Anda di halaman 1dari 12

MTE3103 Geometri

Topik 3 Pepejal Sekata dan Separa Sekata

3.1 Sinopsis

Dalam topik 1 dan 2, kita mempelajari corak-corak 2-dimensi dalam satah. Kita akan
mengkaji bentuk 3-dimensi yang dibina dari poligon-poligon sekata. Pepejal Platonik
adalah pepejal sekata yang berbucu cembung (convex regular solid). Pepejal Archimedean
adalah pepejal separa sekata yang juga berbucu cembung serta Pepejal Kepler-Pointsot
yang berbucu cekung.

3.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengukuh dan membina pengetahuan tentang konsep asas geometri


2. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang teknik untuk pembinaan
geometri yang tepat
3. Menghargai peranan dan sejarah geometri
4. Menghubungkait geometri dalam kurikulum matematik sekolah rendah dan
menengah.

3.3 Kerangka Konseptual

Pepejal Sekata dan


Separa Sekata

5 Pepejal Bucu, Muka & Pepejal Pepejal Kepler-


Platonik Sisi Archimedes Pointsot

33
MTE3103 Geometri

3.4 Pepejal Platonik

Rajah 3.1 di bawah menunjukkan lima jenis pepejal Platonik. Pepejal-pepejal ini
dinamakan tetrahedron, kiub (heksahedron), oktahedron, dodekahedron dan ikosahedron.
Semua nama ini berasal dari perkataan Greek yang merujuk kepada bilangan permukaan
pepejal.

3.4.1 Nama-nama pepejal Platonik

Cuba cam dan namakan setiap pepejal Platonik dalam Rajah 3.1 di bawah,
berdasarkan poligon yang membentuk permukaan pepejal dan bilangan permukaan
yang membentuk pepejal tersebut (tetrahedron, kiub, oktahedron, dodekahedron
dan ikosahedron)

Rajah 3.1

Pepejal Platonik di atas dikelaskan ke dalam kumpulan polihedra. Polihedron


adalah pepejal yang disempadani poligon satah (plane poligons). Poligon-poligon
tersebut membentuk muka (faces). Permukaan-permukaan ini bertemu di sisi
(edges), titik pertemuan di mana tiga atau lebih sisi dipanggil bucu (vertices).

Fikir sejenak
Semua permukaan pepejal Platonik mempunyai poligon sekata. Hanya 5 jenis
pepejal sekata yang mungkin. Kenapa?

34
MTE3103 Geometri

3.4.2 Hubungan pepejal Platonik dengan unsur alam semulajadi

Pepejal Platonik mula ditemui dan diketahui pada zaman Plato


(427 347 S.M). Tapi perlu di ingatkan pepejal Platonik bukan ditemui oleh
Plato. Pepejal-pepejal ini dinamakan sedemikian kerana kajian-kajian yang
dibuat oleh beliau dan pengikut-pengikutnya. Plato percaya tentang
perkaitan mistikal antara empat pepejal tersebut dengan empat unsur alam
semulajadi seperti berikut:

Kiub Bumi
Tetratedron Api
Oktahedron Udara
Ikosahedron Air

Dodekahedron menyeliputi keseluruhan alam semesta.

3.4.3 Definisi Polihedra

Semua polihedron adalah 3-dimensi di mana permukaan-permukaannya


terdiri dari satah poligon. Dalam bahasa Greek poly bermaksud banyak
dan hedron bermaksud permukaan banyak. Polihedron sekata adalah
polihedron yang mempunyai permukaan-permukaan poligon sekata.
Permukaan-permukaan ini hanya terdiri dari satu jenis poligon sahaja.

35
MTE3103 Geometri

Aktiviti 1: Menyiasat bilangan poligon yang boleh membentuk bucu

1. Potong bentuk poligon sekata, segitiga sama sisi sebagai templat.


2. Dengan menggunakan segitiga sisi sama sebagai tempat, cuba bina
bentangan (net) polihedra sekata. Hasilkan satu bentangan yang terdiri
dari 6 segitiga. Cuba cantumkan poligon-poligon di bawah untuk
mendapat satu pepejal.
Adakah anda dapat membentuk pepejal?
Kemudian cuba dengan bentuk segiempat sama dan pentagon. Adakah
anda dapat membina pepejal 3-dimensi berbucu cembung, jika sudut adalah
sama dengan 3600?
Peringatan: Untuk membentuk objek 3-dimensi, kita mesti cantumkan
sekurangnya 3 permukaan untuk bertemu di bucu. Jika anda mencuba
dengan 2 poligon sahaja anda tidak akan dapat membentuk bucu pepejal).

3. Kenapa kita tidak dapat membina pepejal 3-dimensi berbucu cembung


(convex 3-dimensional figure) dengan 6 permukaan bertemu pada satu
bucu?

Kita tidak dapat membina pepejal 3-dimensi berbucu cembung dengan 6


permukaan bertemu pada satu bucu kerana sudut segitiga sama sisi ialah
600, maka 6 x 600 = 3600. Tetapi untuk membina pepejal 3-dimensi berbucu
cekung (concave 3-dimensional figure) kita boleh guna lebih dari 6
permukaan atau lebih 3600. Bermakna bilangan segitiga yang bertemu pada
satu bucu untuk membentuk pepejal 3-dimensi berbucu cembung ialah 3, 4
atau 5 seperti yang ditunjukkan di rajah di sebelah.

