Anda di halaman 1dari 9

Sek.Men.

Keb (P) Taman Petaling


Ujian Bulanan Julai
Tingkatan 5

Kertas 1

1. Tamadun manusia yang terawal telah muncul pada zaman


A) Logam
B) Neolitik
C) Mesolitik
D) Paleolitik

2. Masyarakat Cina mempunyai sistem kepercayaan yang agak kuat sejak zaman dahulu lagi. Pada
zaman Dinasti Shang satu amalan yang dilakukan oleh penduduk masa itu, kini masih
mempengaruhi kehidupan segolongan masyarakat Cina. Amalan yang dimaksudkan ialah
A) Pemujaan pelbagai jenis dewa
B) Pemujaan roh nenek moyang
C) Pemujaan raja sebagai tuhan
D) Pemujaan unsur-unsur alam semesta

3. Asoka
Justinian

Apakah persamaan dalam sistem pemerintahan kedua-dua tokoh di atas?


A) Memastikan sistem pentadbiran dikendalikan oleh golongan falsafah
B) Mengutamakan ssitem undang-undang dalam pemerintahan
C) Kakitangan awam dibayar gaji tetap
D) Kakitangan awam wajib mengambil peperiksaan

4. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan undang-undang Tamadun Rom?


I. Menghormati hak individu untuk mendapatkan perbicaraan adil
II. Hukuman yang dikenakan tertakluk kepada status sosial mangsa dan pesalah
III. Hakim akan menjatuhkan hukuman berasaskan bukti yang cukup dan sahih
IV. Seseorang yang didakwa bersalah adalah dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah

5.
hasil kesusasteraan menyentuh tentang adat istiadat, tingkahlaku,
dan undang-undang semasa
dikarang kira-kira pada kurun ke-2 Masihi
Pernyataan di atas merujuk karya

A) Mahabhrata
B) Ramayana
C) Sakuntala
D) Dharmasutra
6. Mengapakah Lao Tze tidak bersetuju dengan konsep kerajaaan?
A) Dianggap merosakkan pemikiran rakyat
B) Lebih mementingkan individu daripada kerajaan
C) Menghalang perjalanan alam
D) Lebih menekankan sistem feudal

7. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah dalam agama Islam?


A) Kepercayaan terhadap hari kiamat
B) Kepercayaan manusia terhadap keesaan Allah s.w.t
C) Undang-undang dan hukum Islam berdasarkan Al-Quran
D) Perbuatan atau kelakuan nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat
baginda.

8. Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui surah al-Alaq bermula dengan
Iqra pada Ogos 610 Masihi. Apakah maksud surah yang diturunkan itu?
A) Pengetahuan membaca dan menulis merupakan perkara yang wajib dipelajari.
B) Pengetahuan membaca dan menulis merupakan perkara penting dan asas dalam pendidikan
Islam
C) Pengetahuan membaca dan menulis merupakan aspek penting dalam pendidikan Islam dan
wajib dipelajari oleh segenap lapisan masyarakat.
D) Orang yang tidak berpengetahuan mudah diperdaya oleh orang yang berpendidikan

9. Selepas seseorang Khalifah dilantik , upacara baiah dilakukan. Apakah tujuan upacara ini
dilakukan?
A) Memberi penghormatan kepada khalifah
B) Menepati salah satu daripada undang-undang
C) Mengikat janji setia khalifah dengan rakyat
D) Mengikat janji setia khalifah dengan nabi

10. Khalifah Abu Bakar r.a. merupakan khalifah al-Rasyidin yang pertama. Berikut ialah sumbangan
utama beliau kecuali
I. Penubuhan jabatan tentera, percukaian dan polis .
II. Memasyafkan al-Quran
III. Menghapuskan nabi-nabi palsu serta golongan murtad
IV. Menentukan tahun Hijrah dalam kalendar Islam
A) I dan II C. II dan IV
B) I dan III D. III dan IV

11.
Ibn Jubayr
Ibn Battuta

Apakah persamaan tokoh di atas?


