Anda di halaman 1dari 14

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

Tema 4: Tenaga dan Kelestarian Hidup

Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang penggunaan cermin, cahaya dan
warna serta peranannya dalam kehidupan di samping sumbangan teknologi optik dalam
usaha meningkatkan keupayaan deria manusia.

Bidang pembelajaran 8. Cahaya dan Optik

8.1 Penggunaan cermin


8.2 Ciri cahaya
8.3 Pantulan Cahaya
8.4 Pembiasan Cahaya
8.5 Penyebaran Cahaya
8.6 Penyerakan Cahaya
8.7 Penambahan dan Penolakan Cahaya

STANDARD PRESTASI
Tahap Penguasaan Tafsiran

1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran sains


mengenai penggunaan cermin/ ciri cahaya/
pantulan cahaya/pembiasan cahaya/penyebaran
cahaya/penyerakan cahaya/penambahan dan
penolakan cahaya.

TE
Contoh

1. Apakah ciri-ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah?

A. Nyata.
B. Tersongsang sisi.
C. Lebih kecil.
D. Lebih Besar.

Jawapan : B

2. Namakan semua juzuk warna dalam spektrum cahaya mengikut turutan yang betul

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan : merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu

1
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

3. Muaz meletakkan pensel di dalam gelas, apabila dia perhatikan dari sisi gelas dia
mendapati pensel tersebut seolah-olah dibengkokkan seperti dalam rajah di bawah.

Apakah fenomena tersebut?. Jelaskan

------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan: Pembiasan cahaya,

4. Nyatakan tiga jenis warna primer

A) _______________________

B) _______________________

C) _______________________

Jawapan:
Merah
Hijau
Biru
EST

ARIA

2
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

STANDARD PRESTASI
Tahap Penguasaan Tafsiran

2 Memahami penggunaan cermin/ ciri cahaya/ pantulan


cahaya/pembiasan cahaya/penyebaran
cahaya/penyerakan cahaya/penambahan dan penolakan
cahaya serta dapat menjelaskan kefahaman
tersebut.

Contoh soalan

1. Sila gunakan maklumat di bawah untuk menjawab soalan yang berikut.

Pelangi terhasil apabila cahaya dari matahari menyinari titisan air hujan dan
anda hanya boleh melihat pelangi bila anda membelakangi matahari.

Apabila cahaya daripada matahari melalui titisan air hujan, cahaya ini akan
dibiaskan
dan menghasilkan pelbagai warna pelangi.

a). Lengkapkan rajah yang berikut untuk menunjukkan bagaimana cahaya


bergerak melalui titisan air hujan:

3
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

jawapan

b. Pada pandangan anda, mengapakah pelangi selalunya melengkung?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----

Jawapan
Bayangkan sudut yang dihasilkan oleh sinar matahari, titisan air hujan dan
mata anda. Bila kedudukan sudut tersebut adalah betul, anda akan
perhatikan sedikit sinar cahaya yang telah dibiaskan oleh titisan air hujan
tersebut. Setiap titisan air hujan yang membentuk sudut yang sama di
antara Matahari dengan mata anda akan membiaskan sedikit cahaya warna
yang boleh anda lihat. Oleh itu, titisan air hujan tersebut menghasilkan satu
bulatan relative kepada mata anda dan cahaya matahari yang dibiaskan
juga menghasilkan satu bulatan di sekeliling bayang-bayang kepala anda.

Jika anda berada di dalam kapal terbang, anda akan dapat perhatikan
keseluruhan bulatan yang dihasilkan oleh satu pelangi. Tetapi jika anda
berada di bumi, anda hanya akan dapat perhatikan bahagian atas pelangi
kerana bumi melindungi bahagian bawah bulatan pelangi daripada
penglihatan anda. Sebanyak mana kawasan pelangi yang boleh anda lihat
bergantung pada kedudukan matahari di langit. Jika matahari berada tinggi

4
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

di langit, bumi akan melindungi sebahagian besar bulatan pelangi dan hanya
bahagian atasnya sahaja yang akan kelihatan. Manakala, pada waktu
matahari terbit dan terbenam, anda akan melihat sehingga separuh
daripada bulatan pelangi tersebut.

STANDARD PRESTASI
Tahap Penguasaan Tafsiran

3 Mengaplikasikan penggunaan cermin/ ciri cahaya/ pantulan


cahaya/pembiasan cahaya/penyebaran
cahaya/penyerakan cahaya/penambahan dan penolakan
cahaya untuk melaksanakan tugasan
mudah.

Contoh soalan

1. Aisyah bermain di tepi sebuah kolam dan dia terlihat suatu objek. Pada mulanya dia
melihat dasar kolam itu cetek. Tetapi apabila dia turun dalam kolam untuk mengambil
objek tersebut, dia mendapati dasar kolam lebih dalam daripada yang disangkakan.

