Anda di halaman 1dari 1

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi

yang terdapat dalam ayat tersebut.

1. Encik Wahid berasa kecewa kerana pengurus yang amat dipercayainya telah
menggelapkan wang syarikat.
___________________________________________________________________

2. Hazri berjalan pulang tanpa berkasut kerana kasutnya dicuri ketika dia menunaikan solat
di surau tersebut.
___________________________________________________________________

3. Guru muda yang baru berpindah dari bandar itu sering menjadi bualan orang kampung
kerana sikapnya yang enggan bercampur dengan masyarakat sekeliling.
__________________________________________________________________

4. Ibu bapa sewajarnya mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai murni serta adab
ketimuran sejak kecil lagi agar menjadi amalan harian apabila dewasa kelak.
___________________________________________________________________

5. Oleh kerana Mak Bedah tidak menyukai menantunya, dia segera menabur fitnah terhadap
menantunya apabila dia mengetahui bahawa anak dan menantunya itu bergaduh.
___________________________________________________________________

6. Semasa banjir melanda, penduduk di kawasan perumahan itu telah dipindahkan ke balai
raya yang berdekatan. Malangnya ada pihak yang mengambil kesempatan dengan
mencuri barang-barang berharga pada waktu malam.
___________________________________________________________________
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai