Anda di halaman 1dari 4

1) Semua murid dan guru-guru diminta duduk.

2) Yang berusaha, Encik. Manimutthu, Guru Besar Sekolah Jenis


Kebangsaan Tamil Karak, Yang dihormati Puan Komala, Pen Kanan
Kurikulum, Yang dihormati Puan Anandavalli, Pen Kanan HEM, Cik
Indra, Pen Kanan Kokurikulum, guru-guru serta murid-murid yang
dikasihi sekalian.

3) Ceria wajah dalam majlis,

Hati berkobar semangat dibawa,

Sambutan merdeka penyeri majlis,

Sematkan gagah di dalam jiwa.

4) Selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan


peringkat SJK T KARAK. Sama-sama kita panjatkan rasa syukur
kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat
bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa
diiringi dengan kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.

5) Murid-murid yang dikasihi sekalian,

6) Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda


semua guru dan anak-anak didik di sekolah ini bersama melangkah
seiring menggenggam iltizam menjadi warganegara yang patriotik.

7) Dengan tema "Negaraku Sehati Sejiwa" , secara rasminya


menunjukkan Malaysia akan meraikan ulang tahun yang ke-60 ,
sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan
yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan
menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang
dikecapi secara berterusan.

1) Ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-60 ini, hakikatnya


menjadi refleksi keada tarikh keramat kemerdekaan negara pada
tahun 1957. Justeru, kita perlu mencerminkan impian dan harapan
serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat
terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi
Malaysia pada hari ini, terutamanya golongan muda.

9) Ekoran itu, bangsa 1 Malaysia yang melata di muka bumi Malaysia,


terutama golongan muda inilah yang mampu membentuk ke mana hala
tuju Malaysia. Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu
memainkan peranan penting untuk mempertahankan kemakmuran,
keharmonian, dan keselesaan, yang sedia ada sekarang.

10) Murid-murid yang dikasihi sekalian,

11) Ada pepatah mengatakan, nak tengok negara kita akan datang,
lihatlah anak remaja sekarang. Jika baik, maka baiklah kelak. Jika
sebaliknya, maka bersedialah. Lantaran itu, fikirlah sejenak apa akan
jadi pada negara pada zaman kalian menjadi dewasa kelak.

13) Hadirin sekalian,

14) Sempena bulan kemerdekaan kali ke 60 ini, pihak penganjur


program akan menjalankan beberapa aktiviti bagi menyemarakkan
sambutan.
15) Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan, Tuan
Guru Besar SJK T KARAK, sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran
Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60. Dipersilakan....

16) Terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.

17) Keris Melayu Lambang Pusaka,


Tapak Sirih Lambang Sejahtera,
Negara Sudah Aman Merdeka,
Hidup Rakyat Bergaul Mesra.

Ayam Jantan Lawan Berlaga,


Bebas Merdeka Dari Sengsara,
Maruah Kita Hendaklah Dijaga,
Benteng Kuat Pertahankan Negara.

18) Hadirin sekalian,

20) Bagi memeriahkan acara pada hari ini, majlis diteruskan dengan
persembahan tarian murid murid tahun 5 kuberan yang bertemakan
kemerdekaan. Berikan tepukan yang gemuruh bagi mereka
dipersilakan.

21) Terima kasih atas persembahan tadi. Diminta semua murid


berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik Jalur
Gemilang, Tanggal 31.
19) Hadirin sekalian.Percayalah, Jika kita seluruh rakyat Malaysia
bersatu padu, apa yang kita nikmati dan kecapi sekarang ini akan
terus berkekalan..Sama-samalah kita berdoa agar negara dan rakyat
Malaysia terus selamat dan terhindar daripada sebarang bala
bencana.

20) majlis diteruskan dengan pertandingan menghasilkan topi


kemerdekaan . murid diminta duduk dalam keadaan senyap kertas
akan diedarkan sekarang. Murid-murid hanya diberi 40 minit sahaja
bagi menghasilkan topi ini. Murid-murid boleh mula sekarang

21) Sekian sahaja Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini.
Mohon maaf andai ada salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar
kita terus merasai nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang
berterusan, terhindar dari segala keburukan, kemungkaran mahupun
kemaksiatan agar kita terus dapat berbakti kepada agama, bangsa
dan negara tercinta ini.

22) Sekian, terima kasih