Anda di halaman 1dari 22

PPEK1101

TAJUK : SCHIZOPHERENA

NAMA: SYAMEERA BEE BT SHOWKAT ALI


PEK120033
NG YIN YEE
PEK120016

TARIKH:27 NOVEMBER 2012


NAMA PENSYARAH:DR.MADHYA W.DAVID

SES1 : 2012/2013
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 1
2.0 DEFINISI 2

3.0 JENIS-JENIS SKIZOFRENIA 3-7

4.0 SIMPTOM-SIMPTOM 8-10


SKIZOFRENIA
5.0 ETIOLOGI 11-13

6.0 UJIAN DIAGNOSTIK 14-15

7.0 UBAT-UBATAN 16-17

8.0 RAWATAN-RAWATAN 18-20

9.0 KESIMPULAN 21

10.0 RUJUKAN 22

11.0 LAMPIRAN 23-36


1.0 Pengenalan

Masalah kesihatan mental, emosi dan fizikal dalam kalangan masyarakat adalah sangat luas dan
saling berhubung dengan segala aspek kehidupan manusia.Berdasarkan teori psikososial oleh
erik erikson mengatakan bahawa beliau mengembangkan teori tersebut berdasarkan psikoanalisis
dari freud.Di dalam teori psikososial di sebutkan bahawa,tahap perkembangan individu
sepanjang kehidupan,di bentuk oleh pengaruh sosial yang berinteraksi dengan individu tersebut
sehingga menjadi matang secara fizikal dan psikologi.Selain itu,berdasarkan teori
psikososial(ERIK ERIKSON) juga mengatakan bahawa perkembangan emosi adalah sejajar
dengan pertumbuhan fizikal.Seterusnya,terdapat interaksi antara pertumbuhan dan keseimbangan
serta perkembangan psikologi.Perkembangan ini menuju kea lam dewasa,membawa penyatuan
perkembangan psikologi,biologi dan sosial.Di samping itu,erikson juga menyatakan anak adalah
gabungan dari organisma,ego dan makhluk sosial di mana perkembangan manusia ini sejak lahir
hingga akhir hayat yang di bahagikan kepada lapan fasa atau tahap.

1
2.0 Definisi

Istilah psikososial menurut kamus perubatan ialah istilah yang merujuk kepada keupayaan minda
untuk menyesuaikan diri secara sedar atau tidak sedar dan mengaitkan badan dan minda.
Masalah psikososial adalah gangguan mental yang disebabkan atau dipengaruhi oleh pengalaman
hidup,proses kognitif dan tingkah laku yang membuatkan seseorang itu tidak dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran. Istilah Psikososial itu sendiri merujuk kepada faktor-
faktor psikologi dan sosial yang mempengaruhi perkembangan individu. Pengaruh sosial seperti
tekanan rakan sebaya,sokongan ibu bapa,latar belakang budaya dan agama,status sosioekonomi
dan hubungan interpersonal membantu dalam membentuk personaliti dan mempengaruhi
psikologi seseorang. Kanak-kanak yang mempunyai masalah psikososial mempunyai kesukaran
untuk berfungsi dalam situasi sosial dan mempunyai masalah dalam berkomunikasi dengan
orang lain.Masalah psikososial seperti masalah tingkah laku,emosi dan pendidikan yang teruk
dapat mengganggu fungsi seharian kanak-kanak. Dalam manual diagnosis dan statistik
kecelaruan mental edisi 4,semakan teks (DSM-IV-TR), Persatuan Psikiatri Amerika
membezakan 16 jenis atau kategori penyakit mental. Walaubagaimanapun, psikososial dikatakan
mempunyai sedikit pengaruh ke atas semua sub-jenis gangguan mental . Antara kategori utama
gangguan mental yang dipengaruhi oleh masalah psikososial ialah

I. Skizofrenia dan gangguan psikotik yang lain termasuk gangguan seperti Skizofrenia
(skizofrenia, schizophreniform, dan gangguan schizoaffective), gangguan delusional, dan
gangguan psikotik.
II. Gangguan mood iaitu gangguan afektif seperti kemurungan dan gangguan bipolar.

2
III. Gangguan kebimbangan di mana keadaan tertentu atau sesuatu tempat yang
mencetuskan ketakutan yang berlebihan dan gejala kebimbangan seperti gangguan panik,
agoraphobia, sosial fobia, keterlaluan-kompulsif gangguan, gangguan tekanan post-
traumatik, dan gangguan keresahan yang umum . Gangguan kebimbangan ini adalah
perkara biasa terjadi kepada kanak-kanak.
IV. Gangguan Somatoform melibatkan klinikal yang penting gejala fizikal yang tidak dapat
dijelaskan oleh keadaan perubatan (contohnya gangguan somatization, gangguan
penukaran, gangguan kesakitan, hypochondriasis, dan gangguan badan dysmorphic).
V. Gangguan tiruan ialah gangguan di mana seseorang individu mencipta dan mengadu
tentang sesuatu penyakit yang tidak wujud dalam usaha untuk mengambil alih peranan
pesakit .

3
3.0 Tahap perkembangan psikososial

Menurut Erik Erikson (1963) perkembangan psikososial terbagi kepada lapan tahap .Masing-
masing tahap psikososial memiliki dua komponen iaitu komponen yang baik (yang diharapkan)
dan yang tidak baik (yang tidak diharapkan). Perkembangan selanjutnya tergantung pada
pemecahan masalah pada tahap masa sebelumnya. Antara tahap perkembangan psikososial ialah:

3.1 Psikososial tahap pertama ialah perasaan percaya vs perasaan tidak percaya. Tahap pertama
perkembangan psikososial ini terjadi diantara waktu kelahiran sehingga berusia satu tahun. Ini
ialah tahap pertama dalam kehidupan kita.Oleh kerana bayi bergantung sepenuhnya kepada
orang lain,maka perkembangan rasa percaya yang dibentuk olehnya berasaskan kepada
kepercayaan dan kualiti penjaganya. Apabila seorang bayi dapat membangunkan perasaan
percaya dalam dirinya,dia akan rasa selamat dan dilindungi di dalam dunia ini. Namun begitu
apabila penjagaan yang tidak stabil akan menyebabkan bayi yang dijaga mempunyai perasaan
tidak percaya kepada persekitarannya. Kegagalan dalam mengembangkan rasa percaya ini akan
melahirkan perasaan takut dan yakin bahawa dunia ini tidak tenteram dan tdak dapat dipercayai.
Peranan penjaga bayi pada masa ini amat penting bagi memperkembangkan tahap psikososial.

3.2 Psikososial tahap kedua ialah autonomi vs rasa malu dan sangsi. Tahap ini berlaku di
sepanjang peringkat awal kanak-kanak dan ia tertumpu kepada pembentukan perasaan keyakinan
diri pada kanak-kanak tersebut. Erikson dan Freud percaya latihan ke tandas merupakan
bahagian penting dalam proses ini. Namun alas an yang diberikan oleh Erikson berbeza dengan
Freud. Erikson percaya bahawa pembelajaran ini adalah untuk mengawal fungsi tubuh seseorang
yang akan membawa kepada tindak balas terkawal dan kemahuan untuk berdikari. Kaedah lain
yang penting termasuklah memberi banyak peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan
makanan,permainan dan pakaian. Kanak-kanak yang berjaya melengkapkan tahap ini akan
berasa selamat dan yakin manakala mereka yang gagal akan mempunyai perasaan
ketidakcukupan,malu dan sangsi.

4
3.3 Psikososial tahap ketiga ialah inisiatif vs rasa bersalah. Kanak-kanak pada tahap ini mula
berinteraksi dan terdedah kepada persekitaran. Mereka akan cuba mengambil banyak inisiatif
untuk melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu yang semakin menebal
dalam diri kanak-kanak ini. Namun begitu apabila ibi bapa atau penjaga memarahi dan
menggunakan dendaan atau kekerasan terhadap tingkah laku mereka ini akan menyebabkan
kanak-kanak tadi mempunyai perasaan bersalah pada diri dan tidak akan berinsiatif dan takut
untuk mencuba sesuatu yang baru.

3.4 Tahap perkembangan psikososial yang keempat ialah industri vs rasa rendah diri.
Perkembangan tahap ini berlaku semasa umur 6-12 tahun. Pada tahap ini kanak-kanak suda
memasuki alam persekolahan. Pada tahap ini kanak-kanak perlu menguasai kemahiran asas 3M
iaitu membaca,menulis dan mengira. Tahap pemikiran mereka mula mencapai operasi konkrit
dan mula berfikiran logik. Mereka akan melakukan sesuatu dengan penuh minat,yakin dan tekun.
Tanpa bimbingan dan galakan daripada ibu bapa,guru dan rakan sebaya akan menyukarkan
keupayaan,keyakinan dan kebolehan kanak-kanak tersebut terbentuk. Hal ini akan menimbulkan
rasa rendah diri dalam dirinya dan membuatkannya menghadapi pelbagai masalah contohnya
dalam berkomunikasi.

