggunaan plastik menyebabkan banyak fenomena yang
tidak diingini terjadi. Oleh itu, kita perlulah menyediakan payung sebelum hujan.
Jika masalah ini dapat ditangani dengan segera, negara kita akan menjadi lebih
harmoni dan rakyatnya dapat menghidu udara yang segar. Tegasnya,
penggunaan plastik patut dikurangkan demi kesejahteraan hidup manusia
sejagat.

Anda mungkin juga menyukai