Anda di halaman 1dari 2

PERIBAHASA

PERIBAHASA MAKSUD
Alah bisa tegal biasa Segala kesusahan tidak akan terasa lagi
sesudah biasa
Alang-alang mandi biar basah Jika mengerjakan sesuatu janganlah
sekerat jalan
Bagai bulan dipagari bintang Kecantikan makin terserlah apabila
dikelilingi orang yang cantik.
Bagai murai dicabut ekor Perempuan yang suka bercakap banyak
Bagaimana acuan begitulah kuihnya Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu
bapanya kerana faktor baka
Bersatu teguh bercerai roboh Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi
kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita
akan menjadi lemah.
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi Diam orang yang berilmu itu berfikir,
berkarat sementara diam orang yang bodoh itu sia-
sia sahaja
Hidup segan mati tak mahu Orang yang hidup melarat
Indah khabar daripada rupa Khabar mengenai satu-satu perkara
biasanya dilebih-lebihkan
Melentur buluh biarlah dari rebungnya Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil
lagi.
Ukur baju di badan sendiri Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih
sesuai dengan kebolehan kita
Seperti lembu dicucuk hidung Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap
utuh.
Bagai aur dengan tebing Hubungan yang rapat antara sama sama
yang lain dan saling membantu.
KATA SENDI NAMA
1. Mangsa-mangsa kemalangan itu sudah dihantar _ke_ hospital dengan ambulans
2. Seminar Guru-guru kaunseling itu akan diadakan _di_ Hotel Seri Malaysia pada minggu
hadapan.
3. Wani berasa sedih _sejak_ seminggu yang lalu kerana datuk kesayanannya meninggal
dunia
4. Amirah membuat latihan untuk menyertai pertandingan pidato yang akan diadakan
_pada__ minggu hadapan
5. Tok Wan sedang bercerita _tentang_ pengalaman silamnya kepada Alim dan Adibah.
6. Harga kain batik tulis lebih mahal _daripada_ harga kain batik cap.
7. Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu menyampaikan hadiah _kepada_ para pelajar.
8. Maria membeli sehelai selendang _untuk_ ibunya sebagai hadiah hari jadi.
9. Cikgu Naila menasihati kami supaya mempunyai rasa belas kasihan _terhadap_ haiwan.
10. Anak-anak harimau yang ditangkap itu berusia antara tiga _hingga_ empat tahun.
11. Pak Tam menjaga potret yang dilukis _oleh_ anaknya itu dengan baik.
12. Pada setiap pagi, keadaan di pelabuhan itu sibuk _dengan_ kapal dagang yang datang
dan pergi.
13. Perajurit itu rela berkorban nyawa _demi_ kedaulatan tanah air yang tercinta.
14. Kesenian wayang kulit yang terkenal di Kelantan dipercayai berasal _dari_ selatan
Thailand.

Anda mungkin juga menyukai