3.5 Tahap perkembangan psikososial yang kelima ialah identity vs kekeliruan. Tahap ini berlaku
pada sekitar umur 12-20 tahun. Pada tahap ini remaja sama ada remaja pada awal usia atau
remaja pada akhir usia akan berusaha mencari identiti dan persepsi mereka di dalam dunia
mereka sendiri. Remaja yang mempunyai identiti dirinya sendiri akan mencipta rancangan masa
depan yang memuaskan dan rasa terselamat. Sebaliknya remaja yang gagal akan
memperkembangkan rasa keliruan peranan, hidupnya yang tidak bermatlamat,sering rasa
tersisih dan sukar membuat keputusan alaupun untuk diri mereka sendiri.

5
3.6 Tahap perkembangan seterusnya ialah kemesraan vs pengasingan diri yang berlaku antara 20
hingga 40 tahun. Pada tahap ini mereka mula mencari kenalan atau cinta dan membentuk corak
perhubungan.mereka akan memulakan pergaulan mesra antara lain jantina. Mereka juga
memerlukan perhubungan yang bermakna dan kemesraan. Pada peringkat ini,seseorang dewasa
akan berkongsi hidup bersama untuk mencapai kemesraan dan hubungan yang rapat dengan
mendirikan rumahtangga. Sebaliknya, orang yang masih bujang atau belum berkahwin akan
merasa putus asa atau kecewaan dan membuat pengasingan diri dengan orang lain berdasarkan
beberapa faktor.

3.7 Tahap perkembangan ketujuh ialah generativiti vs pemusatan. Tahap ini berlaku antara umur
40 hingga 65 tahun. Generativiti merujuk kepada usaha seseorang untuk memberi sumbangan
atau perkhidmatan kepada generasi akan datang. Seseorang yang dewasa akan berpuas hati jika
dapat membantu anak-anaknya menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab serta berguna
kepada masyarakat. Sebaliknya, individu yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak pernah
memberi apa-apa bantuan kepada orang lain akan berasa kecewa dan kurang berpuas hati dengan
hidupnya. Sebagai akibatnya, proses pemusatan kendiri akan berlaku pada individu tersebut.

3.8 Tahap perkembangan yang terakhir ialah kesepaduan vs putus asa.perkembangan ini berlaku
semasa umur 65 tahun dan keatas. Pada peringkat ini, seseorang dewasa akan melekukan refleksi
kendiri. Dia akan mengingat kembali kejayaan dan kegagalan yang dialaminya pada peringkat
awal. Jika seseorang berpuas hati dengan pencapaiannya pada peringkat awal, dia akan mencapai
rasa kesepaduan. Jika sebaliknya, dia akan merasakan kegagalan dan hidup dalam berputus asa.

6
4.0 CIRI-CIRI

Individu yang mempunyai masalah psikososial biasanya dilihat menghadapi masalah gangguan
emosi dan sosial.

4.1 Gangguan emosi

Emosi kanak-kanak yang mempunyai masalah psikososial selalunya kurang matang. Mereka
tidak berupaya untuk menghadapi tekanan harian di sekolah. Mereka sering menghadapi masalah
untuk bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Mereka mudah cemas apabila berada jauh daripada
keluarga dan rumah mereka,mereka berasa dirinya terdedah kepada pelbagai ancaman dan
bahaya tanpa perlindungan daripada orang-orang yang mereka percayai.Mereka tidak akan hadir
ke sekolah seterusnya apabila berlaku satu tekanan tambahan ,seperti gurunya ditukar. Kanak-
kanak ini juga sering kali mereka pelbagai alasan seperti sakit perut,pening kepala dan rasa loya.
. Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya ibu bapa memaksa mereka ke sekolah dengan
paksaan atau pukulan. Ada yang menunjukkan marah dengan mendiamkan diri sahaja dan
enggan bekerjasama dengan orang yang mau membantunya. Disebabkan pemikiran mereka
masih kurang matang,mereka sukar untuk mengawal emosi. Kanak-kanak ini tidak tahu cara-
cara untuk menghadapi kekecewaan dan menyalurkan sikap agresif pada aktiviti yang lebih
sihat. Mereka cepat cemas dan marah. Apabila dalam keadaan marah,mereka boleh menjadi
ganas dan mengeluarkan kata-kata kesat dan yang dianggap biadap. Masalah ini boleh membawa
kepada permulaan gangguan jiwa dan gangguan akan lebih nyata apabila umur mereka
meningkat.

7
4.2 Masalah sosial

Kanak-kanak yang mempunyai masalah psikososial lebih suka mengasingkan diri daripada
bergaul dengan rakan sebayanya. Hal ini kerana terdapat gangguan pada mental kanak-kanak
yang menyebabkannya hilang keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan.kanak-
kanak ini juga tidak dapat mengaitkan badan dan minda. Hal ini menyebabkan kanak-kanak ini
menjadi anti-sosial kerana tidak dapat berinteraksi dengan orang lain. Fikiran mereka juga sering
bergelumang dengan fantasi atau delusi dan kehilangan identiti diri. Kanak-kanak ini selalunya
seorang yang pendiam,dan juga kurang kemahiran kognitif untuk memahami apa yang ditanya
atau untuk menerangkan pengalaman luar biasa mereka.

