Anda di halaman 1dari 5

Selesai sudah UPSR 2016 dengan berakhirnya kertas peperiksaan Sains.

Secara
keseluruhannya, soalan kali ini tidaklah dikatakan sesukar soalan tahun 2015. Namun, apa
yang paling ramai guru geram adalah dengan kehadiran dwibahasa pada soalan sains. Sangat
mengganggu tumpuan murid untuk membaca arahan, soalan dan jawapan. Sepatutnya, jikalau
pihak lembaga mahu mengekalkan soalan dwibahasa, soalan tersebut dibina sebelah
menyebelah antara bahasa melayu di sebelah kiri dan bahasa inggeris di halaman sebelah
kanan. Sebaliknya, pihak lembaga menyediakan soalan yang berselang-seli di antara bahasa
inggeris dan bahasa melayu sehingga menyebabkan tumpuan murid terganggu.

Berikut merupakan cadangan jawapan bagi kertas 1 Sains UPSR 018/1.

1. C. Ini pilihan terbaik.


2. B. Soalan berbentuk analisa maklumat. Agak ramai murid yang dapat menjawabnya.
3. B. Ya,daun akan luruh. Untuk menjawab A, tidak banyak pokok yang mempunyai ciri
perlindungan menggulungkan daun.
4. D. Yang, semakin jauh dari induk, semakin kurang persaingan semakin tinggilah anak
pokok tersebut.
5. A. Persaingan hebat dan pilihan jawapan lain tidak tepat.
6. D. Fotosintesis berlaku ketika ada daun yang mempunyai klorofil untuk menyerap
cahaya.
7. A. Ini antara soalan yang sukar. Namun, dikatakan akar bergerak balas terhadpa
graviti dengan tumbuh ke arah bawah. Namun, terdapat maklumat tambahan yang
menyatakan bahawa akar tumbuhan hanya tumbuh ke bawah jika di dalam tanah
kerana mahu mencengkam tanah.
8. A. Hanya U yang makan tumbuhan dan daging.
9. B. Analisa dan susun maklumat.
10. D. Analisa maklumat. Objek terapung kurang ketinggian aras air berbanding objek
tenggelam sepenuhnya.
11. B. Paling sesuai mengukur objek.
12. A. Paling singkat masa adalah paling tinggi kelajuan.
13. A. Cahaya boleh dipantulkan.
14. C. Selipar tidak boleh kerana ada selipar yang licin jika digunakan di dalam bilik air.
15. C. Sambung wayar pada kedua-dua hujung objek.
16. A. Ukir alur paling tepat.
17. B. Semakin panjang tali semakin kurang ayunan.
18. B. Pilihan jawapan lain semua mempercepatkan haba berkurang.
19. D. Meletakkan magnet.
20. D. Tapak kasuh untuk menambah daya geseran.
21. A. P KOndensasi, Q.Penyejatan dan R pendidihan.
22. A. Menimbus dalam tanah.
23. C. Pengetinan tiada udara di dalam tin.
24. C. Cecair toksik membahayakan hidupan akuatik jika ditumpahkan di kawasan berair.
25. D. Span penyerap air yang banyak.
26. C. C paling tepat analisa maklumat.
27. D. Pempasteuran adalah memanaskan sesuatu pada suhu tertentu dan diikuti dengan
penyejukan segera.
28. B. Soalan agak mudah.
29. C. Putaran bumi menyebabkan siang/malam, perubahan arah dan panjang bayang dan
perubahan kedudukan matahari.
30. A. Ini paling tepat.
31. A. KOmet terbakar apabila mendekati matahari.
32. D. Ini paling tepat mencari matahari. Mencari buruj tidak diterima kerana pada waktu
siang.
33. C. Ini simulasi paling tepat.
34. C. Penggunaan forklift paling senang.
35. B. Susun teknologi pertanian.
36. D. Roda dan gandar kerana stereng mengawal roda dan gandar.
37. B. Gunting.
38. A. Pilihan A merendahkan jambatan boleh diterima untuk merendahkan pusat graviti.
39. C. Ini paling tepat kerana jika hujung corong semakin panjang, diameter hujung
corong menjadi lebih kecil.
40. D. Ini pilihan paling tepat. J luas tapak, yang paling luas, K paling tidak stabil kerana
walaupun rendah, tetapi di bawahnya adalan silinder yang mudah bergolek.
Di sini akan dikongsikan beberapa doa dan panduan kepada ibubapa yang mempunyai anak
yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan apa apa sahaja peperiksaan.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak, mungkin tips ini boleh dilaksanakan sebelum
peperiksaan berjalan. Mula-mula kumpulkan ke semua alat tulis peperiksaan anak-anak.
Kemudian, baca ayat di bawah ini.

1. Al-fatihah 7 kali
2. Selawat 7 kali
3. Tasbih 44 kali
4. Tahmid 44 kali
5. Takbir 44 kali
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
7. Teruskan dengan bacaan di bawah ini

Ya Allah Ya Qayyum, Ya Rahman Ya Rahim Ya Latif Ya Jabbar Ya Khaliq Ya Allah


permudahkanlah anak kami di dalam urusan mereka menimba ilmu di atas seruan dan
perintahMU. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka
untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu. Amin, Ya
RabbalAlamin.

Kemudian tiup pada alat tulis tersebut dan jangan biarkan ia dilangkah oleh sesiapa sahaja.
Keesokan harinya, ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan selawat 7 kali, bacalah doa
yang sama dan beri anak minum air tersebut. Semoga usaha ini dapat membantu anak-anak.

Seterusnya dikongsikan doa yang boleh diamalkan oleh anak-anak.

Doa sebelum masuk bilik peperiksaan

Ya Allah, Persiapkan kami dengan urusan


kami dengan petunjukMu.
Doa ketika memasuki Dewan Peperiksaan

Dan berkatalah Wahai tuhanku, masukkanlah


daku dengan kemasukan yang benar lagi muli, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan
cara keluar yang benar lagi mulia, dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah
keterangan serta kekuasaan yang menolongku.

Doa ketika menerima kertas soalan .

Wahai tuhanku, Lapangkanlah dadaku dan


mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku supaya mereka
faham perkataanku.

Doa ketika mula menjawab soalan.

Sekiranya kami turunkan Al-Quran ini ke atas


sebuah gunung, nescaya kamu melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut
kepada Allah. Dan (ingatlah) contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat
manusia suapa mereka memikirkannya.

Doa apabila terlupa menjawab soalan

Maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan


tidak pernah lupa. Ya Allah ingatkanlah daku apa-apa yang daku terlupa.

Doa jika terlupa jawapan


Ya Allah Tuhan yang menghimpunkan
manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang
hilang daripadaku.

Doa Ketika buntu menjawab soalan

Wahai yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus


Dengan Rahmat Mu daku bermohon pertolongan.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.

Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara


berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel
helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Related posts: