5 ARIF
NAMA GURU :
TARIKH HANTAR :
14 OGOS 2017
1
ISI KANDUNGAN
2
PENGENALAN
3
TUNKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM
PUTRA AL-HAJ
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa disebalik
kejayaannya.Beliau merupakan seorang yang peramah , baik hati , arif dalam membuat
pertimbangan , berjiwa rakyat , setia kepada sahabat-sahabatnya , rendah diri , murah
hati , sentiasa bersimpati , bertanggungjawab serta banyak lagi nilai yang membolehkan
beliau mempunyai kenalan yang ramai.
Tunku dilahirkan pada 08 Februari 1903 di Istana Tingkat Tiga ( Istana Kota Lama )
Alor setar , Kedah . Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan
sesiapa sahaja.
Beliau merupakan putera yang ke-6 dari isteri yang ke-2 atau yang ke-24 bagi
ayahnya.Ayahandanya , Sultan Abdul Hamid , menaki takhta Kedah pada 1881 dan
mangkat pada tahun 1943.Ibundanya pula , Che Manjalara , berketurunan Siam dan
Burma dan menukar namanya kepada Sharifah Fatimah setelah memeluk agama Islam.
Tunku telah berkahwin pada tahun 1939 dengan isterinya Sharifah Rodziah binti Syed
Alwi Barakbah.Kedua-duanya merupakan tokoh kebanggaan negara.
4
PENDIDIKAN AWAL :
Demi menyempurnakan hasratnya menjadi peguam maka ada tahun 1947 , beliau
sekali lagi ke England bagi melanjutkan pelajarannya dalam pegajian undang-undang di
Cambridge Universiti dan ditauliahkan pada tahun 1949.
5
KEPERIBADIAN :
6
PENGLIBATAN DALAM SUKAN :
Beliau juga merupakan seorang yang akif dalam sukan.Mempunyai banyak hobi
termasuk menunggang kuda , memancing ikan , dan memasak.Meminati bidang sukan
sejak kecil terutamanya menunggang kuda dan bermain golf.Bola sepak merupakan
bidang yang paling diminati.Pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak
Melayu , Bola Sepak Selangor dan Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia
pada 14 Februari 1954.
KERJAYA :
Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama
pada tahun 1957.Beliau turut memegang portfolio Menteri Dalam Negeri.Sebelum
menjadi Perdana Menteri , beliau pernah memegang beberapa jawatan lain.Kerjayanya
bermula pada 10 Disember 1931 apabila beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah
Kuala Muda , Padang Terap , Kuala Nerang , Sungai Petani , dan Kulim , Kedah.1940 ,
Tunku menjadi Timbalan Pengarah Keselamatan Awam Kedah.Tunku juga pernah
bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan dan Kehakiman Kuala Lumpur.
Pada tahun 1955 , Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu.Penglibatan beliau dala bidang politik tamat apabila beliau meletakkan jawatan
sebagai Pedana Menteri Malaysia pada 22 September 1970.
7
SUMBANGAN TOKOH :
SUMBANGAN DALAM PENULISAN
Tunku juga berminat dalam bidang seni dan kebudayaan negara.Sebelum menjadi
Perdana Menteri , beliau bercita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat
kebudayaan.Pada 27 Ogos hingga 30 Ogos 1969 , beliau telah mengadakan Persidangan
Antarabangsa Drama dan Muzik Tradisional Asia Tenggara dengan tujuan menonjolkan
kebudayaan Melayu di mata dunia.
8
Tunku telah menghasilkan tiga karya yang kemudiannya difilemkan iaitu Mahsuri
, Raja Bersiung dan Sumphan Mahsuri .Filem Raja Bersiung merupakan antara
filem Melayu pertama yang berwarna di Malaysia yang ditayangkan untuk mengutip
derma bagi tabung Tuju Peringatan Rosli Dhobie.
Pada 31 Julai 1961 , Tunku telah mengasaskan ASA ( Assosiation of South East
Asian States ) yang terdiri daripada Tanah Melayu , filipina , dan Negara Thailand.
Pada 11 Julai 1962 , MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia , Filipina , dan
Malaysia dibentuk.Akan tetapi , persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi
konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina sebaik sahaja Malaysia diisyhtiharkan.Ketika
berusaha menyelesaikan masalah tersebut , Tunku dihampakan apabila Singapura
memutuskan untuk keluar daripada Persekutuan pada 9 Ogos 1965.Tunku berjaya
mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan
Filipina 3 Jun 1966.Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama
Pertubuhan Negara -Negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari Jeddah.
