Anda di halaman 1dari 22

Sejak kecil, saya diajar oleh ibu bapa bahawa kita harus menghormati dan belajar untuk memahami

agama dan budaya lain, lebih-lebih lagi kita yang mempunyai banyak perbezaan tetapi hidup bersama
dalam harmoni di Malaysia.
Mungkin disebabkan ini, sejak saya di bangku sekolah rendah sehingga habis pengajian, kebanyakan
rakan baik saya berlainan bangsa daripada saya.
Salah seorang daripada mereka berbangsa India beragama Kristian, masih kekal sehingga kini
sebagai rakan baik saya. Malah lebih daripada itu kami sudah seperti adik-beradik, dan saya sendiri
menganggap keluarganya sebagai keluarga angkat dan memanggil ibunya dengan gelaran Amma.
Setiap 25 hari bulan Disember, saya dan seisi keluarga akan dijemput untuk makan malam bersama
sempena sambutan Krismas di rumahnya. Amma akan memasak makanan tradisional India
kegemaran saya seperti kari ayam, sayur kubis dan bermacam-macam lagi.

Seingat saya, tidak pernah timbul isu halal atau haram, kerana Amma sendiri tahu, dan akan membeli
barang makanan di kedai yang halal untuk dimasak. Amma hanya pernah sekali menyebut kepada
saya agar jangan risau, makanan yang disediakan adalah halal, dan saya tidak pernah bertanya lagi
selepas itu.
Selepas makan, kami akan duduk bersembang di depan TV dan pokok Krismas yang di bawahnya
penuh dengan hadiah. Kemudian bermulalah sesi yang dinanti-nanti iaitu membuka hadiah. Masih
teringat adegan lucu di mana ada satu tahun, hadiah yang saya dan seorang lagi rakan belikan kepada
dia adalah hadiah yang sama!

Walaupun saya sendiri beragama Islam, waktu yang saya luangkan di rumah kawan saya menyambut
perayaan agamanya tidak pula mengganggu perilaku dan menggoyahkan iman saya sebagai seorang
Muslim.
Sambutan ini saya raikan bersama dengan ahli keluarga angkat saya, dan kami berjumpa,
bersembang, bergelak-ketawa merapatkan silaturahim, dan saya rasa inilah cara yang sepatutnya
kita sebagai rakyat Malaysia lakukan.
Sentiasa cuba mengenali, merapatkan perhubungan dan memahami antara satu sama lain.

PKR, DAP tak setuju sekolah SJK dituduh halang


perpaduan
Khairil Ashraf
| August 4, 2017

Masalah utama memupuk perpaduan lahir daripada segelintir pemimpin politik


yang mengapi-apikan kebencian kaum, sebuah forum TN50 diberitahu.
SHAH ALAM: Isu sekolah jenis kebangsaan (SJK) menyaksikan perbezaan pendapat
antara pemimpin muda dari Pakatan Harapan dan Umno pada sebuah forum Transformasi
Nasional 2050 (TN5) malam tadi, di mana PKR dan DAP tidak bersetuju dengan cadangan
agar sekolah aliran itu dihapuskan dan dituduh menyemai perkauman dan menghalang
perpaduan.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dari DAP berkata masalah utama dalam
memupuk perpaduan kaum di negara ini bukan disebabkan sekolah vernakular, tetapi
segelintir pemimpin politik yang mengapi-apikan kebencian kaum.

Masalah itu yang perlu diselesaikan, katanya yang menjadi sebahagian panel Program
TN50 Kluster Politik: Iklim Politik Negara menuju 2050, di sini malam tadi.

Steven berkata, beliau tidak melihat sekolah aliran Cina dan Tamil mahupun sekolah
agama menghalang usaha memupuk perpaduan.

Masalah utama perpaduan kaum di negara kita bukan soal sekolah, katanya.
Nasional
APABILA CIKGU INDIA MENGAJAR SUBJEK BAHASA MELAYU
DIANA SURYA ABD WAHAB

Bersama-sama pelajar dalam program memperkasakan Thiagaselan (tengah) turut aktif di Hari Sukan Belia,
baru-baru ini. bahasa Melayu.

KUANTAN - Pergaulan sesama insan tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit
menjadi teras kepada guru ini untuk terus berada dalam komuniti tanpa sebarang
masalah.

Menghormati rakan-rakan terutama yang berbangsa Melayu meskipun perbezaan


agama dan kepercayaan adalah prinsip diamalkan setiap kali mendekati kelompok
atau komuniti berbeza.

Saya selesa dengan sesiapa pun. Apabila bergaul dengan rakan-rakan Melayu saya
tak pernah kaitkan isu-isu sensitif dalam perbualan. Apa lagi yang boleh
mencetuskan kemarahan, kata M Thiagaselan, 40, dari Kuantan, Pahang ketika
memulakan perbualan.

Bagaimanapun Thiagaselan menasihatkan belia-belia India agar jangan mudah


tersinggung berkomunikasi terutama dengan bangsa Melayu dan Cina.

Kita ibarat adik-beradik, ada masanya terlepas kata-kata, katanya yang juga
memegang jawatan Pengerusi Kelab Bell Belia Tamil Negeri Pahang.

