Anda di halaman 1dari 51

Top overhaul sendiri (DIY)

Banyak post terdahulu yang tidak dapat aku sentuh secara menyeluruh berkenaan dengan top overhaul
ini.Top Overhaul adalah berkenaan buka silinder enjin dengan sepenuhnya sehinggalah kepada buka
injap minyak dan ekzos..Setelah silinder enjin diturunkan dari badan kereta ,maka bermulalah proses
top overhaul .

Top Overhaul terdapat dalam 2 kategori iaitu top overhaul petrol dan top overhaul disel .Tapi kali ni aku
nak terangkan mengenai top overhaul enjin petrol..

Sebab utama Top Overhaul dilakukan:-

1.Enjin mengalami kepanasan sehingga melebihi paras normal setengah pada meter penunjuk
2.Injap patah
3.Rocker Arm retak
4.Timing belt putus 5,Enjin tiada pick up walaupun klac plate masih baik disebabkan karbon banyak
dalam head dan permukaan blok
6,Prestasi enjin yang menurun mendadak
7.Minyak hitam sentiasa kurang walau tiada kebocoran ketara pada gasket
8,Enjin gegar dan satu dari plug tidak berfungsi ,enjin jalan 3 silinder sahaja

Mula-mula kena tahu mengenai komponen-komponen yang akan dibuka dalam proses top overhaul ini:-
1.Kebuk silinder(cylinder head)
2.Injap minyak dan exhaust(exhaust valve,fuel valve)
3.penahan injap( valve seal)
4.Spring injap(valve spring)
5. Penahan penyebar api(Distributor seal)
6.Penggerak (Rocker Arm Pulley)
7.Pemegang (Rocker arm)
8.gasket silinder(head gasket)
9.Skru silinder

Ini adalah bahagian-bahagian penting dalam proses top overhaul(overhaul atas) dalam enjin
kereta.Proses ini bermula setelah dibuka kebuk silinder,ceraikan segala komponen-komponen
diatas,kemudian melakukan pembersihan atau pencucian bakaran karbon pada piston,dan kebuk
silinder.Cuci dengan petrol atau disel.Pastikan timing belt telah dimarking sebelum meneruskan
membuka timing belt dan silinder head.

Setelah semuanya telah dilakukan,bermula proses kedua top overhaul iaitu melakukan menggeser
injap(grind valve).permukaan injap harus diratakan supaya tidak berlaku kebocoran minyak hitam diatas
piston yang boleh menyebabkan kerosakan enjin serta tidak dapat hidup sempurna.

Grind injap tersebut dan carikan permukaan rata dan ujikan dengan minyak setelah dipasang
semula.Segala valve seal harus ditukar,dan kalau boleh sekali dengan valve spring serta semua gasket
berkaitan..

Setelah proses pembersihan,grind valve dilakukan pasang semula dan ketatkan segala skru kebuk
silinder dah harus pastikan gasket telah ditukarTop overhaul akan lebih sempurna jika semasa
mengetatkan skru diatas kebuk dengan penggunaan top wrench yang boleh laras.
Peringatan-sebelum skru dipasang pastikan semua injap berada pada kedudukan yang betul iaitu bila
injap minyak terbuka injap exhaust tertutup dan juga sebaliknya.Jika ini tidak dipastikan kemungkinan
akan berlaku perlanggaran valve dengan piston dan menyebabkan kerosakan pada piston.

Top overhaul adalah proses yang mudah semasa permulaan tapi akhiran yang cukup rumit.Pastikan
segala perturan dan amaran diatas dipatuhi jika anda ingin melakukan sendiri top overhaul.Semasa
pemasangan timing belt juga pastikan korang dah letakan pada marking yang betul jika tidak enjin tidak
dapat dihidupkan dengan sempurna.

Kecacatan biasa jika overheat/enjin tidak stabil masih berlaku setelah top overhaul dilakukan adalah
kerana

1)Silinder head yang tidak di skim (jangan skim jika terlalu nipis dapatkan nasihat machinist)
2)Salah marking pada timing belt-tidak tepat satu atau dua gerigi
3)Head gasket yang tidak ditukar
4)Tidak teliti dalam membersihkan serpihan /kotoran pada blok dan silinder
5)tappet yang tidak diselaraskan dengan tepat.

INGIN SAYA TEKANKAN DI SINI BAHAWA APA YANG PENGGUNA KERETA HARUS TAHU SKIM
HEAD ADALAH WAJIB UNTUK TOP OVERHAUL SELEPAS ENJIN MENGALAMI KEPANASAN
MELAMPAU SAHAJA.

BERITAHU MEKANIK MASING-MASING UNTUK MELAKUKAN SKIM HEAD SEBELUM TOP


OVERHAUL DISEBABKAN ENJIN PANAS SAHAJA,WALAUPUN TIDAK MENGALAMI KEPANASAN
MELAMPAU SKIM HEAD JUGA BOLEH MEMPERBAIKI PRESTASI ENJIN UNTUK KERETA.

SKIM HEAD ADALAH CARA KERJA DIMANA SILINDER HEAD ENJIN AKAN DICANAI OLEH
MACHINIST UNTUK MERATAKANNYA SUPAYA IA JADI RATA SELEPAS MELALUI KEPANASAN
ENJIN YANG MELAMPAU.

SKIM HEAD HANYA BOLEH DILAKUKAN OLEH MACHINIST DAN MENGGUNAKAN MESIN KHAS
UNTUK MENCANAI SILINDER TERSEBUT PADA KADAR UKURAN TERTENTU UNTUK SESEBUAH
SILINDER

SILINDER HEAD YANG TIDAK BOLEH DICANAI AKIBAT TELAH NIPIS HARUSLAH DIGANTI.

378 comments:
1.

hanaDec 12, 2009, 10:04:00 PM

:) Sebenarnya tak tahu satu benda pun pasal isi dalaman kereta. Tapi atas permintaan kat
fb, masuk menjenguk sebentar. Thanks :) Paling suka sebab ada nama2 componen tu dlm
bahasa melayu n English :)
Reply
2.

sord87Aug 11, 2010, 10:40:00 AM

TQ cik Limah!
Reply
3.
wan76Sep 2, 2010, 3:21:00 PM

Assalamualaikum.

Saye pengguna wira 1.3 injection thn 2003. Masalah kereta yg dialami skrg ialah.

-Spark plug mcm basah sedikit


-Asap bau tengik (tapi tidak mengeluarlan asap putih).
-Ade leaking pada bahagian bawah tempat tuangan minyak hitam.
-Minyak itam mcm kurang skit

Adakah sintom2 ini kene buat top overhaul?

Apakah brg yg ditukar semasa proses ini?

Brapakah kos kalo buat top overhaul?


Reply
4.

sord87Sep 4, 2010, 10:21:00 AM

kpd wan76,terdapat 2 sebab utama


kebiasaannya jika plug basah dan asap yang lain dari biasa iaitu:-
1)karburator kotor jika menggunakan sistem karburator
2)asap putih adalah kerana terlalu banyak komponen dalaman sistem enjin yang telah
haus terutamanya piston ring dan memerlukan overhaul.
Dalam kes saudara apa yang perlu ialah dengan membuat sedikit pembersihan injector
ataupun flushing injector supaya keadaan sistem pernafasan enjin lebih sempurna dan
kadar ukuran aliran minyak dan udara lebih sekata dalam nisbah 1:2.Anda boleh lakukan
sendiri dan cuba lihat youtube video berkenaan injector.
Jika leaking pada takungan minyak ia adalah kerana gasket yang telah haus,sila tukar .
Kebiasaannya kos top overhaul wira sekitar rm7-1000 dan barang yang ditukar adalah
seperti berikut jika silinder head tidak rosak :
1)silinder gasket dan seal
2)valve
3)valve seal
4)rocker arm(jika rosak)
5)distributor seal
6)getah penutup silinder
7)spark plug
8)minyak itam dan filter jika telah berkeladak

Proses dilakukan dgn semua permukaan komponen dibersihkan dan dipasang semula
setelah diselaraskan tappet.

terimakasih kerana bertanya!


4)
Reply

5.

Mohd_RidduanSep 24, 2010, 9:17:00 AM


kelmarin saya dah wat top overhaul RM 6++,...guna minyak itam semi,..gan tuka timing
belt.

keta sedap...leaking tiada lagi.

KERAGUAN:

1) Masa saya test enjin, enjin panas semcm. Tempreture naik tahap normal je
..ade bau hangit. pomen kata..itu perkara biasa selepas top overhaul...lama2 bau tu akan
hilang.

2) Keesokan harinya, saya panaskan enjin,...tiba2,..asap putih hangit kluar seketika


melalui enjin dlm 30 saat,..pastu hilang.
cuak jugak. pomen kata..itu perkara biasa selepas top overhaul...lama2 asap putih tu akan
hilang.

SOALAN:

adakah kes 1 dan 2 adalah perkara normal lepas wat top?...


Reply
6.

saaOct 1, 2010, 6:06:00 AM

terimakasih.. siap juga akhirnye report bengkel ku..


Reply
7.

sord87(penulis)Oct 8, 2010, 3:40:00 PM

kepada mohd ridduan,


tq kerana bertanya.kes 1 dan 2 itu akan terjadi jika ada kecuaian sedikit dalam 2 perkara:-
1.tidak menukar valve seat
2.jika terlalu banyak menggunakan minyak disel semasa membersihkan komponen
dalaman silinder head.

Jika valve seat sudah ditukar fenomena kedua akan berlaku dalam kadar sementara
sehingga saki baki minyak disel dikeringkan dgn sendiri.
Reply

8.

abdwahid mohamedJan 16, 2011, 9:40:00 PM

saudara, saya mempunyai ford telstar 94 dohc selepasmembuat top overhaul masalah
berikut timbul, 1: plug cepat rosak berkarbon hitam 2:mengeluarkan asap putih kebiruan
semasa berjalan adakah masalah ring?
pickup kurang semasa gear rendah
Reply
9.

sord87Jan 16, 2011, 11:36:00 PM


saudara abd wahid,
sebelum setiap pemasangan semula silinder head selepas top overhaul ada beberapa
komponen yang harus dipastikan telah ditukar terutamanya
1)valve seal
2)valve
Jika dua komponen ini telah ditukar dan grind valve dilakukan tanpa ada kebocoran minyak
semestinya asap dari ekzos tidak akan berwarna biru dan juga plug tidak cepat berkarbon.

Kemungkinan masalah saudara adalah berpunca dari grind valve yang tidak sempurna
kerana sedikit pun kebocoran akan menyebabkan plug cepat berkarbon dan asap kebiruan
olehkerana semasa pembakaran terdapat kebocoran minyak kedalam kebuk silinder.Ini
biasa terjadi jika top overhaul tidak mencapai peratus kesempurnaan.
Reply

10.

sgkepongMay 26, 2011, 12:11:00 AM

Assalamualaikum

Sdra sord87...
kereta model : Iswara tahun 2001

plug no 2 & 3 dari distributor selalu basah dengan minyak hitam.. khasnya no 3.. ada bau
asap tapi xde asap putih yang kelihatan..
adakah kereta saye patut di overhaul atau memadai dengan top overhaul saje.. atau ada
penyakit lain..
tq
Reply
11.

sord87Jun 15, 2011, 1:07:00 PM

saudara sgkepong,

punca plug selalu basah dgn minyak hitam adalah kerana valve seal yang telah haus.Untuk
membaikinya enjin harus melalui proses top overhaul sahaja.
Reply
12.

AnonymousJun 15, 2011, 10:13:00 PM

SAUDARA..bole tlg trangkan cara nk guna top wrench yang boleh laras...contoh masa nk
ketatkan skru pada slinder head kereta..thQ
Reply

13.

sgkepongJun 28, 2011, 12:01:00 AM

assalamualaikum sdr sord87..

adakah mudah untuk saya melakukan top overhaul sendiri..? maksud saya adakah
prosesnye setakat membuka dan tukar yang baru dan pasang semula.. tanpa ada
adjustment yang diperlukan..
Reply
14.

sord87Jul 12, 2011, 1:17:00 PM

saudara sgkepong,

ia akan jadi mudah jika saudara ikut segala step yang telah saya catatkan dan harus diingat
bahawa jika belum pernah ,hati2 semasa melakukannya supaya tidak mencacatkan
bahagian lain.
Reply
15.

AnonymousAug 28, 2011, 8:04:00 PM

Salam. saya nak tanya masalah kereta wira 1.6 injection manual. Kereta saya api plug ikut
suka dia je. bila tiada memang tak idup. kalau ada memang idup ar. tapi bila idup memang
x akan mati. bila off lama sikit sure susah nai idup. check api plug mmg x ada. start inijn
beberapa kali ada sampai 40 kali baru idup.
Reply
16.

sord87Aug 29, 2011, 1:28:00 AM

saudara yg bertanya,

memang kebiasaan wira mengalami masalah demikian ,saudara hanya perlu tukar
distributor lama kepada yang baru,boleh dapatkan dikedai alatganti atau kedai potong
kereta.

sebagai panduan utk api hanya ada 4 komponen utama iaitu


1.distributor
2.coil
3.kabel plug
4. spark plug

Yang paling utama adalah coil yang menyalurkan api kepada distributor seterusnya
diagihkan kepada spark plug melalui kabel.jika api ada bermaksud coil masih berfungsi
seperti biasa.
Reply
17.

amanNov 7, 2011, 2:09:00 PM

salam....
nak tanya enjin keta saya bunyi bising, sudah ejes tepek, tapi ada bunyi bising lagi..pernah
buat overhaul, tapi bunyi bising lagi...kalau saya tukar camshaft ok tak...atau tukar head
wira yang baru(Saranan mekanik), tolong beri pendapat...keta wira auto 95

emel: zamarul21@gmail.com
Reply
18.

sord87Nov 8, 2011, 10:11:00 AM

saudara aman,

Jika dah pernah overhaul dan adjust tappet,bermakna kereta saudara telah melalui proses
penyembuhan dalam 90 peratus:
Bunyi bisisng pada enjin wira biasanya datang dari piston ring dan tappet.Skim silinder
blok sebelum memasang piston ring yang baru boleh mengurangkan kira-kira 10 peratus
bunyi bising tersebut dan 10 peratus lagi dengan adjust tappet.Jika camshaft ketat dan
rocker arm yang ketat juga menyumbang kearah bunyi bising.Memadai dgn tukar camshaft
tetapi pastikan rocker arm berada pada kelonggaran yang sesuai sebelum memasang nya.
Reply
19.

amanNov 8, 2011, 11:56:00 PM

Salam

terima kasih atas balasan jawapan...nak tanya kos untuk tukar camshaft dan berapa hari
keta akan masuk bengkel?
Reply

20.

sord87Nov 10, 2011, 8:27:00 AM

saudara aman,

tukar camshaft jika upah saja berkemungkinan dibawah rm150 tidak termasuk
camshaft,harga camshaft wira sekitar rm200 kebawah.Biasanya Tukar camshaft sehari
boleh siap.
Reply
21.

AnonymousNov 12, 2011, 1:59:00 AM

kereta saya baru sahaj direpair kerana terdpt minyak bocor di bawah enjin...saya x pasti
apa yg ditukar..tpi yg pasti selepas repair keta saya jadi berat...gear tidak masuk dgn
btul..sngkut2 terutama bila slow...bile brake gear masih ada..keta saya wira 1.5 thn 99
auto..apa agak2 nyak masalah saya tuan..mohon bantuan n pedpt...meknik yg saya hanta
kete tu mcm x pandai je...dia just kata pas repair gdn kos rm 500 dier suh tukar gear box
jer plak..hampes
Reply

22.

sord87Nov 12, 2011, 11:09:00 AM

saudara wira tahun 99 auto,


Saya berpendapat ada kemungkinan kereta saudara terdapat minyak gear yang bocor
yang kebiasaannya datang daripada seal gearbox yang telah keras,ada kemungkinan
mekanik telah mengeluarkan kedua-dua drive shaft dan menukarnya setelah menukar seal
gearbox,jika ini telah dilakukan kereta saudara tentu tidak akan mengalami kebocoran
minyak gearbox lagi.Jika terdapat kesilapan semasa memasang drive shaft yang baru, ada
kemungkinan kereta saudara akan mengalami keadaan gear yang tidak stabil.Cuba
berjumpa mekanik yang lain untuk periksa semula kedudukan gearbox dan drive shaft
tersebut serta minta mekanik pastikan juga minyak auto berada pada tahap yang
sesuai,kjika kurang sila tambahkan.
Reply
23.

samuraiNov 25, 2011, 11:12:00 AM

terima kasih..at least bila htr kereta jabatan ke bengkel, xde la kena kelentong sgt dgn
mekanik.
thank you!
Reply
24.

AnonymousDec 2, 2011, 4:26:00 PM

tumpang bertanya, kereta saya menggunakan enjin L5 turbo. Masalahnya adalah apabila
kereta pada kelajuan 100km/h ade kedengaran bunyi letup-ltup tapi perlahan. Tetapi
apabila boost nak masuk letup-letup jadi makin kuat dan boost susah nak masuk... ape
masalah dia?
Reply

25.

sord87Dec 3, 2011, 1:23:00 PM

saudara L5 turbo,

Pada kebiasaannya computer box akan jadi masalah bagi enjin turbo,sila dapatkan yang
lain kemungkinan besar ianya kurang sesuai atau telah rosak.
Reply
26.

AnonymousDec 3, 2011, 9:26:00 PM

salam,, nak tanya,, kalau minyak itam liking dkat exzos,, kne top overhaul ke???
Reply
27.

sord87Dec 4, 2011, 8:04:00 AM

saudara tak bernama

Leaking ada banyak sebab,biasanya sebelum top overhaul kereta akan dipastkan
mempunyai tanda2 tertentu yang perlukan top overhaul seperti gasket silinder pecah
kerana enjin terlalu panas dan plug yang selalu dibasahi minyak hitam,dsbnya.
jika saudara mendapati ada leaking minyak hitam disekitar ekzos kemungkinan besar
terdapat minyak hitam yang bocor melalui getah penutup silinder serta silinder head yang
tidak dikunci ketat,lakukan pembaikan kpd dua sebab ini dahulu.
Reply
28.

AnonymousDec 12, 2011, 8:59:00 PM

salam..berapa kos uuntuk wat top overhaul untuk toyota altezza dan kenapa kereta tak
pickup n minyak petrol cepat habis berbanding biasa dan plugs pula ade yang kelihatan
seperti hitam pekat dan ekzos berbau petrol setelah di hidupkan enjin
Reply
29.

AnonymousDec 13, 2011, 12:50:00 AM

salam...nak tanye n nak mintk pendapat...saye mengunakan wira 1.6..kenape ye kalau


kereta tersenguk2..kabel plug n distributer dah tukar tapi masih tersenguk2...mungkin
saudara boleh tolong masalah kereta saye????
Reply

30.

sord87Dec 13, 2011, 4:10:00 PM

saudara wira 1.6

saya ada menyatakan sebelum ini bahawa kereta akan tersenggut2 atas 2 sebab sahaja
iaitu sistem api yang tidak elok(masalah distributor,plug,kabel plug dan coil)serta masalah
sistem miyak petrol(fuel filter kotor,fuel pump hampir rosak,karburator kotor dan tidak stabil
pengawalan minyak,air filter yang kotor,ekzos sumbat dan injektor yang sumbat)
pastikan saudara telah periksa semua ini berkeadaan elok.
Reply

31.

sord87Dec 13, 2011, 4:22:00 PM

saudara toyota altezza

kos top overhaul bergantung pada top overhaul set,dan upah top overhaul biasanya sekitar
rm300.Dari apa yang saudara nyatakan memang saudara harus segerakan keeta tersebut
untuk top overhaul,tanda2 tersebut adalah tanda akhir minyak hitam dan petrol yang telah
bercampur didalam kebuk silinder.
Reply
32.

AZHARDec 29, 2011, 10:06:00 PM

Salam Saudara Sord87,

Saya ada kereta Wira 1.6 Manual Injection. Masalah ini baru lagi terjadi di mana bila saya
buka aircond dan kipas aircond dan radiator berpusing, enjin akan bergegar. Bila kipas
aircond dan radiator tidak berpusing, enjin tak bergegar. Apa masalah agaknya ya? Apa
yang perlu saya buat? Adalah ini berpunca dari kipas radiator / aircond? Mohon pandangan
saudara. Terima kasih.
Reply

33.

sord87Dec 30, 2011, 9:20:00 AM

saudara azhar,

kereta saudara terlalu rendah rpm,oleh bitu gegaran terjadi agak kuat,betulkan timing enjin
kereta saudara,tukar plug dan a/c switch untuk tinggikan timing bila aircond berfungsi.
Reply

34.

janJan 16, 2012, 5:26:00 PM

assalamualaikum...

saya pengguna honda accord ca3 menggunakan enjin b20a injection,masalah saya ialah

-apabila saya menekan paddle minyak sampai habis rpm(free running)asap hitam akan
kluar dengan banyak,klu setengah paddle tak kluar plak asap hitam...

-berapakah kos klu buat overhoul..?


Reply

35.

sord87Jan 16, 2012, 10:53:00 PM

saudara jan

rujuk kepada post top overhaul.Enjin saudara hanya mengeluarkan asap hitam dan bukan
asap putih jika demikian kereta saudara harus melalui 2 proses untuk mengembalikan
asap kepada sediakala.

1)servis fuel injection,juga terdapat penyembur fuel injection yang boleh digunakan
2)top overhaul

kos terlibat berkemungkinan tidak melebihi rm 700


Reply
36.

AnonymousJan 17, 2012, 6:45:00 PM

slm..brape anggaran untuk full overhaul wira sedan 1.5 carb di bengkel bos..al maklumla
kwn keje kerani je..kne tgk budget dlu..utk info,kete kwn ade bunyi kuat kt dlm enjin,klu dgr
lame2 bleh mendatangkan risau jln jauh..hrp dpt bantu..tq
Reply
37.

sord87Jan 18, 2012, 10:05:00 AM

saudara wira sedan 1.5

anggaran overhaul adalah kira2 rm1000 kebawah termasuk upah jika

1)Tukar ring
2)tukar bering cam
3)tukar bering crank
4)tukar bering piston

semua yang diatas ditukar tetapi jika crank shaft saudara hanya digilap.Lain pula jika
ditukar disebabkan calar yang melampau kos akan bertambah kerana crank shaft sahaja
berharga sekitar rm300
Reply
38.

Mbah dukunJan 27, 2012, 7:29:00 PM

yoo broo...xlama ne aku nak joing pertandingan kemahiran ne...nak minta tips sket cmana
nak overhoul enjin Campro dngan pantas???psal penilai bagi masa berberapa jam nak
overhoul enjin tu sendiri..
Reply

39.

sord87Jan 28, 2012, 4:32:00 PM

saudara mbah dukun,

1)set marking timing belt sebelum buka apa2


2)tanggalkan semua hose air yang melekat pada head
3)buka silinder head
4)buka tangki minyak hitam dan tanggalkan semua skru melekat pada piston
5)tolak piston dari bawah ke atas dan keluarkan piston

bila semua bahagian yang patut ganti dah ganti,pasangkan ikut turutan diatas dari 5 ke 1

Dalamasa 1 jam boleh siap buka dan pasang alatganti baru.


Reply

40.

MOHD. ADHA MOHD. ZAINFeb 2, 2012, 4:57:00 PM

Salam saudara,

Sekadar ingin mengucapkan terima kasih. Sebelum ini saya ada bertanya soalan
berkenaan kereta saya bila buka aircond - kipas aircond dan radiator berpusing, enjin akan
bergegar. Saya telah adjust timing seperti yang saudara sarankan, terbukti berkesan dan
enjin sudah tidak bergegar. Terima kasih saudara. Blog ini banyak manfaat. Semoga terus
berkongsi pengalaman dengan kami. :)
Reply
41.

AnonymousFeb 4, 2012, 12:12:00 PM

salam saudara..
saya pengguna viva 1.0.. masalah yang saya hadapi sekarang adalah aircond kereta
kekadang sejuk dan tidak..saya telah servey di kedai kereta dan kerosakan yang dikatakan
adalah valve perlu ditukar..dan arganya sekitar rm3++ dan kedai lain plak kata
RM4++..adakah harga dipasaran memang begitu?
Trimas....
Reply

42.

sord87Feb 5, 2012, 12:21:00 AM

saudara viva 1.0

Harga alatganti tersebut jika dikedai alatganti adalah sama,tetapi jika diwoksyop, jika
berlainan adalah kerana ada kedai yang mengambil upah yang tinggi untuk sesuatu kerja.
Reply

43.

