Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL (2)

JALAN LONG YUNUS 15200 KOTA BHARU


KELANTAN DARUL NAIM

KERTAS KERJA

KEMBARA MERDEKA 2017

PPD KOTA BHARU DAN SK SULTAN ISMAIL 2

1.0 RASIONAL

Program Kembara Jalur Gemilang merupakan aktiviti tahunan Jabatan dan sebelum ini
dikenali dengan nama program Semarak Merdeka 1 Malaysia yang telah dilaksanakan
sejak tahun 2008.

Pihak pengurusan sekolah sultan ismail 2 telah memutuskan agar Program Semarak
Merdeka 1Malaysia dijalankan memandangkan bulan kemerdekaan waktu itu
merupakan bulan penuh kenangan dan patrotisme kepada warga malaysia

Kempen Kibar Jalur Gemilang 2017 akan diadakan sempena bulan kemerdekaan iaitu
pada 6 Ogos 2017 hingga 16 September 2017. Sehubungan itu, dalam menjiwai dan
mendalami pahit jerih insan pejuang kemerdekaan maka pihak sekolah berkerjasama
dengan pihak ppd kota bharu akan mengadakan Program Kembara Jalur Gemilang
2017 bermula dari sk sultan ismail 2 ke ppd dan seterus nya bergerak ke dabong gua
musang

Program ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai dan pelbagai agensi untuk
mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di kenderaan, rumah, bangunan kerajaan dan
premis-premis perniagaan sepanjang Bulan Kemerdekaan Negara serta merasai laluan
liku susah penghidupan masyarakat dabong

1
2.0 MATLAMAT PROGRAM

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha
berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan
dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Dalam konteks kembara ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi peluang
kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari
segi kepimpinan dan kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat
kejasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab serta yang utama semgaat
patriotisme terhadap negara bangsa.

Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan


program kembara ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang
berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang
sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya serta cintai
negara.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta


memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip
berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan
keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdya saing, berdaya tahan dan
berdaya juang yang tinggi dan juga semangat cintakan negara.

3.0 OBJEKTIF

Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini ianya dapat :

3.1. Meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada tanah air dalam
kalangan rakyat Malaysia berbilang bangsa.

3.2 Memeriahkan suasana Sambutan Bulan Kemerdekaan di seluruh negara.

3.3 Menanamkan semangat cinta dan sayang pada Jalur Gemilang yang menjadi
kebanggaan rakyat Malaysia.

3.4 Meningkatkan dan mengembalikan keyakinan serta sokongan rakyat kepada


kerajaan.

3.5 Menghayati semangat Rukun Negara yang menjadi tonggak perpaduan sebagai
panduan dan amalan hidup rakyat Malaysia.

3.6 Meningkatkan semangat perpaduan dan saling hormat menghormati di kalangan


masyarakat pelbagai kaum.

2
4.0 KUMPULAN SASAR

Semua 20 guru berserta wakil PPD dan 40 pelajar serta masyarakat dabong amnya

5.0 JANGKA MASA AKTIVITI

Perkhemahan ini akan diadakan pada :

5.1 Tarikh : 17 ogos 2017

5.2 Hari : Khamis hingga Jumaat

5.3 Tempat : sk chat gua musang

6.0 JAWATANKUASA

6.1 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KEMBARA MERDEKA

JAWATAN KUASA PROGRAM KEMBARA MERDEKA

PPD KOTA BHARU DAN SK SULTAN ISMAIL 2 TAHUN 2017

Penasihat : PPD KOTA BHARU

Pengerusi : En Muzli B Mustapha (Tuan Guru Besar)

T. Pengerusi I : PEGAWAI PPD

T.Pengerusi II : En. Shaidi Mohammad

Penyelaras : En Saiful Anuar Bin Mohd Ariffin

P. Penyelaras : Pn naimah Bt

Setiausaha : Pn Suzila Binti Yasim

Bendahari : Pn Wan Hardiana Ayuni Bt

6.2 JAWATANKUASA KERJA

Ketua Kontigen : Pn Gan Greena Liza

3
Pen. Kontigen 1 : Pegawai Ppd

Pen Kontigen 2 : Pn Mazni Abd Manaf

Urusetia/Pendaftaran Peserta:

1. Pn Naimah

Persiapan Tempat/Peralatan :

1. En. Zil

Aktiviti /Pertandingan :

1. Mohd Shahidan Mohd Noor

Persegaran/ Masakan

1.