A) Ahli muzik
B) Ahli Falsafah
C) Ahli pelayaran
D) Tokoh Matematik
12. Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah banyak mmpengaruhi kehidupan masyarakat setempat.
Manakah antara yang berikut merupakan kesan pengaruh Islam ke atas masyarakat Asia
Tenggara?
I. Institusi Kesultanan diwarisi daripada Turki
II. Penggunaan undang-undang syariah dalam pemerintahan
III. Pemerintahan di Malaysia berasaskan sisitem Islam
IV. Penggunaan istilah Arab dalam bahasa Melayu
A) I, II dan III
B) II, III dan IV
C) I, II dan IV
D) I, III dan IV

13. Terdapat pelbagai teori mengenai kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Menurut John Crawford,
agama Islam datang ke Asia Tenggara dari
A) India C.Sepanyol
B) China D. Tanah Arab

14. Pada penghujung zaman pertengahan , berlaku perubahan ekonomi di Eropah. Apakah faktor-
faktor yang menyebabkan perubahan ekonomi di Eropah?
I. Pembukaan lombong emas di Afrika Utara
II. Pengaruh gereja yang semakin kuat
III. Tumpuan orang-orang Eropah kepada bidang teknologi
IV. Orang Gasar telah membuka beberapa kawasan baru di Eropah
A) I dan II
B) II dan III
C) I dan IV
D) III dan IV

15. Apakah kunci kejayaan dalam Sistem Feudal yang dinamakan di Eropah pada Zaman
Pertengahan?
A) Sokongan pihak gereja
B) Sistem ekonomi sara diri
C) Kekuatan pentadbiran pusat
D) Ikatan persetiaan antara pemimpin dan vassal

16. Bagaimanakah golongan Monarki Baru di Eropah berusaha memperoleh sokongan golongan
bangsawan?
A) Memberi pencen bulanan kepada mereka
B) Mengekalkan taraf kebangsawanan mereka
C) Mengekhaskan jawatan tinggi dalam kerajaan untuk mereka
D) Menganugerahkan kawasan tanah yang luas kepada mereka

17. Apakah faktor yang mendorong perkembangan intelektual di Eropah pada kurun ke-12?
A) Sikap taklid kebanyakan orang Eropah
B) Pertembungan peradaban Islam dengan kebudayaan Eropah
C) Pelarian sarjana Yunani ke Itali akibat Perang Tujuh Tahun
D) Pelarian sarjana Rom ke Itali akibat keruntuhan Empayar Rom
18.
pemikir politik Itali
pengarang The Prince
Maklumat di atas adalah berkaitan dengan
A) Marconi
B) Machiavelli
C) Benito Mussolini
D) David Michelangelo

19. Menurut John Calvin, orang Kristian boleh mendekati Tuhan mereka dengan
A) Mengamalkan kehidupan yang sederhana
B) Mengamalkan cara hidup yang berdisiplin
C) Mengasaskan hubungan yang baik dengan jiran
D) Mengamalkan upacara agama yang ditetapkan oleh Paus.

20. 1494 Perjanjian Tordesillas

Pernyataan di atas merupakan perjanjian yang ditandatangani antara Sepanyol dengan Portugal.
Mengapakah perjanjian itu ditandatangani?
A) Mengelakkan pergaduhan antara dua negara berfahaman katolik
B) Mengelakkan permusuhan antara dua negara yang berjiran
C) Mengelakkan penaklukan Sepanyol ke atas Portugal
D) Mengelakkan perebutan kawasan emas di Afrika

21. Pada kurun ke-16, India merupakan antara negara terpenting di Asia. India dikatakan sedemikian
kerana India ialah
A) Tempat berkumpulnya para pedagang asing
B) Tempat kajian sejarah awal tamadun manusia
C) Pusat pertukaran barang dagangan Timur dan Barat
D) Pusat perkembangan ilmu pengetahuan

22.
Antara tahun 1761-1792 hampir 500 000 ekar tanah di
Englang telah dipagarkan menerusi akta Parlimen
Perkembangan di atas telah mengakibatkan
A) perluasan pertanian dagangan
B) peningkatan bilangan petani kecil
C) rusuhan antara petani dan tuan tanah
D) kerugian di kalangan tuan tanah yang kaya

23. Parlimen Inggeris teleh meluluskan Akta Kombinasi 1800. Apakah kandungan utama Akta ini?
A) Kanak-kanak kurang dari 9 tahun dilarang bekerja
B) Waktu bekerja maksimum adalah 10 jam
C) Kanak-kanak dan Wanita tidak dibenarkan bekerja dalam perusahan arang batu
D) Para pekerja diharamkan menubuhkan kesatuan sekerja