AzRuLSuPeRbFeb 8, 2012, 4:46:00 PM

bos, sy keta toyota vios 2006 tp mileage dia almost 200,000 km..patut utk top overhaul x
sbb enjin ada bunyi agak kuat especially time start enjin..brp anggaran kos top overhaul
bg vios ye? thanx..
Reply

44.

sord87Feb 9, 2012, 3:36:00 PM

saudara azrul superb,

biasanya top overhaul dilakukan adalah kerana:-

1)gasket silinder terbakar


2)ketukan yang terlalu kuat (enjin knocking)
3)makan minyak hitam
4)enjin meletup2 kerana head dimasuki air
5)Menukar semua set top overhaul untuk kelancaran enjin
6)temperature enjin yang tidak stabil
7)komponen head yang patah,haus atau rosak
Reply

45.
sord87Feb 9, 2012, 3:38:00 PM

Anggaran kos top overhaul vios adalah dbawah rm1000


Reply

46.

sayuti9830Feb 16, 2012, 5:41:00 AM

nk tanya berapa anggaran kos top overhoul wira 1.6 manual..dan apa barang2 yang perlu
ditukar...thanks
Reply

47.

sayuti9830Feb 16, 2012, 5:43:00 AM

nk tanya brapa kos anggaran top overhoul wira 1.6 dan apa barang2 yang perlu
ditukar..thanks
Reply

48.

sord87Feb 16, 2012, 3:12:00 PM

saudara sayuti9830,

barang yang perlu ialah,

1)top overhaul set


2)plug

anggaran kos rm800 kebawah jika barangan seperti seal dstributor,seal timing belt,minyak
hitam dll tidak ditukar.
Reply

49.

mienamieFeb 23, 2012, 12:33:00 AM

Akum..... Nk tnya skit, bpe costing top overhaul proton savvy


Reply

50.

mienamieFeb 23, 2012, 12:35:00 AM

Akum.... Nak tnya bpe costing top overhaul prton savvy


Reply

51.
sord87Feb 23, 2012, 10:54:00 AM

saudara/i minamie,

Kebiasaannya top overhaul upah sahaj memakan rm250 dan alatganti dianggarkan dalam
rm250 juga
Reply
52.

AnonymousFeb 26, 2012, 9:26:00 PM

salam.wira auto 1.5 tahun 1999.sejak akhir2 ni enjin mesti dipanaskan dulu lebih kurang
10 minit waktu pagi.jika tidak engin menderu sukar masuk gear 2 atau D.bila dah panas
tiada masalah.apa yang perlu dibaiki dan anggaran kos? terima kasih
Reply

53.

sord87Feb 27, 2012, 2:55:00 PM

saudara wira auto 1.5 1999

idling atau Rpm kereta akan tinggi dulu bila dihidupkan dan ia akan turun sedikit2 dalam
kadar yang agak cepat,tetapi dalam masalah saudara ,biasanya wira auto menjadi begitu
keranan RPM yang tidak berjaya dikawal dengan cepat oleh semua vakum yang terdapat
di distributor serta kegagalan plug yang banyak karbon dan filter yang kotor.

Membaiki dengan merendahkan RPM atau biasa disebut ramai adjust timing,adjust
distributor,tukar plug,filter boleh mengembalikan gear saudara kepada sediakala.
Reply

54.

hackerMar 3, 2012, 3:13:00 PM

salam bro masalah kereta proton iswara saya ialah ndak boleh hidup..tetapi apabila saya
pancing minyak melalui kaberator ia hidup kembali tetapi enjin begegar teruk..selepas itu
sa cabut kabel plak no1,2,3 sekali gus enjin masih sekata.tetapi apabila sa cabut plak no4
enjin mati.sa syak spark plug rosak so sa gantikan yg baru..plug 1,2,dan3..basah dan hitam.
plug no4 kering tetapi hitam..apabila spark plug uda d ganti..kereta ok seperti biasa..sehari
selapas itu penyakit lama nya kembali.apabila sa ulangi langkah menganti plug ia ok balik
begitu lah seterusnya..kaburator dan ac pump baru terima kasih
Reply

55.

hackerMar 3, 2012, 3:35:00 PM

enjin 1.3 proton isawara


kaberator,ac pump BARU
PROBLEM- enjin tiba tiba susah mau start, apabila minyak d pancing dari kaberator baru
lah enjin hidup tetapi ia begegar teruk.sa cabut kabel plug 1,2 dan 3 sekaligus enjin masih
sekata tak ada perubahan.apabila sa pasang ketiga tiga kabel tersebut dan cabut kabel
plug no 4 enjin terus mati..sa gantikan plug dengan yang baru enjin senang hidup one kick
ja hehe..
plug yg sa buka dalam keadaan plug 1,2dan 3 basah dan hitam, plug 4 kering tetapi hitam.
sehari selapas itu penyakit enjin kembali pada yang asal..sa gunakan lankah ganti plug ia
akan ok sehari dua begitulah seterusnya
tolong terangkan dengan detail penyakit kereta sa..tq
Reply

56.

sord87Mar 3, 2012, 8:12:00 PM

saudara hacker,

Nisbah angin dan minyak pada karburator saudar tidak sesuai,saudara perlu lakukan
buang angin karburator dengan menutup lubang atas karburator dan buka sekali sekala
sambil press minyak.Adjust skru angin dan minyak pada karburator untuk menstabilkan
enjin.Ini semua dilakukan setelah saudara bersihkan plug atau tukar plug baru.Ini akan
memakan masa sehingga pelarasan nisbah minyak dan angin dalam karburator stabil.
Reply
57.

AnonymousMar 5, 2012, 5:15:00 PM

Assalamualaikum,
Saya Halim - memiliki Proton Iswara Aeroback 1.3 tahun 2000.

Masalah kereta saya ialah :-


1) Macamana nak hilangkan bunyi teppet ketika kereta naik bukit atau semasa kereta
kurang bertenaga untuk bergerak? Boleh ke dibuat sendiri tanpa overhaul?

2) Enjin dan dashboard bergegar dan RPM turun ketika kipas aircond berputar (hidup),
macamana saya boleh adjust RPM tersebut?

Sekian dan diucapkan berjuta terimakasih kepada tuan blogger...


Reply

58.

sord87Mar 6, 2012, 11:14:00 AM

saudara halim -proton iswara aeroback,

1.adjust tappet boleh buat sendiri jika saudara pernah belajar mekanikal automotif
asas,jika tiada hantarlah ke mekanik kerana ada cara tertentu untuk adjust tappet dan juga
terdapat bacan untuk kelegaannya.

2.Gegaran enjin bilka kipas aircond berpusing adalah kerana idling atau timing yang tak
stabil,adjust tappet kereta tersebut,tukar plug dan adjust distributor supaya RPM
berkedudukan 1000 bacaan dan pastkan suis FICD supply tidak rosak.
Reply
59.
AnonymousMar 22, 2012, 2:41:00 AM

salam...

saya ade masalah dengan honda crv 2nd generation...


kereta saya start keluar asap putih yang banyak bila stop kat lampu trafik...

adekan tu salah sebab kena overhaul?


berapa anggaran overhaul tuk crv model saya ni?

jika saya terus juga pakai macam biasa tanpa overhaul ape akibat buruknya?

terima kasih...

ru61@pGGRNuSJ
Reply

60.

sord87Mar 22, 2012, 10:19:00 PM

saudara ru61@pGGRNuSJ

asap putih yang banyak perlu overhaul,anggaran kos bagi honda crv sekitar rm2000
Reply
61.

AnonymousApr 2, 2012, 12:05:00 AM

salam tuan. saya abeli dan ada soalan nak tanya berkenaan wira 1.5 karburetor saya.
sebelum ni wira saya pernah alami overheating myk hitam leaking dan keluar asap putih.
lepas hantar workshop masalah setel. tapi baru2 ni suhu enjin mcm x stabil kejap naik dan
turun dan asap pulak ada bau petrol tengik yg agak kuat (tiada asap putih). perlu ke saya
buat top overhaul sebab last kena overheating dulu mekanik suruh buat takut gasket
terbakar. apa pendapat tuan?
Reply

62.

sord87Apr 2, 2012, 3:35:00 PM

saudara abeli (wira 1.5 karb)

masalah bau minyak petrol yang kuat adalah masalah karburator selain dari hose yang
bocor pada karburator,servis karburator dan pastikan segala hose kearah karburator dan
fuel pump tidak bocor.Mengenai suhu yang tidak stabil ,periksa kipas radiator dan pastikan
ia berpusing elok dan kuat,flush keluar air didalam radiator dan gantikan dengan air baru
dan sedikit coolant,juga periksa thermostat dan pastikan thermostat tidak terlalu karat jika
dah karat teruk gantikan dengan yang baru.

Baca post saya mengenai thermostat.


Reply
63.
AnonymousApr 5, 2012, 7:51:00 PM

bro tumpang tanya..aku pakai iswara 1.3m tahun 2001..masalah kereta hilang pickup dari
gear 1 sampaila 5..tekan minyak dah mengaum mcm singa tapi pegi mcm siput..kereta
stok je..agak-agak masalah klac plet ke? kalau tak silap last tuka klac plet 2006..milage
dah 330k++
Reply

64.

sord87Apr 5, 2012, 9:46:00 PM

saudara iswara 2001,

Masalah gear ada dua je,satu bearing,satu lagi klac plate.Kalau tekan klac tak
berbunyi,bila lepas kat gearbox ada bunyi itu rosak bering klac,kalau dah tak pergi dari
gear satu sampai 5,enjin mengaum memang kena ganti klac plate yang baru.
Reply

65.

rizal azimiApr 7, 2012, 10:48:00 AM

salam tuan, kia spectra saya ada masalah tersengguk2 masa baru start dan time
idle.plug,koil,kabel plug smua br tukar,tp still bermasalah.pomen kata ada kesan air masuk
dlm enjin,adakah yg tu punca masalah sengguk?dia kata perlu overhaul.kereta milage
220k.
Reply

66.

sord87Apr 7, 2012, 11:08:00 AM

saudara rizal azimi,

Jika enjin berair masalah bau asap lain dari biasa,enjin bunyi mendap dan bila tekan
minyak enjin akan mati dan susah dihidupkan.Jika tiada tanda2 seperti ini besar
kemungkinan distributor saudara hampir rosak.
Reply
67.

AnonymousApr 9, 2012, 12:25:00 PM

salam...

kenapa quotation honda service bagi saya pergi baru2 ni sampai 4.5k...

overhaul ni mahal sangat ke tuk crv?

ru61@pGGRNuSJ
Reply
68.

sord87Apr 9, 2012, 4:41:00 PM

saudara ru61@pGGRNuSJ

Harga akan jadi sebegitu setelah semua dalaman untuk overhaul di tukar bermakna part
seperti dibawah ini turut diganti baru dan biasanya w/syop luar akan cuma bersih dan pakai
semula jika masih elok.Komponen seperti:-

1.4 Piston dan ring


2.timing belt/chain
3.crank shaft
Reply

69.

adyusoffApr 9, 2012, 11:21:00 PM

Salam>
Saya nak tanya bape kos untuk overhaul perdana sei engine standard, asap putih kuar
waktu start engine dan juga masa kereta berjalan dan terasa berat.
Reply

70.

sord87Apr 9, 2012, 11:48:00 PM

saudara adyusoff,

Perdana sei standard jika piston ok kos terlibat sekitar rm2000 ke bawah.
Reply
71.