8
5.0 Etiology masalah Psikososial

Etiologi atau punca masalah psikososial adalah pelbagai dan tidak difahami sepenuhnya oleh
pihak psikiatri. Hal ini kerana masih terlalu banyak punca yang belum dikenalpasti yang
membawa kepada masalah psikososial ini.

5.1 Faktor alam persekitaran

Faktor alam persekitaran juga turut mempengaruhi perasaan atau emosi kanak-kanak.Alam
persekitaran bermula dengan keluarga sendiri,kanak-kanak yang di besarkan dalam satu
keluarga yang ahlinya sendiri menghadapi masalah keresahan,tekanan,selalu runsing dan sering
dalam keadaan tegang,akan lebih kerap mengalami masalah yang sama.oleh itu,kawalan yang
terlalu ketat ,atau yang terlalu bebas boleh juga member kesan yang sama.Sekiranya anak-anak
tersebut tidak berasa terjamin kasih sayangnya semasa bersama-sama ibu bapa dan ahli
keluarganya yang lain semenjak dia di lahirkan,ini akan menjejaskan cara kanak-kanak ini
menghadapi situasi yang menekan jiwanya.Mereka akan melihat dunia luar sebagai satu
ancaman.Seterusnya, tahap keyakinan mereka pun berkurang.Tambahan pula sekiranya pertalian
kasih sayang antara keluarga berkurang, situasi ini akan menjadi lebih rumit dan menyebabkan
mereka berasa tertekan.Tekanan pada mulanya,boleh bertambah dari hari demi hari dan akhirnya
mencetuskan gangguan emosi,yang nyata hanya berlaku apabila kanak-kanak tersebut
menghadapi satu tekanan yang besar atau kecil,yang di anggap sudah mencapai tahap
maksimum.

5.2 Faktor penyakit fizikal dan kecederaan

Kanak-kanak keperluan khas dan kanak-kanak normal yang sering menghidap penyakit fizikal
akan sendirinya berasa takut setiap kali mereka di serang penyakit tersebut.Mereka takut akan
mati atau takut mendapatkan rawatan.Perasaan takut ini kian menguasai mereka dan akhirnya
boleh menjadi satu tekanan yang berat dalam diri mereka

9
.Dengan adanya penyakit fizikal atau kecederaan pada diri kanak-kanak tersebut,ini akan
menimbulkan kerungsingan kepada ibu bapa.Ibu bapa akan menjadi lebih resah dan akan
melindungi anak-anak mereka,kadang kala sehingga keterlaluan.Keadaan ini seterusnya ibu
bapa akan menyekat pergaulan anak-anak mereka.Selain itu,ibu bapa akan menyekat kebebasan
pergaulan anak-anak tersebut dan mengongkong kawasan permainan mereka kerana takut anak-
anak tersebut jatuh sakit di luar pemandangan.Kesan daripada keadaan ini,,akan melahirkan
kanak-kanak yang bergantung harapan sepenuhnya kepada ibu bapa.justeru itu,anak-anak ini
akan mejadi penakut dan kurang yakin pada diri sendiri.

5.3 faktor kemurungan

Laporan pertubuhan kesihatan sedunia(WHO) Menyebut kemurungan adalah penyakit yang


boleh menyebabkan hilang keupayaan dan menambahkan kesengsaran..Kemurungan berlaku
tanpamengira usia dan jantina.Terdapat pelbagai factor yang dapat meningkatkan kemurungan
iaitu factor tekanan diri,kurang yakin pada diri sendiri dan perasaan kendiri yang
rendah,kehilangan daya kawalan ke atas perlakuan-perlakuan individu,pengalaman sosial yang
menyakitkan,perceraian atau kegagalan dalam peperiksaan juga menyumbang kea rah
kemurungan.Pengaruh emosi seperti menghadapi tekanan hidup seringkali menjadi punca utama
masalah kemurungan..Seterusnya,faktor biologi seperti ketidakseimbangan bahan kimia di dalam
otak atau di panggil sebagi neurotransmitter serotonim di bahagian otak.