Dalam pergaulan dan persahabatan, Thiagaselan mengamalkan konsep saling


menghormati termasuk dari segi solat dan puasa.

Jika mereka bersolat saya persilakan mereka...jika mereka sedang berpuasa saya
tidak mengganggu ibadat mereka, katanya.
Menyantuni bahasa Melayu

Sebagai guru Bahasa Melayu di SJK (T) Ladang Kuala Reman, Panching, tidak ada
cacat cela lenggok percakapannya ketika berbicara.

Bahasa Melayu yang dituturkannya sempurna, malah gayanya menzahirkan setiap


ayat yang digunakan orang-orang Melayu turut tidak kedengaran janggal atau kekok.

Begitulah uniknya Thiagaselan yang menyantuni masyarakat dan bahasa Melayu


hingga terpancar kemelayuannya yang sejati di sebalik keupayaannya memahami,
bertutur dan berhubungan dengan pelbagai masyarakat, khasnya Melayu.

Tidak hairanlah, segala yang berkaitan dengan Melayu bagai sudah sebati dalam
hidupnya kerana pergaulan yang tiada batas dengan rakan-rakan dan orang sekeliling
sejak berada di bangku sekolah.

Saya dibesarkan di kawasan ladang di Panching, mula bersekolah di sekolah jenis


Tamil di mana penguasaan bahasa Melayu sangat terbatas tetapi sejak memasuki
sekolah menengah saya mula bergaul dengan budak-budak Melayu dan secara tidak
langsung berjaya menguasai bahasa itu meskipun bahasa pengantar saya di rumah
masih bahasa Tamil.

Sejak bersekolah sehinggalah bekerja, jika hadir sebarang mesyuarat atau


pertemuan dengan wakil persatuan biasanya saya seorang saja India. Jadi pergaulan
memang tidak terbatas dan berasakan saya sama saja dengan orang Melayu.

Mungkin disebabkan saya juga fasih berbahasa Melayu maka perbualan di antara
kami juga sama. Mereka memahami percakapan dan gurau senda saya seadanya.
Paling seronok apabila rakan-rakan Melayu saya rapat dan tidak pernah mengata
antara kami, katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Ajar subjek Bahasa Melayu dalam Tamil

Kefasihannya berbahasa Melayu bertambah mantap apabila dia memilih kerjaya


sebagai guru Bahasa Melayu.

Ditanya rahsia dia menceburkan diri dalam bidang itu, Thiagaselan mengakui minat
yang mendalam terhadap bahasa rasmi negara ini melalui pembelajaran, pembacaan
buku-buku ilmiah dan politik membuatnya terpanggil untuk berkhidmat sebagai
seorang guru.
Ia bermula pada zaman kegawatan ekonomi sekitar 1998, apabila dia diminta guru
besar SJK (T) Ladang Kuala Reman menjadi guru sandaran dan mengajar bahasa
Melayu di sekolah itu.

Memandangkan masa itu gawat, saya terima tawaran dan berfikir hanya untuk
sementara waktu sebab niat di hati untuk sambung pelajaran jika ada peluang.

Memang saya minat Bahasa Melayu tetapi bila diberi tanggungjawab mengajar
subjek itu bagi saya ia sangat sukar terutama dalam kalangan mereka yang tidak
menggunakan bahasa tersebut sepenuhnya. Ia betul-betul memberi satu cabaran
hebat buat saya, katanya.

Rasa kasihan kepada murid-murid mendorongnya mengajar menggunakan


sepenuhnya bahasa Melayu. Malangnya, murid-murid itu langsung tidak faham apa
yang diajar.

Bermula dari saat itulah Thiagaselan berazam mendidik anak-anak muridnya untuk
menguasai bahasa Melayu dengan sepenuh hati.

Bagi mengalak masalah penerimaan pembelajaran, dia terpaksa mengajar Bahasa


Melayu menggunakan bahasa Tamil.

Sepatutnya saya perlu guna bahasa Melayu tapi saya terpaksa merujuk kepada
pegawai pendidikan untuk guna bahasa Tamil sebab hanya cara ini saja mereka
faham apa yang saya sampaikan.

Bermula hari itu, saya lihat murid lebih faham dan berkeyakinan untuk belajar
Bahasa Melayu sehinggalah dalam tempoh lebih setahun, saya berjaya meningkatkan
peratus lulus Bahasa Melayu dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah
ini, katanya.

Diam tak diam, Thiagaselan sudah mengajar Bahasa Melayu di sekolah itu hampir 18
tahun. Meskipun terpaksa bekerja lebih keras tetapi dia akui gembira apabila diminta
menjadi penterjemah kepada seorang guru Melayu yang datang ke sekolah itu untuk
mengajar bahasa Melayu apabila murid-murid sukar memahami apa yang ingin
disampaikannya.

Malah dia akui berasa bangga kerana usahanya untuk memantapkan murid-murid di
sekolah itu untuk memahami dan mengusai bahasa Melayu hampir tercapai
walaupun masih belum secara keseluruhannya.
Pelbagai program di dalam dan luar sekolah dilakukan supaya mereka minat kepada
bahasa kebangsaan ini. Saya tak boleh terima sekiranya mereka yang lahir di
Malaysia masih menolak untuk menguasai bahasa itu sedangkan ia bahasa
percakapan hari-hari, katanya.

Sambut raya bersama keluarga angkat

Siapa sangka, Thiagaselan mempunyai keluarga angkat orang Melayu yang tinggal di
Kampung Kolek, Sungai Lembing.

Ketika kecil saya memang banyak habiskan masa di rumah mereka hingga anak-
anak pakcik Yusof dan makcik Normah panggil saya abang long. Saya dianggap
sebahagian daripada keluarga mereka.

Lazimnya, bila berlainan kaum pasti ada yang rasa terpinggir tetapi saya tak pernah
rasa begitu, malah bangga bila saya seorang India berada dalam keluarga mereka.
Dan mereka juga tak pernah bezakan saya, katanya.

Lebih menarik, disebabkan sudah terbiasa dengan kehidupan orang Melayu, setiap
kali hari raya, ibu dan bapa angkatnya akan menyediakan baju Melayu buat
Thiagaselan.

Dia akui sangat bertuah dapat menghayati kehidupan bangsa lain.

Suasana dan kehidupan inilah cuba saya wujudkan di dalam keluarga saya pula
dengan mempertahankan dan memperkukuhkan hubungan silaturahim antara
semua rakyat berbilang kaum, katanya.
RIMUP kukuhkan perpaduan di sekolah

KUCHING 18 Sept. - Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)


berkesan mengukuhkan semangat perpaduan dalam jiwa generasi muda
berbilang kaum di negara ini.

Hal ini kerana golongan muda di peringkat sekolah rendah dan menengah
telah ditanam dengan perasaan saling menghormati dalam semangat kasih
sayang di bawah program itu.
Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Demak
Baru di sini, Selamat Masuni berkata, program tersebut adalah inisiatif yang
baik bagi menanamkan semangat keakraban antara satu sama lain tanpa
mengira latar belakang, kaum dan agama.
Justeru katanya, RIMUP perlu diperkukuhkan dengan menambah peruntukan
agar lebih banyak aktiviti dapat dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Secara keseluruhannya, RIMUP yang menumpukan kepada program
akademik, sosial dan sukan sangat berfaedah kerana memberi impak besar
kepada sekolah terutama perpaduan dalam kalangan pelajar.
Kita di sini melaksanakan aktiviti RIMUP dalaman dan bersama sekolah
kelompok iaitu SMK St. Mary dan SMK Bako serta sekolah-sekolah sekitar
termasuk ibu bapa dalam program yang kita anjurkan seperti Merdeka Raya,
Sukan Tahunan dan Bengkel Akademik, katanya kepada Utusan Malaysia
ketika ditemui baru-baru ini.
Selamat yang juga penyelaras RIMUP sekolah itu berkata, pelajar di SMK
Demak Baru yang majoriti Melayu dan Iban serta Bumiputera lain dapat
berkenalan dan membina hubungan dengan pelajar sekolah lain menerusi
program tersebut.
Melalui perhubungan itu, katanya, mereka secara tidak langsung ditanam
dengan perasaan hormat-menghormati dan mengetahui sensitiviti kaum yang
perlu dielakkan.
Di Sarawak, hubungan baik antara lebih 20 kaum dan etnik telah dipupuk
sejak dahulu lagi. Bagaimanapun, RIMUP dapat mengukuhkan lagi
perpaduan yang sedia ada itu terutama di peringkat sekolah agar
keharmonian dan keamanan dikecapi hari ini dapat terus dikekalkan pada
masa depan, ujarnya.
Sementara itu, pemangku Pengetua SMK Demak Baru yang juga Penolong
Kanan Pentadbiran, Misia Zain berkata, hubungan para pelajar di sekolahnya
amat baik walaupun berlainan warna kulit dan agama apabila mereka dapat
belajar serta makan bersama.
Tiada jurang antara kaum dalam kalangan pelajar di sekolah ini, apatah lagi
dengannya program RIMUP yang boleh mengukuhkan jalinan silaturrahim
mereka.
Secara tidak langsung, integrasi nasional dapat dipupuk dalam hati mereka
dari kecil lagi umpama pepatah `melentur buluh, biarlah dari rebungnya, ujar
beliau.
Sementara itu, bagi pelajar Tingkatan Lima, Dayang Nur Syaza Awang Jos,
17, melalui program RIMUP seperti sambutan hari raya dan kemerdekaan
negara, dia dapat mengenali kawan-kawan dari sekolah lain.
Hubungan kami bukan rapat semasa program sahaja, malah berterusan
selepas itu sehingga dapat bertukar-tukar kertas ujian untuk ulang kaji
terutama menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kami juga dapat mengetahui lebih mendalam tentang budaya dan adat
pelbagai etnik yang ditunjukkan menerusi program ini seperti fesyen baju
pelbagai kaum, makanan tradisional dan deklamasi sajak disertai sekolah
lain, katanya.
Pelajar Iban, Lee Marlvily, 17, berkata, dia teruja apabila dapat bergaul
bersama rakan-rakan berlainan bangsa dalam acara tarian semasa sambutan
Bulan Kemerdekaan baru-baru ini.
Sangat seronok apabila dapat memakai pakaian tradisional Melayu dan
menyertai acara tarian pada Bulan Kemerdekaan baru-baru ini. Penyertaan
bukan sahaja dari sekolah ini malah ada murid dari sekolah lain, katanya.
Pelajar Tingkatan Empat, Nurul Izzah Shamsuddin, 16, juga gembira dapat
mengenali ramai kawan baharu dari sekolah lain menerusi RIMUP.
Kami dapat duduk bersama dan mengenali lebih rapat antara satu sama lain
walaupun mempunyai latar belakang, kaum dan agama yang berbeza,
ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/rimup-