AnonymousApr 10, 2012, 1:44:00 PM

salam...

bila diteliti asap putih yang keluar dari crv 2nd gen. saya jarang2 pulak...

pada pendapat saudara perlu ke saya buat overhaul tu secepat mungkin?

ape akibat jika saya tunda buat?

saya berbelah bagi nak buat kat honda service or bengkel luar...

harga pun beza 1k quotation mahal honda service berbanding bengkel yang saya nak
pilih...
mungkin dari penilaian masing2 saya pun tak tahu nak percaya yang mane...

buat saya bertambah berfikir balik,bengkel luar perlu seminggu or lebih berbanding honda
4-5 hari...
perlu bantuan pakar...

tq.

ru61@pGGRNuSJ
Reply

72.

sord87Apr 14, 2012, 2:42:00 AM

saudara ru61@pGGRNuSJ,

Perhatikan betul betul asap tersebut.Jika asap putih berterusan saudara perlu buat
overhaul dan jika kereta saudara hanya asap putih sekali sekala ada kemungkinan
terdapat kebocoran pada injektor,beritahu mekanik supaya memeriksa injektor dan
tukarkan mana yang berkemungkinan bocor dan meninggalkan kesan kehitaman pada
ruang injektor.

Dari apa yang saudara beritahu seolah2 kereta tersebut boleh digunakan berbanding
kereta yang mengeluarkan asap putih berterusan yang hari demi hari semakiin
semput.Cuba tkar injektor baharu dulu.
Reply

73.

04015rulApr 18, 2012, 1:52:00 PM

assalamualaikum saudara sord87

sy pakai satria enjin 4g91 dohc injection.

enjin sy mengalami leaking pada head enjin dan menghasilkan bunyi tappet.

1) adakah sy perlu membuat top overhaul atau sekadar menukar gasket baru dan servis
sedikit bahagian leaking tersebut?

2) berapa kos utk top overhaul sekaligus tukar timing belt utk enjin sy?

3) sekiranya hanya perlu servis bahagian leaking tersebut serta tukar gasket baru, berapa
pulak kosnya berserta timing belt?

TQ
Reply

74.

Muhd. Azlan Muhd. SalehApr 18, 2012, 3:29:00 PM

Salam, saudara.. sy azlan pengguna wira 1.6 menual tahun 1997... masalah sy mengenai
(asap putih)... kereta sy mengeluarkan asap putih apabila behenti dgn enjin hidup cnth
bhenti di trafik light, apabila tekan minyak atau auto aircon banyak asap putih keluar tp
apabila mula jalan asap ansur2 tiada (x nampak), dan semasa berundur banyak juga asap
yg keluar. 1 lg kadang2 tu gear 2 dan 4 susah sikit nak masuk.. dari segi lain tiada masalah..
apa masalah kereta sy tu, apa perlu dilakukan dan anggaran kos..
Reply

75.

sord87Apr 18, 2012, 5:35:00 PM

saudara muhd azlan muhd saleh

masalah asap putih yang sedikit kemudian hilang saudara perlu servis saja karburator
tetapi jika asap berterusan warna putih dan berbau hangit saudara perlu buat top
overhaul.Anggaran kos top overhaul adalah dibawah rm500.

2.Tukar minyak gear dan adjust kabel klac.


Reply

76.

sord87Apr 18, 2012, 5:42:00 PM

saudara 04015rul,

Jika enjin tidak mengalami kepanasan melampau,tukar silinder head gasket adalah
memadai tetapi pastikan head dikunci pada kadar sepatutnya menggunakan top wrench.

Jika saudara ingin menukar timing belt sekali ,saudara boleh terus buat top overhaul
kerana kerja menukar gasket juga adalah berkaitan top overhaul dan kos serta upah tidak
banyak beza.

Top overhaul dan tukar timing belt kos sekitar rm 600 kebawah.
Reply

77.

04015rulApr 19, 2012, 1:49:00 AM

assalamualaikum saudara sord87,

sy pemilik sebuah satria bernadikan 4g91 dohc injection

head enjin sy mengalami leakage dan mengeluarkan bunyi tappet

pada pendapat saudara, adakah sy perlu membuat top overhaul atau hanya sekadar servis
head & tukar gasket shj? utk masalah tappet pulak mcmmana?

dan berapa pula kos utk leakage dan masalah bunyi tappet ni?

TQ
Reply

78.
04015rulApr 19, 2012, 1:55:00 AM

rupanya soalan sy sblm ni dah dijawab


Reply

79.

04015rulApr 19, 2012, 1:56:00 AM

mcmana pula dgn masalah bunyi tappet? apa yg patut sy buat dan berapa anggaran kos?
Reply

80.

sord87Apr 19, 2012, 5:53:00 PM

saudara 04015rul

Biasanya jika buat top overhaul tappet akan diselaraskan semula dan jika saudara hanya
ingin adjust tappet ia juga boleh dilakukan.Kos sekitar rm80 kebawah.
Reply

81.

mienamieApr 23, 2012, 2:01:00 PM

akum sedara, saya pakai kereta proton savvy. kereta saya mengalami masalah overheat
walaupon bru sebulan saja keluar dr bengkel mmbuat top overhaul, tukar timing belt, water
pump, servis radiator, tukar fan radiator, sensor radiator & termostat. saya bawa semula
kereta ke bngkel tersebut dan mekanik bagitau mungkin masalah block pula...... sy nak
mintak pandangan sedara la...... rse nya pe mslah sebenarnya kte sy nie..... mati akal
nie......
Reply

82.

sord87Apr 23, 2012, 7:12:00 PM

saudara minamie,

Saya rasa pada awal tulisan saya mengenai top overhaul ada saya nyatakan berkenaan
skim head,dan kebiasaannya top overhaul yang disebabkan oleh overheating silinder head
akan diskim supaya ia jadi rata olehkeranan kepanasan yang melampau.Pastikan silinder
head diskim sebelum buat top overhaul.
Reply
83.

AnonymousApr 28, 2012, 3:06:00 AM

Salam saudara
Saya rezal memandu toyota alphard 2.4. 2 minggu lepas saya baru buat top overhaul
sebab overheating kerana radiatoe fan tak berfungsi. Masalah timbul lepas overhaul ialah
1. Rpm tinggi bila off aircond masa idle.
2. Minyak enjin leaking sikit pada permukaan enjin

utk makluman water pump head gasket termostat sdh ditukar. Head ada 10 skrew tp 8
drpdnya loosw sbb overheating dn thread baru sdh dibuat. Kos rm 100 utk sebatang. Total
kos rm 3170 trmasuk mnyak hitam dn coolant serta thread baru utk skru. Adakh saya perlu
rujuk balik mekanik yg sama dn minta dia bertanggungjawab ats kecuaian dia. Sblum ni tk
pernah mnyak hitam leaking dn timing tinggi. Boleh tau tk knapa jd mcm tu? Masa yg
diambil utk top overhaul lbh kurang dkt 2 minggu. Apa yg perlu saya buat? Enjin 2.4 guna
timing chain dn utk adjust timing tk silap kena pakai komputer/ecu. Berapa kos utk
diagnose agknya? Thanks saudara.
Reply

84.

sord87Apr 28, 2012, 10:34:00 AM

saudara rezal toyota alphard,

Diagnose tidak melibatkan kos apa2.Pandanagan saya saudara kena jumpa mekanik
dimana saudara buat top overhaul untuk adjust timing .

RPM yang tinggi akan menambahkan lagi leaking pada mana2 permukaan yang berpunca
dari skru silinder head yang tidak dikunci kemas.

RPM adalah rendah sebelum aircond dihidupkan ,tindakan actuator untuk aircond akan
meninggikan RPM.Pastikan actuator bertindak sepatutnya.

Alatan seperti torque wrench untuk mengunci silinder head adalah alat wajib untuk
mengunci head pada kadar sepatutnya.Pastikan ia digunakan.

Diagnose dan adjust RPM untuk mempastikan keadaan kembali normal,jumpa mekanik
tersebut semula.
Reply
85.

AnonymousApr 28, 2012, 12:09:00 PM

Terima kasih saudara. Dn juga saya dapati air dlm reservoir berkurangan berbanding
minggu lepas. Hmm mekanik ada bgtau kalau jalan jauh lepas buat thread baru akn
mnyebabkn air kurang sikit. Tp saya blum pun jalan jauh lg tp air dh kurang dlm masa
seminggu. Adakah mekanik tersebut kurang mahir? Ingat dh settle problem tp ada jgk
lg..hmm. Dr rezal alphard.
Reply

86.

sord87Apr 28, 2012, 9:37:00 PM

saudara rezal alphard,

Pada kebiasaannya jika air kurang ,water pump rosak tetapi saudara telah tukar water
pump.
Saya tidak berani mengatakan mekanik saudara tidak mahir,tetapi dalam pengalaman
yang saya ada jika telah melakukan top overhaul selepas kereta mengalami kepanasan
melampau sehingga takuk merah pada meter,skim head perlu dilakukan.

Jika dari apa yang saudara beritau bila air kurang sedikit selepas top overhaul saya rasa
skim head tidak dilakukan,ini bermakna enjin kereta tersebut masih lagi pada tahap
kepanasan.

Jumpa mekanik tersebut semula untuk semak mengenai skim head jika tidak tercatat
dalam bil.
Reply
87.

AnonymousApr 29, 2012, 12:37:00 AM

Salam

baru lepas jumpa mekanik. Didapati yg menitis keluar adalah air bercampur coolant yg
mungkin bocor dari hos ataupun o ring. Saya ingat minyak hitam. Utk mkluman head
skimming dah dibuat dn dinyatakan dalam bil dgn kos rm 80.mungkin punca air dlm
reservoir kurang disebabkn hal itu. Air di dalam radiator pada paras ok. Agknya berapa
kos utk solve problem coolant leaking? Utk isu rpm tak stabil mekanik mngatakan timing
tak boleh diadjust melalui setting pada ECU. Sdngkn setahu saya ia boleh diadjust setting
pada ECU. Dia mngatakan mngkinproblem pada throttle body. Rezal Alphard
Reply

88.

sord87Apr 29, 2012, 2:24:00 AM

saudara rezal alphard

kos baiki leaking anggaran tidak mencecah rm200.

ada kemungkinan juga throttle body problem jika enjin timing telah didiagnose,memang
kebiasaannya timing dilakukan dengan dengan setting ECU,mungkin mekanik dah
jalankan diagnose tapi tak berhasil.

Gerigi throttle body memang boleh patah dan rosak ,ada kemungkinan bila RPM saudara
mendadak naik telah menyebabkan gerigi pada throttle body patah,minta mekanik tukar
kit throttle body selain dari menukar itu juga adalah pilihan yang melibatkan kos dibawah
rm150.
Reply
89.

AnonymousApr 29, 2012, 12:58:00 PM

Terima kasih. Esok baru saya ke bengkel.


Reply
90.

AnonymousApr 30, 2012, 11:56:00 AM


Saya nak tanya sbnarnya boleh ke buat head skimming pada head aluminium sbb
overheating. Ada mekanik yg mnta tkar enjin terus sbb kalau tk tkr nti benda yg sama
berlaku lagi. Rezal Alphard
Reply

91.

sord87May 1, 2012, 12:08:00 AM

saudara rezal alphard,

skimming boleh dilakukan pada steel dan aluminium.Ketebalan skim head pula adalah
bergantung kepada head tersebut dan biasanya sedikit saja kira2 .25 mm atau 1 hoon
(bahasa mekanik).

Jika enjin saudara masih hidup elok,temp\.suhu ok dan tiada gegaran kuat enjin masih
boleh bertahan sehingga 5 tahun lagi.
Reply

92.

04015rulMay 8, 2012, 3:24:00 PM

Salam saudara sord87,

Tempoh hari sy ada bertanya ttg masalah head leakage dan kos upah utk baiki.
Sy dah beli metal head gasket, timing belt dgn minyak hitam. Cuma belum pasang kat enjin
lagi.
Hari tu sy ingat nak buat sendiri je keje tu sbb kalau buat kat bengkel takut upah tinggi
pulak. Tapi tools sy x complete pulak. Tu lah sy tgh fikir lg nak buat mcmana.
Dlm 2 - 3 hari ni sy ada jgk survey kat bengkel2 tnya brapa upah utk ganti head gasket dgn
timing belt. Ada yg kata 350 lah 400 lah. Betul ke upah sampai mahal mcm tu? Kalau nak
ganti gasket je xkan lah mahal sgt. Bkn nya sy nak suruh dia skim head tu ke, grind valve
ke.

Apa pendapat saudara ttg harga upah tu? Agak2 kalau kerja mcm tu, berapa anggaran
kos?