5.4 Faktor keluarga

Bentuk keluarga yang terlalu terlibat(enmeshment),yang terlalu melindung(over-


protecting),terlalu tegas(strict) dan kurang keupayaan untuk mengurangkan konflik dalam
keluarga merupakan beberapa cirri kekeluargaan yang boleh mencetuskan gangguan anoreksia
nervosa.Keluarga seperti ini tidak menggalakkan autonomi atau peluang bersendirian kepada
sesiapa pun dalam keluarga.Ini adalah kerana batasan bagi setiap individu dalam keluarga terlalu
lemah,menyebabkan setiap ahli keluarga menghadapi kesulitan untuk menyelesaikan masalah
mereka dengan berkesan.Terdapat ahli keluarga yang sentiasa mengawal pergerakan anak
mereka sehingga anak itu tidak mendapat kebebasan.Keadaan ini seterusnya memberi tekanan
kepada mereka. 10
6.0 Intervensi

6.1 Terapi keluarga

Keluarga merupakan sekumpulan orang yang memiliki hubungan melalui ikatan


perkahwinan,adopsi atau kelahiran yang bertujuan untuk menciptakan dan mempertahankan
budaya,perkembangan fizikal,mental dan sosial serta emosional dari setiap keluarga.Keluarga
sangat penting dalam memahami psikososial anggota keluarga terutama ketika kanak-
kanak.Terapi keluarga di jalankan dengan melibatkan seluruh anggota keluarga.keadaan ini
penting dalam proses komunikasi antara keluarga kerana bagi menangani masalah emosi,sosial
dan tingkahlaku sudah tentu memerlukan orang paling rapat dengan mereka.Hal ini
kerana,keluarga lebih mengenali mereka dengan lebih rapat sudah tentu lebih memahami
mereka dengan baik.Terutama di peringkat kanak-kanak perhatian keluarga adalah sangat
penting agar tingkahlaku mereka mudah di bentuk dengan baik seperti kanak-kanak normal yang
lain.Menurut kajian oleh pakar kesihatan juga mendapati proses penyembuhan kanak-kanak
keperluan khas banyak di pengaruhi oleh persekitaran keluarga itu sendiri.contohnya,bagi
mengawal emosi dan sosial mereka keluarga perlu sentiasa membawa mereka ke tempat-tempat
yang mampu merangsang minda mereka dengan baik.seterusnya mengurangkan lagi tekanan
yang di alami oleh kanak-kanak tersebut.

6.2 Terapi kaunseling

Sesi kaunseling yang di sediakan oleh kaunselor yang berpengalaman perlu di berikan kepada
ibu bapa yang mempunyai anak-anak keperluan khas.Terutama yang mengalami masalah emosi
dan sosial pada tahap yang maksimum.Hal ini penting supaya ibu bapa rasa lebih bersyukur dan
sedar akan kelebihan mempunyai anak-anak sedemikian rupa walaupun mempunyai masalah
tingkahlaku yang berbeza daripada kanak-kanak normal terutama dalam aspek emosi dan sosial
mereka di peringkat awal.Selain itu,mereka juga akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan
kerana lebih rasa di hargai selepas mengikuti kaunseling bersama-sama kaunselor atau pakar
kaunseling.Hlal ini kerana,pendedahan mengenai cara menguruskan kanak-kanak berkeperluan
khas juga di ajar dan di beri dengan padat dan mapan kepada ibu bapa.Ini seterusnya dapat
member ilmu dan pengetahuan yang berguna kepada ibu bapa.

11
6.3 Terapi kognitif

Lebih merujuk kepada terapi cara berfikir.Terapi kognitif bertujuan untuk mengubah pola
pemikiran yang negative seperti berprasangka buruk,masa depan yang buruk,masa depan yang
gelap,rasa diri tidak berguna,tidak berkemampuan dan sebagainya ke arah pola pemikiran yang
neutral dan positif.Hal ini kerana,usia yang semakin meningkat mempengaruhi cara berfikir
sama ada di peringkat muda atau tua.Contohnya,melalui latihan-latihan,tugas dan aktiviti
tingkahlaku kognitif yang bertujuan untuk mengubah tingkahlaku dan cara berfikir.

6.4Terapi muzik

Menurut Dr.sharol lai sujak(2008),terapi muzik adalah alternative dalam rawatan moden dan satu
bidang professional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan,pemeliharaan dan
peningkatan kesihatan mental dan fizikal.Contohnya,alat terapi muzik seperti radio dan lagu.Alat
terapi ini dapat membentuk dan mengawal emosi,mental dan fizikal terutama ketika berada
dalam tekanan.Seterusnya,muzik juga dapat memperkembangkan emosi kanak-kanak terutama di
peringkat kecil.keadaan ini seterusnya memudahkan proses pembelajaran hingga keperingkat
dewasa.Contohnya,kanak-kanak Autisme lebih efektif menggunakan terapi muzik.

12
6.5 Terapi jurupulih cara kerja

Terapi jurupulih cara kerja merupakan satu proses pemulihan yang membantu individu
melakukan aktiviti harian walaupun mengalami penyakit ,kecacatan atau kecederaan.Rawatan
tersebut juga ialah rawatan pemulihan dan intervensi yang di pilih khas untuk pelanggan yang
menghadapi masalah fizikal,kognitif dan psikososial.Contohnya,kanak- kanak keperluan khas
seperti autism dan schizophrenia.Tujuan pemulihan adalah bagi membantu individu dan kanak-
kanak keperluan khas sehingga dalam peringkat remaja dan dewasa mencapai tahap keupayaan
kefungsian yang optima supaya dapat betrdikari di semua aspek kehidupan harian dan menikmati
kehidupan yang berkualiti.Terapi ini juga untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan
gangguan kefungsian anggota,kognitif dan sosial akibat daripada kecederaan,penyakit dan
kecacatan sejak lahir.Masalah ini telah menimbulkan gangguan kepada aktiviti dan pekerjaan
harian.Masalah perkembangan kanak-kanak,gangguan kesihatan mental ialah sangat sesuai
menggunakan rawatan tersebut.Contohnya,terapi pekerjaan adalah seperti yang di tunjukkan
dalam gambar yang berikut:

Penilaian ADL dan latihan

13
Penilaian dan latihan kanak-kanak

6.6 Terapi bermain

Terapi tersebut merupakan terapi yang menggunakan model-model teori untuk mencipta satu
proses interpersonal di mana ia menggunakan kuasa terapi bermain untuk membantu individu
menghindar atau menyelesaikan cabaran psikososial dan mencapai pertumbuhan optimum.Terapi
tersebut berpeluang untuk mendiagnosis seseorang.Tetapi ini dapat di pastikan melalui bermain
menggunakan alat permainannya.Terapi tersebut juga dapat di gunakan untuk mengenalpasti
gangguan tingkahlaku.Alat dan cara bermain dapat menarik minat dan dapat memahami rasional
tingkahlaku mereka.Contohnya,terapi bermain menggunakan anak patung yang
berkaitan.Kaedah terapi tersebut membolehkan kanak-kanak mempraktikkan kemahiran diri dan
membantu mengembangkan kemahiran sosial kepada kanak-kanak yang berisiko serta member
peluang yang baik untuk mewujudkan interaksi berkumpulan seperti toleransi,kerjasama,ekspresi
kendiri,mengurus kemarahan,berkawan dan penyelesaian masalah.Selain itu,menjadi asas untuk
membantu psikososial kanak-kanak yang menghadapi pelbagai masalah dalam suasana yang
menyeronokkan,tidak terancam dan teraputik.Contohnya,berdasarkan gambar di bawah
permainan pasir juga boleh merangsang pemikiran emosi dan sosial kanak-kanak seterusnya
mempengaruhi pemikiran mereka dengan baik.

14
6.7 Psikoterapi

Merupakan sejenis rawatan psikologi yang memerlukan interaksi antara pesakit dengan doctor
atau ahli terapi sama ada dalam bentuk penggunaan bahasa atau tanpa bahasa.Tujuan rawatan ini
adalah untuk mengurangkan penderitaan pesakit serta memulihkan kesihatan mentalnya.Setiap
perhubungan antara kanak-kanak dengan ahli terapi adalah sangat penting terutama dari segi
emosi,tidak kira sama ada perhubungan itu berbentuk terapeutik ataupun bukan
terapeutik.Terdapat dua jenis psikoterapi yang di gunakan iaitu psikoterapi sokongan dan
psikoterapi dinamik.

6.8 Terapi tingkahlaku

Terapi tersebut lebih kepada prinsip teori pembelajaran.Tujuan utamanya adalah untuk mencapai
perubahan dalam tingkahlaku secara khusus sama ada dengan menghapuskan segala tingkahlaku
yang tidak di ingini atau membentuk dan mengembangkan tingkahlaku yang diingini.Dalam
terapi ini,punca masalah tidak perlu di ketahui.Perkara yang paling penting ialah perubahan
tingkahlaku.Ini adalah teori ini mempercayai bahawa segala tingkahlaku sama ada baik mahupun
buruk sebenarnya telah di pelajari dan telah menjadi lazim.Oleh itu,tingkahlaku buruk yang tidak
di ingini boleh di hapuskan melalui sistem pembelajaran baru.Kaedah yang di gunakan untuk
menghapuskan tingkahlaku buruk dan meningkatkan tingkahlaku baik adalah melalui asas
pelaziman klasik dan operan.Contohnya,seperti latihan ganjaran,latihan lepas diri,latihan
pengelakan dan pembentukan tingkahlaku.

15
7.0 Cadangan

7.1 Ibu bapa haruslah berjumpa dengan kaunselor yang berpengalaman,terutama apabila
mempunyai anak-anak istimewa.Hal ini penting bagi tujuan menambahkan lagi pengetahuan ibu
bapa terutama dalam mengawal emosi dan sosial serta tingkahlaku kanak-kanak istimewa
ini..Seterusnya,ini penting supaya ibu bapa rasa lebih bersyukur dan sedar akan kelebihan
mempunyai anak-anak sedemikian rupa walaupun mempunyai masalah tigkahlaku yang berbeza
daripada kanak-kanak yang normal pada peringkat awal.Selain itu,mereka juga akan berasa lebih
tenang dan tidak tertekan kerana rasa lebih di hargai.kelebihan ibu bapa yang berjumpa dengan
kaunselor ialah pendedahan mengenai pengurusan kanak-kanak keperluan khas akan di ajar
dengan lebih mendalam.Ini seterusnya,dapat member ilmu dan pengetahuan yang berguna
kepada ibu bapa.

7.2 Sokongan antara keluarga haruslah di terapkan kepada seluruh ahli keluarga agar saling
memahami antara anggota keluarga dapat di terapkan dengan baik.Ini seterusnya mengeratkan
lagi hubungan kekeluargaan.Terutama sekiranya terdapat anggota keluarga yang mengalami
masalah tingkahlaku,sosial dan emosi dari kecil lagi.Contohnya, masalah pembelajaran yang di
hadapi oleh kanak-kanak pada peringkat awal sehingga mempengaruhi emosi dan tingkahlaku
haruslah di selesaikan dengan menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu dengan mengambil
kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak agar dapat membentuknya apabila
dewasa.Selain itu,khidmat kaunseling juga di perolehi dengan berjumpa pakar-pakar perunding
emosi dan social serta tingkahlaku.

7.3Strategi-strategi yang berkesan dan sesuai haruslah di terapkan bagi mengatasi setiap
kelemahan-kelemahan yang boleh mempengaruhi emosi dan sosial mereka terutama di peringkat
awal lagi.Langkah-langkah intervensi yang sewajarnya dan berkesan haruslah kerap di jalankan
agar masalah emosi dan sosial yang berlaku dapat di atasi dengan baik.

16
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkahlaku haruslah di fahami dengan baik agar setiap
perkara di lakukan oleh mereka mendapat sokongan dan tidak berasa terpinggir oleh masyarakat
di sekelilingnya.Contohnya,melayan mereka seperti kanak-kanak yang normal dan tidak
mendiskriminasikannya supaya mereka sentiasa rasa di sayangi.Hal yang demikian kerana
kanak-kanak yang mengalami masalah tingkahlaku sering memerlukan perhatian daripada orang
yang kerap bersamanya.Sekiranya mereka kekurangan sokongan dan kasih sayang sudah tentu
emosi dan social mereka mudah berubah.keadaan ini seterusnya boleh mempengaruhi
tingakahlaku mereka.

7.4 Program-program tertentu juga haruslah di pertingkatkan agar masalah tingkahlaku,emosi


dan sosial dapat di atasi dengan baik tanpa ada yang di kecualikan.kanak-kanak di peringkat
awal haruslah lebih di beri perhatian terutama ketika berumur tiga tahun kerana ketika usia ini
perkembangan emosi dan social mereka mula berkembang.Contohnya program bersama keluarga
yang sentiasa di adakan oleh kementerian pembangunan wanita dan masyarakat dapat membantu
memperkembangkan lagi hubungan kekeluargaan.Selain itu,program tersebut juga haruslah
dapat mengeratkan hubungan antara anggota keluarga dan masyarakat sekeliling.Terutama dalam
mengeratkan hubungan kanak-kanak keperluan khas yang mengalami masalah emosi dan sosial
serta tingkahlaku.Seterusnya,pihak kebajikan masyarakat juga perlu berganding bahu untuk
membantu kanak-kanak kepeluan khas dengan terus menyediakan bantuan dan sumbangan
kepada ahli keluarga yang tidak berkemampuan dan mempunyai anggota keluarga yang
istimewa.Sokongan haruslah terus di berikan kepada mereka.Seterusnya,alat-alat sokongan yang
di perlukan oleh mereka harusla di utamakan agar mereka sentiasa berasa yakin untuk terus
menjalani kehidupan dan dapat memebiasakan diri dengan persekitaran.

7.5 Guru dan ibu bapa haruslah sentiasa sabar dalam membentuk tingkahlaku kanak-
kanak.Mereka haruslah lebih di fahami apabila di didik walaupun pelbagai tingkahlaku yang
boleh menguji tahap kesabaran.

17
Hal ini kerana,pada peringkat awal emosi dan sosial mereka sangat berbeza dengan peringkat
dewasa.Ibu bapa dan guru perlu peka dalam mendidik mereka terutama dalam mengawal emosi
dan sosial mereka yang sering terdedah dengan persekitaran harian.Guru pendidikan khas juga
perlu bijak dalam membuat intervensi bagi mengatasi masalah pembelajaran yang di hadapi oleh
golongan keperluan khas.Selain itu,berbincang dengan ibu bapa tentang langkah yang perlu di
lakukan untuk sama-sama mengatasi masalah yang berlaku kepada mereka terutama dari aspek
sosial dan emosi golongan tersebut agar mereka membiasakan diri bergaul dengan kanak-kanak
normal yang lain hingga keperingkat yang dewasa.Seterusnya,pendidik atau guru pendidikan
khas juga perlu cekap dalam meramal tingkahlaku,kegemaran dan apa yang tidak di senangi
golongan tersebut pada peringkat umur tertentu.

7.6 Selain itu juga,guru juga perlu lebih kreatif dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran
kanak-kanak yang lebih kondusif dan menarik perhatian mereka seterusnya dapat merangsang
perkembangan emosi mereka dengan baik.Hal ini kerana,persekitaran bilik darjah dalam aspek
psikososial lebih di kenali sebagai iklim bilik darjah.Iklim yang bilik darjah yang
sihat,mengamalkan hubungan sesame murid,hubungan guru dengan murid,semangat
berkerjasama,tolong menolong,toleransi,berbaik sangka,penerimaan,penghargaan dan rasa
selamat.Suasana pembelajaran yang baik juga dapat mempengaruhi perkembangan emosi,sosial
dan tingkahlaku dengan baik.Seterusnya,boleh merangsang pemikiran mereka dengan cepat.

18
8.0 RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya,psikososial merupakan gangguan mental dan perlu di cegah dari


peringkat awal melalui langkah-langkah tertentu.Semua pihak haruslah menjalankan
tanggungjawab masing-masing agar masalah ini dapat di selesaikan dengan baik. Terutama
sekali ibu bapa dan penjaga kanak-kanak ini.Hal ini kerana mereka lah yang bertanggungjawab
dalam membentuk personaliti dan perkembangan psikososial anak mereka. Seterusnya melalui
cara rawatan yang berterusan dan alternatif-alternatif tertentu.Oleh itu,psikososial lebih merujuk
kepada emosi dan sosial pada peringkat umur tertentu.Seterusnya,pihak yang memainkan
peranan penting perlu sentiasa memahami pemikiran dan setiap tingkahlaku kanak-kanak
tersebut. Bak kata pepatah Mencegah lebih baik daripada mengubati.

19
9.0 Rujukan

Barris,Roann (1987) Clinical Reasoning In Psychosocial Occupational Therapy: The Evaluation


Process. The Occupational Therapy Journal of Research,7(3),147.

Belgrave, Melita(2011) The Effect of a Music Therapy Intergenerational Program on Children.


Journal of Music Therapy,48(4) 486

Dr.Kasmini Kassim(1992)Psikiatri Kanak-kanak:Rawatan Gangguan Psikiatri Kanak-Kanak(pp


170-187)Kementerian Pendidikan Malaysia,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Emily Brugman, MSc; Sijmen A. Reijneveld, MD, PhD; Frank C. Verhulst, MD, PhD; S.
Pauline Verloove-Vanhorick, MD, PhD.(2001). Identification and Management of Psychosocial
Problems by Preventive Child Health Care. Retrieved from
http://archpedi.jamanetwork.com/article.aspx?articleid=190505

Epperly, Ted D., and Kevin E. Moore. (July 2000): "Health Issues in Men: Part II. Common
Psychosocial Disorders." American Family Physician 62 117-24.

Erikson,Erik.H(1963) The Growth of the Ego.Childhood and Society:Eight Ages of Man(pp.247-


269) New York:W.W.NORTON & COMPANY

Lahey, B.B (2001). Psychology: An introduction. (7th ed.). Boston:McGraw HillCo. Ramlah
Jantan danMahani razali (2004). Psikologi Pendidikan: Pendekatan kontempori.

Melati Mohd Ariff.( 2010). Kaunseling menangani masalah psikisosial. Retrieved from
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_rencana&file=/2010/5/5/mstar_rencana/20100505022
841

Psychosocial(2008). TheFreeDictionary. Retrieved from http://medical-


dictionary.thefreedictionary.com/psychosocial

20

Anda mungkin juga menyukai