Anda di halaman 1dari 12

HAJI

DAM

( DENDA )
1) Dam Tartib Dan Takdir.
Bermaksud ia wajib dilakukan mengikut turutan. Dam akan dikenakan jika melakukan perkara larangan seperti :

Melakukan haji secara tamattu

Melakukan haji secara qiran

Tidak berwukuf di Arafah

Tidak melontar di Jamrah

Bentuk dam tersebut ialah :

Menyembelih seekor kambing atau kibas, atau 1/7 bahagian daripada unta, lembu atau kerbau

Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa 10 hari


Jika tidak mampu, memberi makan kepada fakir miskin 10 cupak makanan asasi.

2) Dam Tartib Dan Tadil.

Bermaksud syara memerintahkan supaya menilai kepada gantian berdasarkan nilai tersebut.Dam ini akan dikenakan jika

seseorang melakukan perkara seperti :

Persetubuhan yang dilakukan sebelum tahallul awwal atau sebelum menyempurnakan ibadah umrah.Dam yang

akan dikenakan ialah :

I. Menyembelih seekor unta

II. Jika tidak mampu , menyembelih seekor lembu

III. Jika tidakmampu , menyembelih 7 ekor kambing


IV. Jika tidak mampu , membahagikan makanan kepada fakir miskin yang nilainya sama dengan seekor unta di

Tanah Haram.

V. Jika tidak mampu , berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang sama nilai dengan seekor unta.

3) Dam Takhyir Dan Tadil

Bermaksud boleh dipilih melakukan mana-mana perkara yang ditetapkan.Dam ini akan dikenakan jika

seseorang melakukan perkara yang dilarang seperti:

Berburu binatang buruan

Menebang, mengerat, atau mencabut pokok di kawasa Tanah Haram Mekah kecuali jika pokok tersebut

mati kering.Dam yang dikenakan ialah :


i. Menyembelih binatang sebanding binatang yang diburunya.

ii. Atau memberi makan kepada fakir miskin yang sama nilainya dengan harga bintang

bandingan.

4) Dam Takhyir Dan Takdir

Dikenakan jika seseorang melakukan perkara larangan ketika Haji seperti :

Menanggal atau mencabut 3 helai rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan walaupun secara tidak

sengaja.

Memakai pakaian yang dilarang ketika ihram.

Memakai wangi-wangian

Memakai minyak dirambut , janggut atau semua bulu muka selain yang tumbuh di pipi.

Dam yang akan dikenakan ialah:


I. Menyembelih seekor kambing dan kibas

II. Bersedekah kepada 6 orang fakir miskin sebanyak 2 cupak setiap seorang.

SUNNAH RASULULLAH

MENGERJAKAN
HAJI.
Sunnah-sunnah ihram :
Mandi ketika ihram (Hadits Zaid bin Tsabit)
Memakai wangian di badan sebelum ihram (Hadits
Aisyah)
Berihram dengan kain ihram berwarna putih (Hadits
Ibnu Abbas)
Solat di lembah Aqiq bagi yang melaluinya (Hadits Umar)
Mengeraskan suara ketika membaca talbiyah (Hadits As-
Saib Bin Khalladi)
Bertahmid , bertasbih dan bertakbir sebelum memulakan
ihram (Hadits Anas)
Sunnah-sunnah ketika masuk Kota Makkah :
Menginap di Dzu Thuwa , mandi untuk memasuki Kota
Makkah dan masuk Kota Makkah pada siang hari (Dari
Nafi)
Memasuki Kota Makkah dari Ats-Tsaniyah Al-Ulya
(Hadits Ibnu Umar)
Mendahulukan kaki kanan ketika masuk ke dalam masjid
haram
Mengangkat tangan ketika melihat kaabah (Hadits Ibnu
Abbas)

Sunnah-sunnah Tawaf :
Al-Idhtiba (Hadits Yala bin Umayyah)
Mengusap Hajarul Aswad (Hadits Ibnu Umar)
Mencium Hajarul Aswad (Hadits Zaid bin Aslam)
Mengusap rukun Yamani (Hadits Ibnu Umar)
Solat 2 rakaat di belakang maqam Nabi Ibrahim
selepas Tawaf (Hadits Ibnu Umar)
Iltizam tempat di antara Hajar Aswad dan pintu
Kaabah (Hadits Amr bin Syuaib)
Minum air zamzam dan mencuci kepala dengannya
(Hadits Jabir)

Sunnah-sunnah Saie :
o Berdoa di Safa
o Berlari-lari anak diantara 2 tanda hijau
o Menghadap kiblat , bertabir dan berdoa di Marwa

Sunnah-sunnah ketika keluar dari Mina :


Ihram untuk Haji pada hari Tarwiyah dari tempat
tinggal masing2
Pada hari Arafah,menjamak solat Zohor dan Asar
Tidak meninggalkan Arafah sebelum matahari
tenggelam .

Anda mungkin juga menyukai