Sy ni pun study lagi, belum keje. Maintenance kete ni pun sy tanggung sendiri dgn duit
biasiswa je. Poket sy pun xdelah tebal sgt nak bayar upah mahal2.

Utk makluman, sy pengguna enjin 4g91 standard dohc injection. Xde mod apa2 racing
spec pun. TQ.
Reply

93.

04015rulMay 8, 2012, 3:38:00 PM

Lupa nak bgtau, org bengkel tu ada jgk kata kalau nak buat top overhaul terus dia cas 800
dgn menggunakan brg2 yg sy beli sendiri tadi (metal head gasket, timing belt, minyak
hitam).
Utk pengetahuan saudara, bengkel yg sy maksudkan ni bkn lah bengkel biasa sy pergi. Sy
pun bkn jenis yg stick dgn satu tempat, selalu tukar2 bengkel. So, direct and honest opinion
amat digalakkan. TQ
Reply

94.

sord87May 8, 2012, 10:47:00 PM

saudara 04015rul,

Biasanya kalau gunakan barang sendiri anggaran upah tukar timing belt kira2 rm80 dan
tukar head gasket saja rm150 tanpa membuat grind valve dan skim head.

Jika dibuat top overhaul penuh anggaran kos akan menjadi lebih tinggi rm800 adalah
berpatutan.

Saudara cuba periksa bengkel2 lain yang menjalankan kerja tukar belt dan head gasket
dgn upah yang saya sebutkan diatas tadi.

Jika saudara ingin buat sendiri pastikan marking timing belt diletakan betul pada
kedudukan untuk head dan crank shaft.Setelah itu bersihkan permukaan piston,head dan
blok,setelah itu pasangkan head gasket baru dan pastikan hose air dan timing belt
diletakan semula seperti asal.Mengenai tappet saudara boleh berikan kerja tersebut pada
mekanik anggaran kos dlm rm50.
Reply

95.

04015rulMay 8, 2012, 11:34:00 PM

Terima kasih atas maklumbalas saudara.

Kalau nak buat top overhaul sendiri betul ke kena rendam head dlm minyak diesel selama
2 hari?

Saudara ada bengkel x? Bengkel dekat mana?

TQ
Reply
96.

AnonymousMay 9, 2012, 12:50:00 PM

salam...
saya pakai kereta iswara lmst (kereta kebal) 1.3 manual karburator..kereta saya baru siap
buat top overhaul...bile on aircond rpm jatuh ke 600 dan kdg2 ok rpm 1000 kdg2 drop rpm
600...bile off rpm 1000..saya try adjust timing aircond tp still sama je kdg2 ok kdg2 xok..ape
masalahnyer...bole tak bantu saya masalah ini...lagi satu,bile saya start enjin pagi2 je
timing jatuh rpm600...bile lama sikit naik ke rpm 1200..ape mslhnyer? adakah berkaitan
dgn aircond? tlg bantu saya...
Reply
97.

sord87May 9, 2012, 5:37:00 PM

saudara iswara lmst,

Masalah ini adalah kecacatan top overhaul,jumpa mekanik saudara untuk


membaikiknya,tiada kaitan dengan aircond.

Periksa bil saudara adakah grind valve dilakukan,biasanya bila grind valve yang tidak
sempurna dan bocor sahaja yang akan menyebabkan RPM tidak terkawal.
Reply

98.

sord87May 9, 2012, 5:47:00 PM

saudara 04015rul,

Suka saya nyatakan disini JANGAN GUNAKAN DIESEL BERLEBIHAN UNTUK


MENCUCI ENJIN SEKALIPUN MERENDAMNYA.

INI ADALAH KERANA DIESEL ADALAH MINYAK YANG MENINGGALKAN KESAN


LAMA PADA ENJIN DAN AKAN MENGELUARKAN ASAP YANG BANYAK SELEPAS
TOP OVERHAUL.

DIESEL HANYA DIGUNAKAN UNTUK MENCUCI DENGAN BERUS KERANA IA


MURAH.TERDAPAT BAHAN KIMIA PENCUCI ENJIN DIPASARAN.

SELEPAS CUCI HEAD DSBNYA BASUH DENGAN AIR DAN KERINGKAN PADA
CAHAYA MATAHARI SEHINGGA BETUL2 KERING.

Buat masa sekarang saya sibuk dengan urusan membaiki forklift dikilang2 dan tidak
berpeluang mengambil kerja2 membaiki kereta.
Reply

99.

sord87May 9, 2012, 5:47:00 PM

saudara 04015rul,

Suka saya nyatakan disini JANGAN GUNAKAN DIESEL BERLEBIHAN UNTUK


MENCUCI ENJIN SEKALIPUN MERENDAMNYA.

INI ADALAH KERANA DIESEL ADALAH MINYAK YANG MENINGGALKAN KESAN


LAMA PADA ENJIN DAN AKAN MENGELUARKAN ASAP YANG BANYAK SELEPAS
TOP OVERHAUL.

DIESEL HANYA DIGUNAKAN UNTUK MENCUCI DENGAN BERUS KERANA IA


MURAH.TERDAPAT BAHAN KIMIA PENCUCI ENJIN DIPASARAN.

SELEPAS CUCI HEAD DSBNYA BASUH DENGAN AIR DAN KERINGKAN PADA
CAHAYA MATAHARI SEHINGGA BETUL2 KERING.

Buat masa sekarang saya sibuk dengan urusan membaiki forklift dikilang2 dan tidak
berpeluang mengambil kerja2 membaiki kereta.
Reply
100.

AnonymousMay 18, 2012, 6:07:00 PM

Salam..

Saya pengguna Wira SE 1.5(A) tahun 2004. Saya baru hantar kereta saya untuk full
Overhaul. Apakah pantang-pantang yang harus saya patuhi dan berapa lama (km)? Satu
lagi leh naik Bukit Tinggi, Pahang tak selepas overhaul?

-Rayz-
Reply

101.

sord87May 18, 2012, 10:28:00 PM

saudara rayz,

Selepas overhaul kereta jangan dipecut laju melebihi 80 km untuk membiasakan piston
ring,piston dan crank shaft bering untuk sebati dengan minyak hitam .Jangkaan kira2 2
minggu selepas overhaul,untuk keadaan jalan yang memanjat bukit gunakan gear yang
sesuai sepert 2 dan 3.
Reply
102.

AnonymousMay 19, 2012, 5:23:00 PM

Makasih bro...

Ada satu lagi kemusykilan, ada yg kata kena bawa bwh 80km/h hanya untuk 1000km dan
ada yg kata sampai 5000km baru leh bawa laju cam biasa. Saya tak tahu nak ikut yang
mana satu...

-Rayz-
Reply

103.

sord87May 20, 2012, 7:58:00 AM

saudara Rayz,

kira2 500-1000 km jangan speed melebihi 100 km/jam.Setelah itu terpulang kepada
saudara Rayz.
Reply
104.

arazJun 3, 2012, 1:15:00 AM

Salam...
Sya nak tahu apa beza antara general overhaul dan top overhaul dan apa sebabnya
compressor berbunyi kuat bila enjin dihidupkan. Kereta wira 98 1.6 manual.
Reply

105.

sord87Jun 3, 2012, 8:26:00 AM

saudara araz,

Overhaul adalah kerana:-


1)Piston ring yang berbunyi
2)Asap putih yang banyak
3)Crank shaft yang calar
4)Engine bearing yang haus
5)Terlalu banyak makan minyak hitam

Top overhaul
1)Kepanasan melampau
2)Makan minyak hitam
3)Prestasi enjin uang rendah
4)Gasket head pecah
5)Head yang pecah
6)Rotor arm patah

Kompressor akan berbunyi kuat jika


1)Kurang minyak kompressor
2)bearing kompressor pecah
3)Magnet Clutch goyang
4)Belting kendur
5)Gas bocor
Reply
106.

matJun 4, 2012, 10:08:00 PM

saya pakai kete iswara 1.3(kete kebal),mslh saya kete bau asap(di dalam kete) semasa
memandu 100kmh ke atas.mslh ke2 minyak itam semakin kurang dan tiada leakg.ape mslh
kete sye.bp kos untuk tukar piston 1.3 kpd 1.5 serta korek blok
Reply

107.

04015rulJun 5, 2012, 1:12:00 AM

salam. saya baru lepas hantar kete kat bengkel. mekanik tu ambik upah 300 buat top
overhaul menggunakan barang2 saya sendiri. agak2 okay x upah tu?
satu lagi kalau nak masuk gear tu ada bunyi cam kasar biasanya apa masalahnya?
biasanya nak masuk gear 2 dan 3.

dan kenapa kipas radiator sy hanya berfungsi bila aircond on? bila kipas compressor
berpusing baru kipas radiator pusing sekali. kalau off aircond, kipas mmg tak function.

tq
Reply

108.

sord87Jun 5, 2012, 8:45:00 AM

saudara 04015rul

Upah rm300 adalah upah biasa dikenakan untuk top overhaul.

Untuk gear sebenarnya tiada kena mengena dengan top overhaul kerana gear tidak
disentuh langsung akantetapi jika RPM tinggi mungkin menyebabkan gear jadi kasar dan
susah masuk,tuning enjin bisa membantu.

Masalah kipas yang bertindak bila on aircon adalah masalah relay,periksa semula relay
kereta saudara di tempat top overhaul tersebut.
Reply

109.

sord87Jun 5, 2012, 8:53:00 AM

saudara mat

masalah bau asap dalam kereta biasa datang dari enjin,pastikan ekzos saudara di enjin
tidak bocor dan pastikan ruang udara untuk angin luar tertutup rapat bila memandu.

masalah makan minyak hitam kena buat top overhaul dan jika saudara buat keputusan
nak overhaul tukar piston dan skim blok itu lebih baik tetapi pastikan semua seal untuk
valve ditukar.

4 piston baru anggaran adalah rm600 dan korek blok rm200


Reply

110.

04015rulJun 5, 2012, 5:08:00 PM

okay TQ
Reply
111.

Cikgu ShahJun 6, 2012, 4:29:00 PM


Salam.
Van Ford Spectron 1.8 tahun 1991. Masalah van sekarang...
-bila start susah nak hidup,x stabil rpm dan mati.byk kali stat baru boleh,tapi kena tekan
pedal laa.
-bila jalan van jadi semput2,xde power macam abis clutch.padahal baru tukar clutch.
-cek minyak itam memang kurang byk.
-jumpa mekanik tukar spark plug,kabel plug dah test tapi masih sama masalah.

Dia kata kena buat top overhaul sebab piston no.3 missfire walaupun dah cek kabel plug
dan tukar plug.

adakah sebab overheat,gasket dah terbakat?siap suma anggaran rm700..perlu ke tukar


timing belt sebab seingat saya dah lama xtukar(12tahun) sebab sangat jarang
pakai..setahun 1000-2000km je jalan(panaskan enjin).

Minta pendapat pakar sedara,terima kasih..cikgu shah.


Reply

112.

sord87Jun 6, 2012, 6:35:00 PM

cikgu shah,

Masalah begini adalah masalah distributor,jika ia menggunakan contact point ,tukar


contact point baru dan pastikan memasangnya pada kelegaan (clearance yang sesuai
untuk ford sekitar 15-20mm dan jika ia menggunakan distributor elektronik ,dapatkan
distributor yang lain dan pastikan juga bila memasang distributor bergerigi pastikan
kedudukan betul2 tepat.

Jumpa mekanik untuk lakukan jika cikgu shah tidak memasangnya sendiri.

Mengenai tukar timing belt itu bergantung kepada cikgu shah sendiri,jika cikgu rasa ia dah
terlalu lusuh maka ia patut ditukar memandangkan terklalu banyak tahun dilalui tanpa
menukarnya.
Reply
113.

Cikgu ShahJun 7, 2012, 11:31:00 AM

mekanik dah cek distributer dan contact point sekali masa 2.lagipun dah ditukar xsampai
setahun lagi. Dan adakah ia menyebabkan mintak itam hilang banyak?saya cek dah
tinggal takat low line,banyak hilang tu..last saya bawak mula2 ok,kemudian van jadi sangat
berat,kena drop gear 4,3 dan rpm dah naik cecah 4-5k rpm tapi xde power langsung. siap
ada bunyi macam motobot enjin,xkuat sangat tapi memang saya syak 3piston je yang
berfungsi..pomen pun kata begitu.dulu penah terjadi pada keta lain,tukar cable pug setel
masalah.