9
Masalan Tunku Abdul Rahman Putra.Sebagai pemimpin PERKIM , beliau berusaha
memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan
pada tahun 1975.Dengan bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu , beliau telah berjaya
menempatkan seramai 4500 orang pelarian di Pengkalan Chepa dan Cheranting.
KEJAYAAN TUNKU :
Rakyat menyanjung tinggi tunku kerana mencapai begitu banyak kejayaan dan
menyumbang kepada keamanan dan kemerdekaan negara serta penyatupaduan
rakyat.Sebelum mencapai kemerdekaan , Tunku sudah yakin bahawa beliau akan
menhadapi banyak cabaran dan rintangan untuk mencapai keamanan dan kemerdekaan
dalam menyatupadukan rakyat..Ini menyebabkan rakyat merasa terhutang budi dan
mengaguminya.Setelah dilantik menjadi presiden UMNO , beliau berikhtiar untuk
mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.Tetapi , cabaran yang terpaksa
dihadapinya ialah menyatupadukan parti-parti kaum yang lain bagi mencapai tujuan
ini.Oleh itu , dia membentuk Parti Perikatan dengan menggbungkan UMNO-
MCA.Cadangan ini berjaya dan membolehkan Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya
Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 dengan memenangi 51 daripada 52
kerusi.
Kejayaan yang menakjubkan ini menarik perhatian mic untuk menyertai gabungan
ini.Tahun 1955 merupakan tahun yang menjadi ujian sebenar Tunku Abdul Rahman.Parti
Perikatan perlu memenangi pilihan raya kali ini untuk membuktikan kepada British
bahawa tanah air kita yang terdiri daripada pelbagai kaum sudah brsedia untuk
merdeka.Tunku telah bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pilihan majoriti.Beliau
membuat lawatan ke seluruh Tanah Melayu tanpa ,erasa penat dan lelah.Akhirnya beliau
berjaya mengatasi rintangan ini dengan memenangi pilihan raya itu.Beliau eterusnya
mengetuai Rombongan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956 untuk mendapatkan
kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Beliau berjaya mendapatkan persetujuan British dan 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai
tarikh kemerdekaan.Selepas kejayaan ini , beliau mendapat perhatian masyarakat di
seluruh dunia , terutamanya media massa.Pada 27 Mei 1961 , Tunku telah
mengemukakan cadangan untuk menggabungkan Tanah Melayu , Singapura , Sabah ,
Sarawak , dan Brunei bagi membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia.Idea
tersebut mendapat sokongan dari negara-negara tersebut kecuali Brunei.Pada 6 Januari
1962 , kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British telah menubuhkan Suruhanjaya
10
Cobbold bagi meninjau reaksi rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan
Malaysia.Akhirnya Malaysia dibentuk pada 16 Julai 1963 dengan menggabungkan Tanah
Melayu , Singapura , Sabah , dan Sarawak.
ANUGERAH :
Pada 6 Disember 1990 , Tunku menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 87
tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur.Pihak kerajaan telah mengiktiraf Istiadat
Pengebumiaan Negar kepada beliau.Pada 7 Disember 1990 , jenazah beliau telah diberi
penghormatan terakhir oleh orang ramai di Dewan Bankuasi , Bangunan Parlimen Kuala
Lumpur.Selepas itu , jenazah beliau diterbangkan ke Alor Setar<Sungai Besi.Setibanya di
11
sana , jenazahnya diberi penghormatan terakhir oleh Sultan dan Sultanah Kedah di Balai
Besar,Alor Setar sebelum diusung menuju makam diraja untuk menjalani istiadat
pengebumian.Pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang besar dan jasanya
sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia.
Beliau dilahirkan di Bukit Gambir , Johor Bahru , Dato Onn ialah anak kepada Dato
Jaafar bin Haji Muhammad , Menteri Besar Johor yang pertama.Seorang kerabat diraja
Johor , beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil , dan
mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.
Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun , dan
pada tahun 1934 , menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.Disamping
itu , beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.Semasa zaman
Pendudukan Jepun , Dato Onn menjadi ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri
Johor.Dato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah
British , tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.
Pada 1-4 Mac 1946 , 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan
Sulaiman , Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres melayu pertama yang diadakan
untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak
istimewa orang melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu.Hasil daripada mesyuarat
12
ini , sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga
diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946.Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam
gerakan nasionalisme Melayu , kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.
Pada 1 Oktober 1946 , Dato Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor.Tiga tahun
kemudian , beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO.Di
bawah kepimpinannya , UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan
Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu.Persekutuan Tanah
Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan memperketatkan syarat-
syarat kerakyatan , serta memberi hak istimewa orang Melayu.Dato Onn kemudiannya
berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman
UMNO , dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk
Tanah Melayu , tanpa mengira kaum , dan nama UMNO ditukar menjadi Pertubuhan
Kebangsaan.Penduduk Tanah Melayu Bersatu.Oleh sebab cadangan itu ditentang , Dato
Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat
Agong Keenam diadakan pada 25-26 Ogos 1951.Dato Onn kemudian menubuhkan Parti
Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951.Malangnya parti tersebut tidak mendapat
sokongan daripada orang melayu.Pada tahun 1954 , beliau meninggalkan parti itu untuk
menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama
di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955.Parti Negara menyekatkan keahlian bukan
orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang
Melayu.Walaupun demikian , partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak
memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu.
13
TUN DR. ISMAIL DATO ABDUL RAHMAN
Ismail bin Dato Abdul Rahman telah dilahirkan di Johor Bahru pada 4 November
1915.Bapanya Abdul Rahman bin Mohammed Yassin adalah bekas Pegawai
Perkhidmatan Awam Kerajaan Johor pernah menyandang jawatan Presiden Pertama
Dewan Negeri iaitu jawatan tertinggi dalam kerajaan Johor.Ibunya Zaharah bin Abu Bakar
meninggal dunia sewaktu Tun Dr. Ismail berumur sembilan tahun.Beliau mempunyai
lapan orang adik beradik.Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Norasyikin binti Dato
Mohd Seth dan mempunyai enam orang anak , empat lelaki dan dua perempuan.Tun Dr.
Ismail adalah peminat sukan. Di antara sukan yang digemari ialah golf , ragbi , tenis ,
badminton , tinju , dan bola sepak.Tun juga mempunyai minat dalam bidang fotografi ,
penggemar lagu-lagu Melayu asli , suka mengumpul barang-barang antik seperti paip
dan pemetik api serta bercucuk tanam pelbagai jenis pokok bunga dan buah-buahan di
persekitaran rumahnya.
Tun Dr. Ismail telah belajr di sekolah English College , Johor Bahru dan kemudiannya
menyambung pelajaran di maktab perubatan , King Edward VII College of Medicine ,
Singapura pada tahun 1935 hingga 1937 dan selepas itu melanjutkan pelajarannya ke
Australia.Beliau telah mendapat Ijazah Perubatan dari Universiti Melbourne , Australia
dalam tahun 1945 dan merupakan anak Melayu pertama yang lulus dari Universiti
tersebut.Setelah kembali ke Tanah Air beliau telah membuka klinik perubatan sendiri
yang dinamakan Tawakkal dari tahun 1947 hingga 1952 di samping bekerja secara
sambilan di Hospital Besar , Johor Bahru.
Pada tahun 1953 , beliau mula melibatkan diri sepenuh masa dalm memperjuangkan
kemerdekaan Tanah Air melalui UMNO yang dipimpim oleh T.T.M Tunku Abdul Rahman
Putra.Sebelum itu , Dr. Ismail pernah dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Undangan
14
Negeri Johor dan ahli Mahjlis Mesyuarat Kerajaan dalam tahun 1948.Pada tahun 1953 ,
beliau telah menyandang jawatan Menteri Hasil Bumi hingga tahun 1955.Setahun
kemudian beliau dilantik menjadi Menteri Perundangan dan Perindustrian yang
pertama.Beliau juga menyertai rombongan ketua Menteri , Y,T.M Tunku Abdul Rahman
Putra ke London pada 18 Januari hingga 8 Februari 1956 kerana rundingan mengenai
kemerdekaan.Setelah mencapai kemerdekaan , Dr. Ismail dilantik sebagai Duta Besar
Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Washington di Persidangan Bangsa-Bangsa
Bersatu setelah Malaya diterima sebagai anggota pertubuhan itu.Memandangkan
pengalaman beliau di arena antarabangsa , pada tahun 1959 beliau dilantik sebagai
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.Pada tahun 1960 pula , beliau dilantik menjadi Menteri
Keselamatan Dalam Negeri dan tiga bulan selepas itu ditugaskan menjalankan kerja-kerja
sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Pada tahun 1967 , Tun Dr. Ismail mengambil keputusan meletakkan jawatan kerana
kesihatan sering terganggu disebabkan penyakit jantung.Walau bagaimanapun beliau
telah kembali berkhidmat pada bulan Mei 1969.Beliau telah dilantik menjadi Hal Ehwal
Dalam Negeri.Dengan tindakan yang tegas beliau berjaya memulihkan keamanan dalam
negara pada masa tragedi 13 Mei 1969.Setelah Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra bersara
tahun 1970 , Allahyarham Tun Razak telah dilantik menjadi Perdana Menteri.Tun Razak
telah melantik Tun Dr. Ismail sebagai timbalannya disamping menyandang jawatan
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.Tun
Dr. Ismail terkenal dikalangan pemimpin kerajaan dan antarabangsa kerana
kebijaksanaannya dalam berhujah serta idea-idea yang membuna dan bernas.Beliau
adalah orang yang mula-mula menganjurkan Dasar Berkecuali Asia Tenggara.Ketika
menyandang jawatan Menteri Kehakiman beliau telah menghadiri Persidangan Menteri-
Menteri Kehakiman Komanwel di Australia dan Persidangan Keamanan Dunia melalui
undang-undang di Washington pada tahun 1965.Beliau juga telah mewakili malaysia di
upacara perlantikan Presiden Filipina dalam bulan Disember 1965.
15
Tun Dr, Ismail pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika Y.T.M Tunku Abdul
Rahman dan Tun Abdul Razak berada di luar negara.Kali terakhir memangku ketika
Allahyarham Tun Abdul Razak berada di Kanada bagi menyertai Persidangan Ketua-
Ketua Negara-Negara Komanwel.Beliau telah menghembuskn nafas terakhir pada 2 Ogos
1973 dalam usia 57 tahun di rumahnya.Beliau telah meneima pelbagai anugerah sama
ada dari dalam atau luar negara kerana kecemerlangan menjalankan tugas dan
tanggungjawab.Antaranya Darjah Panglima Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agung
pada 31 Ogos 1959.Majlis Senat Universiti Malaya turut memperingati dan menghargai
jasa beliau dengan mengurniakan beliau Ijzah Kehormat Doktor Undang-Undang pada 13
Jun 1964.Seterusnya pada bulan Oktober 1965 , beliau menerima Darjah Kebesaran
Vietnam iaitu Vietnam National Order Grand Officer dan dalam bulan yang sama
dikurniakan anugerah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) daripada Sultan Johor.
Pada bulan April 1966 beliau telah di anugerahkan pingat Seri Setia Mahkota (SSM)
yang membawa gelaran Tun.Ketokohan Tun juga mendapat penghagaan kerajaan
Indonesia apabila dikurniakan Bintang Republik Indonesia Kelas Dua.Penghargaan ini
diperolehi ketika Residen Soharto melawat Malaysia pada tahun 1970.Dalam Konvensyen
Pertama Universiti Sains Malaysia pada 9 Januari 1973 Tun Dr. Ismail telah menerima
Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang.Sebagai menghargai jasa-jasa Tun Dr. Ismail
terhadap negara dan bangsa jenazah beliau telah disemadikan di Makam Pahlawan
Negara di Masjid Negara atas kehendak Tun Abdul Razak.Beliau merupakan pemimpin
pertama yang disemadikan di makam tersebut.Tugas rasmi yang terakhir dilakukan
adalah merasmikan Perayaan Jubli Perak Gabungan Pelajr-Pelajar Melayu Semenanjung
(GPMS) pada 2 Ogos 1973.
16
IKTIBAR YANG BOLEH DIAMBIL DARI KESEMUA TOKOH
Kita seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua
rakyat bersatu padu , bertolak ansur , hormat menghormati , dan saling menyanyangi
antara satu sama lain.
Jika dikenangkan kembali perjuangan pejuang-pejuang tanah air , sudah pasti timbul
kesedaran dalam diri masing-masing betapa peritnya kehidupan kehidupan mereka pada
zaman tersebut.
Sewajarnya , kesedaran ini merupakan aspek penting yang perlu deterapkan dalam
diri kita.Nilai ini amat diperlukan dalam memelihara keharmonian seterusnya melahirkan
rasa kecintaan terhadap bumi bertuah ini.Sikap bersederhana dan tolak ansur juga
adalah faktor penting dalam pembentukan negara dan bangsa di Malaysia.
17
KESIMPULAN
Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah
untuk dicapai.Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses
yang sangat panjang.
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menjadi sebuah negara
yang maju pada menjelang tahun 2020.Antara faktor utama kejayaan ini ialah melalui
situasi keamanan dan kesejahteraan negara seniaa terjamin.Dalam nada yang sama , kita
seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara ini yang dijajah dan
memerlukan kekuatan bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak akan lagi
berlaku.
Oleh itu , diharapkan agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-
undang , menjaga maruah negara dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak
berjuang bagi mencapai kemerdekaan.
18
19