Keselamatan / Kecemasan/Kawalan/Disiplin :

1 ropi

VVIPPerasmian / Penutup :

1. Pn Gan Greena Liza


2. Pn Naimah Bt Ishak

Hadiah&Cenderahati

1. Pn Wan Hardiana Ayuni Bt Nik Mansor


2. Pn Mazni Mohd Razali

Kerohanian Dan Usrah

1. Ust Abd. Rahim Bin Hussin

Jurugambar / Kain Rentang Dan Dokumentasi

1. Pn Normaisarah Bt Yusuf
2. Pn Dayangku Asma Suryyati Bt Mohd Kamaluddin
3. Pn Zuraihan Bt Mat Hussin

4
7.0 BAJET/ PERBELANJAAN:

1. Sumber Kewangan.

Peruntukan SUMBANGAN SEK/PIBG RM 8.00 X 100 = RM 2000.00

Yuran penyertaan pelajar/GURU RM 10.00 X 60 = RM 600.00

SUMBANGAN KOPERAT/SWASTA rm 790

2. Kos.

BIL. PERKARA KOS JUMLAH


1. Hadiah/makanan
HAMPER RM 8.00 X 30unit RM 240.00
MAKAN PESERTA 60 0RANG RM 10.00 X 60 org RM 600.00

2. BENDERA
500 BENDERA KECIL RM 50.00 X 0.60sen RM 300.00
10 BENDERA BESAR RM 25.00 x 10unit RM 250.00

3. PENGANGKUTAN
COACH KTM (B) RM 2000.00(1 unit) RM 2000.00

Jumlah RM 3390.00

5
8.0 JADUAL AKTIVITI

JADUAL AKTIVITI KEMBARA MERDEKA 2017

Tarikh : 16 ogos 2017 (rabu)

Tema : Perlancaran Kembara Merdeka 2017

Masa Perkara
7.45 pagi Pelajar beratur di dewan sksi2
Kehadiran DIF kehormat

8.00 pagi Senamrobik dan nyanyian 4 lagu


- Negaraku
- Selamat sultan
- Lagu sekolah
- Lagu tema

8.30 pgi Ucapan


- Kehadiran Moto Besar (Cycle Merdeka Team)
- Penyerahan Bendera Malaysia Oleh Team Cycle En Faizal Kepada
Timblan Pengarah
- Ucapan Tuan Guru Besar
- Ucapan Timbalan Pengarah (Perasmian)

10.30 pagi Jamuan ringan

Tarikh : 17 ogos 2017 (khamis)

Tema : Perlancaran Kembara Merdeka 2017

Masa Perkara
9.45 pagi Pelajar beratur di dewan sksi2 bagi bergerak ke stesen ktm wakaf baru (contoh)

10.00 pagi Bertolak dari sekolah

11.30 pagi Berlepas dari stesen wakaf baru ke stesen gua musang
aktiviti
- Kibaran jalur gemilang sepanjang perjalanan
- Nyanyian lagu partriotik en zilkarnain
- Pertandingan kuiz kenegaraan pnmazni
- Ucapan semangat/ aluan oleh pelajar

4.00 ptg Sampai di stesyen gua musang

4.20 ptg Bertolak ke sk..

5.30 ptg Penyerahan bendera kemerdekaan kepada penduduk kg..

6
8.00 mlm Menjamu selera bersama penduduk ( makan buahan/ makan santai)

11.00 mlm Tidur di sekolah ..

Tarikh : 18 ogos 2017 (Jumaat)

Tema : Perlancaran Kembara Merdeka 2017

Masa Perkara
9.45 pagi Pelajar beratur di dewan sek untuk pulang menaiki bus ke stesen kereta aapi

10.00 pagi Bertolak dari sekolah

11.30 pagi Berlepas dari gua musang ke wakaf baru


aktiviti
- Kibaran jalur gemilang sepanjang perjalanan
- Nyanyian lagu partriotik en zilkarnain
- Pertandingan kuiz kenegaraan pnmazni
- Ucapan semangat/ aluan oleh pelajar

4.00 ptg Sampai di stesyen wakaf baru

4.20 ptg Bertolak ke sksi

5.30 ptg Penyerahan bendera kemerdekaan wakil ppd kota ke pihak sekolah bagi tujuan
kibaran sepanjang bulan
6.00 ptg pulang

7
9.0 PENUTUP

Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi menerapkan
dan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang mantap dan disiplin yang
kuat. Program ini juga berperanan untuk memupuk semangat setia kawan dan saling
tolong-menolong dan bantu-membantu serta mengekalkan hubungan silaturrahim antara
pelajar-pelajar supaya ia disemai dan dipupuk sejak mereka kecil dan menjadi sebati
bila mereka meningkat remaja dan dewasa kelak.

Kejayaan Kembara Ini ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak.
Demikian juga sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan secara langsung
turut menyumbang kepada kejayaan itu. Sokongan dan bantuan dari semua pihak yang
terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini adalah
diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian terima kasih

Disediakan oleh Disemak oleh

T.Tangan Su Ko/ T.Tangan Pk Kokurikulum


Penyelaras Unit Beruniform

Disahkan Oleh

............................
( Tn Guru Besar)

8
9