Jadi xperlu saya buat top overhaul laa?memang upah buat top dalam rm300 termasuk
skim head dan grind valve? saya ingat nak bli barang sendiri head gasket,valve seal.ada
lagi yang perlu dibeli?

terima kasih atas respons pantas,bagus sedara sord87..saya sokong 111% sedara bagi
ilmu begini.
Reply

114.

sord87Jun 7, 2012, 11:07:00 PM

alhamdulillah kerana dah setel masalah cikgu shah,top overhaul adalah perkara terbaik
yang saudara telah pilih!
Reply

115.

ZhaJun 10, 2012, 10:33:00 PM

as salam

Sya menggunakan CRV tahun 1999...nak tanya kenapa ketika drive injin mati secara tiba-
tiba..kemudian hidup balik..then mati smula...apakah puncanya..terima kasih
Reply

116.

ZhaJun 10, 2012, 10:34:00 PM

assalam..

saya menggunaka CRV tahun 1999...pernah terjadi injin mati secara tiba-tiba ketika
drive...kenapa ye? terima kasih...
Reply

117.

sord87Jun 11, 2012, 7:19:00 AM

saudara zha,

masalah hidup tiba2 mati dan hidup semula adalah masalah fuel pump,tukar fuel pump
adalah satu bentuk penyelesaian.
Reply
118.

AnonymousJun 12, 2012, 7:28:00 PM

Saya tinggal di sungai buloh. Boleh tak rekomen mekanik yang boleh cek/repair/tukar
karburetor dengan baik a.k.a specialist kampung la. Enjin 4g13 8V tapi dah buat tapak dan
guna karburetor butterfly 12V. Masalah rpm tak stabil, bila enjin dah panas susah nak hidup
hingga memaksa saya bukak bonet dan pusing skru rpm utk naikkan rpm dan bila enjin
hidup, pusing balik skru untuk turunkan rpm. Saya takut bila dah tukar karburetor, masalah
tak selesai a.k.a. bukan itu punca masalah sebenar
Reply
119.

sord87Jun 13, 2012, 7:04:00 AM

saudara karburator/rpm

Terlalu banyak angin dalam karburator adalah punca ia tidak dapat berfungsi dengan
baik.Saudara kena servis karburator tersebut dan buat setting semula untuk
menyesuaikannya dengan penggunaa tapak yang saudara katakan.

Apa yang saya boleh bantu ialah saudara tukar guna air filter sport untuk angin yang lebih
terkawal.

Walaupunbegitu setting untuk karburator amat perlu.

Cuba dapatkan mekanik disekitar kampung baru subang untuk setting karburator.
Reply
120.

AnonymousJun 15, 2012, 1:20:00 PM

assalamualaikum.. Tumpang tanya camana mahu buka vavle seal tanpa buka head...
Reply

121.

sord87Jun 15, 2012, 3:01:00 PM

saudara buka valve seal,

Boleh buuka tapi mungkin ada masalah bila nak pasang semula spring valve yang biasa
dipasang menggunakan alat valve refacer yang mencengkam head untuk digunakan.

Buka rocker arm,ketuk spring valve dengan berlandaskan socket atau alat tinggi bulat.
Reply
122.

AnonymousJun 21, 2012, 9:11:00 PM

salam.saya menggunakan wira auto 1.5 tahun 2002.minggu lepas saya dah hantar
bengkel untuk buat top overhaul serta dah tukar piston ring & gasket.lepas tu bwk mmg
best sb rs mcm enjin baru.cuma yg jadi masalah bila bwk laju lbh dr 100km/j tiba2 keluar
asap putih tebal kt ekzos (mcm org dbkl sembur nyamuk).takut jgk tgk masa tu.bila slow
xde keluar asap tu.check minyak enjin paras ok.kt ekzos pun xde klua minyak/air.skg ni
bwk bwh 100km/j jelah.so,ape prob kete ni?
Reply

123.

sord87Jun 22, 2012, 12:36:00 AM


saudara wira 1.5 auto 2002

Kalau mengikut kiraan teknikal kereta yang baru lepas overhaul tidak boleh bawa lebih dari
80 km/j untuk kira2 2 minggu ataupun kira2 200-300 km.

Harap2 piston ring tidak rosak.Saya sarankan saudara bawa dahulu sehingga kira2
sebulan ataupun 5000 km jika asap tersebut hilang bernakna kesan cucian minyak diesel
atau petrol dalam komponen enjin akan hilang juga.

Kadangkala terdapat bahan cucian yang menyebabkan asap tebal tersebut,bila habis dan
kering asap tersebut akan hilang dengan sendirinya.
Reply

124.

04015rulJun 24, 2012, 1:02:00 AM

salam saudara sord87,

enjin kete sy tiba2 mati kat tgh2 highway. masa tu tgh bawak biasa2 je dlm 80-90km/h.
dah tu takleh start. battery okay. minyak bnyk lagi. bunyi starter ada tapi enjin takleh hidup.

ada kwn kata maybe fuel pump rosak. boleh jadi ke? kalau betul lah fuel pump rosak, brapa
agak2 ongkos fuel pump tu dan brapa anggaran upah?

utk makluman sy pengguna enjin 4g91 injection.

TQ
Reply

125.

sord87Jun 24, 2012, 9:02:00 AM

saudara 04015rul,

1)Jika bunyi kosong saja timing belt putus


2)Jika terdapat crank dah sedikit nak idup-fuel pump rosak
3)Jika anda boleh cabutkan satu plag dan lekatkan semula pada kabelnya,letakan pada
enjin jika ada percikan api pada plug -tiada masalah api.

Anggaran fuel pump kira2 rm200 bawah termasuk upah


Reply

126.

04015rulJun 24, 2012, 6:00:00 PM

TQ
Reply
127.

AnonymousJun 30, 2012, 11:54:00 PM


kenapa ada bau minyak petrol semasa memandu didalam kereta. saya guna persona auto.
Reply
128.

AnonymousJul 2, 2012, 11:29:00 AM

Assalamualaikum

saya pennguna iswara 1.3 manual tahun 2000


Masalah kereta yang saya alami skrang:
-Bila kereta mula gerak akan ada sidikit bunyi seperti henjutan spring, lebih kerap n kuat
bila jalan tak rata, bonggol dan selekoh.
-sy telah menukar absorber masih bunyi lagi.
-tayar baru tukar tahun lepas,..adakah masalah spring dah lowered atau sebaliknya??
terima kasih
Reply

129.

sord87Jul 2, 2012, 12:56:00 PM

saudara iswara 1.3 tahun 2000 lowered spring

Biasa yang terjadi adalah masalah lower arm .Tukar lower arm dimana terdengar bunyi
tersebut kanan atau kiri.
Reply

130.

sord87Jul 2, 2012, 1:07:00 PM

saudara pesona auto bau minyak petrol

Selain daripada tidak menutup pintu ketika mengisi minyak petrol sebab lain kenapa bau
petrol berbau dalam kereta adalah

1.Hose petrol bocor


2.Lubang angin luar tidak bertutup rapat
3.Fuel filter yang kotor
air filter yang kotor
Reply
131.

AnonymousJul 4, 2012, 5:30:00 PM

Salam..

Sy ada masalah dgn kereta sy..enjin kereta sy 1.5 sohc..sy pakai cam duration 280..sy
juga memasang alat ecu pigyback emanage..tp masalahnya sekarang kereta sy 'jerking' &
juga meletop2..sy sudah check spark plug,distributor & cable plug..semuanya dlm keadaan
baik..sudah byk yg sy cuba tp jerking & meletop2 tu masih ada..tetapi kadang2 ok.. Harap
saudara bole tlg sy.. -am-
Reply

132.

sord87Jul 5, 2012, 1:04:00 PM

saudara ecu piggyback emanage,

Alat tersebut menyelaraskan tuning fuel dan ignition oleh itu jika terdapat
ketidakseragaman antara keduanya ia akan dikesan da n seterusnya keupayaannya untuk
mengesan tersekat dan menjadikan pelarasan tidak betul.

Saya sarankan saudara menukar air filter dan membersihkan karbon yang banyak terdapat
dalam enjin gunakan decarbonizer seperti MACC dsbnya untuk membersihkan permukaan
atas piston.
Reply

133.

Izham Mohd yatimJul 7, 2012, 1:08:00 AM

Saudara sord87,

Sy am..sy Lupa nak bagi tahu kenapa distributor sy adjust advance sampai habis tetap
tiada knocking? Sy ada mnukar distributor sy kepada yg baru tp tetap tiada knocking..harap
saudara boleh bg pendapat,terima kasih..
Reply

134.

sord87Jul 9, 2012, 12:57:00 PM

saudara izham mohd yatim

saya tak pasti apa yang saudara maksudkan mengenai knocking,tetapi jika distributor telah
ditukar enjin masih tidak hidup ,periksa kabel dan plug jika api ada bermakna sistem
mniyak bermasalah.

untuk pengetahuan knocking adalah ketukan dalam enjin.


Reply
135.

AnonymousJul 10, 2012, 11:17:00 PM

Saudara sord

Maksud knocking sy adalah bnyi di bahagian enjin apabila kita mengadvan kan distributor
utk mdpt api yg lbh..pada 1 tahap yg tinggi engin akan mngeluar kan bnyi menandakan api
lbh..lebih2 lg apabila aircond di pasang dan menaiki bukit.
Reply

136.
04015rulJul 10, 2012, 11:56:00 PM

salam saudara sord87

mengenai enjin kereta saya yang mati kat tgh2 jalan haritu:

pomen sy dah siapkan kete sy. dia ganti fuel pump baru dan alternator dia gantikan dgn
yg 2nd hand sbb dia kata alternator sy dah rosak sbb wire return kat alternator sy longgar.
dan dia buat balik wiring dgn relay kat enjin sy. sy kena rm500.

apa pendapat saudara? terima kasih


Reply

137.

sord87Jul 11, 2012, 4:39:00 AM

saudara 04015rul,

Fuel pump yang gagal berfungsi dan menyebabkan enjin mati adalah fenomena biasa
terjadi untuk kebanyakan kereta.Kegagalan berfungsi juga adalah kebanyakannya
berpunca dari wiring dan fuel pump rosak,olehsebab itu menukar alternator dan
menyempurnakan wiring adalah sebahagian besar jalan penyelesaian terbaik untuk
komponen yang telah lama digunakan.

Harga juga agak berpatutan juka komponen yang diganti dapat bertahan lama dan
biasanya sebuah alternator mampu bertahan melebihi 5 tahun.
Reply

138.

sord87Jul 11, 2012, 4:49:00 AM

saudara izham mohd yatim

Apa yang saudara maksudkan adalah alat yang dipanggil distributor diaphragm iaitu alat
berbentuk bulat bersebelahan distributor,alat tersebut menggunakan vakum dan
mempunyai hose untuk meninggikan rpm untuk idling ketika enjin memerlujkan lebih
kekeuatan untuk bergerak.

Periksa hose yang bersambung dengan alat tersebut dan jika ia bocor gantikan dan jika
itu tidak membantu saudara harus tukarkannya.
Reply
139.

aizatJul 16, 2012, 4:37:00 AM

salam,
saya nak tanya satu soalan, saya guna toyota camry 2.0e tahun 2003, masalah sekarang
kereta enjin saya gegar sedikit bila bukak air cond, pas gegar enjin kembali normal.berapa
kos baikpulih kereta saya ini. utk pengetahuan saudara mounting saya baru tukar
Reply
140.

sord87Jul 16, 2012, 9:07:00 PM

saudara aizat,

Tuning enjin toyota tersebut dan pastikan tindakbalas FICD supply bertindak apabila
aircond dihidupkan.
Reply

141.