kukuhkan-perpaduan-di-sekolah-1.137701#ixzz4qdwbYigt
Utusan Melayu (M) Bhd
RIMUP satukan murid sekolah berbilang
kaum

Oleh P Kamalanathan
kamalanathanp@gmail.com

KEMENTERIAN Pendidikan akan memperluas dan memperkukuhkan lagi


pelaksanaan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di
sekolah rendah dan menengah di negara ini. Pendekatan sempurna lebih ketat dan
sarat dengan mesej perpaduan ini diyakini memberi impak langsung kepada agenda
perpaduan kaum secara holistik.

Banyak perkara perlu ditambah baik dan diperkasakan dari semasa ke semasa bagi
memberi peluang pelajar dan guru menterjemahkan dasar kementerian yang mula
diperkenalkan sejak 1986 lagi di sekolah rendah. Baru-baru ini, Menteri Pendidikan,
Datuk Seri Mahdzir Khalid sendiri mengumumkan cadangan pelaksanaan
penambaikan program RIMUP.

Justeru, saya terpanggil untuk membantu menjayakannya apabila diberi


tanggungjawab khas berkaitan pelaksanaan program RIMUP era baharu di semua
sekolah rendah dan menengah.

Nilai tahap pelaksanaan RIMUP

Hal ini terbukti hasil penilaian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) kementerian
dalam pemantauan yang dijalankan di 78 sekolah bagi menilai tahap pelaksanaan
RIMUP. Laporan Tahunan 2014 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
menyatakan, pemantauan itu membabitkan sekolah menengah kawasan bandar dan
luar bandar yang mempunyai komposisi murid pelbagai etnik.

Berdasarkan pemantauan itu, didapati sekolah yang melaksanakan aktiviti yang


menjurus kepada pembentukan perpaduan dapat dilihat melalui interaksi dan tingkah
laku murid dalam bilik darjah dan ketika aktiviti kokurikulum. Pemerhatian
mendapati, 84.6 peratus atau 66 sekolah sudah melaksanakan lima kategori RIMUP
dan secara rawak di 10 bilik darjah setiap sekolah menunjukkan 73.1 peratus atau 57
sekolah sudah melaksanakan susunan tempat duduk secara bercampur dalam kalangan
pelbagai etnik.
Dalam perkembangan lain, interaksi murid adalah positif dengan 87.2 peratus atau 68
sekolah menunjukkan murid pelbagai etnik berinteraksi ketika pembelajaran,
kokurikulum dan kelas Pendidikan Jasmani. Sehubungan itu, kementerian ini turut
merancang membangunkan strategi dan pelan tindakan bagi mengukuhkan penerapan
dan amalan nilai perpaduan di bilik darjah dan juga aktiviti kokurikulum.

Selain itu, pembabitan ibu bapa dan komuniti dalam program seperti ini akan
dipertingkatkan lagi bagi memastikan perpaduan dan semangat patriotisme terus
diamalkan dalam kalangan murid semasa serta selepas waktu persekolahan. Ingin saya
tegaskan program RIMUP ini mempunyai hala tuju jelas menyatupadukan pelajar
berbilang kaum di negara ini.

Jelas diketahui bahawa pelaksanaan program ini berdasarkan Buku Panduan RIMUP
diterbitkan kementerian pada 2004 lalu yang menyokong terus Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (2006-2010) di bawah teras Membina Negara Bangsa.
RIMUP mencakupi beberapa elemen khusus tersendiri. Ini termasuk pengisian
program kecemerlangan akademik menerusi pelaksanaan aktiviti seperti seminar,
kuiz, debat perpaduan, sayembara perpaduan dan pertandingan fotografi.

Model pupuk perpaduan

Kita perlu menaruh keyakinan bahawa program ini mampu menjadi model untuk
memupuk perpaduan yang penting untuk membantu mengekalkan kestabilan,
kemajuan dan tamadun di negara ini. Saya melihat RIMUP ini mampu memberi nilai
tambah kepada program pengurusan sekolah dengan aktiviti mahupun objektif yang
ditetapkan pihak kementerian.

Baru-baru ini saya merasmikan program RIMUP kelompok Zon Kerling di Hulu
Selangor membabitkan pelajar dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil
Kerling, SRJK Cina Kerling dan Sekolah Kebangsaan Kerling. Ternyata program
diadakan selama sehari itu mampu menyuntik semangat kerjasama perpaduan
1Malaysia kepada peserta.

Program ini juga boleh diadakan di sekolah aliran Cina dan arus perdana (SK) secara
giliran.

Malah, amalan kunjung mengunjung rakan pelbagai bangsa pada musim perayaan itu
adalah praktikal mudah menyatupadukan rakyat Malaysia secara berkesan.

Kementerian optimis mampu terus memperkasakan lagi temasya program RIMUP


secara berkala pada masa hadapan demi merealisasikan agenda penyatuan kaum
secara kukuh. Keyakinan ini perlu disahut pelbagai pihak khususnya ibu bapa, badan
bukan kerajaan dan pemimpin komuniti.

Saya tidak setuju dengan pendapat yang mengatakan media sosial adalah penyebab
utama meruntuhkan benteng perpaduan negara khususnya masyarakat pelajar dan
guru di sekolah. Kita mampu menangani ancaman ini daripada menguasai negara
yang cukup memberikan kesan buruk.

Media sosial boleh digunakan untuk tujuan lebih positif seperti pendedahan program
RIMUP di sekolah dalam negara ini. Kesan yang baik ini mampu menjana
kecemerlangan institusi perpaduan kaum. Paling penting keikhlasan hati setiap insan
membantu kerajaan menyatukan kaum berbilang bangsa.

Kita mampu melakukan sesuatu yang lebih baik asalkan diri ini mempunyai
keikhlasan hati dengan sentiasa berbaik sangka satu sama lain dan terus menyokong
dasar holistik kementerian ini secara menyeluruh.

Jangan biarkan isu perkauman merajai


SJKC
ZULKIFLI JALIL
19 Januari 2016 6:06 PM
SEPATUTNYA tiada lagi kedengaran hal sebegini - isu yang dikatakan tidak
mahu guru Melayu mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Namun, insiden yang terjadi di SJKC Pai Chee, di Mersing, Johor baru-baru
ini berhubung dakwaan seorang guru Melayu dibaling dengan buku dan
alatan tulis oleh bapa seorang murid di situ, sewajarnya membuka mata
semua pihak.

Bukan seorang guru Melayu di sekolah itu tetapi ada dua lagi guru Melayu di
situ yang dikatakan tertekan dengan insiden ini. Dakwaan meminggirkan atau
menganaktirikan guru Melayu di SJKC bukanlah baharu di negara ini.
Antaranya, bukan sahaja enggan menerima guru Melayu mengajar Matematik
dan Bahasa Inggeris, hatta untuk subjek Bahasa Melayu pun kalau boleh
mahu guru sebangsa.

Guru SJKC Pai Chee, Salina Daud, 49, mendakwa diserang bapa kepada
muridnya di bilik guru.
Salina turut mendakwa, susulan kejadian itu, dia melaporkan perkara itu
kepada pihak pengurusan sekolah tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Kementerian Pendidikan harus menyiasat dengan telus dan adil isu halau
guru di SJKC Pai Chee ini.

Apakah benar guru besar sekolah terbabit pernah menghalau tiga guru
Melayu di situ dengan mengatakan bahawa masyarakat Cina Pai Chee tidak
mahu guru Melayu mengajar di situ? Malah disyorkan sekolah tertentu pula
untuk ditukarkan?

Adakah benar juga dakwaan menyebut guru besar terbabit juga telah
menemui PPD dan meminta supaya mereka dikeluarkan atas sebab-sebab
kononnya tidak mampu mengajar dengan baik?

Benar, kita tidak mahu isu perkauman menjalar dalam dunia pendidikan di
negara ini. Sepatutnya ia menjadi pemangkin kepada perpaduan antara
kaum.

Jenuh sebelum ini ada dakwaan guru Melayu dimaki dalam bahasa Cina serta
dijelir lidah oleh pelajar di SJKC. Pelajar turut membuat bising macam pasar
dalam kelas semasa guru mengajar sehingga guru terbabit tidak tahan dan
berpindah sekolah.

Masalah perkauman di SJKC bukan perkara baharu kerana sudah banyak kali
disuarakan oleh guru yang terkena penangan ini.

Namun, tidak ada satu tindakan berkesan yang mampu memberi pengajaran
kepada semua.

Kalau diteliti, insiden di SJKC Pai Chee jika benar berlaku, mirip salah satu
tuntutan Gabungan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia atau
Dong Zong yang mendesak kementerian berkenaan memindahkan segera
guru-guru yang dihantar ke SJKC pada sesi persekolahan beberapa tahun
lalu yang tidak tahu berbahasa Cina. Ini termasuk guru-guru bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris.

Kalau dibenarkan tuntutan Dong Zong ini, dikhuatiri nanti kita semua
berpecah belah. Yang Melayu dengan Melayunya, Cina dengan Cinanya dan
India dengan Indianya.
Malaysia satu-satunya di dunia yang ada sekolah vernakular. Di negara lain
tidak ada. Di Singapura tidak ada sekolah Cina pun.

