Anda di halaman 1dari 4

CADANGAN KERTAS KERJA

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH PEKERJA

1.0 : PENGENALAN

Dalam mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi, disiplin dan motivasi
merupakan aspek yang amat penting. Tanpa disiplin dan motivasi yang tinggi, adalah sukar
bagi seseorang individu untuk berjaya. Disiplin dalam sesebuah organisasi merupakan satu
keperluan dalam usaha untuk memastikan organisasi dapat beroperasi dengan berkesan.
Usaha mewujudkan kejelekitan antara ahli organisasi akan mewujudkan satu pasukan kerja
yang dinamik yang dapat menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi.

Penekanan terhadap elemen disiplin staf seperti aspek hubungan dan komunikasi,
pengetahuan tentang organisasi berkesan dan nilai teras organisasi akan dapat membantu staf
untuk rasa kebersamaan dalam melaksanakan tugas organisasi. Oleh itu, melalui program ini
diharapkan akan dapat memberi input berguna kepada ahli organisasi untuk melibatkan diri
secara berkesan dalam memastikan matlamat organisasi akan dapat direalisasikan.

2.0: OBJEKTIF

2.1: Melahirkan pekerja yang berkualiti melalui motivasi yang pekerja.


2.2: Memupuk rasa tanggungjawab dalam diri pekerja serta sikap saling membantu
dan bekerjasama antara satu sama lain.
2.3: Mewujudkan interaksi positif dalam kalangan staf bagi membentuk
semangat kerja secara kolaborasi.
2.4: Membangunkan nilai yang berkaitan dengan moral, etika,dan sikap
yang positif serta kerohanian yang tinggi mengikut pegangan
agama masing-masing.
2.5: Meningkatkan motivasi di kalangan staf melalui pengiktirafan dan
penghargaan yang diberikan.
3.0 : RASIONAL

Tanpa disiplin dan motivasi diri yang tinggi, sukar untuk seseorang pekerja mencapai
kejayaan dalam bidang masing- masing. Oleh sebab itu, kedua-dua aspek ini amat penting
untuk diterapkan dalam diri pekerja supaya mereka dapat menjadi individu-individu yang
cemerlang. Pembangunan staf merupakan satu aspek yang sangat penting dalam sesebuah
organisasi. Kualitinya perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanan
organisasi bagi menuju ke arah pencapaian matlamat. Selain itu staf juga perlu mempunyai
akauntabiliti dan intergriti terhadap tugas yang diamanahkan di samping memiliki semangat
kejelekitan yang tinggi serta sejajar dengan perkembangan semasa. Motivasi di kalangan staf
juga sangat penting supaya semangat untuk bekerja bersungguh-sungguh sentiasa ada dan
akan memberi faedah yang besar kepada organisasi.

Ini kerana motivasi yang tinggi akan menyumbang kepada kepuasan kerja di kalangan
staf. Motivasi dikalangan staf boleh dibangunkan secara intrinsik dan ekstrinsik. Selain itu,
kemahiran dan pengetahuan terhadap teknologi dan maklumat yang terkini juga sangat perlu
dibekalkan kepada staf supaya mereka dapat mengintergrasikannya di dalam pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan sekolah.

4.0 : PENYATAAN MASALAH

Sejak kebelakangan ini didapati banyak masalah yang timbul di kalangan pekerja,
seperti kedatangan lewat, kemalangan kecil yang selalu berlaku disebabkan oleh kecuaian
manusia dan sebahagiannya.
5.0 : TENTATIF PROGRAM

TARIKH: 12/6/2017
MASA: 8.00 PAGI 5.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

BIL PERKARA MASA


1 PENDAFTARAN PESERTA 8.00 8.30 PAGI
MINUM PAGI 8.30 9.00 PAGI
SLOT 1 : TEKNIK MENANGANI STRESS 9.00 1.00 T/HARI
REHAT/SOLAT 1.00 2.00 T/HARI
SLOT 2 : BENGKEL PEKERJA CEMERLANG 2.00 4.30 PTG
MINUM PETANG DAN BERSURAI 4.30 - 5.00 PTG

6.0 : KEWANGAN

Sumber Kewangan bagi program yang akan dijalankan adalah seperti berikut;

- Sumber Kelab Staf RM 500.00

- Sumbangan Peserta (RM 20.00 setiap seorang) RM 400.00

JUMLAH RM 900.00

7.0 : KUMPULAN SASARAN

Seramai 20 orang pekerja telah dipilh untuk menyertai program tersebut.

9.0 : PENUTUP
Diharap program ini akan dapat menjadi satu titik tolak ke arah proses penambahbaikan
dalam organisasi. Setiap pekerja juga diharap dapat menyedari tanggungjawab masing-masing
dalam melaksanakan kerja dengan penuh motivasi dan berdisiplin. Program ini juga diharapkan
dapat menggalakkan pekerja untuk melaksanakan visi dan misi agar tercapai.

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH

..
( ) ( )
Setiausaha Pengerusi
Bahagian Pengurusan Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia Sumber Manusia
Syarikat Syarikat