Proud Momma JVJul 17, 2012, 9:46:00 PM

Kereta saya, persona elegance baharu saja dihantar semalam utk fix masalah overheat.
Technician tu kata nak tukar engine head. So, sa bg okay jer lah since tu bole claim
warranty. Hari ini, sa mendapat berita bahawa keta tu telah siap sepenuhnya, siap tkr head
engine, thermostat n di servis sekali. Sa boleh paham la kalo sa kna bayar engine oil,
coolant dan oil filter tu. Tp kenapa ada nak servis pula? Sa bru ja servis keta sebln yg lalu.
Dan kilometer pun tak mencukupi lg tu... Huhu. Sgt musykil dan berharap dpt mencari
jwpan dgn tuan yg berpengalaman. Sebelum sa pergi menjemput keta tu esok pagi......
Reply

142.

sord87Jul 17, 2012, 11:25:00 PM

saudari proud momma,

Bila buat top overhaul coolant dan air abis semua keluar memang kena gantikan yang baru
begitu juga minyak enjin dan oil filter,walaupun minyak enjin tak semua keluar tetapi ada
lebih baik ia ditukar kerana takut2 termasuk habuk dan dari bersihkan head dan carakerja
membuang air dari enjin.

Mungkin saudari kena bayar untuk minyak enjin dan oil filter serta coolant yang baru tapi
tak mengapa asalkan ia berjaya mengembalikan tahap kepanasan normal enjin kereta
saudari.
Reply
143.

AnonymousJul 19, 2012, 7:53:00 AM

helpful bulletin!! keep up this sweet stuff


Here is my webpage - Homes for sale in mcallen tx
Reply

144.

04015rulJul 19, 2012, 10:41:00 PM


salam,

enjin kereta sy telah di top overhaul sebulan yg lalu kerana didapati leaking pada head.
setelah sebulan pakai, didapati sekarang head enjin sy leaking lagi. kwn sy kata ada
tanda2 air telah masuk ke dalam enjin sy dan telah bercampur dgn minyak hitam. air dlm
radiator juga berbunyi mcm mendidih setelah enjin dimatikan walaupun enjin tidak panas.
sy bercadang hendak berjumpa semula dgn pomen yg membuat top overhaul kereta saya.
cuma saya risau takut sy terpaksa berbelanja membeli topset dan kena cas upah top
overhaul lagi.

apa pandangan saudara kalau air bercampur dgn minyak hitam dan apa keburukan yg
mungkin akan berlaku?

thanks
Reply

145.

sord87Jul 20, 2012, 12:09:00 AM

saudara 04015rul,

Silap yang boleh berlaku semasa top overhaul adalah:)

1.head tak skim (enjin panas)


2.grind valve tak sempurna
3.push rod tak kunci sekata
4.tak tukar valve yang bengkok
5.terlalun kuat kunci sehingga pecah head
6.Tak cuci bersih permikaan head dan blog

Ini adalah kesilapan mekanik,tiada kos yang patut terlibat untuk membaikinya semula.

Air bercampur minyak hitam akan memberhentikan enjin bila sampai masanya dimana
terlalu banyak air dalam head.
Reply
146.

AnonymousJul 27, 2012, 11:22:00 AM

Salam bro, nk tya, sy pkai kancil 850,selalu overheat bila berenti, terutama time x pasang
aircond.time padang aircond, ada kurang ckit, tpi still mcm tgi jer,.itu hari dah htr servis
radiator pun, mslh ni still sama jgk. jadi, klu kes mcm ni, nk kna top overhaul ker, atau tukr
trus radiator tue,? Keta hari2 pkai g kje, dan klu kna top overhaul, biasa apa brg yg ditukar
yer? tlg mntk senaraikan, at least sy blh bli brg sendiri. Tq, slm.
Reply

147.

sord87Jul 27, 2012, 12:47:00 PM

saudara kancil 850,enjin panas


Tukar thermostat dan water pump.Tak perlu overhaul,pastikan kipas radiator juga
berpusing seperti sebelum terjadi demikian.
Reply
148.

AnonymousJul 27, 2012, 2:57:00 PM

salam bro nak tanya sikit pasal kereta honda civic sh4 kenapa kepala plug cepat hitam
berkarbon dan enjin jadi miss(lembab)dlm masa 1 minggu dah 2x tukar ,adakah twin
caburetornya bermasalah sebab asap hitam banyak dan kena buat ada dijual ke seal kit
utk caburetor,sekarang ni minyak petrol dah lebih pakai kenapa, ada pomen kata kena
buat top overhaul minta pandangan saudara bro
Reply

149.

sord87Jul 28, 2012, 6:54:00 AM

saudara civic sh4,

Pada asasnya top overhaul adalah penyelesaian terbaik,dapat membersihkan


dalaman,grind valve dan tukar semua seal pada valve sekaligus mengurangkan karbon.

Servis karburator,tukar air filter dan setting semula karburator sedikit membantu jika sh4
biasa bukan recond.

Misfire yang banyak membentuk karbon pada plug akibat setting karburator yang
rapuh,jika tiada karb kit boleh juga gunakan karburator honda lain ,buat tapak baru.

Petrol yang naik mendadak sebab karbon itu biasa terjadi dan ramai yang gunakan karbon
cleaner bagi mengelakan kos yang tinggi utk top overhaul.

Klik banner karb cleaner MACC pada blog dan cuba.


Reply

150.

sabJul 28, 2012, 3:48:00 PM

salam tuan, saya sabri.. saya nk tanye sikit..saya ade pakai wira 1.5 injection tahun 2002..
hari tu kreta saya ada over heat sebab pipe atas yg sambung ke tangki air tu tercabut time
tngah drive.. macam mane pipe tu boleh tercabut ye?? adakah sebab die tendang sebab
overheat tu? saya selalu check air die, and ok je..

selepas kejadian tu, temperature macam xstabil..saya rase macam kene buat top
overhaul..so saya bawak g workshop, tp mekenik tu cakap xperlu buat overhaul lg. tp die
cadangkan supaya saya buang termostat tu..tak pakai termostat lg ok die cakap.. so saya
xpakai termostat tu lg la skang ni..skarang ni saya konpius samada perlu buat top overhaul
ke tak? sebab saya risau gasket terbakar je time overheat tu.. boleh x kita just bukak enjin
and tukar gasket tu shj tampa buat skim head tu? satu lg, apakah tanda2 kreta tu perlu
buat top overhaul?
trima kasih.
sabri_endeavour@yahoo.com
Reply

151.

sord87Jul 29, 2012, 12:31:00 PM

saudara sabri,

Jika kepanasan semasa drive tak mencecah tahap merah.gasket head diandaikan tidak
pecah.

Thermostat pada kereta adalah amat digalakan digunakan kerana bukan saja kipas dan
radiator bertindak menggunakan thermostat malah coolant sensor,gantikan thermostat
baru dan servis radiator saudara jika tahap panas tak sampai tanda merah semasa
kejadian berlaku.

Getah akan tercabut sebab enjin panas atau air kering.


Reply
152.

AnonymousAug 8, 2012, 8:32:00 PM

saga89 8valve
saya pengguna saga lama karburetor 1.5cc tpi masalah saya sekarang bila kereta nak
hidupkn awal pagi, hidup sekejap mati tpi bila pedal minyak dimain2 kan baru enjin hidup
tpi dlm keadan pedal minyak di tekan2..RPM tidak stabil.lebih kurg 2 minit baru mencecah
1000rpm,bila petang keadaan rpm turun ke 500rpm kereta begegar habis bila slow..bila jln
laju kemudian slow bunyi ekzos meletup2.
saya ada periksa keadaan distributor masih ok cuma cap distributor keadaan gigi
rompang2,tpi alirn api masi ada..

1.karburetor baru servis


2. plug&kabel baru tukar

kereta skg masih jga begitu..sya hrp2kn dgn bantuan dari blog ini dpt membantu..TQ
Reply

153.

sord87Aug 8, 2012, 11:04:00 PM

saudara 89 8 valve

Masalah begini akan terjadi bila mana minyak yang lambat sampai untuk pembakaran,dan
ini adalah disebabkan oleh fuel pump.Olehkerana fuel pump yang lemah,lebih2 lagi fuel
pump proton saudara yang menggunakan sistem manual.Tukar fuel pump tersebut dan
pastikan karuratorv diset semula oleh mekanik.

Distributor cap mestilah bertutup rapat dan tidak pecah atau rosak,pastikan ianya muat
seperti asal supaya api tidak merebak dan keluar ketempat lain.
3.Jika saudara buka distributor pastikan ia dipasang semula dengan betul olehkerana
proton 8 valve ini menggunakan gigi bukannya elektronik,pastikan enjin dimarking dahulu
sebelum membuka distributor.

4.Letupan diekzos adalah kerana terdapat minyak yang lambat dibakar,setting karburator
semula dan laksanakan apa yang disebut dengan betul
Reply
154.

AnonymousAug 10, 2012, 5:43:00 PM

Salam saudara sord87

Saya Asri, Kereta Kembara tahun 2004. Bunyi enjin kembara saya seperti dalam video
kerosakan kereta- Kesan dari makan minyak hitam. Soalan saya

1- Adakah kena buat overhaul secepat mungkin

2- Berapakah kos overhaul untuk kembara

Harap encik dapat membantu. Terimakasih

p/s: setahun lebih dah bunyi cam tu


Reply
155.

AnonymousAug 10, 2012, 5:43:00 PM

Salam saudara sord87

Saya Asri, Kereta Kembara tahun 2004. Bunyi enjin kembara saya seperti dalam video
kerosakan kereta- Kesan dari makan minyak hitam. Soalan saya

1- Adakah kena buat overhaul secepat mungkin

2- Berapakah kos overhaul untuk kembara

Harap encik dapat membantu. Terimakasih

p/s: setahun lebih dah bunyi cam tu


Reply

156.

sord87Aug 10, 2012, 11:40:00 PM

saudara asri,

Kesan dari makan minyak hitam akan menyebabkan calar pada enjin bering dan
menambahkan lagi bunyi seperti dalam video tersebut.Overhaul adalah jalan terbaik untuk
masalah ini dan kebiasaanya kos overhaul kembara =menelan belanja kira2 rm 1200
termasuk upah.

Pastikan juga carakerja top overhaul dilakukan,tukar valve seal dan head gasket.
Reply
157.

AnonymousAug 11, 2012, 12:01:00 PM

Terimakasih Saudara sord87 atas jawapan dan penerangan.


Reply
158.

AnonymousAug 16, 2012, 3:46:00 AM

Macam mana kalau plug tercabut kitika nak bila plug..kene buka head atau camana
Reply

159.

sord87Aug 16, 2012, 9:34:00 AM

saudara plug tercabut,

jika elektrod pecah sedara masih boleh guna spanar sama,kerana spanar masih dapat
cengkam plug untuk tarik keluar,tapi jika sampai patah dibawah benang spanar
terpaksalah kena keluarkan head
Reply
160.

NSAug 28, 2012, 9:03:00 AM

Asslm..

Kereta saya (Kancil Mira L502 turbo standard) punya masalah semput2..

Apabila selalu dipandu semput2 tadi kurang berlaku tetapi sekiranya jarang dipandu
semput2 tadi menjadi-jadi..

Apakah punca masalah berkenaan (pendapat Saudara secara amnya)

Bolehkan disebabkan wiring yg kurang sempurna??

Masalah fuel pump??

Terima kasih atas respon Saudara


Reply

161.

sord87Aug 28, 2012, 3:20:00 PM

saudara Ns,

Karbon yang banyak pada plug menyebabkan semput terjadi,apabila tidak dipandu karbon
akan berkumpul dan mengeras dan menjadikannya lebih semput.
Bersihkan throttle body,tukar plug dan air filter supaya ia pulih sediakala.
Reply

162.

rizuan roziAug 30, 2012, 8:22:00 AM

Assalamualaikum sord87,
saya menggunakan honda civic tshun 93 auto transmission,saya x hidupkan kereta baru
2 hari,tp masalahnya saya x dapat nk hidupkan kereta.bila saya start je,sy akan dengar
bunyi relay dan bunyi oil pump je.nk katakan masalah bateri,cuba on lampu dan semua
nyala dengan ok.tp sekarang ni dah semalaman cuba start.tp x hidup jgk.harap saudara
dapat bantu..
Reply
163.

NSAug 30, 2012, 8:33:00 AM

Saudara Sord87,

Terima kasih atas maklumbalas..


Menurut abg saya (yg menjaga kereta saya sekarang) kesemua perkara yg disarankan
Saudara telah dilakukan tetapi perkara sama masih berlaku..

