Anda di halaman 1dari 1

Pendahuluan

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai warisan dan kebudayaan yangmempunyai ciri-
ciri unik dan tersendiri. Kewujudan budaya-budaya serta etnik inilah yangmenjadi identiti masyarakat
di Malaysia. Menurut Kamus Dewan (2007), kebudayaanmembawa maksud cara hidup, peradaban,
tamadun dan kemajuan sesebuah masyarakat.Oleh itu, pada kajian kali ini saya ingin mengkaji
tentang salah satu kebudayaan yangpopular di negeri Johor iaitu tarian Kuda Kepang. Asa usul
kuda kepang ini berakar dariTanah Jawa , iaitu Jawa Timur dan dibawa masuk oleh pendatang-
pendatang Jawa yangdatang berhijrah atau yang membuka petempatan baru di Johor.

Pelbagai teori dan pertentangan pendapat oleh pakar-pakar sejarah Kuda Kepangbagaimana
Kuda Kepang ini dicipta dan ditemui. Aspek-aspek yang boleh dilihat dari segipersembahan,
penceritaan dan kewujudannya banyak mempunyai kaitan dengan upacarpemujaan yang cuba
dikaitkan dengan unsur Islam. Secara tidak langsung, kebudayaanseni ini adalah tentang penyebaran
Islam di Nusantara. Namun, terdapat juga unsur-unsurspiritual yang jelas bertentangan dengan
syariat agama Islam.

Bagaimanakah tarian kuda kepang Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau
di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan
membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah,
bunga, rumput, dan air untuk persembahan.Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut
untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik
mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik
bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu
kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.Ketika muzik menjadi lebih
pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang
kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar
biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam
keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika
alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik
seakan-akan kuda yang sedang berang.Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami
keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk,
mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan
muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika
keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal
yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah,
dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.

Anda mungkin juga menyukai