Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Menurut buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga, ayat ialah unit pengucapan yang
paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap
yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi
yang sempurna. Manakala, menurut Asmah Haji Omar (1980) pula, "Ayat ialah unit yang
paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Dalam perkataan lain, dalam tatabahasa tidak
ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat sebagai unsurnya. Ayat terdiri daripada
klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, iaitu yang dimulai dengan
kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu
sempurna dan selesai."

Berdasarkan lagu bahasa dan tujuannya, ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan
kepada empat jenis iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Analisis
cerpen yang telah dilakukan akan menghuraikan jenis ayat yang terdapat di dalam cerpen.

1.0.1 Ayat Penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan.
Ayat penyata diucapkan dengan intonasi mendatar dan perendahan sebelum kesenyapan.
Selain itu, ayat ini juga bertujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal
dan ayat penyata juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Analisis ayat dalam
cerpen yang menggunakan ayat penyata boleh dirujuk pada jadual di bawah.

Bil. Ayat Perenggan dan baris


1. Pak Yasok menghadap meja kerja Perenggan 2 baris 1 dan 2
2. Dia mengangkatnya untuk melihat garis yang telah Perenggan 3 baris 8 , 9 dan
ditandakan dengan pensel. 10.
3. Pak Yasok menyeka air mata. Perenggan 7 baris 1
4. Matahari yang masih malu-malu itu memercikkan Perenggan 10 baris 5 hingga
sinar cahaya kecil yang di atas daun-daun yang 10
masih lembap dan basah.
5. Tapi ayah dah lama pindah dan tinggal di Kuala Perenggan 15 baris 2 hingga
Lumpur kerana bekerja di sana. 5

Jadual di atas menunjukkan jenis ayat penyata yang terdapat di dalam cerpen yang
dianalisis. Ayat penyata secara ringkasnya menyatakan tujuan atau penerangan.
Contohnya, dalam ayat Tapi ayah dah lama pindah dan tinggal di Kuala Lumpur kerana
bekerja di sana. Ayat tersebut memberi penerangan mengapa ayahnya telah pindah dan
lama bekerja di Kuala Lumpur.
1.0.2 Seterusnya, jenis ayat yang kedua ialah ayat tanya. Ayat tanya ialah ayat yang
digunakan dengan tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya digunakan dengan intonasi
meninggi di akhir ayat. Berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat
tanya digolongkan epada dua jenis iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan
unsur tanya.

1.0.2.3 Ayat tanya tanpa kata tanya ialah yang lazimnya diucapkan dengan nada
suara meninggi sebelum kesenyaan pada akhir ayat. Ayat jenis ini dilambangkan oleh tanda
soal (?). Ayat tanya jenis ini boleh disertai partikel tanya kah, yang diletakkan pada unsur
yang dijadikan fokus atau judul ayat. Contoh ayat tanya tanpa kata tanya di dalam cerpen
yang dianalisis boleh dirujuk melalui jadual di bawah.

Bil. Ayat Perenggan dan baris


1. Pernah kau lihat aku tak sembahyang dan aku tak Perenggan 6 baris 13
puasa ? hingga 15

1.0.2.4 Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur tanya
seperti berapa, bagaimana, bila, mengapa dan kenapa. Ayat tanya jenis ini juga dipecahkan
kepada tiga iaitu ayat tanya dengan kata tanya, ayat tanya dengan kata ganti nama diri
tanya dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya. Contoh ayat dalam cerpen yang
menggunakan ayat tanya jenis ini boleh dirujuk pada jadual di bawah.

Bil. Jenis ayat Contoh ayat Perenggan dan baris

1. Ayat tanya dengan kata ganti Siapakah yang ke mari Perenggan 11 baris 6
nama diri tanya dalam hujan-hujan hingga 8
begini?

1.0.2.5 Selain itu, ayat tanya boleh juga dilihat dari segi jawapan yang dikehendaki,
iaitu sama ada ayat tanya tertutup ataupun ayat tanya terbuka, Ayat tanya tertutup ialah ayat
yang memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan. Ayat tanya terbuka pula ialah ayat yang
jawapannya tidak terhad kepada perkataan ya atau tidak/bukan tetapi sebaliknya
bergantung kepada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut. Contoh di dalam
cerpen boleh dilihat pada jadual di helaian sebelah.

Bil. Jenis ayat tanya Contoh ayat Perenggan dan baris


3. Ayat tanya terbuka Ada apa anak datang ke rumah Perenggan 16 baris 1
pak cik hujan-hujan begini? hingga 3
4. Adakah dia mengenali atau Perenggan 11 baris 6
tidak susuk yang semakin hingga 8
Ayat tanya tertutup hampir dengan tangga
rumahnya?
5. Rumah Pak Yasok? Perenggan 13 baris 1

1.0.3 Jenis ayat yang ketiga ialah ayat perintah. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan
dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang
kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti engkau, awak dan
sebagainya yang biasanya digugurkan. Ayat perintah dibahagikan kepada empat iaitu :

Ayat suruhan
Ayat larangan
Ayat silaan
Ayat permintaan

Contoh ayat perintah yang boleh didapati dalam cerpen yang dianalisis boleh dirujuk pada
jadual di bawah.

Bil. Jenis Ayat Contoh Ayat Perenggan dan baris


1. Ayah berhentilah buat kerja Perenggan 4 baris 1 dan 2
yang sia-sia ni ayah.
Ayat suruhan
2. Kau tak layak untuk Perenggan 6 baris 1
nasihatkan aku.
3. Ayat silaan Ya, naiklah. Perenggan 14 baris 1
4. Ayat permintaan Harap dapatlah pakcik Perenggan 16 baris 8
bantu saya.

Berdasarkan jadual 3 di atas, contoh ayat Ayah berhentilah buat kerja yang sia-sia
ni ayah. dan Kau tak layak untuk nasihatkan aku. merupakan ayat suruhan iaitu ayat yang
digunakan dengan tujuan memberi arahan. Partikel lah telah digunakan dalam ayat Ayah
berhentilah buat kerja yang sia-sia ni ayah. untuk melembatkan suruhan dan menegaskan
predikat ayat tersebut. Manakala ayat Ya, naiklah. dalam perenggan keempat belas dan
baris pertama merupakan ayat perintah kategori ayat suruhan di mana Pak Yasok menyuruh
Nora untuk masuk ke rumahnya. Manakala, bagi ayat Harap dapatlah pakcik bantu saya.
Ialah ayat permintaan di mana Nora berharap Pak Yasok boleh membantunya memberi
maklumat tentang kajian wayang kulitnya.

1.0.4 Akhir sekali, jenis ayat yang terakhir ialah ayat seruan. Ayat seruan ialah ayat yang
diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk melahirkan suatu keadaan
perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi ini
digambarkan dalam tulisan dengan penggunaan tanda seru (!) yang biasanya diletakkan
pada akhir ayat. Contoh ayat seruan dalam cerpen yang dianalisis boleh dirujuk pada jadual
di bawah.

Bil. Contoh ayat Perenggan dan baris


1. Ah, lamunanku terlalu jauh, getus Pak Yasok. Perenggan 10 baris 1 dan 2

Penggunaan ayat seruan dalam jadual di atas boleh dikesan melalui penggunaan
perkataan Ah dalam ayat tersebut.

Konklusinya, penggunaan ayat dalam bahasa Melayu meliputi keempat-empat


perkara di atas. Intonasi dalam ayat juga melambangkan ayat dalam bahasa Melayu.
Bahkan satu ciri utama pertuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-
ubah yang mencerminkan maksd isi percakapan kita dan keadaan emosi tatkala kita
bercakap. Selain itu, penggunaan jenis ayat dengan betul juga memainkan peranan penting
dalam penulisan atau pertuturan. Hal ini kerana , penggunaan ayat yang salah akan
mempengaruhi pemahaman seseorang tentang penulisan atau percakapan yang kita
lakukan. Jika kita tidak menggunakan ayat yang betul, maka tidak akan berlaku pertuturan
dua hala dalam kalangan manusia.

Anda mungkin juga menyukai