24. Antara berikut yang manakah merupakan perkara yang diperjuangkan oleh Robert Owen?
A) Penghapusan segala sekatan perdagangan
B) Konsep kerjasama antara pekerja dengan majikan
C) Pembahagian kuasa antara badan-badan kerajaan
D) Campurtangan kerajaan yang meluas bagi mempertingkatkan kebajikan para pekerja
25. Perlaksanaan Akta Setem, Akta Gula, Akta Teh berkaitan dengan satu peristiwa. Peristiwa itu ialah
A) Revolusi Perancis
B) Revolusi Rusia
C) Perang Kemerdekaan Amerika
D) Revolusi Inggeris

26. Sebelum Revolusi Amerika, orang Amerika tidak mengiktiraf Parlimen Inggeris sebagai badan
yang mewakili mereka dan oleh itu tidak berhak bertindak bagi pihak mereka.Mengapakah
berlakunya situasi yang sedemikian?
A) Orang Amerika tidak dilindungi oleh kerajaan Inggeris apabila diancam musuh
B) Orang Amerika tidak diberi hak memilih wakil ke Parlimen Inggeris
C) Orang Amerika tidak diberi peluang menyuarakan pendangan mereka
D) Orang Amerika tidak dimaklumkan tentang tindakan wakil mereka.

27. Peristiwa X Memberi semangat yang kuat kepada pendokong Revolusi Perancis
di kota dan desa

Peristiwa X ialah
A) kematian Raja Louis XVI dan permaisurinya
B) kemunculan Estet Ketiga dalam mewakili rakyat
C) kejatuhan bangunan Bastille kepada pemberontak
D) kebangkitan Napoleon Bonaparte sebagai pemimpin Perancis

28. Apakah bukti yang menunjukkan Napoleon Bonarparte mengamalkan dasar demokrasi walaupun
pemerintahan beliau umumnya bersifat autokratik?
A) Memperkenalkan sistem birokrasi moden
B) Memperkenalkan amalan ekonomi bebas di Perancis
C) Memperkenalkan satu kod undang-undang yang standard bagi seluruh negara Perancis
D) Mengadakan pungutan suara untuk mengesahkan pertabalannya sebagai maharaja.

29. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pengertian imperialisme?


I. Perolehan tanah jajahan
II. Perluasan pengaruh politik
III. Perluasan pengaruh ekonomi
IV. Pengenalan pendidikan sekular
A) I , II dan III
B) I , II dan IV
C) I , III dan IV
D) II , III dan IV

30. Pada kurun ke 20 Burma, Filipina dan Vietnam menjadi tumpuan kuasa imperialisme Barat.
Mengapakah keadaan ini berlaku ?
A) Ketiga-tiga negara itu mempunyai bekalan bahan mentah dan kawasan pertanian yang sesuai
B) Ketiga-tiga negara itu mengenakan kadar cukai yang rendah kepada pedagang
C) Kedudukan negara tersebut amat sesuai dijadikan pusat perdagangan
D) Ketiga-tiga negara itu mempunyai kemudahan sistem perhubungan dan pengangkutan yang
baik.
31. Pada akhir kurun ke-19, kuasa Barat berjaya menjalinkan hubungan perdagangan dengan China.
Namun begitu , mereka masih gagal menjajah negara tersebut .Mengapakah kuasa Barat gagal
menjajah negara China?
A) Mereka gagal menyaingi kekuatan tentera China
B) Mereka bertindak secara bersendirian
C) Mereka kurang alat kelengkapan perang.
D) Mereka lebih mengutamakan perdagangan.

32. Antara berikut yang manakah merupakan sebab penduduk Annam dan Tonkin menentang
pendudukan Perancis di Vietnam?
I. Kegiatan Perancis memeras kekayaan Vietnam
II. Keengganan Perancis mematuhi peraturan tempatan
III. Kegiatan para mubaligh menyebarkan agama Kristian
IV. Tindakan kejam Perancis mematahkan penentangan orang Vietnam
A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

33. Apakah faktor utama yang mengakibatkan penglibatan Britain dalam Pakatan Bertiga?
A) Perluasan pengaruh komunis di Rusia
B) Kemunculan Itali sebagai kuasa besar dunia
C) Kemunculan Jepun sebagai kuasa besar dunia
D) Kekuatan Jerman dalam bidang ekonomi dan ketenteraan.

34. Walaupun Benua Afrika kurang maju, namun ia tetap menjadi daya penarik kepada kemasukkan
penjajah Barat. Apakah daya penarik tersebut?
A) Mempunyai tenaga buruh yang mahir
B) Mempunyai pasaran yang luas
C) Mempunyai tanah yang subur
D) Mempunyai banyak hamba abdi

35. Mengapakah Australia, New Zealand dan Kanada digelar negara Dominion Putih ?
A) Bilangan kaum pendatang bangsa Eropah melebihi penduduk asal
B) Penguasaan politik negara-negara berkenaan oleh orang Eropah
C) Hanya penduduk Eropah di negara-negara berkenaan mempunyai hak untuk mengundi
D) Hanya orang Eropah boleh menyandang jawatan Perdana Menteri di negara-negara berkenaan.

36. Pertubuhan SEATO terdiri daripada Amerika Syarikat, Australia, Britain, Filipina dan Thailand.
Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia tidak terlibat dalam pertubuhan tersebut?
A) Malaysia tidak mahu terlibat dengan sebarang peperangan
B) Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dalam hal ketenteraan
C) Malaysia tidak mempunyai senjata moden dan senjata nuklear
D) Hubungan Malaysia dengan China adalah baik.

37. Persetiaan Versailles 1919 telah menimbulkan rasa tidak puas kepada Itali. Mengapakah Itali tidak
berpuas hati dengan perjanjian tersebut?
A) Itali terpaksa menyerahkan kawasan yang luas kepada Perancis.
B) Itali menganggap perjanjian itu tidak adil bagi pihak sekutunya
C) Itali terasa tercabar kerana tidak diberi tanah jajahan baru
D) Itali marah terhadap tindakan Britain mengehadkan tentera laut Jerman.
38. Idea untuk menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan telah diilhamkan oleh Dato Seri
Dr.Mahathir Mohammad. Apakah matlamat utama penubuhan Suruhanjaya tersebut?
A) Mendapat bantuan kewangan dari negara-negara maju secara koletif
B) Mengadakan pakatan tentera yang kuat untuk menghalang pencerobohan kuasa-kuasa besar
C) Mewujudkan kerjasama serta menggalakkan perdagangan di antara negara-negara anggota
D) Memindahkan teknologi dari negara maju ke negara-negara membangun

39. Di antara berikut yang manakah merupakan objektif-objektif Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB)?
I. Mengekalkan keamanan dunia
II. Menggalakkan hak asasi manusia
III. Mewujudkan hubungan baik antara anggota-anggotanya
IV. Menggalakkan perkembangan ekonomi dan politik
A) I , II dan III
B) I , III dan IV
C) II , III dan IV
D) I , II dan IV

40. Negara-negara Komanwel menerima bantuan teknikal serta biasiswa pendidikan menerusi
A) Rancangan Caracas
B) Rancangan Colombo
C) Tabung Ekuiti Komanwel
D) Bank Pembangunan Komannwel
Kertas Dua

Arahan : Pilih dua soalan daripada tiga soalan berikut

1.
a) Golongan diperintah terdiri daripada orang merdeka dan hamba. Jelaskan peranan golongan
ini dalam masyarakat Melayu. ( 15 markah )

b) Sistem Kerah dan Sistem Serah merupakan tanggungjawab rakyat lepada pembesar.
Huraikan kedua-dua sistem tersebut. ( 10 markah )

2.
a) Apakah faktor-faktor yang membantu pertumbuhan bandar-bandar baru di Malaysia?
( 10 markah )

b) Sejauhmanakah perkembangan ekonomi moden mempengaruhi pengangkutan?


( 10 markah )

c) Berikan kepentingan perkhidmatan Insurans ( 5 markah )

3.
a) Huraikan faktor-faktor perkembangan Revolusi Pertanian ( 10 markah )

b) Huraikan sebab-sebab berlakunya Revolusi Amerika pada tahun 1776 ( 10 markah)

c) Apakah kesan-kesan Perang Kemerdekaan Amerika yang berlaku pada tahun 1776-1783?
( 5 markah )

Selamat berjaya

Disediakan oleh : Pn Sundri

Disemak oleh : Pn Leong Kim Fun

Disahkan oleh : Pn Aishah Binti Sedan

Anda mungkin juga menyukai