Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Kelas : 4 Alamanda

Tarikh : 17 Ogos 2017

Subjek : Sains

Kelebihan

Pengajaran saya pada hari ini adalah berkenaan dengan tajuk sifat bahan iaitu bagi
subjek sains tahun 4. Antara kelebihan yang dapat saya perhatikan bagi pdpc pada kali ini
adalah, murid lebih mudah memahami apa yang ingin saya sampaikan dengan
menggunakan kaedah demonstrasi. Hal ini kerana, dengan kaedah ini murid dapat melihat
secara langsung tentang apa yang perlu mereka belajar. Hal ini juga secara tidak langsung
dapat memastikan murid lebih fokus di dalam kelas dan menyebabkan kelas dapat dikawal
dengan baik.

Kelemahan

Dari segi kelemahan pula adalah, perkara paling utama yang dapat saya perhatikan
adalah, murid sukar untuk melaksakan sesuatu tugasan apabila melibatkan tugasan
individu. Sebagai contohnya, murid sukar untuk mencipta jet kertas yang kalis air tanpa
perbincangan dan bantuan daripada rakan-rakan dan guru. Malah, terdapat segelintir murid
yang langsung tidak berjaya menghasilkan jet kerana mengatakan susah untuk dilakukan.

Penambahbaikan

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi sesi pdpc pada kali ini adalah,
tugasan perlulah banyak diberikan secara berkumpulan. Hal ini supaya, murid lebih mudah
untuk membuat perbincangan bersama rakan-rakan mereka untuk menyelesaikan masalah
yang diberikan. Selain itu, saya juga perlu lebih banyak memberi bimbingan kepada murid
supaya mereka dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai