Anda di halaman 1dari 1

Teori Behaviorisme

Teori Behaviorisme berkaitan dengan bahasa pertama. Tokoh-tokoh Teori Behaviorisme ialah
Bloomfield, Sapir, Boas, Fries dan Brooks. Mengikut Teori ini, bahasa dikuasai melalui proses
pengulangan sehingga menjadi semakin kebiasaan. Teori Behaviorisme berasaskan kepada
cara pemerolehan bahasa pertama oleh seseorang kanak-kanak. Pengajaran bahasa haruslah
menekankan latihan dan pengulangan banyak. Ini kerana penguasaan bahasa adalah satu
proses tingkahlaku yang tidak memerlukan daya mental.

Kemahiran bahasa diperolehi melalui pembentukkan suatu yang menjadi kebiasaan dan
penguasaan kemahiran psikomotor seperti berlari, melompat dan sebagainya. Bahasa
merupakan suatu tingkahlaku yang sama dengan tingkahlaku lain yang boleh dikuasai melalui
latihan dan pengulangan. Tingkahlaku bahasa wujud ketika ucapan terzahir daripada mulut dan
ucapan itu diterima serta difahami oleh pendengar dan sebaliknya. Selain itu, teori ini
menekankan tentang aspek lisan. Menurut Bloomfield, bahasa adalah sejumlah isyarat
sejumlah isyarat yang berupa unsur-unsur bunyi (linguistik).

Mengikut teori ini juga, pembelajaran adalah pengukuhan yang dapat ditimbulkan melalui
ganjaran yang perlu diberi sekiranya seseorang pelajar memberi gerak balas yang betul. Teori
ini menekankan aspek huraian bahasa secara deskriptif atau struktural. Menurut Fries,
pertuturan adalah bahasa, tulisan juga bahasa tetapi sebagai kedua.