Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 2 : PENULISAN LAPORAN

1.0 PENGENALAN

Seperti yang umum ketahui, kebanyakan negara-negara di asia tenggara merupakan


negara membangun. Justeru, pertumbuhan ekonomi di asia tenggara secara langsung telah
meningkatkan taraf kehidupan penduduknya. Peningkatan pendapatan di negara-negara ini
ditunjukkan dengan pertumbuhan kegiatan produksi dan konsumsi. Pertumbuhan ini juga
membawa pada penggunaan sumber semula jadi yang lebih besar dan pengeksploitasian
persekitaran untuk keperluan industri, bisnes dan aktiviti sosial. Oleh yang demikian, di
bandar-bandar negara dunia ketiga, pengurusan sampah sering mengalami masalah ataupun
pelemik yang tidak berkesudahan. Pembuangan sampah yang tidak diurus dengan baik, akan
mengakibatkan masalah besar yang boleh menjadi barah kepada sesebuah negara sekiranya
tidak dibendung dengan segera.. Hal ini tidak lain dan tidak bukan kerana penumpuan sampah
di tapak pelupusan sampah atau pembuangan sampah tersebut secara sembarangan ke
kawasan terbuka yang akan mengakibatkan pencemaran tanah sehingga boleh memberikan
kesan kepada saluran air tanah.

Hal ini juga tidak ketinggalan telah berlaku di negara kita Malaysia. Isu sampah
bukanlah satu isu baru dalam negara ini. Perkara ini sudah menjadi duri dalam daging yang
semakin melunar dalam kehidupan. Sehinggakan masalah menjadi semakin sukar untuk
dibendung. Penghasilan sampah memang tidak dapat dielakkan. Kuantitinya juga hanya akan
bertambah dan tidak mungkin akan berkurang. Sampah dianggap sebagai bahan yang tidak
berguna dan tidak mendatangkan sebarang faedah, malah boleh mendatangkan mudarat jika
disimpan. Dengan itu, selalunya sisa-sisa tersebut dibuang dan dilonggokkan di tempat-
tempat pembuangan sampah sama ada menggunakan teknik pembuangan yang betul atau
sebaliknya. Sampah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah domestik dan sampah
bukan domestik (Ridwan Lubis, 1994). Sampah domestik adalah bahan-bahan buangan yang
dibuang dari rumah atau dapur. Contohnya seperti botol, kaca, tin aluminium, beg plastik,
kertas, pakaian buruk dan juga sisa makanan. Sampah bukan domestik pula adalah bahan-
bahan buangan yang terhasil dari industri, tapak pembinaan, pekedai atau pasar dan pejabat.
Bahan-bahan buangan ini terdiri daripada pelbagai jenis termasuklah sisa jualan, sisa
pembuangan dan sisa daripada proses pengilangan.

Pelupusan sampah menjadi satu isu yang bermain di fikiran jika topik sampah
dibincangkan. Pelbagai altenatif dan penyelesaikan telah diutarakan oleh pihak berwajib.
Namun, masalah ini masih tiada noktahnya. Kita sedia maklum suatu permasalahan yang
timbul tidak akan dapat diselesaikan jika tiada kerjasama. Selain itu juga, kita juga tidak
seharusnya hanya menuding jari ke satu pihak untuk mengatasi masalah ini. seharusnya kita
bersama berganding bahu mencari penyelesaian dan menyokong segala jalan penyelesaian
yang telah diutarakan.

2.0 DEFINISI

Secara umumnya, Sampah atau bahan buangan merupakan bahan sisa yang tidak
diinginkan setelah berakhirnya suatu proses. Sampah merupakan konsep buatan manusia,
dalam proses-proses alam tidak ada sampah, yang ada hanya produk-produk yang tidak
bergerak. Manakala, pengurusan sisa pula merupakan kawalan pengumpulan, rawatan dan
penghapusan sampah yang berbeza-beza. Menurut Tchobanoglous (1993) sampah sarap
ialah semua bahan yang terutama dihasilkan oleh aktiviti manusia seperti industri, pertanian
dan pertambangan dan lainnya yang dianggap tidak berguna. Selain itu, Barret (1998)
mengatakan sampah adalah buangan berasal dari suatu proses produksi, yang memerlukan
suatu pengurusan kerana pengurusan adalah alat penting untuk memastikan sistim dapat
bekerja dengan baik.

Menurut kajian Suguna (1986), sampah sarap merupakan bahan pepejal yang terhasil
dari aktiviti manusia dan ianya dianggap tidak berguna dan boleh dibuang. Sampah sarap
juga ditakrifkan sebagai bahan yang dilupuskan kerana ia tidak dapat digunakan ataupun
yang tidak diperlukan lagi oleh manusia ataupun tidak mempunyai nilai dari segi ekonomi,
yang terhasil dari aktiviti-aktiviti harian manusia (Chamhuri 2000). Selain itu, menurut kajian
Plintoff (1976), sampah sarap merupakan bahan-bahan pepejal yang dihasilkan oleh industri,
pertanian, perlombongan, perniagaan dan dari domestik.

Manakala, menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pula, sampah ditakrifkan sebagai
suatu bahan buangan, termasuk semua bahan yang telah ditetapkan sebagai bahan buangan
terjadual, atau semua bahan samaada dalam bentuk pepejal, cecair atau dalam bentuk gas
atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekeliling yang akan
menyebabkan pencemaran (Laws of Malaysia 1998). Selain itu, pengurusan sampah sarap
boleh didefinisikan sebagai suatu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kawalan penjanaan,
penyimpanan, pengumpulan, pemindahan, pengangkutan, pemprosesan dan pelupusan
sampah di tapak pelupusan sampah dengan suatu kaedah yang sesuai dengan asas
kesihatan orang ramai, ekonomi, kejuruteraan, pemuliharaan, astetik dan pertimbangan
kepada alam sekitar.

Selain itu Cooper (1981) yang juga seorang aktivis alam sekitar menyatakan bahawa,
pengurusan sampah sarap merupakan suatu istilah yang mesti diterapkan kepada sistem
yang dirancang dan ditadbir berhubungan dengan tempat penyimpanan sementara,
pemungutan, pengangkutan, pemulihan dan pelupusan akhir terhadap dasar yang diuruskan
bagi semua bahan pepejal yang tidak dikehendaki muncul daripada sumber-sumber domestik,
komersil, industri dan klinikal. Maka, secara kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa
sampah merupakan bahan buangan yang dihasilkan daripada aktiviti manusia itu sendiri
seperti aktiviti perindustrian, ekonomi dan sebagainya.

3.0 PUNCA BERLAKU ISU PELUPUSAN SAMPAH

Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini daripada akarnya, terdapat
beberapa faktor yang telah dikenal pasti telah menjadi penyebab utama bagi masalah yang
berlaku ini, antaranya adalah sikap pentingkan diri sendiri, kelemahan pengurusan sampah,
dan juga ketiadaan kesedaran sivik. Faktor-faktor ini dilihat dari tiga struktur bahagian dalam
kehidupan masyarakat. Struktur yang dimaksudkan adalah dari pihak pegawai berwajib,
kerajaan dan rakyat (individu) itu sendiri. Hal ini kerana, kita semua merupakan manusia yang
hidup secara bermasyarakat. Maka, setiap permasalahan yang berlaku adalah berpunca dari
kita sendiri. Oleh itu, faktor-faktor ini perlu diketengahkan dan dikaji untuk mencari
penyelesaian yang kompeten ke atas isu ini.

Faktor yang pertama adalah sikap pentingkan diri sendiri. Hal ini akan dikaitkan
dengan pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dalam menguruskan tempat
pembuangan sampah. Atas dasar mementingkan diri sendiri dan tidak prihatin dengan
keadaan sekeliling. Mereka tiada kesedaran dan tidak melaksanakan tanggungjawab yang
telah diberikan. Selain itu juga, aduan rakyat mengenai tempat-tempat pelupusan sampah
haram yang wujud di kawasan-kawasan perumahan mereka tidak diendahkan. Bukti-bukti
seperti yang sering dipaparkan di muka-muka akhbar membuktikan pihak berwajib seolah-
olah tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Menurut Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau telah berkata dalam
ucapan beliau pada tahun ini bahawa Kita lihat isu alam sekitar ini tidak dapat lari daripada
rasuah, jadi perlu beri perhatian sebelum ia menjadi lebih serius pada masa akan datang.
Oleh itu sudah tiba masanya perhatian serius diberi terhadap isu penguatkuasaan yang
longgar dan penyalahgunaan kuasa dalam isu alam sekitar. Maka, pada tahun ini juga
kerajaan Malaysia telah mewujudkan Kokus Perlindungan Alam Sekitar dan Antirasuah
(EPACC) bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar alam sekitar adalah bagi
memastikan pembangunan pesat di negara ini tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.
Melalui EPACC ini, secara tidak langsung dapat memastikan mereka yang diberi
tanggungjawab dan amanah untuk memelihara alam sekitar ini menjalankan tugas mereka
mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan bersih daripada gejala rasuah serta
salah guna kuasa.

Sumber industri berkata, kelemahan pengurusan sisa pepejal negara ini dapat dilihat
melalui masalah kutipan sampah dan isu pembuangan sampah haram yang sering dilaporkan
media tempatan, sehinggakan ia menjadi masalah rutin di beberapa kawasan. Masalah
kutipan sampah, misalnya didakwa dikaitkan dengan kegagalan sebilangan pihak berkuasa
tempatan membayar kepada syarikat konsesi yang kemudiannya gagal membayar kepada
kontraktor diupah mengikut jadual menyebabkan berlaku gangguan dalam rutin kutipan
sampah di kawasan perumahan. Ini menerangkan kenapa mutu perkhidmatan pengurusan
sampah berbeza mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan kerana tidak diseragamkan.
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan hutang
pihak berkuasa tempatan kepada syarikat konsesi sejak 13 tahun lalu mencecah RM348.6
juta dan pihak terbabit diminta menjelaskan hutang tertunggak itu sebelum kerajaan pusat
mengambil alih pengurusan sisa pepejal negara. Tunggakan hutang itu bukan saja
menjejaskan mutu perkhidmatan kepada pengguna malah menjejaskan usaha syarikat
konsesi terbabit menaik taraf secara berperingkat tapak pelupusan sampah sedia ada bagi
memanjangkan jangka hayatnya (Berita Harian, 2010).

Seterusnya faktor yang kedua adalah kelemahan pengurusan sampah. Terdapat


sumber yang melaporkan bahawa penduduk bandar menyumbang sekurang-kurangnya 1.5
kilogram pembuangan sampah setiap hari, manakala 0.8 kilogram bagi penduduk luar
bandar. Dipercayai angka ini akan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Berikutan kepada
penambahan sampah ini masalah pelupusan sampah menjadi isu penting. Pengurusan
sampah yang baik amat penting untuk mengelakkan implikasi-implikasi yang tidak diingini.
Pihak yang bertanggungjawab ialah kerajaan kerana kerajaanlah yang bertanggungjawab
menentukan cara sistem yang terbaik untuk menguruskan sampah. Kerajaan negeri sering
menjadikan sampah sebagai isu politik. Yang menjadi mangsa adalah rakyat. Sebagai contoh
isu pembuangan sampah yang berlaku di Bachok, Kelantan. Berita Harian melaporkan rakyat
menyuarakan perasaan tidak puas hati kerana sikap kerajaan negeri yang menjadikan
kawasan perumahan mereka sebagai tempat pembuangan sampah terbuka. Hal ini amat
membimbangkan kerana kawasan tersebut berhampiran dengan sungai yang menjadi
sumber air penduduk. Hal hal seperti ini bukan sahaja berlaku di Bachok malahan di
kawasan-kawasan lain. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu lebih perihatin terhadap
nasib dan aduan rakyat. Berkemungkinan perkara tersebut akan mendatangkan pelbagai
musibah kepada masyarakat kelak.