Jelaskan situasi tersebut.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

Jawapan: Kejadian ini disebabkan oleh pembiasan cahaya pada permukaan air.
Aisyah melihat kolam lebih cetek pada awalnya kerana imej objek yang dilihat adalah
imej maya pada kedudukan dipanggil dalam ketara.

2. Langit kelihatan biru pada waktu tengah hari. Jelaskan bagaimana fenomena tersebut
berlaku.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan

Pada waktu tengah hari, cahaya matahari melalui lapisan atmosfera yang nipis
sebelum sampai ke bumi. Penyerakan cahaya biru dan ungu oleh habuk, debu, wap
air dan molekul gas dalam atmosfera menyebabkan langit kelihatan biru.

3. Langit kelihatan kemerah-merahan di waktu senja. Jelaskan bagaimana fenomena


tersebut berlaku.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan

Pada waktu senja, cahaya matahari akan melalui satu lapisan atmosfera yang lebih tebal
sebelum sampai ke bumi. Sepanjang lintasan cahaya dalam atmosfera, cahaya yang paling
kurang diserakkan seperti cahaya merah dan jingga akan melalui atmosfera mengikut
lintasan yang sama tanpa gangguan. Cahaya berwarna lain yang banyak diserakkan akan
hilang dari lintasan cahaya asal. Oleh itu Matahari kelihatan merah dan langit kelihatan
jingga kemerahan.

6
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

STANDARD PRESTASI
Tahap Penguasaan Tafsiran

4 Menganalisis pengetahuan mengenai penggunaan cermin/ ciri


cahaya/ pantulan cahaya/pembiasan
cahaya/penyebaran cahaya/penyerakan cahaya/penambahan
dan penolakan cahaya dalam konteks
penyelesaian masalah mengenai kejadian atau fenomena
alam.

HIDUP
Contoh soalan

1. Sila baca maklumat yang berikut dengan teliti dan jawab soalan
berikutnya.

Kadangkala warna yang dapat dilihat oleh mata kita boleh mengelirukan. Satu objek
berwarna akan memantulkan sesetengah gelombang cahaya dan menyerap yang
lainnya. Contohnya, objek yang berwarna merah akan memantulkan cahaya merah dan
akan menyerap warna lain.

Laporan yang disediakan oleh polis di London pada tahun 1923 berbunyi:

Malam itu merupakan malam yang gelap, tiada cahaya bulan. Seorang lelaki kelihatan
berdiri di bawah lampu jalan yang menghasilkan cahaya kuning. Kemudiannya pada
malam itu, barang kemas dan lukisan telah dicuri dari sebuah rumah yang berdekatan.
Saksi yang telah melihat lelaki berkenaan menerangkan warna pakaian lelaki tersebut
sebagai semua hitam.

Polis telah menahan seorang lelaki.

7
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

a. Seorang lelaki memakai baju biru dan seluar bewarna merah.


Mungkinkah lelaki ini pencurinya,lyang pakaiannya kelihatan hitam
dalam cahaya kuning lampu jalan?
Terangkan jawapan anda.

Jawapan

Tidak. Baju berwarna biru tidak memantulkan cahaya kuning, maka, lelaki
tersebut akan
kelihatan seperti memakai baju berwarna hitam. Tetapi, oleh sebab cahaya
kuning adalah campuran cahaya merah dan hijau, seluarnya akan
memantulkan warna merah sahaja. Oleh itu, lelaki ini akan kelihatan seolah-
olah memakai seluar merah, maka, dia BUKAN pencuri itu.

b. Tiada seorang saksi pun menyebut tentang kereta yang digunakan


untuk melarikan diri. Mungkinkah terdapat kereta berkenaan di
kawasan tersebut tetapi sukar dilihat?
Terangkan jawapan anda

Jawapan

Ya. Untuk kelihatan dalam cahaya kuning, kereta itu mesti memantulkan
cahaya hijau, merah atau kuning. Jika tidak, kereta itu tidak akan kelihatan.
Oleh itu, kereta berwarna biru atau hitam akan tersembunyi.

8
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

STANDARD PRESTASI
Tahap Penguasaan Tafsiran

5 Menilai kesesuaian penggunaan cermin/ ciri cahaya/ pantulan


cahaya/pembiasan
cahaya/penyebaran cahaya/penyerakan cahaya/penambahan
dan penolakan cahaya dalam dalam
konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan
untuk melaksanakan satu tugasan.

HIDUP

Contoh soalan

1. Sila baca maklumat yang berikut dengan teliti dan jawab soalan
berikutnya.

Kadangkala warna yang dapat dilihat oleh mata kita boleh mengelirukan. Satu objek
berwarna akan memantulkan sesetengah gelombang cahaya dan menyerap yang
lainnya. Contohnya, objek yang berwarna merah akan memantulkan cahaya merah dan
akan menyerap warna lain.

Laporan yang disediakan oleh polis di London pada tahun 1923 berbunyi:

Malam itu merupakan malam yang gelap, tiada cahaya bulan. Seorang lelaki kelihatan
berdiri di bawah lampu jalan yang menghasilkan cahaya kuning. Kemudiannya pada
malam itu, barang kemas dan lukisan telah dicuri dari sebuah rumah yang berdekatan.
Saksi yang telah melihat lelaki berkenaan menerangkan warna pakaian lelaki tersebut
sebagai semua hitam.
9
Polis telah menahan seorang lelaki.
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

c. Mungkinkah masalah yang sama timbul jika lampu jalan bercahaya putih?
Terangkan jawapan anda.

Jawapan

Tidak. Dalam cahaya putih, semua warna akan kelihatan lebih tepat. Tetapi
kon penerima cahaya di dalam mata kita tidak berfungsi dengan baik dalam
cahaya yang malap. Oleh itu, jika lampu itu malap, kita mungkin tidak dapat
melihat warna dengan jelas.

10
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

STANDARD PRESTASI
Tahap Penguasaan Tafsiran

6 Merekabentuk persembahan pelbagai


media/visual/folio/poster/main peranan/drama secara kreatif
dan inovatif dengan menggunakan pengetahuan dan
kemahiran sains penggunaan cermin/ ciri
cahaya/ pantulan cahaya/pembiasan cahaya/penyebaran
cahaya/penyerakan cahaya/penambahan
dan penolakan cahaya dalam konteks penyelesaian masalah
dan membuat keputusan dengan
mengambil kira nilai sosial/ekonomi/budaya masyarakat.

HIDUP
Contoh soalan

11
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

Syarikat Magic Shadow Puppet

Kepada penyelidik,

Kami ingin mendapatkan bantuan dalam usaha untuk menghasilkan


persembahan
boneka baharu kami. Sebelum ini, kami mengadakan persembahan dengan
boneka
akan disinari oleh lampu sorot dari bahagian hadapan. Walau bagaimanapun,
untuk
persembahan baharu ini, kami bercadang untuk menyinarkan lampu dari
belakang
boneka untuk menghasilkan bayang-bayang pada skrin yang lebih besar.

Terdapat beberapa perkara yang ingin kami capai dan kami berharap anda
dapat
membantu dalam usaha ini.

1. Kami hendak menukar warna latar belakang skrin sambil kekal


menggunakan skrin yang sama sepanjang suatu persembahan.

Bagaimanakah dapat kami melakukannya? Kami hanya mempunyai tiga


lampu sorot, merah, biru dan hijau. Tetapi, kami perlu menukar latar
belakang itu dari putih kepada pelbagai warna lain pada waktu-waktu yang

12
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

berlainan. Bolehkah anda membantu menasihati kami bagaimana untuk


melakukannya?

2. Adakah sebarang cara untuk kami menghasilkan warna kuning dengan


pelbagai rona bagi menandakan masa yang berlainan dalam sehari
semasa suatu persembahan?

3. Dalang perlu sentiasa tidak kelihatan di sepanjang suatu persembahan.


Mohon maklumkan kepada kami warna pakaian yang sesuai untuk dalang.
Adakah terdapat sebarang perbezaan yang ketara jika mereka memakai
pakaian berwarna putih, hitam atau yang berwarna?

Kami amat menghargai sekiranya anda dapat membantu menyediakan satu


laporan
ringkas yang mencadangkan bagaimana semua ini dapat dicapai.
Sekian. Terima kasih.

Tok Dalang

Demonstrasi dan laporan

1. pertimbangkan soalan asal untuk laporan ringkas di atas:

a. Bagaimanakah warna latar belakang skrin dapat ditukarkan tanpa


menukar skrin tersebut?

13
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 8

b. Bagaimanakah pelbagai rona warna untuk warna yang sama dapat


dihasilkan?

c. Apakah warna pakaian yang patut dipakai oleh dalang di sepanjang


persembahan.

2. Dengan menggunakan keputusan eksperimen anda, rancang satu


demonstrasi untuk menunjukkan bagaimana objektif berkenaan dapat
dicapai.

Untuk setiap bahagian dalam ringkasan demonstrasi anda, tuliskan satu


hipotesis.

Pernyataan hipotesis mungkin bermula seperti:

Warna latar belakang skrin boleh ditukar dengan... ..

Dalang akan kurang kelihatan jika...

3. Apakah faktor yang perlu dikawal semasa demonstrasi anda? Apakah


pemboleh ubah yang hendak anda uji?

4. Jalankan demonstrasi anda.

Anda mungkin dapat menjalankan beberapa pengujian: anda boleh


membina satu model teater bayang-bayang dengan menggunakan skrin
lut cahaya dan menghasilkan pementasan boneka anda sendiri.

5. Tulis laporan anda. Laporan ini perlu merangkumi latar belakang sains
yang telah anda gunakan dan hasil eksperimen anda.

14

Anda mungkin juga menyukai