Anda di halaman 1dari 4

SIRAH (Jahiliyah-Hira)

nama file audio: Daurah Tours UA


link/ source file audio: LINK
muwajih: UA

Nota :

Dakwah Islam di Makkah pada mulanya bermula secara rahsia dan setelah tu dakwah
semakin berkembang hingga tak mampu nak rahsia lagi. Ketika ini dakwah akan mula
masuk ke fasa baru iaitu dakwah secara terang-terangan.

Allah suruh buat seruan kepada Islam secara terang-terangan, kerana masyarakat Arab
sudah perasan adanya agama lain selain menyembah berhala dan telah ada beberapa orang
yang menyokong Islam.

Dalam fasa sirriyah Rasulullah s.a.w membentuk individu-individu muslim yang faham Islam
dan mereka yang menerima Islam pada fasa ini adalah individu yang berkualiti (Qaedah
Sulbah-QS)* untuk menghadapi fasa dakwah jahriyah.

Fasa Sirriyah

Masyarakat Arab telah merasai perubahan yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan para
sahabat. Penentangan tidak berlaku dalam fasa ini. Mereka-mereka yang di ajak kepada
Islam adalah yang rapat dengan baginda sahaja. Siksaan belum lagi berlaku. Peningkatan
orang Islam kepada 30 orang. Rasulullah s.a.w sediakan satu markas dan akhirnya
meningkat pengikut kepada 40.

Fasa Jahriyyah

Permulaan dakwah yang lebih serius, bukan mengajak kepada amalan yang baik sahaja.
Dakwah ketika ini mudah nak dapat sambutan. Tentangan dan penyiksaan terhadap orang
Islam juga berlaku. Sahabat yang termasuk dalam QS ni diuji dengan peristiwa isra mikraj
dan juga penentangan oleh Quraisy. Untuk masuk ke fasa jahriyah kena ada QS yang
sifatnya ketika hadapi masalah-masalah ini masih lagi setia dengan dakwah.

2 tokoh QS yang sangat penting:


Musab bin Umair (Madinah) dan Rasulullah s.a.w (Makkah)

Apa ciri-ciri yang patut dimiliki QS?

Siddiq, amanah, tabligh, fathonah

Tokoh QS

Musab - orang kaya dan bila masuk Islam hidup dalam kemiskinan, ketika dihantar ke
Madinah berumur 20-an. Ketika Islam belasan tahun ( Rasulullah s.a.w. bina selama 10
tahun)
Rasulullah s.a.w - terima wahyu berumur 40 tahun. Sebelum tu Allah dah bina Rasulullah
semenjak dia kecil hinggalah umurnya 40 tahun
0

Objektif belajar sirah

pengajaran dari sudut dakwah, aplikasi apa yang Rasulullah buat


tambah keimanan dengan Rasulullah s.a.w
untuk lebih kenal rasul (idola kita Rasulullah s.a.w.)

Persediaan QS yg pertama - Pentarbiyahan dari Allah.

1. Rasulullah s.a.w. dilahirkan dari keluarga yang baik, keturunan baik, layak sebagai Rasul.
Kelahiran baginda menggemparkan dunia, Rasul yang akan tutup semua agama seperti
dijanjikan dalam kitab-kitab terdahulu.

Anak-anak yang akan menjadi pewaris dakwah kena dijaga proses kelahirannya beratus-
ratus tahun sebelum dilahirkan. Perkahwinan yang Allah redhai, bermula dari individu
muslim, proses pembuatan anak. Ini kerana dakwah sangat panjang, bukan bermula dari
generasi kita tapi generasi seterusnya. Contoh : Imam Syafie,Hasan al-Banna, Muhammad
al-Fateh dilahirkan dari keluarga yang sangat terjaga.
Bagaimana pula jika dia lahir dari keluarga yang kurang amal islam?
Dia bertanggungjawab untuk memastikan generasi kedepan terjaga . Dari keluarga yang
baik adalah kelebihan untuk generasi dakwah.

Pemilihan madu-mengenal pasti latarbelakangnya, apa sifat-sifatnya, bagaimana


berinteraksi dengannya.

2. Penyusuan: kesihatan fizikal sebelum rohani dan akal. Penyediaan tubuh badan yang
sihat. Rasulullah s.a.w dihantar ke Bani Saad yang terpelihara suasana dari jahiliyah.

Kena jaga fizikal madu kita coz ini yang menguasai fizikal dan akalnya. Contoh ; terdidik
dengan suasana kampung. Sikap nak membantu, berkongsi, berkemampuan buat kerja
sendiri, semangat nak buat kerja. Penting untuk lihat suasana dimana kita dan mutarabbi
kita tu membesar.

Dari segi akhlak. Kita ada 3 jenis madu. Ada yang berakhlak islami (suka pergi surau),
akhlak biasa (perangai baik), dan juga akhlak jahiliyah (disko, wayang). Disamping
pemakanan yang sihat, bahasa percakapan juga membentuk peribadi. Dari awal dah dijaga
peribadi mulia.

3. Pemergian ke Madinah : berkenalan dengan keluarga ibu di Madinah.

Mengerat silaturrahim, berkenalan dengan ramai orang, masyarakat. Peribadi yang Allah
terap dalam peribadi Rasul kita kena dapatkan.

4. Ibu Rasul wafat dalam perjalanan dengan ummu Aiman, Rasul yang kuburkan (budak
berumur 6 tahun) di Abwa

Apa perasaan yang Allah nak beri?---->Penuh pengharapan pada pertolongan orang lain.
Contoh : kereta mati tengah jalan, apa perasaan? Cuak, sedih.....mengharapkan ada orang
tolong baiki kereta tanpa kita minta dan tanpa minta bayaran.

Sensitivity yang Allah nak ajar pada Rasul supaya membantu orang tanpa disuruh. Begitu
juga dalam dakwah, kena tahu keluar dari masalah, memberi tanpa minta balasan,
menolong tanpa diminta. Untuk keluar dari masalah tu, kena tahu kat mana nak baiki.
Ciri QS : sensitif dengan persekitaran.
5. Waktu tinggal dengan datuknya yang selalu dijumpai ramai orang, datuk menjadi idola,
melihat bagaimana para pembesar berfikir. Mendidik karektar Rasulullah untuk bijak berfikir
sebagai pemimpin dan berinteraksi dengan masyarakat. Melihat dan berfikir melalui
pergaulan datuknya dengan para pembesar.

Pendakwah kena berfikir untuk masyarakat, kena dilatih.

6. Kematian datuk, dijaga Abu TAlib yg banyak anak (11 orang). Tidak berdiam diri melihat
kesusahan Abu Talib, membantu mengembala kambing.

Senang ke jaga kambing? Rasul dididik macamana nak jaga madu, ibelai mad'u, menjaga
kebajikan, perhatian kena lebih, kena selalu awasi, mengurus kerja, sabar jangan bagi dia
keluar dari kawasan islam.

7. Sewaktu remaja, mula nak tgk wayang, tapi ditidurkan

Menjauhkan persekitaran jahiliyah dari mutarabbi kita. Contoh Saidina Ali yang tak kenal
jahiliyah akan jadi hebat. Jauhi biah tak soleh.

8. Berniaga ke Syam, berjumpa dengan masyarakat. Walau tak jadi, tapi jumpa Buhaira
dan sudah ada tanda-tanda Rasulullah itu murabbi

Tiap mutarabbi ada potensi yg boleh kita kedepankan dan potensi-potensi yang boleh kita
guna dlm dakwah. Ada tanda-tanda kemurabbiahan dalam mutarabbi kita, potensi yang
perlu kita cari dari mutarabbi kita.

9. Perang antara orang Arab berkaitan satu perjanjian dan Rasul memihak kepada orang
yang memerangi org yg mungkir perjanjian tu.

Kena libatkan diri dalam usaha menegakkan keadilan.

10. Amanah dalam perniagaan Khadijah : Tak kabur mata dengan duit banyak

Membentuk peribadi supaya nanti buat dakwah bukan nak jadi orang kaya. Tak amik
satupun melainkan haknya.

11. Perkahwinan dengan Saidatina Khadijah r.a dengan beza umur, janda, hartawan.

Tidak memilih siapa pasangan hidup, kecantikan wanita bukan pilihan tapi kematangan.
Selain itu dakwah bukan nak kuasa, pengaruh dsb. Biasanya hal ini yang buat orang tewas
dalam dakwah. (Duit, wanita dan kuasa).

12. Peristiwa perletakan hajarul aswad.

Peribadi dai'e yang bijak, amanah, bercakap benar

13. Beruzlah di gua Hira untuk berfikir dan melihat masalah masyarakat, apa kesannya?
Berfikir apa boleh aku buat, adakah aku orang sesuai?

Mula perihatin masalah masyarakat. Bermula dengan perasan nak ubah masyarakat, bukan
bermula dengan perasaan tanggangjawab.

Kesimpulan

- Keturunan (reputasi madu kita)


- pembinaan fizikal, perasaan murni
- ciri kepimpinan; berwawasan, leadership
- jauh dari biah tak baik
- kenali potensi mad'u dimana nak salur bakat untuk dakwah
- pandai lihat kebenaran dan memihak kepadanya, melawan kebatilan
- ujian duit, wanita dan kuasa
- prihatin terhadap masalah ummah sebelum nak bagi tanggungjawab.

# Qs yang telah tertapis dapat cepatkan bina daulah. Berdasar sirah Rasul 10 tahun. Buat
untuk dakwah bukan sebab keinginan peribadi dan juga kuasa. Khilafah yg besar perlu
orang yang lebih tsiqah lagi. Kepentingan pemilihan dan kepentingan 10 muwasofat.

# Jahriyyah dakwah dan jahriyyah tanzim

Footnote :

Qaedah Sulbah : "kaedah tulang belakang" iaitu metod pembinaan insan yang terpilih yang
akan menjadi "tulang belakang" atau pelopor kepada usaha dakwah. Rasulullah telah
mendidik "core group" yang terdiri daripada sahabat- sahabat baginda dengan
menumpukan terhadap aspek aqidah.

Anda mungkin juga menyukai