BAB 10
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA
Ekonomi tradisional
1. Bercucuk tanam
2. Menagkap ikan
3. Menternak binatang
4. Perlombongan
5. Memungut hasil hutan
Ekonomi Tradisional
Ekonomi Dagangan
Kegiatan untuk ekspot Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah untuk lebihan pegeluaran dan ekspot.
Skala besar Pengeluaran adalah dalam skala yang besar.
Buruh Upah yg banyak Menggunakan tenaga yang banyak dibawa dari China untuk perlombongan bijih timah.
Modal Besar Modal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.
Teknologi Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek untuk melombong bijih timah.
Pemasaran meluas Pemasaran adalah lebih luas di eksport ke Eropah.
Lebihan pengeluaran Melibatkan lebihan pengeluaran.
Kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu.
PUSAT TUISYEN GALUS
2
1. Pertanian dagangan
2. perlombongan
Perkembangan pertanian komersial di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak pada abad ke-19.
Penyumbang pendapatan British Sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan British di Tanah Melayu.
Wujud Tanaman Komersial Tanaman komersial yang diberi tumpuan oleh British di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak ialah ubi kayu,tebu,lada
hitam,gambir,tembakau dan kopi.
Sistem Kangcu dan lada Hitam Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar di Johor,penanaman gambir dan lada hitam telah diusahakan secara besar-besaran
melalui Sistem Kangcu.
Pajakan Tanah kepada org Cina Tanah dipajak kepada pengusaha Cina di Johor dengan menanam lada hitam secara kangkar atau ladang.
Luas Ladang Lada hitam Pada tahun 1860-an,Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir.
Kemasukan Pemodal Eropah dan Cina Para pemodal dari Eropah dan China banyak melibatkan diri dalam tanaman komersial pada era kolonialisme British.
Kekuasaan British dalam Ekonomi Keupayaan mereka menguasai sektor pertanian komersial adalah kerana mereka mempunyai modal,teknologi serta mendapat
konsensi tanah yang luas dan pajakan yang lama.
Wujud Dwiekonomi Masyarakat Melayu masih lagi dengan ekonomi sara diri selain daripada ekonomi komersial sehingga mewujudkan dwiekonomi.
Tumpuan pertanian Ekspot. British memberikan tumpuan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal dari China mengusahakan gambir,lada hitam
dan ubi kayu.
Usaha tanaman Getah Pada abad ke-20 pemodal British telah mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.
Sistem Kangcu
Tanah subur Terdapat tanah yang subur dan iklim yang sesuai.
Revolusi industri permintaan tinggi.
Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap getah yang digunakan dalam pelbagai
industri terutamanya industri kereta.
Ridley bawa masuk getah Peranan Henry N.Ridley dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura yang berusaha membawa masuk getah.
Pameran dan pengagihan getah Ridley berusaha meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih secara
percuma percuma.
Cara penorehan Beliau berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai,iaitu sistem menoreh secara ibidem atau berbentuk tulang ikan
kering,yang tidak merosakkan pokok.
Harga getah tinggi Harga getah melambung tinggi berikutan perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut,tayar,basikal dan
peralatan elektrik.
Modal asing Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah merupakan salah satu faktor utama kepada perkembangan perusahaan getah di Tanah
Melayu.
Syarikat Perwakilan Penubuhan syarikat pewakilan membuka ladang dan menguruskan eksport getah seperti Harrisons and Crosfield,Bousten Buttery
Estate Agency,Guthrie dan Sime Darby.
Galakan British sewa tanah, cukai Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang
rendah. rendah kepada peladang getah.
Kemudahan infrastruktur Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya serta jalan kereta api untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan
pelabuhan dan pusat pentadbiran.
Pekerja asing Membawa masuk pekerja asing dari selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah.
Kopi jatuh. Berlaku kejatuhan harga kopi.
Kupon had penorehan Memperkenalkan sistem kupon mengehadkan hari menoreh getah.
Peraturan Getah A/B Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934.
Kuota rendah Mengenakan kuota yang rendah kepada pekebun kecil getah.
Premiumtanah naik Menaikkan premium tanah untuk penanaman getah.
Sekat melayu Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.
Sekat getah tanah sawah Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah.
Sebab-sebab kedatangan imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak abad ke-19.
Kurang buruh tempatan Kekurangan buruh di dalam sektor pertanian dan perlombongan mendorong British membawa masuk imigran.
British benar masuk British telah membawa masuk tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor pertanian dan
perlombongan.
Kemiskinan di negara sendiri. Kemiskinan di tempat asal mendorong kedatangan buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor pertanian dan
perlombongan.
Melayu tidak tentang Orang Melayu tidak menentang imigran China dan India berhijrah ke Tanah Melayu.
Hubungan tTradisi yg sudah ada. Hubungan tradisi yang terjalin antara Tanah Melayu dengan India yang telah mendorong mereka berhijrah ke Tanah
Melayu.
Peluang kerja. Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam perusahaan getah dan bijih timah.
Kestabilan Politik. Kestabilan politik di Tanah Melayu mempengaruhi buruh asing ini untuk ke sini.
Maksud kangani
Seorang yang diberi kepercayaan dan lesen oleh majikan untuk mendapatkan tenaga buruh dari India.
2. Sistem Kontrak
Majikan biaya Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu dan sebagai balasannya buruh tersebut akan bekerja
dengannya untuk jangka masa tertentu (antara 1-3 tahun) dengan bayaran yang paling minimum,iaitu antara 9 hingga 13
sen sehari.
3. Sistem Kangani
Lesen Seseorang kangani yang diberi kepercayaan oleh majikan,akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari
tenaga buruh.
Wang Pendahuluan Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh tersebut sehingga mereka tiba di Tanah
Melayu.
Pengurus agensi Seseorang kangani adalah seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing.
Perkembangan Perdagangan Perkhidmatan insurans diperkenalkan ekoran perkembangan ekonomi dalam perdagangan antarabangsa.
Jenis Perkhidmatan Perkhidmatan insurans yang ditawarkan ialah insirans maritim atau lautan,insurans kebakaran ,insurans harta,insurans
perniagaan dan kemalangan,serta insurans nyawa.
Insurans Maritim Keperluan perkhidmatan insurans maritim adalah untuk melindungi dagangan dan kapal pedagang kerana sistem
pengangkutan laut merupakan sistem pengangkutan utama.
Insurans Kebakaran Insurans kebakaran menjadi penting kerana kebakaran sering membawa kemusnahan misalnya,di Kuala Lumpur dan di
PUSAT TUISYEN GALUS
8
Ipoh.
Cawangan Insurans Luar. Pada peringkat awal,syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu merupakan cawangan atau wakil syarikat insurans asing
yang beribu pejabat di luar negara.
Syarikat perwakilan Syarikat perwakilan yang diperkenalkan di Tanah Melayu ialah boustead and Company di Pulau Pinang mewakili
Syarikat Royal Insurance Company dari England.
Syarikat Insurans Tempatan Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited ialah syarikat insurans tempatan berpusat di Singapura dan
Pulau Pinang.
Pengasingan khidmat insurans Pada tahun 1917,undang-undang perkhidmatan syarikat insurans telah dikemaskinikan dengan insurans nyawa diasingkan
daripada insurans kebakaran.
Ordinan Insurans. Pada 1948,enakmen-enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans
Nyawa.
Tanaman baru Memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran baik diperingkat antarabangsa seperti kopi,tembakau dan getah.
Komersilkan tanaman Mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.
Tanaman Ladang Mengusahakan tanaman secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh yang dibawa masuk dari China dan India.
Pemilikan tanah Memperkenalkan undang-undang pemilikan tanah bagi meneruskan penguasaan ekonomi.
Lindung tanah Melayu Melindungi dan mengelakkan tanah orang Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal dan pelabur asing.
Elemen utama. Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah.