36
MTE3103 Geometri

Tetrahedron:
Tiga segitiga pada satu bucu :
3 x 600 = 1800

Okhtahedron:
Empat segitiga pada satu bucu :
4 x 600 = 2400

Ikosahedron:
Lima segitiga pada satu bucu :
5 x 600 = 3000

Kiub:
Tiga segiempat sama pada satu
bucu : 3 x 900 = 2700

Dodekahedron:
Tiga pentagram sekata pada
satu bucu : 3 x 1080 = 3240

Perhatikan untuk membentuk polihedron berbucu cembung sekata (convex


regular polyhedron), jumlah sudut perrmukaan pada satu bucu tidak boleh
melebihi 3600.

Oleh itu, hanya ada lima polihedra sekata yang berbucu cembung sahaja
dapat membentuk 5 pepejal platonik.

37
MTE3103 Geometri

Bukti :
(i) jumlah sudut semua permukaan yang bertemu pada satu bucu mesti
kurang dari 3600.
(ii) Pada setiap bucu sekurang-kurangnya hanya tiga segitiga sama sisi
yang bertemu pada satu bucu boleh diwakilkan dengan simbol Schlfli
(3,3). Simbol Schlafli (p,q) bermakna poihedron mempunyai permukaan
polygon sekata p-sisi dengan q poligon bertemu pada satu bucu.

Simbol Schlafli (p,q)

Poligon sekata p-sisi bilangan polygon yang


bertemu pada satu bucu.

Aktiviti 2: Membina Pepejal Platonik

Buat model setiap jenis pepejal Platonik. Gunakan bentangan yang sesuai.
Selepas anda membuat setiap pepejal Platonik, perhatikan dan buat analisa
dari segi permukaan, sisi dan bucu. Kemudian isikan Jadual 1.
Dengan menggunakan program Geometers Sketch Pad (GSP) lukiskan
kesemua bentangan-bentangan yang mungkin untuk setiap jenis pepejal
Platonik.

[Nota : Anda boleh gunakan bentangan yang disediakan Lampiran-lampiran 3A.


Walaubagaimanapun anda mestilah menggunakan skala yang tepat agar dapat
membina pepejal yang kemas dan cantik.
Cadangan: Untuk mendapat pepejal yang cantik dan menarik, cetakkan bentangan-
bentangan menggunakan kertas bercorak.]

Sila layari internet dan cari bahan-bahan yang berkaitan dengan pepejal
Platonik (Platonic solids)

38
MTE3103 Geometri

Lengkap jadual di bawah berdasarkan kefahaman anda terhadap topik


ini.

Pepejal

Nama pepejal
Platonik

Bilangan
Permukaan
pada satu
bucu

Simbol
Schlafli (p,q)

Bilangan
Permukaan
(F)

Bilangan bucu
(V)

Bilangan sisi
(E)

Dual

JADUAL 1

39
MTE3103 Geometri

3.4.4 Dual pepejal Platonik

Sila rujuk Jadual 1. Anda akan dapat perhatikan perkaitan yang rapat di
antara simbol Schlafli (p,q) untuk setiap pepejal Platonik. Misalnya simbol
Schlafli untuk kiub ialah (4, 3) dan oktahedron ialah (3, 4). Bilangan sisi
kedua-duanya adalah sama iaitu 12. Bilangan permukaan untuk kiub adalah
sama dengan bilangan bucu oktahedron dan sebaliknya. Maka dikatakan
dual untuk kiub adalah oktahedron dan sebaliknya. Begitu juga dengan
dodekahedron dan ikosahedron. Simbol Schlafli (p,q) untuk dodekahedron
ialah (5,3) dan ikosahedron ialah (3, 5). Bilangan sisi untuk kedua-duanya
adalah 30. Maka dodekahedron adalah dual untuk ikosahedron dan
sebaliknya. Untuk tetrahedron, dualnya ialah tetrahedron juga.

3.5 Bucu, Muka dan Sisi

Sekarang anda telah meghasilkan pepejal platonik, anda boleh mengkaji


muka, bucu dan sisi pepejal-pepejal tersebut.
Pertama, kita tahu berapa bilangan permukaan untuk setiap pepejall
(kecuali kiub) dengan nama tersendiri. Walau bagaimanapun, kita boleh
mengkaji setiap pepejal dan mengira bilangan permukaan bagi setiap
pepejal tersebut.
Kita boleh mendapatkan cara berkesan untuk mendapatkan bilangan
permukaan polihedron. Contohnya, jika sebuah dodekahedron diletakkan
pada meja yang rata, anda dapat melihat muka atas, satu pada bahagian
bawah, lima berada di bahagian atas dan lima pada bahagian bawah,
menjadi 1 + 1 + 5 + 5 = 12 kesemuanya.
Sebenarnya, mengira bilangan muka dengan cara ini akan membuat anda
mengenali pepejal dan membantu anda mengetahui bilangan muka dan sisi
pepejal.

40
MTE3103 Geometri

Kita ambil contoh untuk dodekahedron. Dodekahedron mempunyai 12


muka, setiap muka adalah pentagon sekata dengan setiap muka mempunyai
5 sisi.
Jadi jika kita mengira setiap muka berasingan, kita akan dapat 5 X 12 = 60
sisi kesemuanya. Tapi setiap sisi pada dodekahedron mencantumkan dua
muka, maka cara kiraan ini akan mengira kesemua sisi sebanyak dua kali.
Jadi bilangan sisi sebenar adalah 60 2 = 30.
Sekarang setiap sisi bertemu pada dua bucu. Jadi jika kita mengira setiap
sisi berasingan kita akan dapat 2 X 30 = 60 bucu. Tapi untuk dodekahedron,
tiga sisi bertemu pada setiap bucu jadi kita akan mengira setiap bucu
sebanyak tiga kali. Jadi, sekali lagi bilangan bucu adalah 60 3 = 20.

Apakah formula umum untuk mengira bilangan muka, bucu dan sisi suatu poligon ?

3.6 Pepejal Arcimedes

Pepejal Archimedean adalah pepejal separa sekata (semi regular solids) kerana ia
terbentuk dari dua atau lebih poligon cekung sekata (regular convex polygon).Ciri
utama pepejal Archimedean ialah setiap permukaan adalah poligon sekata dan
pada setiap bucu, poligon-poligon berulang dalam susunan yang sama, misalnya
heksagon-heksagon-segitiga pada truncated tetrahedron.
Terdapat dua atau lebih poligon sekata pada pepejal Archimedean dan polihedron
tersebut perlulah cembung.

Terdapat 13 jenis pepejal Archimedean (pepejal separa sekata)


1. (3, 4, 3, 4) kuboktahedron

2. (3, 5, 3, 5) ikosidodekahedron

3. (3, 6, 6) truncated tetrahedron (truncated merujuk kepada proses di mana


bucu yang di potong)

41
MTE3103 Geometri

4. (4, 6, 6) truncated oktahedron

5. (3, 8, 8) truncated kiub

6. (5, 6, 6) truncated ikosahedron

7. (3, 10, 10) truncated dodekahedron

8. (3, 4, 4, 4) rhombikuboktahedron, (juga dipanggil rhombikuboktahedron


kecil)

9. (4, 6, 8) truncated kuboktahedron, (juga dipanggil rhombikuboktahedron


besar)

10. (3, 4, 5, 4) rhombikosidodekahedron,

11. (4, 6, 10) truncated ikosidodekahedron,

12. (3, 3, 3, 3, 4) snub kiub, snub kuboktahedron (snub adalah proses


mengelilingkan satu-satu poligon dengan segitiga)

13. (3, 3, 3, 3, 5) snub dodekahedron (snub ikosidodkahedron)

Rujuk kepada Lampiran 3.11 (Pepejal Archimedean)

Aktiviti 3: Membina pepejal Archimedean

Anda boleh guna beberapa bentangan yang disediakan dalam lampiran 3B.
Cadangan : cetak guna kertas yang mempunyai corak yang menarik.

42
MTE3103 Geometri

3.7 Pepejal Kepler-Poinsot

Polihedron bukan berbucu cekung sekata (Regular non-convex polyhedron)

Juga dinamakan polyhedron bintang sekata (regular star polyhedra)

Kesemua permukaan adalah poligon sekata kongruen (All the faces are
congruent (identical) regular polygons)

Bilangan permukaan yang bertemu pada kesemua bucu adalah sama.

Terdapat empat jenis pepejal Kepler-Poinsot.

(i) Stellated dodekahedron kecil

12 permukaan, 12 bucu, 30 sisi

Dualnya ialah Dodekahedron besar


Simbol Schlfli ialah { , 5}

Terdiri dari 12 permukaan pentagram

(ii) Dodekahedron Besar

12 permukaan, 12 bucu, 30 sisi

Permukaan cekung


Simbol Schlflinya ialah {5, }

Merupakan polihedra berbucu cekung sekata (concave regular


polyhedral).

Dualnya ialah stellated dodekahedron kecil

43
MTE3103 Geometri

(iii) Stellated Dodekahedron Besar

12 permukaan, 20 bucu, 30 sisi

Permukaan adalah cekung.


Simbol Schlflinya ialah {, 3}

Dualnya ialah Ikosahedron Besar

(iv) Ikosahedron besar

20 permukaan, 12 bucu, 30 sisi


Simbol Schlflinya ialah {3, }

[Type a quote from the


Dualnya ialah Stellated dodekahedron besar document or the
summary of an
interesting point. You can
position the text box
anywhere in the
Aktiviti 4: Membina pepejal Kepler-Poinsot
document. Use the Text
Box Tools tab to change
Anda boleh guna beberapa bentangan yang disediakan the
dalam lampiran
formatting 3C.pull
of the
quote text box.]
Cadangan : cetak guna kertas yang ada corak yang menarik.

--SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA

44