Jangan biarkan isu dan sentimen perkauman merajai SKJC.

Kes gaduh di Endau bukan sebab isu


perkauman

RAZIATUL HANUM A.RAJAK


15 NOVEMBER 2016

MERSING - Kes pergaduhan yang berlaku di Endau, Sabtu lalu merupakan isu jenayah
bukannya perkauman seperti yang digembar-gemburkan.

Ketua Kampung Semanyir, Shafie Kassim berkata, pihaknya menyerahkan kepada


polis untuk menyiasat kejadian yang berlaku.

"Apa yang berlaku isu jenayah bukan perkauman. Kita tak ada masalah pun dengan
orang Cina di sini. Selepas kejadian, suasana kampung macam biasa saja.

"Saya minta kerjasama orang kampung, jangan buat provokasi atau mengganggu
siasatan polis," katanya pada sidang media dekat sini, semalam.

Dalam kejadian lewat malam Jumaat lalu, pergaduhan kecil berlaku apabila tiga remaja
berusia 16 tahun dipukul hingga cedera oleh lima lelaki dewasa dalam lingkungan 26
tahun hingga 53 tahun.

Menurut polis, kejadian berpunca daripada tindakan tiga remaja itu yang dipercayai
cuba memecah masuk salah sebuah premis perniagaan dekat Taman Fajar, Endau.

Sementara itu, peguam yang mewakili tiga remaja itu, Mohd Fadzli Mohd Ramly
berkata, pihaknya tidak akan mengganggu siasatan dan bersedia memberi kerjasama
kepada pihak polis sepenuhnya.

"Kalau ada pendakwaan terhadap tiga anak guam, saya akan bela mereka. Apa yang
berlaku, bagaimana kejadiannya...saya tidak akan sentuh di sini.
"Tapi yang pasti apa yang berlaku bukan Cina lawan Melayu atau sebaliknya seperti
disebarkan...bukan isu perkauman. Ini isu jenayah di mana ada pihak ambil tindakan
sendiri," katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga anak guamnya itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada
petang Ahad lalu.

Tegasnya, insiden yang berlaku menjadi serius dan sudah menjadi tumpuan umum.

"Kalau silap ditangani, ia boleh merebak ke seluruh negara. Jadi, janganlah sebarkan
khabar angin, mesej-mesej yang tiada asas.

"Kita bimbang sentimen perkauman dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,"


katanya.

Dalam sidang media sama, pihaknya menuntut sebuah akhbar tempatan yang
disifatkan silap lapor berhubung kejadian itu agar membuat permohonan maaf secara
terbuka.

"Laporan dikeluarkan akhbar itu suatu penghakiman awal dan sangat prejudis kepada
tiga anak guam saya ini.

"Jadi, kita minta akhbar terlibat minta maaf kepada keluarga dan penduduk kampung
tanpa syarat. Laporan itu sudah lukakan hati orang kampung," katanya.

Sehari selepas kejadian, laporan akhbar tersebut mengaitkan gengster kampung


dengan insiden yang berlaku hingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan
penduduk kampung tersebut.

Ketika ditanya tindakan lanjut pihaknya, Mohd Fadzli berkata, beliau akan meneliti
laporan-laporan di media dan tidak teragak-agak mengambil jalan undang-undang
sekiranya laporan tersebut bercanggah dengan fakta sebenar.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/kes-gaduh-di-endau-bukan-sebab-isu-
perkauman-1.586175

Sekolah vernakular wajar dipertahankan


NORUTUL ILHAM MAD JARI
4 SEPTEMBER 2014
Kebanyakan guru tidak bersetuju jika sekolah jenis kebangsaan dihapuskan dengan alasan untuk
memupuk perpaduan. - Gambar hiasan
A- A+ (Ubah saiz teks)

SHAH ALAM - Menghapuskan sekolah vernakular bagi mewujudkan sekolah satu aliran
adalah tidak wajar jika alasannya hanya untuk memupuk semangat perpaduan antara
pelajar pelbagai kaum.

Menurut bekas guru, Konteck Kamaria P Vjalleh @Osman, 65, yang mempunyai
pengalaman 30 tahun mengajar di sekolah jenis kebangsaan Cina, idea penubuhan
Sekolah Wawasan adalah lebih baik kerana konsepnya yang menempatkan semua
jenis sekolah di satu tempat.

Ada pelajar Melayu, India juga dihantar ke sekolah Cina, jadi kenapa mahu kita
hapuskan sekolah vernakular sedangkan mereka juga menggunakan bahasa Melayu
dalam sistem pembelajaran seharian.

Ramai yang menganggap bahawa sekolah menengah vernakular hanya menggunakan


bahasa ibunda mereka, namun hakikat yang ramai tidak tahu sebenarnya ada subjek
diajar dalam bahasa Melayu, katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, sepanjang mengajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur, beliau sendiri tiada
masalah berkomunikasi dengan pelajar Cina serta ibu bapa mereka.