Sistem Pemilikan tanah Melayu. Sistem pemilikan dan penggunaan tanah yang dipraktikkan masyarakat Melayu tidak sesuai dengan sistem tanah di Barat.
Tiada Rekod Sistem pemilikan tanah dikalangan masyarakat Melayu tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna untuk
dijadikan bukti pemilikan terhadapnya.
Rekod Bertulis Rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.
Mudahkan Pentadbiran Rekod bertulis memudahkan sebarang urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urusniaga terhadap tanah seperti
urusan cukai dan urus niaga terhadap tanah seperti pajakan,sewa beli,penjualan dan pembelian.
Jadikan Cagaran Tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.
PUSAT TUISYEN GALUS
9
Nilai Komersial tanah Membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah ladang,tanah peribumi dan tanah
perlombongan.
Ketentuan Cukai Menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.
Permohonan Tanah Menetapkan individu ataupun syarikat yang berminat untuk mengusahakan sesuatu kawasan membuat permohonan di
Pejabat Tanah.
Kebenaran Pejabat Tanah. Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti
nipah,damar dan rotan.
Permohonan Pejabat Tanah Inividu yang ingin mengusahakan tanah tidak perlu mendapat kebenaran pembesar Melayu sebaliknya mesti memohon
melalui Pejabat Tanah.
Kuasa residen Memberikan kuasa kepada Residen negeri untuk menentukan kawasan konsensi tanah yang diberikan kepada para
pemodal.
Kebenaran Pejabat Tanah Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripadaPejabat Tanah untuk mengutip sumber huan seperti nipah,damar
dan rotan.
Sistem Wang Perkembangan sistem ekonomi wang terhadap masyarakat Melayu.
Urusan dengan wang Semua urusan seperti jual beli,cukai,sewa tanah,barang keperluan dan perkhidmatan dibayar dengan wang.
Melayu Pinjam Wang Masyarakat Melayu terpaksa bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang.
Melayu Jual Tanah. Ramai orang Melayu menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang.
AktaTanah Simpanan Melayu. Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913.
Jamin eko./politik. Akta ini diperlukan untuk menjamin ekonomi dan politik orang Melayu masa depan.
Elak pindah milik. Mengelakkan tanah orang Melayu berpindah kepada orang asing.
Kuasa isytihar Residen diberi kuasa mengisytiharkan mana-mana hak milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu.
Tak Benar tanam komersial. Akta tersebut tidak membenarkan orang Melayu menanam tanaman komersial.
Padi dan kelapa. Undang-undang menetapkan jenis tanaman padi dan kelapa.
Land Order hak milik di Sarawak. Memperkenalkan Land Order 1931 yang memperuntukan hak milik tanah peribumi Sarawak.
Lindungi drp Cina. Melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha Cina untuk kegiatan pertanian.
Land Settlement Order. Menguatkuasakan Land Settlement Order 1933 memberi perlindungan hak tanah peribumi.
PUSAT TUISYEN GALUS
10
Warisan dan pemilikan Pemilikan Tanah hanya boleh dilakukan secara warisan.
Elak pajakan,pecah.. Mengelakkan berlaku pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah terhadap tanah warisan.
Pembahagian jenis tanah Memperkenalkan Land Order 1948 membahagikan tanah kepada tanah campuran,tanah simpanan dan tanah pedalaman.
Imigran - Tanah campuran Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran.
Warta Hak Pribumi. Mewartakan Proklamasi Pelindungan Hak Peribumi 1889.
Peg Daerah kuasa Sabah. Pegawai Daerah diberi kuasa menjaga kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah.
Sebelum 1888 tak sah Menganggap tidak sah segala urus niaga tanah antara peribumi dengan orang Eropah sebelum 1888.
Peg Daerah kuasa niaga. Pegawai Daerah diberi kuasa dalam urus niaga tanah dengan Eropah.
Tiada Tuntut ganti rugi. Penduduk peribumi Sabah berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.
Lindungi drp ceroboh Akta Land Order 1933 melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha dari China untuk tujuan pertanian.
Lindung tanah pribumi Akta Land Settlement Order memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat peribumi.
Pindah milik melalui pewaarisan. Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan untuk mengelakkan berlakunya
pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah.
Bahagi kpd 3 kaw. Akta Land Order 1948 membahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan tanah pedalaman.
Tanah campuran-imigran. Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran sahaja.
Kuasa Pegawai Daerah. Proklamasi perlindungan Hak Peribumi menetapkan bahawa kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah adalah di
bawah kuasa Pegawai Daerah.
Urus niaga tanah dimaklumkan Segala urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi.
Berhak ganti rugi Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.
Larang tanam Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah dikawasan penanaman padi.
Kurang orang Melayu Penyertaan pekebun kecil getah terutamanya dari kalangan orang Melayu dalam sektor perusahaan getah berkurangan.
Premium dikenakan tanah baru Premium permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah turut dikenakan.
Pembukaan Tanah baru dilarang. Pembukaan tanah-tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dilarang sama sekali oleh kerajaan British.
Lindungi pemodal Eropah Memberikan perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi Rancangan Stevenson 1922
semasa kejatuhan harga getah.
Kuota Rendah Pekebun kecil diberi kuota yang lebih rendah melalui pelaksnaan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun
1934.
Melayu tidak minat Orang Melayu tidak berminat untuk mengerjakan sawah padi.
Elak Libat dlm getah Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.
Tak mahu Gantung impot padi Mengurangkan Tanah Melayu bergantung import beras dari luar negara seperti dari Thailand,Indo-China dan myanmar.
Tiada jaminan beras luar. Bekalan beras dari luar negara tidak sentiasa terjamin.Sekiranya berlaku kekurangan pengeluaran beras luar,kesan buruk
akan berlaku di Tanah Melayu.
Melayu disekat tanam getah. Pekebun kecil dilarang menanam getah di tanah sawah.
Elak Ancam Getah Eropah. Pekebun kecil dilarang menanam getah kerana ia mengancam ladang getah pengusaha Eropah.
Sebab orang Melayu kekal dalam ekonomi tradisional semasa pemerintahan British.
Faktor kemunculan bandar baru di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
Bijih timah Perkembangan kegiatan perlombongan bijih mewujudkan bandar Kuala Lumpur,Taiping dan Seremban.
Petroleum Perkembangan perlombongan petroleum mewujudkan bandar Miri di Sarawak.
Perkembangan Pengangkutan Perkembangan sistem pengangkutan mewujudkan bandar Kuala Lumpur.
Pertanian Perkembangan pertanian komersial mempengaruhi kewujudan bandar johor Bahru.
Kedudukan Strategik Kuala Lumpur berkembang sebagai bandar besar kerana kedudukan strategiknya.
Ada Pelabuhan Peningkatan pengeluaran produk industri bijih timah dan getah telah menjadikan pelabuhan Klang,Melaka dan Pulau
Pinang.
Pusat Pengumpulan hasil Bandar Kuching muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir dan lada hitam.
Petempatan berbeza Petempatan masyarakat berbeza mengikut kaum.Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar,kaum Cina tinggal di
kawasan bandar dan kaum india tinggal di estet
PUSAT TUISYEN GALUS
12
Pekerjaan ikut kaum Jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum orang Melayu sebagai petani,kaum India kebanyakkannya sebagai
penoreh getah dan kaum Cina sebagai peniaga dan pekerja di lombong bijih timah.
Bahasa berbeza Bahasa pertuturan yang digunakan dalam kehidupan sosial berbeza antara satu sama lain.
Tiada kesepaduan kaum Tidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas.
Pendidikan Vernakular Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Pendidikan Vernakular Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Guna Bahasa Ibunda Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa penggantar.
Sek. Melayu- Neg.Selat. British menubuhkan sekolah vernakular Melayu di Negeri-Negeri Selat.
Sek Melayu Tlk Belanga.- Pertama Sekolah Melayu pertama terletak di Teluk Belangga,Singapura.
Kemudian - Seberang Sekolah Melayu seterusnya didirikan di Seberang Prai,Kuala Kangsar dan Batu Gajah di Perak.
Perai,K.Kangsar, Bt Gajah.
Sek .Perempuan 1885 Sekolah Melayu untuk murid perempuan telah dibina di Negeri-Negeri Selat pada tahun1885.
Kolej Melayu Elit Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan sebagai sekolah khusus untuk golongan elit.
Sek.Melayu-Peringkat Rendah Sekolah Melayu ditubuhkan hanya peringkat rendah dan kurikulum bersesuaian dengan cita-cita British menjadikan anak
Melayu sebagai petani.
Guru- MPSI Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan di Tanjung Malim,Perak bertujuan melatih guru sekolah Melayu.
Ladang- Tamil Pihak pengurusan ladang pula akan membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang.
Bandar Tamil Barat Pendidikan Tamil disediakan oleh kerajaan British di bandar seperti Sekolah Tamil Vivekananda di Seremban
berorientasikan sistem pendidikan di negara India.
Sukatan India Menggunakan sukatan pelajaran,buku dan tenaga pengajar dari India serta menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa
penggantar.
Saudagar Cina tubuh sek. Sekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari China.Contohnya,Sekolah Chung Hwa (1914) dan sekolah Cina Yuk Chai
(1926) di Kuala Pilah.
Dialek masing-maing. Menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa perantaraan manakala guru,buku dan sukatan pelajaran datangya
dari China.
Enakmen daftar sekolah. Kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah mengawal segala aktiviti untuk menyekat pengaruh komunis
di Sekolah Cina.
Mubaligh Kristian sek Ingg. Pendidikan Inggeris turut dimulakan pada peringkat awal hasil usaha mubaligh Kristian dan badan sukarela,di Tanah
Melayu.
Sek. Ingg Elit - Bandar Sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit kerana lokasinya terletak di bandar dan pelajarnya terdiri daripada
kalangan orang atasan.
Sek Ingg. Ikut England Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan di Engand.
Universiti Malaya. Pihak British menubuhkan sebuah universiti iaitu Universiti Malaya di Singapura tetapi agak lewat.
Kurang maju tumpu bahan mentah. Perusahaan perkilangan di Tanah Melayu tidak maju kerana aktiviti ekonomi British memberi tumpuan terhadap
pengeluaran bahan mentah bijih timah dan getah.
Barangan diimport Hampir semua barangan perkilangan yang diperlukan telah diimport kerana barangan perkilangan tempatan yang sedikit.
Tujuan eksport kasut getah. Sektor perkilangan di Tanah Melayu dimajukan untuk keperluan eksport,Syarikat Shum Yip Leong mndirikan dua buah
kilang kasut getah untuk dieksport ke China.
Kasut Bata Klang Syarikat Kasut Bata turut menubuhkan sebuah kilang di Klang,Selangor.
Fung Keong, Kinta Rubber Works Terdapat juga syarikat seperti Fung Keong di Klang,Selangor dan Kinta Rubber Works di Ipoh,Perak yang menghasilkan
berasaskan getah barangan berasaskan getah.
United Engineer kapal korek Syarikat United Engineers pula telah mendirikan kilang membina kapal korek ,kapal kecil dan mesin memproses getah.
Mengetin nanas. Perusahaan mengetin nanas diasaskan oleh seorang berbangsa Perancis berpusat di Johor untuk eksport.
Pemodal Cina Pemodal Cina mengusahakan perusahaan mengetin nanas di Johor.
Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu pada awal abad k-20.
Perkembangan Lombong & Perkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian menyebabkan perkembangan pengangkutan dan perhubungan.
Petanian
Cepat penghantaran Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk
dieksport.
Jln Keretapi Pertama Jalan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun 1885 untuk menghubungkan Taiping dengan Port Weld,Kuala
Lumpur dengan Port Swettenhem,kawasan perlombongan di Seremban ke Port Dickson dan di Tapah Road dengan Telok
Anson.
Perkhidmatan utk Timah Pada tahun1904,semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak,Selagor dan Negeri Sembilan telah mempunyai
perkidmatan kereta api.
1918 Keretapi ke Sempadan Siam Jalan kereta api yang menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam telah disiapkan pada tahun 1918.
1931 ke Timur Pada tahun 1931,jalan kereta api di bahagian timur yang menghubungkan Gemas,Pahang dan Kelantan ke sempadan Siam
telah dibina.
1923 Sambung ke Singapura Menjelang tahun 1923,jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambung hingga ke Singapura.
Buka tanah baru Pembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.
Pelabur luar datang Di Johor,orang Eropah hanya melabur dalam perusahaan getah selepas terdapatnya pembinaan jalan kereta api.
Muatan yg banyak Perkhidmatan kereta api dapat membawa muatan yang banyak.
Jln raya berturap Jalan raya dalam bentuk berturap dan tanah merah digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan
PUSAT TUISYEN GALUS
14
sungai.
Sepanjang 2400km jln raya Menjelang tahun 1895,Selangor dan Perak mempunyai jalan raya sepanjang 2400 kilometer.
Kenderaan bertambah Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902.
Hubung Perlis - Singapura Antara tahun 1911 hingga tahun 1928,jalan raya yang menghubungkan Perlis dan Singapura siap dibina.
Mudah hubungan Barat Timur Jalan raya diantara Kuala Lumpur dan Kuantan turut dibuka bagi memudahkan perhubungan antara negeri-negeri di
Pantai Timur.
Komunikasi Tel. Telegraf, pos... Sistem perhubungan seperti telegraf,telefon,perkhidmatan pos,radio dan perkhidmatan udara diwujudkan akibat daripada
perkembangan ekonomi.
Tambah kecekapan Perhubungan antara negeri-negeri serta perhubungan dengan negara luar dapat dijalankan dengan lebih cekap dan cepat.
Sumbangan sistem pengangkutan kepada ekonomi Tanah Melayu pada awal abad ke-20
Langkah-langkah British untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak.
Bina Hospital Menubuhkan hospital di bandar seperti di Taiping dan di Kuala Lumpur dalam usaha mengawal wabak penyakit
berjangkit mudah merebak.
Pusat Kesihatan Membina pusat kesihatan di luar bandar untuk mengawal penyakit berjangkit yang mudah merebak.
Pusat Kesihatan Kecil Pusat kesihatan kecil turut dibina di negeri-negeri lain,misalnya terdapat 14 buah pusat kesihatan di Selangor,dua buah di
Pahang dan tiga buah di Negeri Sembilan.
Sabah bina hospital Pada tahun 1913 beberapa buah hospital telah dibina di Sabah,iaitu di daerah Jasselton,Sandakan,Beauford,Kudat dan
Tawau.
Sarawak di Kuching, Sri Aman, Di Sarawak,perkhidmatan perubatannya tertumpu di bahagian Kuching dan pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan
PUSAT TUISYEN GALUS
15
Sibu Sibu.
Sumbangan orang Perseorangan Terdapat hospital yang dibina atas sumbangan orang perseorangan seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur,yang
memberikan perkhidmatan kesihatan kepada pekerja lombong bijih timah yang terdiri daripada kalangan imigran China.
Institut Penyelidikan Perubatan Mendirikan Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur yang membuat penyelidikan untuk mencari punca penyakit
dan langkah pencegahan.
Lembaga Sanitary Lembaga Sanitary ditubuhkan untuk menitikberatkan kesihatan awam terutamanya di bandar-bandar serta mengawasi
kebersihan bandar di Kuala Lumpur.
Jabatan Kesihatan Jabatan Kesihatan telah mengambil alih sebahagian tugas Sanitary Board dan bertanggungjawab dalam aspek kesihatan.