Anda di halaman 1dari 13

NAMA : ___________________________ MARKAH:

TARIKH : ___________________________

1 Pak Salim membawa __________ ke kebunnya untuk menanam pokok pisang.

A galah
B pancing
C tongkat
D cangkul

2 Nenek Hawa meletakkan periuk itu di atas __________.

A dulang
B lesung
C lekar
D saji

3 Mekanik itu melonggarkan nat dengan __________.

A kapak
B ketam
C gerudi
D sepana

4 Hamzah, Lim dan Raju berkata, "__________ yakin akan berjaya dalam ujian itu."

A kami
B kamu
C awak
D aku

5 Amin tidak datang ke sekolah kerana __________ sakit perut.

A dia
B saya
C beliau
D mereka
6 Encik Sabri sedang berucap di atas pentas. __________ memberi nasihat supaya semua murid rajin
belajar.

A Aku
B Dia
C Beliau
D Kamu

7 Puncak gunung itu __________ kabus.

A diselubungi
B dipanaskan
C ditumbuhi
D didiami

8 Majlis itu akan __________ oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri.

A dirasmikan
B ditujukan
C dicantumkan
D diadakan

9 Bola yang ditendang itu menuju ke arah pintu gol dengan __________.

A tajam
B pantas
C laju
D cekap

10 Air sungai menjadi __________ ketika musim kemarau.

A dalam
B jernih
C deras
D cetek
11 Kita harus rajin mengulang kaji pelajaran __________ cepat pandai.

A hingga
B sambil
C agar
D dan

12 Murad __________ adiknya pergi ke pasar malam.

A dan
B lalu
C tetapi
D sambil

13 Adi rajin belajar __________ adiknya agak malas.

A semoga
B lalu
C tetapi
D sambil

14 Manisah mendail nombor telefon Maryam __________ bercakap dengannya.

A lalu
B tetapi
C kerana
D apabila

15 Yana mengulang kaji pelajaran __________ larut malam.

A agar
B atau
C tetapi
D hingga

16 Awak gemar kuih akok __________ kuih lapis?

A supaya
B tetapi
C agar
D atau

17 Kerusi itu diperbuat __________ rotan.

A daripada
B kepada
C pada
D dari

18 __________ mengizinkan rombongan dari negeri China itu menghadap.

A Tuanku
B Beta
C Patik
D Baginda

19 Suraya tinggal __________ Kampung Pinang.

A ke
B di
C dari
D pada

20 "__________ sangat menyesal atas perkara yang telah berlaku," kata Raju dan Epik kepada Guru
besarnya.

A Dia
B Kami
C Kamu
D Saya

21 Adik __________ kerana ingin minum susu.

A menangis
B menangisi
C bertangisan
D tangisan

22 Emak sedang __________ meja makan di dapur.

A pengelap
B mengelap
C mengelapkan
D pengelapan

23 Ayuni Nabila bercita-cita menjadi __________ yang terkenal.

A nyanyian
B penyanyi
C menyanyi
D nyanyikan

24 Encik Mahadir ialah __________ yang cekap.

A buruan
B pemburu
C memburu
D pemburuan

25 __________, cantik sungguh burung merak itu!

A Aduhai
B Aduh
C Wah
D Cis

26 __________, kamu telah berjaya!

A Cis
B Wah
C Amboi
D Syabas

27 __________, malang sungguh nasib Pak Kaduk!

A Aduhai
B Aduh
C Wah
D Cis

28 __________, saya memang tidak setuju dengan cadangannya itu!

A Oh
B Ah
C Hai
D Wahai

29 __________, awak telah menang dalam pertandingan itu!

A Wah
B Wahai
C Aduhai
D Syabas

30 __________, berani kamu mengganggu aku!

A Syabas
B Amboi
C Wah
D Cis

31 __________ rumah itu boleh terbakar?

A Bilakah
B Siapakah
C Berapakah
D Bagaimanakah

32 Nama kampung ini __________?

A siapa
B bila
C apa
D mana

33 ____________ kamu tidak menghadiri latihan sukan semalam?

A Bagaimanakah
B Mengapakah
C Bilakah
D Apakah

34 __________ ramaikah peserta yang menyertai dalam rombongan itu?

A Apa
B Mana
C Berapa
D Bagaimana

35 __________ nama binatang yang sedang merangkak itu?


A Apakah
B Siapakah
C Mengapakah
D Bagaimanakah

36 __________ nama budak yang sakit tadi?

A Siapakah
B Bilakah
C Manakah
D Berapakah

37 Guru besar itu tidak suka membincangkan __________ yang remeh dalam mesyuarat.

A perkara-perkara
B cakap-cakap
C pandang-pandang
D rahsia-rahsia

38 __________ nelayan itu terumbang-ambing dipukul ombak yang kuat.

A Awak-awak
B Pukat-pukat
C Topi-topi
D Perahu-perahu

39 Busut yang tinggi itu ialah sarang __________.

A anai-anai
B umang-umang
C rama-rama
D labah-labah

40 __________ Hani yang pedas itu sangat menyakitkan hati Sarah.


A Janji-janji
B Kata-kata
C Luka-luka
D Ubat-ubat

41 Ramli terlupa menutup _________ di sebelah katilnya.

A lampu jalan
B pintu pagar
C lampu tidur
D jam tangan

42 Mereka telah berjanji untuk __________ kepada Sultan Melaka.

A tokok tambah
B ramah mesra
C tegur sapa
D taat setia

43 Keadaan di Kampung Cenderawasih __________ pada waktu malam.

A sunyi sepi
B campur aduk
C hiruk pikuk
D letih lesu

44 Latihan itu ditulis pada __________ di dalam kelas.

A papan kekunci
B papan hitam
C papan tanda
D papan lapis

45 __________ jolok sarang tebuan itu.


A Jemput
B Harap
C Jangan
D Minta

46 __________ pimpin orang buta yang hendak melintas jalan.

A Usah
B Jemput
C Jangan
D Tolong

47 __________ makan kuih itu kerana sudah basi.

A Jangan
B Harap
C Minta
D Sila
48 __________ isikan borang ini dengan hati-hati, encik.

A Sila
B Usah
C Tolong
D Jangan

49 __________ tunggu di sini sebentar.

A Sila
B Harap
C Jangan
D Usah

50 __________ makan kuih yang terhidang itu.


A Jemput
B Jangan
C Tolong
D Minta

51 __________ beredar dari sini dengan segera.

A Jangan
B Tolong
C Jemput
D Usah

52 __________ usik barang-barang itu.

A Jangan
B Tolong
C Usah
D Sila

53 Musa __________ ke Terengganu pada minggu hadapan.

A pernah
B sudah
C telah
D akan

54 Siti mendapat tempat __________ dalam pertandingan melukis itu.

A kedua-dua
B berdua
C kedua
D dua

55 Sultan menghadiahkan __________ pakaian kepada panglimanya.

A sehelai
B sepersalinan
C selonggok
D sekajang

56 Beberapa __________ tembakan kedengaran di hujung kampung itu.

A das
B butir
C laras
D pucuk

57 Ibu memasukkan ____________ garam ke dalam gulai itu.

A secekak
B secubit
C sebuku
D selembar

58 Saya telah menulis __________ surat kepada sahabat pena saya yang tinggal di Jepun.

A sehelai
B sepucuk
C sekeping
D senaskah

59 Salina menulis tiga __________ ayat di dalam buku nota itu.

A biji
B keping
C batang
D baris

60 Salim membeli beberapa __________ mata kail untuk memancing di kolam itu.

A biji
B utas
C bilah
D bentuk

Anda mungkin juga menyukai