Sistem sekolah yang ada sekarang sudah baik untuk memupuk semangat perpaduan
antara mereka kerana banyak pertandingan dan acara sukan melibatkan pelajar
pelbagai kaum dianjurkan, ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi bekas guru, Fariz Musa, 44, yang mempunyai tiga tahun
berpengalaman mengajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina turut senada
berkata, sistem sekolah vernakular yang ada sekarang tidak pernah menjadi kekangan
untuk memupuk perpaduan antara kaum.

Dasar sistem sekolah vernakular yang ada sekarang tidak pernah menghalang mana-
mana pelajar daripada kaum lain untuk belajar di sekolah jenis Cina, Tamil mahupun
kebangsaan. Jadi tidak timbul perlunya wujud sekolah satu aliran.

Lagipun kebanyakan sekolah kebangsaan mempunyai pelbagai kaum yang belajar di


sana. Di situ pun mereka sudah bergaul antara kaum, katanya.

Menurutnya, perkara yang menyentuh isu perkauman di mana-mana sekolah


vernakular juga tidak berlaku kerana semua sekolah mengikut dasar yang ditetapkan
kerajaan.

Kalau pun ada kaum mahu pertahankan bahasa ibunda mereka dengan mengekalkan
sekolah vernakular itu adalah hak mereka. Jangan kerana alasan perpaduan, sekolah
vernakular mesti dihapuskan, katanya.

Kelmarin, Sinar Harian dalam laporan khas berhubung isu sekolah vernakular
melaporkan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Hashim Adnan
dan Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Mohamad Sabri Mohamad
Arshad turut tidak bersetuju dengan pandangan bahawa sistem sekolah pelbagai aliran
di Malaysia menjadi punca masalah perpaduan kaum di negara ini.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/sekolah-vernakular-wajar-dipertahankan-
1.313596

Sekolah mana lebih rasis?


RIDHUAN TEE ABDULLAH
25 JANUARI 2016

INSIDEN seorang guru Melayu, yang bertugas di sebuah SJKC di Mersing, yang
diserang oleh bapa murid ultra kiasu patut membuka mata semua. Walaupun insiden
ini dikatakan bukan isu perkauman, sorotan ceritanya tidak menampakkan sedemikian.
Kasihan guru Melayu tersebut. Bayangkan jika guru Cina diperlakukan sedemikian di
sekolah kebangsaan.

Bila kena pada kita, cepat-cepat kata itu bukan isu perkauman, minta disenyapkan.
Namun, bila kena pada mereka, kata kita rasis belaka, diulang-ulang sentiasa dalam
akhbar mereka. Seolah-olah kitalah paling rasis.

Apakah ia tidak rasis, apabila guru besar ultra kiasu tersebut meminta guru berkenaan
meletakkan jawatan dan meminta Pejabat Pendidikan Daerah supaya memindahkan
guru berbangsa Melayu daripada berada di sana. Alasannya, guru Melayu tidak layak
mengajar di sekolah Cina. Tidak kompeten, malas dan tidak memberi kerjasama.

Saya tidak menuduh semua SJKC sebegitu, tetapi bagi sesiapa yang mengkaji dan
mengikut perkembangan SJKC, persepsi sebegini memang suatu yang lumrah dalam
kalangan mereka yang ultra kiasu.

Saya amat mengharapkan Kementerian Pendidikan (KPM) supaya bertegas. Jangan


berpolitik lagi kerana undi. Pertama, keadaan ini akan meracuni pemikiran murid
menjadi rasis. Guru Melayu yang ditindas sepatutnya dikekalkan, bukan ditukar.

Kedua, kembalikan semula sekolah bantuan modal seperti dahulu. Setakat ini, kerajaan
memberi layanan yang sama kepada semua sekolah walaupun tidak mendaulatkan
agenda kebangsaan. Nasib Sekolah Agama Rakyat pula tidak menentu.
Ketiga, pengecualian GST terhadap empat buah Sekolah Persendirian Cina baru-baru
ini, hendaklah difikirkan semula. Percayalah. Berilah sebanyak mana pun kemudahan,
undi mereka tetap kepada ultra kiasu. Jangan haraplah mereka akan mengundi BN.

Keempat, kerajaan tidak boleh lagi tunduk kepada tekanan parti politik dan NGO ultra
kiasu. Sepatutnya, ultra kiasu yang tunduk kepada syarat kerajaan. Misalnya, guru
bukan Cina yang mengajar di SJKC mesti boleh berbahasa Cina dan mendapat kredit
dalam mata pelajaran tersebut di peringkat SPM.

Mata pelajaran Sejarah yang pada awal arahan kementerian diajar dalam bahasa
Melayu, akhirnya terpaksa tunduk diajar dalam bahasa ibunda. Itu pun mereka tidak
puas hati. Mereka telah hantar memorandum supaya kerajaan mengubah silibus
Sejarah tersebut, kerana terlalu bersifat kemelayuan apabila menceritakan tentang
sejarah kemerdekaan. Hampir 100 kesalahan dikenal pasti. Mereka juga mahukan
pemimpin mereka turut diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan. Siapakah yang paling
ramai terkorban menentang British? Apakah komunis itu pejuang kemerdekaan?

Kelima, dalam memperkasakan agenda negara, pendidikan adalah asas. Kerajaan


mesti bertegas, seperti yang pernah dilakukan oleh Kerajaan Thailand dan Indonesia
demi pembangunan negara bangsa. Hanya ada sekolah satu sistem.

SJKC yang dibina dan dibantu oleh kerajaan sepenuhnya hendaklah ditukar statusnya
menjadi Sekolah Wawasan. Benar, buat masa ini Sekolah Wawasan yang
menempatkan semua sekolah di bawah satu bumbung, tidak mendapat sambutan ultra
kiasu. Atas alasan, jika banyak bercampur dengan Melayu, maka hilanglah penguasaan
bahasa Cina mereka.

Keenam, pembinaan sekolah vernakular yang sentiasa bertambah dari setahun ke


setahun perlu difikirkan semula. SJKC yang muridnya kurang dari 100 hendaklah
ditutup.

Ketujuh, kelas peralihan yang wujud sehingga ke hari ini hendaklah dihapuskan.
Mereka yang gagal BM hendaklah dihantar ke kem pemulihan bahasa selama dua
tahun. DBP boleh diamanahkan tugas tersebut.

Kelapan, sijil UEC tidak boleh diiktiraf selagi kurikulumnya tidak mematuhi kehendak
KPM.

Kesembilan, jangan biarkan Pakatan Harapan menang dalam PRU yang akan datang
kerana lubuk ultra kiasu adalah di sana. Jika mereka menang, semua yang
dibincangkan di atas akan terkubur.

Kesepuluh, siasatan juga hendaklah dibuat di SJKC yang lain. Tempatkan lebih ramai
guru-guru Melayu di sana, supaya anak-anak mereka dapat dibimbing?
Kesebelas, jika sekolah kebangsaan boleh menerima guru besar (pengetua) bukan
Melayu, kenapa SJKC tidak boleh menerima guru besar Melayu? Sekolah mana lebih
rasis?

Akhirnya, sedarkan rakan sebangsaku, bahawa kerajaan (orang Melayu) sudah terlalu
banyak bertoleransi kepada sekolah vernakular yang tidak pernah ada dalam dunia ini
kecuali Malaysia. Masih tidak cukupkah lagi? Belajarlah bersyukur.

* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Felo Utama, INSPIRE dan pensyarah PPI,
UniSZA

http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/ridhuan-tee-abdullah/sekolah-mana-lebih-
rasis-1.476958

Kaji punca masalah perkauman di SJKC


Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah_mutalib@bh.com.my

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan bantuan kepada

murid sambil diperhatikan oleh Mohd Rafiq (kiri) dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (tiga dari

kiri) pada Majlis Penyerahan Bantuan Sekolah Transformasi Bumiputera 2016 (BEST 2016) di Putrajaya, hari ini. -

Foto Mohd Fadli Hamzah


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan digesa mengkaji punca berlakunya
masalah perkauman di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang kini
dilihat semakin membimbangkan.

Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO, Mohd Rafiq Naizamohideen,


berkata isu perkauman seperti yang berlaku di SJKC Pai Chee, Mersing,
Johor baru-baru ini bukan kali pertama berlaku, malah ia adalah siri terbaru
daripada beberapa kes yang berlaku sebelum ini.

"Apabila beberapa kes seperti ini berlaku, ia menunjukkan ada sesuatu yang
tidak kena (mengenai isu kaum) di SJKC. Jadi Kementerian Pendidikan perlu
menyiasat apa puncanya kerana banyak peruntukan yang disalurkan kerajaan
kepada sekolah berkenaan.

"Jika terbukti SJKC tidak membantu dalam perpaduan kaum, maka kerajaan
perlu memberi fokus pula kepada memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK)
dan sekolah satu aliran yang mampu menjadi ejen kepada perpaduan kaum
di negara ini," katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Sekolah
Transformasi Bumiputera 2016 (BEST 2016) di sini, hari ini.

Minggu lalu, seorang guru Melayu di SJKC Pai Chee, Mersing, Johor
membuat laporan polis mendakwa pihak sekolah tidak melindunginya dalam
beberapa insiden kekecohan dan dihina oleh anak muridnya serta ibu bapa
murid berkenaan.

Dalam laporan itu, guru berkenaan mendakwa dia dan dua lagi guru Melayu
di sekolah itu pernah dihalau oleh guru besar yang didakwa menggunakan
kata-kata berunsur perkauman, selain guru besar itu turut ke Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) untuk meminta ketiga-tiga guru itu dipindahkan.

Berikutan kes itu, Kementerian Pendidikan kemudian bertindak memindahkan


guru besar sekolah itu ke PPD buat sementara waktu hingga siasatan kes itu
selesai.

Mengulas lanjut, Rafiq berkata, Kementerian Pendidikan juga perlu


memulakan strategi terancang ke arah mewujudkan sekolah satu aliran
supaya isu perkauman tidak terus menjadi faktor yang menghalang
pembangunan negara.

"Kalau tidak (strategi) secara sekali gus pun, mungkin secara berperingkat
supaya jurang antara kaum pada masa akan datang dapat kita rapatkan,"
katanya.
v