Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK

JALAN HIJRAH UTAMA, KAMPUNG KOPOK BARU,


81700 PASIR GUDANG, JOHOR

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN


SK KOPOK 2013

DISEDIAKAN OLEH:

AINUL FARINA BINTI HUSSIN


SETIAUSAHA UNIT DISIPLIN

0
1.0 TAJUK KERTAS KERJA
PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN SK KOPOK 2013
TARIKH : 23, 24, 25 Januari dan 29, 30, 31 Januari 2013 (Selasa, Rabu, Khamis)
TEMPAT : Dewan SK Kopok
MASA : 7.20 AM 12.00 PM

2.0 PENDAHULUAN
Dalam mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi, disiplin dan
motivasi merupakan aspek yang amat penting. Tanpa disiplin dan motivasi yang
tinggi, adalah sukar bagi seseorang individu untuk berjaya. Oleh sebab itu, kedua-
duanya haruslah diterapkan secara konsisten dalam diri murid-murid sejak awal
lagi iaitu di peringkat sekolah rendah. Sebagai satu inisiatif ke arah ini, pihak Unit
Disiplin SK Kopok bercadang untuk menganjurkan Program Pemantapan Disiplin
agar disiplin dan motivasi murid-murid di sekolah ini dapat dipertingkatkan.

3.0 RASIONAL
Tanpa disiplin dan motivasi diri yang tinggi, sukar untuk seseorang murid mencapai
kejayaan dalam bidang akademik ataupun kokurikulum. Oleh sebab itu, kedua-dua aspek
ini amat penting untuk diterapkan dalam diri murid-murid sejak dari awal lagi supaya
mereka dapat menjadi individu-individu yang cemerlang di masa hadapan.

4.0 MATLAMAT
Untuk memastikan semua murid SK Kopok mempunyai tahap disiplin dan
motivasi diri yang tinggi serta memantapkan jati diri mereka sebagai murid yang
cemerlang dalam pelbagai aspek.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memberi peringatan kepada murid-murid tentang disiplin dan peraturan


sekolah.

5.2 Meningkatkan disiplin dan motivasi murid untuk belajar.

5.3 Memberi kesedaran tentang kepentingan disiplin dan motivasi kepada murid-
murid.

5.4 Memupuk rasa tanggungjawab dalam diri murid-murid serta sikap saling
membantu dan bekerjasama antara satu sama lain.

6.0 JAWATANKUASA
Penasihat : Encik Mohammed Salleh bin Mizan

1
Pengerusi : Puan Sainah binti Sabikan
Penyelaras : Encik Mohd Fairuz bin Ahmad
Setiausaha : Puan Ainul Farina binti Hussin

Ahli-ahli Jawatankuasa:
6.1 Persiapan tempat
En. Nor Azman Dirkhan bin Ab. Kadir
En. Mohd Ridzuan bin Che Rahim@ Nawi
En. Noor Afiq bin Noor Othman
En. Norsaifuri bin Mohd Razali
En. Abd Halim bin Rebu

6.2 Siaraya/PA System


En. Musa bin Abdul Hamid
En. Mohd Yurizani bin Che Husin
En. Abd. Rouf bin Ruslan

6.3 Pengacara Majlis


Tahun 1 - En. Norsaifuri bin Mohd Razali
Tahun 2 - Cik Sofeka Ika binti Abas
Tahun 3 - Pn. Rozita binti Sapri
Tahun 4 - Pn. Nora@Suraya binti Idin
Tahun 5 - En. Mohd Ridzuan bin Che Rahim@ Nawi
Tahun 6 - Pn. Safiah binti Osman

6.4 Bacaan Doa


En. Muhammad Azhari bin Ahmad
En. Ahmad Khairi Omri bin Adam

6.5 Jurufoto dan dokumentasi


En. Md Fadli bin Basir
Pn. Ainul Farina binti Hussin
Cik Norsyahidah binti Mahmood

6.6 Kawalan Murid dan Kebersihan


Semua guru matapelajaran mengikut jadual PdP.

7.0 BIDANG TUGAS

2
7.1 Penyelaras program
- Mengadakan perbincangan dengan GPK HEM dan Guru Besar.
- Mengadakan mesyuarat dam memastikan program berjalan lancar.

7.2 Setiausaha
- Menyediakan kertas kerja program.
- Menguruskan makluman kepada murid.
- Menguruskan makluman mesyuarat dan minit mesyuarat.

7.3 Persiapan Tempat


- Menyediakan dan menyusun tempat untuk program.

7.6 Siaraya/PA System


- Menyediakan dan memastikan siaraya berfungsi di dewan.
- Mencari alternatif dan back up sekiranya ada gangguan.

7.7 Pengacara Majlis


- Berbincang dengan penyelaras berkaitan dengan aturcara majlis.
- Mempengerusikan majlis hingga tamat.

7.8 Jurufoto dan Dokumentasi


- Mengambil foto di sepanjang majlis berlangsung untuk didokumentasikan.
- Menyediakan laporan program.

7.9 Kawalan Murid dan Kebersihan


- Memastikan disiplin murid terkawal sepanjang program berlangsung.
- Memastikan kebersihan dewan semasa dan selepas program.

8.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid SK Kopok (Tahun 1 - 6)

9.0 JADUAL PERLAKSANAAN DAN TENTATIF PROGRAM

3
TARIKH HARI MURID YANG TERLIBAT
MINGGU PERTAMA
23 Januari 2013 Selasa Tahun 6
24 Januari 2013 Rabu Tahun 5
24 Januari 2012 Khamis Tahun 4
MINGGU KEDUA
29 Januari 2013 Selasa Tahun 3
30 Januari 2013 Rabu Tahun 2
31 Januari 2013 Khamis Tahun 1

MASA PROGRAM
7.20 - 10.20 pagi Ucapan Guru Besar
Slot Disiplin (Guru Disiplin)
10.20 - 10.40 pagi REHAT
10.40 - 12.00 tengahari Slot Kaunseling (Kaunselor)

10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan di akhir program ini semua murid SK Kopok akan dapat
menyedari tugas dan tanggungjawab mereka sebagai murid-murid sekolah yang
berdisiplin dan bermotivasi tinggi. Program ini juga diharapkan dapat melahirkan
generasi masa depan yang berkebolehan, berdaya maju serta berfikiran positif,
kreatif, kritis dan proaktif.

4
Disediakan oleh,

.
(AINUL FARINA BINTI HUSSIN)
Setiausaha Unit Disiplin SK Kopok

Disemak oleh,

.
(PUAN SAINAH BINTI SABIKAN)
GPK HEM SK Kopok

Diluluskan oleh,

..
(ENCIK MOHAMMED SALLEH BIN MIZAN)
Guru Besar SK Kopok