Faktor terakhir yang ingin dikupas adalah sikap individu yang tiada kesedaran sivik.
Ini merupakan faktor utama masalah ini. Kita sering melihat sampah terbiar di tepi jalan, tepi
longkang, di mana-mana sahaja tetapi apa yang kita lakukan? Hanya memandang dan berlalu
pergi. Di sini timbul persoalan adakah kita yang seharusnya mengutip sampah tersebut.
Langsung tidak terlintas dalam hati untuk mencapai sampah tersebut dan letakkan di tempat
yang sepatutnya. Bukan itu sahaja, malahan terdapat segelintir masyarakat yang tidak
bertanggungjawab suka membuang sampah merata-rata. Walaupun pihak kerajaan giat
menlancarkan kempen kesedaran seperti 3R, hari tiada beg plastik dan pelbagai lagi. Masih
juga terdapat segelintir masyarakat yang tidak sedar akan tanggungjawab mereka.

4.0 CADANGAN PENYELESAIAN

Secara kesimpulannya, berdasarkan punca-punca berlaku masalah di atas. Terdapat


beberapa inisiatif dan usaha yang telah dilaksanakan oleh banyak pihak bagi mengatasi
masalah pelupusan sampah. Antaranya adalah kitar semula dan teknologi hijau. Sebelum ini,
negara kita mengamalkan kaedah konventional untuk melupuskan sampah. Tetapi kaedah ini
mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Walaupunbegitu, kaedah ini masih digunapakai
kerana teknologi kita masih baru dan memerlukan tenaga manusia.

Pada dasarnya kaedah konvensional merupakan kaedah yang rasional. Ini kerana
kerajaan telah menyediakan kemudahan pengangkutan sampah dan tapak pelupusan
sampah juga telah disediakan. Tetapi malangnya, pelbagai masalah timbul kerana
kemudahan ini tidak disenggarakan dengan sempurna. Akibatnya banyak tempat pelupusan
sampah terpaksa ditutup. Selain ini juga, akibat daripada panghasilan sampah yang
melampau menyebabkan keluasan tanah tidak dapat menampung kuantiti sampah tersebut.
Seperti yang telah dilaporkan terdapat 145 daripada 290 buah tapak pelupusan sampah
terpaksa ditutup kerana tidak dapat menampung jumlah sampah yang terlalu banyak. Atas
sebab yang demikian kerajaan telah menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 2007: Satu pernyataan telah dibuat oleh pakar pengurusan sisa pepejal
Universiti Malaya, Prof Dr P Agumuthu, kerajaan tidak mempunyai pilihan kecuali
menguatkuasakan segera Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta
672) yang tertangguh sejak tiga tahun lalu. Katanya, fakta hanya kurang 10 peratus daripada
176 tapak pelupusan sampah adalah tapak pelupusan sanitari yang mesra alam dan selamat,
membuktikan keadaan tapak pelupusan sampah negara sebenarnya serius dan tenat untuk
jangka panjang. Berikut adalah pernyataan yang dikemukakan:

Kita perlu penyelesaian jangka panjang lebih efektif. Akta 672 perlu dikuat kuasa secepat
mungkin, penguatkuasaan akta akan membolehkan kerajaan persekutuan mengambil alih
pengurusan sisa pepejal negara yang kurang berkesan di bawah selenggaraan pegawai
berkuasa tempatan. Negara juga memerlukan sistem pengurusan sisa pepejal bersepadu
seperti diamalkan di negara maju seperti Jepun yang mempunyai lebih 2,000 insinerator dan
tapak pelupusan untuk melupuskan sampah dihasilkan.

Malah bukan itu sahaja, untuk memastikan sistem pengurusan sisa pepejal kita dapat
menjadi sesuatu yang benar-benar berkesan dan dapat memberikan kebaikan kepada
negara. Kita juga boleh mengamalkan kaedah pengurusan sampah melalui beberapa cara
lain sebagai contohnya melalui kaedah pemprosesan semua biologi. Melalui keadh ini bahan
sisa yang bersifat organik seperti bahan tumbuh-tumbuhan, sisa makanan dan keluaran
kertas dapat dikitar semula dengan menggunakan proses pengomposan dan pencernaan
biologi untuk menguraikan jiirim organik. Bahan organik yang dihasilkan kemudian dikitar
semula menjadi sungkup atau kompas bagi tujuan pertanian dan pelandskapan. Tambahan
lagi, gas sisa daripada proses itu (sepsrti metana) dapat dikumpul dan digunakan bagi
menjanakan elektrik. Tujuan pemprosesan biologi dalam pengurusan sisa pada dasarnya
adalah untuk mengawal dan mempercepat proses semula jadi penguraian jirim organik.
Terdapat banyak kaedah dan teknologi pengomposan dan pencernaan yang berbeza-beza
dari kekompleksan, iaitu dari longgokkan kompos rumah yang mudah sehingga pencernaan
bekas tertutup skala perindustrian sisa rumah campuran. Semua kaedah penguraian biologi
biasanya dibezakan kepada kaedah aerob dan kaedah anaerob, walaupun terdapat banyak
kacukan yang terdiri daripada kedua-dua kaedah tersebut.

Selain itu, bagi memastikan sampah sarap di negara kita tidak berlonggokan di tapak
pelupusan semata-mata, kita juga boleh menggunakan kaedah Pemulihan tenaga sampah
sarap. Melalui keadah ini, kandungan tenaga bahan sisa dapat dimanfaatkan, baik secara
langsung dengan menggunakannya sebagai bahan api kebakaran langsung, mahupun secara
tidak langsung dengan memprosesnya menjadi jenis bahan api yang lain. Pengitaran semula
menerusi pengolahan haba yang berbeza-beza daripada menggunakan bahan sisa sebagai
sumber bahan api untuk pemasakan atau pemanasan kepada bahan api dandang untuk
menjanakan wap dan elektrik di dalam turbin. Pirolisis dan pengegasan merupakan dua
bentuk pengolahan haba yang berkait, dengan bahan sisa dipanaskan sehingga suhu yang
tinggi menerusi penggunaan oksigen yang terhad. Proses itu biasanya dilakukan di dalam
sebuah bekas terkedap di bawah tekanan yang tinggi. Pirolisis sisa pepejal menukarkan
bahan tersebut menjadi produk pepejal, cecair dan gas. Cecair dan gas boleh dibakar untuk
menghasilkan tenaga atau ditapis menjadi produk-produk yang lain. Sisa pepejal (arang) juga
boleh ditapis lagi supaya dijadikan produk-produk seperti karbon diaktifkan.pengegasan dan
pengegasan arka plasma juga digunakan untuk mengubah bahan organik secara langsung
menjadi gas buatan (singas) yang terdiri daripada karbon monoksida dan hidrogen. Gas itu
kemudian daaat dibakar untuk menghasilkan elektrik dan wap.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, masalah pembuangan sampah sarap telah mengancam kehidupan


manusia dan haiwan serta menjejaskan kesejahteraan alam sekitar. Oleh itu, semua pihak
harus berganding bahu dalam usaha mengatasi masalah pembuangan sampah sarap. Semua
pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan harus melaksanakannya dengan
sempurna dalam menjamin kesejahteraan hidup masa kini serta kehidupan generasi akan
datang. Langkah-langkah seperti meminimumkan sampah-sarap dan pendidikan serta
kempen perlu diteruskan. Kerjasama dari pelbagai pihak amatlah dihargai dalam mengatasi
masalah ini hingga ke akar umbi dan semoga kita boleh sentiasa hidup dalam persekitaran
yang bersih dan sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai