Anda di halaman 1dari 2

.

Subhanallah wabihamdihi subhanallahhil azim (3x). Allah Humma Ya Karim Ya


Wadud
Kami rafakkan kesyukuran di atas izin dan inayahMu, dengan nikmat kesihatan dan
kesejahteraan, dengan nikmat ketenangan dan ketenteraman, sehingga kami dapat
bersama-sama berada dalam Majlis Jasamu Dikenang, Sanjungan Budi Lambaian
Kasih sempena meraikan perpisahan @ persaraan Guru Besar SK Kebu Baru pada
hari ini.
Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar
Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan,
memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq
dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia En.
Hanafi @ Ansom Putiang yang akan bersara, menamatkan perkhidmatannya sebagai
Pentadbir di SK Kebu Baru serta dalam perkhidmatannya dalam jabatan pendidikan.
Allah Humma Ya Qodial Hajat Wa Ya Rofiad Darojat
Sesungguhnya kami menyedari dengan penuh keinsafan akan sunnah alam
ketetapanMu, bahawa setiap pertemuan itu ada detik perpisahannya. Justeru dengan
kudrat dan iradahMu, jadikanlah pertemuan kami bersama insan yang diraikan
sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan keberkatan dan kasih sayang, dan
perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang penuh dengan kesejahteraan,
kedamaian dan keamanan.
Allahumma Ya Munzilar Rahmah wa Ya Fatihal Barakah
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada insan yang diraikan dengan ganjaran,
syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan
sepanjang bergelar sebagai seorang guru dan pentadbir. Kau limpahkanlah Rahmat
dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada beliau semangat juang yang tidak pernah
mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik,
pentadbir, pemimpin dan bapa yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea
dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa,
pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan
perjuangan sebagai seorang insan pendidik dalam warga jabatan pendidikan.
Ya Zal Jala li Wal Ikram
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang
diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.....Kami
Warga SK Kebu Baru, warga ibubapa serta warga Jabatan Pendidikan Daerah
Nabawan, megharapkan agar Engkau Ya Allah, kurniakanlan kepada insan yang
diraikan pada hari ini kesihatan yang sempurna, ketenangan yang bermakna,
kelapangan yang mesra, pilihan yang tepat agar beliau dapat menikmati kehidupan
selepas bersara dalam keadaan damai dan sentosa.





Ya Allah, mudahkanlah kami saat pencabutan nyawa, selamat dari api neraka dan
mendapat kemaafan ketika amal diperhitungkan.




Ya Allah, janganlah Kau goyahkan hati kami setelah Kau beri petunjuk dan berilah
kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.

Allahummakhtim lana bihusnil khotimah, wala takhtim 'alaina bisu il


khotimah...

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan kesudahan yang baik dan jangan Kau akhiri
hidup kami dengan kesudahan yang buruk.
Sekali lagi Ya Allah, kami para hadirin hari ini memohon agar insan yang diraikan
dalam majlis Jasamu dikenang, Budimu Tidak Terbilang, Semangatmu di Julang,
Kepimpinanmu Gemilang agar sentiasa bersama-sama Mingkotoh dan
Sumingkot...amin amin ya robbal alamin..






.
.
.

Anda mungkin juga menyukai