Anda di halaman 1dari 12

2009 www.DoaPengasih.com.

Segala Hakcipta Terpelihara

EDISI PERCUMA
E-Book ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri. Anda
dibenarkan untuk mengedarkan ebook ini kepada orang lain, menjadikan ia
sebagai bonus produk anda dengan syarat isi kandungan ebook ini tidak diubah
sama sekali.
Kebahagiaan adalah hak milik setiap insan

Assalamualaikum wbt, & salam sejahtera. Terima kasih diucapakan kerana sudi
membaca ebook ini.Tidak kira siapa, semua manusia inginkan kebahagiaan dalam
hidup. Tiada insan yang mahu hidup derita, bersendirian & dipinggirkan.
Sesetengah orang mentafsirkan kebahagiaan sebagai mempunyai keluarga &
kerjaya yang baik, sihat tubuh badan, kebebasan kewangan, kebebasan
melakukan apa saja, & lain lain. Namun sebenarnya ini hanyalah beberapa
elemen dari makna kebahagiaan yang sangat luas. Kebahagiaan mutlak adalah
bila anda berjaya hidup di dunia berlandaskan syariat Islam & mendapatkan
keredhaanNya. Itu yang sebenarnya.

Jika anda sedang mencari kekasih hati, atau rasa rendah diri kerana cinta sering
ditolak, atau sudah berkahwin & mahu terus menghangatkan cinta, atau mahu
disayangi kawan, saudara, masyarakat, atau sesiapa saja yang ingin dicinta &
mencintai, amalkanlah panduan ini. Ia akan membantu anda insyaAllah.

Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti
mana dia mengasihi dirinya sendiri-Hadith
Hukum beramal dengan ayat pengasih

Auf bin Malik berkata: Kami pernah menggunakan jampi mentera ketika jahiliah
dahulu. Lalu kami bertanya: Ya Rasulullah saw, apa pendapat tuan tentang
perkara ini? Baginda menjawab: Kemukakan pada ku mentera kamu itu.
(kemudian dibacakan mentera itu oleh sahabat). Baginda menjawab: Tidak
mengapa jampi mentera itu selagi tidak mengandungi syirik. Rasulullah saw juga
membenarkan seorang sahabat yang berdoa bukan dari sumber al Quran, asalkan
kalimatnya tidak bercanggah dengan syara'.

Berdasarkan kaedah fiqh al aslu fi al ashya' ibahah, maka hukum asal sesuatu
perkara adalah harus, selagi tiada perkara yang melanggar syariat dilakukan.
Sebagai contoh, seseorang menggunakan ayat pengasih untuk tujuan disayangi
oleh majikan & mendapat kedudukan yang baik dalam syarikat, maka ia adalah
dibolehkan, namun jika diamalkan hanya untuk nafsu, membalas dendam,
dengki, amalan tersebut adalah menyalahi syariat Islam, maka hukumnya adalah
dilarang (HARAM)
Ayat pengasih yang harus (boleh diamalkan)

Ayat itu tidak mengandungi maksud yang menyalahi akidah Islam


(contoh Demi Allah swt yang memiliki anak & isteri, Kau satukanlah aku & ..)

Pengamalannya tidak bercanggah dengan hukum syara'


(Contoh- mewajibkan pengamalnya membaca ayat pengasih di depan kubur)

Meminta pertolongan dari Allah sahaja & bukan dari selainNya, seperti pada
manusia, binatang, objek penyembahan orang kafir dan seumpamanya.
(Contoh- Dengan keberkatanmu wahai Pendekar Laut, satukanlah aku & .....)

Ayat pengasih yang ditulis di atas kertas, & perlu di bawa kemana mana
oleh pengamalnya, selagi di bawa, selagi itulah orang sayang padanya- Ia
seolah olah tangkal. Perbuatan ini syirik & menyekutukan Allah. (Syirik:
perbuatan yang dilakukan ataupun tutur kata yang disebut yang menyekutu
pada zat Allah Yang Esa, dengan makhluk)

Seseorang berkeyakinan bahawa doa pengasih ini memberi kesan sama ada
sensasi cinta atau menyebabkan seseorang benci terhadap orang lain, sedangkan
hanya Allah yang berkuasa atas setiap sesuatu.

Menyeru atau memuja kalimah atau nama-nama yang tidak difahami


maknanya, yang terdiri daripada nama iblis dan syaitan atau sembahan orang
kafir.

Sebahagian penulisan di atas diambil dari tulisan Dr. Amran


Kasimin yang diterbitkan Mingguan Malaysia Online 28
Oktober 2007, dan http://grenbara.bravejournal.com/entry/
23692
Ilmu pengasih

1. Pengasih Bismillah 6
Bismillah 6 mengandungi asma Allah (nama nama Allah) yang maha agung &
maha hebat. Malaikat Jibril a.s telah mengajarkan kepada Rasulullah saw
kelebihan yang terkandung di sebalik nama nama ini.

Metod: Baca Bismillah 6 ini sambil memandang pada lelaki/ perempuan idaman
Niatkan membaca bismillah dengan tujuan dia jatuh kasih pada kita
2. Ayat supaya anak mendengar kata ibu bapa
Mendidik anak pada zaman siber bukanlah 1 perkara yang mudah. Anak anak
zaman sekarang mudah terdedah pada pengaruh luar & anasir jahat, ini
menyebabkan mereka menjadi liar, sukar dikawal dan lain lain. Al Quran
mempunyai kunci pada permasalahan ini, bacalah ayat yang terkenal dengan
panggilan ayat seribu dinar ini. Keampuhan ayat ini memang telah terbukti
insyaAllah

{At Tolak:2-3}

Metod:Baca ayat ini sebanyak 3/5/7/9/11/21 ( min 3X, max 21X) selepas
solat terutamanya waktu subuh & maghrib
3. Doa pengasih nabi Muhammad saw
Dengan perintah Allah, Jibrail a.s telah mengajarkan doa ini pada junjungan
besar Nabi Muhammad saw. InsyaAllah sesiapa yang mengamalkan doa ini
orang yang memandangnya akan jatuh kasih.

Metod: Baca doa ini sambil menadah tangan, selepas berdoa sapu pada
muka, atau bila anda ingin mencuci muka, bacalah doa pada air & sapu pada
muka
Cara Rasulullah saw mengekalkan keharmonian rumah tangga

Tidur dalam 1 selimut meskipun isterinya haid


Dari Ata' bin Yasar: Sesungguhnya Rasulullah saw & Aisyah r.a biasa mandi
bersama dalam bekas. Ketika baginda sedang berada dalam 1 selimut tiba tiba
Aisyah bangkit. Baginda bertanya, "Kenapa engkau bangkit?, jawab Aisyah,
"kerana saya haid". Sabda Rasulullah saw, kalau begitu pergilah, lalu pakailah
kain & dekatlah kembali padaku. Aku pun masuk lalau berselimut dengan
baginda.
(Hadis riwayat Said b Mansur)

Menyembur wangian pada bahagian aurat


Dari Aisyah r.a, beliau berkata: sesungguhnya Nabi saw apabila mewangikan
badannya, baginda akan memulai dengan bahagian auratnya menggunakan
nurah (sejenis pewangi), & isterinya akan meminyaki bahagian lain tubuh
baginda.
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Mandi bersama sama isteri


Dari Aisyah r.a beliau berkata: "Aku biasa mandi bersama Nabi saw dalam 1
bekas. Kami bersama sama memasukkan tangan kami dalam bekas tersebut".

(Hadis riwayat Abdurrazaq & Ibn Abu Syaibah)

Menyikat rambut Nabi


Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Saya biasa menyikat rambut Rasulullah saw,
ketika itu saya sedang haid.
(Hadis riwayat Ahmad)
Meminta isteri meminyakkan badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya meminyakkan badan Rasulullah saw pada
hari raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jamrah aqabah.

(Hadis riwayat Ibn Asakir)

Minum bergantian pada tempat yang sama


Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama
walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawa tersebut & meletakkan mulutnya di
tempat saya meletakkan mulut, lalu menghirup airnya.

(Hadis riwayat Abdurrazaq & Said b Mansur)

Mencium isteri walaupun sebelum solat


Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Nabi saw biasa mencium isterinya setelah
mengambil wudu', kemudian baginda bersembahyang & tidak mengulangi
wuduknya.
(Hadis riwayat Abdurrazaq)

Memanggil dengan panggilan mesra


Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan panggilan yang disukai seperti Aisy &
Humaira (pipi merah delima)

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra


Nabi saw biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & baginda berkata, Wahai
Uwaisy, bacalah doa "Wahai Tuhanku Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku,
hilangkan kekerasan hatiku & lindungilah aku dari dosa fitnah yang
menyesatkan.
(Hadis riwayat Ibn Sunni)
Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Aku pernah tidur bersama Rasulullah saw di atas
1 tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, baginda
mencucinya & tidak pula berpisah dari tempat duduk itu, lalu baginda kembali
baring disisiku, apabila darahku sekali lagi menitis, baginda mencuci lagi titisan
darah & tidak berpindah dari tempatnya, kemudian baginda pun bersembahyang
dari tempat itu.
(Hadis riwayat Nasai)

Memberikan hadiah pada isteri


Dari Ummu Kalthum bin Abu Salamah, Rasulullah saw bersabda padanya.
"Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah
pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui Raja
Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan.
Jika ianya dikembalikan aku akan memberi kepada isteri isterinya masing
masing 1 botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian berenda
tersebut baginda berikan pada Ummu Salamah.
(Hadis riwayat Tirmidzi)

Sekian, Terima Kasih

Taman Bukit Angkasa,


Pantai Dalam,
59200, KL
017 4999044

www.DoaPengasih.com
TELAH TERBIT DI PASARAN

Koleksi lebih 20 Ayat Pengasih

Menghasilkan sendiri minyak pengasih


Kini anda tidak perlu lagi mengupah sesiapa. AMARAN: Bukan untuk tujuan suka suka!

Pengasih bulan purnama


Jadikan wajah anda ingin kelihatan manis bak bulan purnama pada pandangan mata manusia

Ilmu memuja kekasih hati


Doa yang sangat ampuh untuk menarik jodoh. (Awas-Mujarab!)

Pengasih minyak wangi


Memperkukuhkan rasa rindu & cinta kekasih hati pada anda. Sesuai diamalkan oleh orang
yang berjauhan
Pengasih kelopak mata
Jadikan dia tertarik pada anda dengan hanya mengedipkan kelopak mata

Selawat untuk meminang


Amalkan semasa proses peminangan. Dengan izinNya, lamaran anda akan diterima dengan
senang hati & tidak akan ditolak

Pengasih untuk suami


Dipraktikkan semasa sedang bersetubuh dengan pasangan

Pengasih untuk isteri


Khusus untuk isteri yang ingin terus disayangi suami

Raja ilmu pengasih


Ilmu ini sangat mujarab & berkat. Ianya telah dieksperimenkan oleh ulama',
guru guru serta orang yang berpoligami

Doa untuk menarik jodoh


Hentikan status andartu/ bujang terlajak, kerana dalam tempoh singkat anda akan menerima
lamaran, insyaAllah!

Pengasih audiens
Jadikan ucapan anda didengar dengan penuh minat oleh audiens

..& banyak lagi akan dibongkar!

DAPATKANNYA SEGERA