Semoga Saudara dapat memberi pandangan Saudara untuk mengelakkan kami ditipu oleh
bengkel yang tidak bertanggungjawab..

Terima kasih
Reply

164.

sord87Aug 30, 2012, 9:45:00 AM

saudara NS

Jika fuel pump juga telah ditukar dan apa yang saya cadangkan telah dibuat,biasanya
takan jadi masalah demikian melainkan terdapat kerosakan pada coil dan kabel
plug.Pastikan tiada api yang pecah dimana2 komponen api seperti distributor dan kabel
plug.
Reply

165.

sord87Aug 30, 2012, 9:48:00 AM

saudara rizuan rozi,

dapatkan relay starter dan pasangkan.Pastikan juga kabel bateri tidak kotor dan benar2
ketat.
Reply
166.

rizuan roziAug 30, 2012, 11:46:00 AM

Terima Kasih Saudara Sord87,nnt sya cuba dlu...apa2 inform sya bagitahu
Reply

167.

UlanSep 4, 2012, 10:06:00 AM

Abg Sord87..
sy mempunyai mslh dgn enjin kereta kancil 850 knocking, dh buat top overhaul. Skrg
knocking dh kurang tp bila tekan minyak knocking kuat.
Mekanik kata perlu tukar camshaft sebab dh bengkok, sy nk tanya saudara adakah mslh
camshaft atau crankshaft perlu tukar?
Reply

168.

sord87Sep 4, 2012, 1:55:00 PM

saudara Ulan,

Bunyi crankshaft adalah disebabkan oleh enjin bering yang dah calar ataupun crankshaft
tersebut telah calar,Ini adalah kerja2 overhaul.

Berbeza dengan camshaft ia berada dlm silinder head,tukar pun mudah akan tetapi jika
bunyi tersebut kuat seperti kreek2222 dan berterusan ada kemungkinan enjin bering dah
calar perlukan overhaul.

Tetapi jika saudara pasti bunyi terjadi dari atas tukar camshaft adalah lebih baik dan
pastikan rocker arm tidak rosak dan tappet diadjust dengan baik.
Reply

169.

UlanSep 5, 2012, 1:01:00 PM

Abg Sord87..
bunyi knocking kedengaran dr bhg atas, tetapi tidak kuat. hanya kedengaran jika enjin
dihidupkan waktu pagi dan juga bila sy tekan minyak. Apabila enjin sudah panas, bunyi
enjin kembali normal kecuali tekan minyak kuat.
Adakah ini kerosakan camshaft?
Bolehkah camshaft racing cth: piper camshaft (L2) di pasang pada enjin standard?
terima kasih..
Berapa kos alatganti camshaft di pasaran kerana sy di swak?
Reply

170.
sord87Sep 5, 2012, 1:14:00 PM

saudara Ulan,

Bunyi itu memang bunyi di bahagian camshaft,tetapi yang biasa berlaku adalah terdapat
rocker arm yang ada
masalah.

Terdapat kira2 4 rocker arm ,pastikan di kiri atau kanan bunyi tersebut,keluarkan rocker
arm tersebut dan gantikan.

Jika gantikan sekali dengan camshaft pun tak mengapa cuma kosnya agak lebih kira2
rm350 begitu.

Camshaft piper boleh asalkan kedudukannya tidak beralih dan sesuai dipadankan dengan
tappet dsbnya.
Reply

171.

UlanSep 6, 2012, 7:43:00 PM

Terima kasih abg sord87, nampaknya keta masuk workshop lg la bln nie..
Reply

172.

Zainudin MatSep 9, 2012, 1:02:00 AM

Salam saudara..klu enjin karb 4g91....mcmmane nk ejaskan tepet sbb tepet berbunyi
bising dan bolehke pki distributor 12 valve yg di ubahsuai....xde leaking ke nnt
Reply

173.

sord87Sep 9, 2012, 1:06:00 PM

saudara zainuddin mat,

Distributor yang diubahsuai tetapi muat dan oil seal yang elok tak menyebabkan leaking.

Adjust tappet seperti biasa pada kelegaan inlet 10 exhaust 15,guna ukuran pillar gauge.

http://kerosakankereta.blogspot.com/2011/10/menyelaraskan-tappet-kereta-dan-
muzik.html
Reply
Replies

1.
Zainudin MatSep 9, 2012, 9:56:00 PM
Mengikut foreman yang tgk kereta saya tu..kena tukar hydraulic lifter
kesemuanya untuk menghilangkan bunyi tersebut..pada pandangan
saudara elok saya tukar ataupon benda tu bleh servis sahaja
Reply

174.

sord87Sep 9, 2012, 11:11:00 PM

saudara zainuddin mat,

Tukar semua dah termasuk dalam top overhaul,malah top overhaul set pun tak terdapat
semua lifter tersebut.

Biasanya enjin wira 4g91 adjust tappet pun dah hilang bunyi,tapi jika saudara rasa dah
lama sangat guna tukar semua adalah lebih baik ,malah akan lebih baik jika adjust tappet
dgn benda baru tepat.
Reply
175.

Jay B ASep 10, 2012, 3:57:00 PM

salam saudara...
sy pakai engine 4g91 twincam,kereta sy baru saja beberapa harini timing belt putus... ble
sy dah tukar timing belt,engine sempot,meletop2.. skunk ni dlm proses top overhaul... ble
sy cek,valve ekzos 2 batang bengkok,dan valve intake 2 batang jugak bengkok.. sy ade
tye pomen,dye kate kene tukar sume valve sekali kalau salah satu valve bengkok.. tp ade
jugak yg kate tukar mana yang bengkok sahaja.. sy pulak dalam dilema kekurangan duit
ni.. =P ape pendapat saudara?? boleh ke kalau sy tukar yang bengkok sahaja?

TERIMA KASIH..
Reply

176.

sord87Sep 10, 2012, 4:48:00 PM

saudara Jay B A

Tukar yang bengkok saja takpe tak perlu tukar semua!

Reply
177.

AnonymousSep 21, 2012, 12:07:00 AM

aslm bro sya nk tanya. sya ada iswara 1.3 manual baru2 ni sya convert ke auto 3speed.
masaalah nya dlm keadaan biasa (neutral) rpm dia 1k. bila tukar ke d atau r rpm trus drop
ke 700. ini menjadikan satu body bergegar. prob ni bertambah teruk klu dlm keadaan on
air cond. tlg bagi pandangan. tkasih. khalil muar.
Reply

178.

sord87Sep 21, 2012, 8:12:00 AM

saudara bertanya rpm drop,

Olehkerana bebanan torque converter auto gearbox adalah lebih daripada clutch plate
menjadikan prestasi enjin menurun begitu juga rpm.

Untuk menyesuaikannya ramai yang menukar kepada karburator yang lebih tinggi dan
membina tapak karburator untuk menambahkan prestasi enjin dan membuat setting
semula untuk angin dan minyak bercampur sehingga rpm jadi stabil.

Oleh sebab itu ramai juga yang menukar ke enjin cc lebih tinggi bila menggunakan gearbox
auto.
Reply
179.

AnonymousSep 23, 2012, 8:28:00 AM

t.kasih atas pandangan bro. ada cadangan nk guna caburater apa tuk stabilkan/ kurangkan
gegaran.
Reply

180.

sord87Sep 23, 2012, 9:55:00 AM

saudara boleh gunakan karburator 1.5 saga atau mitsubishi


Reply
181.

AnonymousSep 23, 2012, 4:24:00 PM

bolehkah caburater 1.3 di upgrade ke 1.5. misalnya tukar kit? tkasih.


Reply

182.

sord87Sep 23, 2012, 6:53:00 PM

tak boleh kerana kebanyakan saiz repair kit 1.5 tak muat untuk 1.3
Reply

183.

UnknownSep 27, 2012, 11:08:00 PM


Kia optima 2004. Makan minyak itam. Bfapa kos nak baik pulih dan barang barang
Reply

184.

sord87Sep 28, 2012, 8:52:00 AM

saudara unknown,

Top overhaul perlukan barangan seperti top overhaul set,minyak hitam,oil filter dan plug.

Olehkerana barangan alatganti kia agak mahal kos barang saja kira2 rm3-400 sahaja dan
kos membaiki termasuk upah dan barangan yang tidak dijangka jika rosak mencecah
rm1000 sahaja
Reply
185.

AnonymousSep 28, 2012, 9:44:00 AM

salam bos,saya pakai kereta perdana sei..masalahnya kereta saya semput sampai mati
enjin,saya dah tukar plak,fuell filter,plak cable tapi tak berhasil...satu hari anak saya
masukkan air kedalam ezos sampai penuh dan semput pun hilang dalam 2 mggu,skarang
ni semput tu datang balik..ape sbnrnya masaalah keta saya ni ye..tolong ye bos...faizal
chemor...
Reply

186.

sord87Sep 28, 2012, 2:19:00 PM

saudara faizal chemor,

masalah ni biasanya masalah karbon yang banyak dlm enjin dan perlukan pembersihan
injektor,boleh mula dengan dapatkan injektor clener dan semburkan keruang injektor dan
bersihkan termasuk di throttle body.

Selain itu saudara boleh adjustkan distributor supaya tahap minyak dan angin lebih sekata
dan tukarkan juga air filter.

Jika karbon terlampau banyak dan apa yang saya sebutkan tidak membantu top overhaul
perlu dilakukan.

Reply
187.

HafizOct 2, 2012, 3:15:00 AM

Saya sedang belajar buat top overhaul sendiri iswara 1.3 akibat timing belt putus.Saya
tiada pengalaman cuma bertanya pada mekanik apa perlu dibuat. Bagaimana saya nak
pastikan proses grind valve telah sempurna?
Reply

188.
sord87Oct 2, 2012, 8:13:00 AM

saudara hafiz,

terbaikan head masukan semula valve letakan semula seal supaya ketat sedikit dan
gunakan petrol untuk melihat dimana tempat yang petrol boeh melepasinya.

Periksa satu2 jika masih bocor grind semula tetapi grind bukanlah menggosoknya berulang
kali cukup sekadar valve paste melicinkan permukaan tepi valve.
Reply

189.

zul muniraOct 4, 2012, 9:12:00 PM

Asslmkm saudara saya baru selesai membuat topoverhaul sendiri pas dipasang semula
enjin tak dapat dihidupkan apakah masalahnya?
Reply

190.

sord87Oct 4, 2012, 9:22:00 PM

saudara zul munira

Periksa ini semula

1.Marking timing belt


2.Marking head
3.Distributor
4.Compress
5.spark plug ada api atau tak
6.Minyak naik atau tidak-periksa karburator atau injektor atau fuel pump
7.Fius fuel pump
8.Pastikan crank ada

Reply

191.

zul muniraOct 4, 2012, 10:13:00 PM

Asslmkm saudara,saya baru selesai membuat top overhaul sendiri dengan mengikut
aturannya pas dipasang semula enjin tak dapat dihidupkan untuk pengatahuan timing belt
making tepat dan api pun ada,saya menggunakan kereta satria injection 1.3 manual thn
06 jd apakah masalahnya?Satu lg skru pengikathead kalu patah adakah boleh
menjejaskan prestasi enjn? kalau tak bt trip lain?t.k zul.
Reply

192.

sord87Oct 5, 2012, 12:18:00 AM


saudara zul munira,

skru head patah kena keluarkan dan ganti atau buat benang baru untuk sku
tersebut,memang akan mengganggu prestasi.betulkan dulu kerana ia mungkin menjadi
sebab utama enjin tak hidup kerana compress bocor.

jika buat grind valve elok,tak leaking,fuel pump ok,minyak naik tentu hidup,tapi ikat head
dulu ketat,buat benang skru baru.
Reply

193.

zul muniraOct 5, 2012, 9:16:00 AM

Berapakah sukatan top wrench untuk kereta proton?


Reply

194.

rizuan roziOct 5, 2012, 9:45:00 AM

Assalamualaikum..saudara sord..saya nk bertanya..adakah alternator boleh diservis?dan


kalau blh diservis.berapakah anggaran kos servis?dan kalau x boleh..berapa anggaran nk
tukar altenator.sy pakai honda civic eg..model enjin single cam.
Reply

195.

sord87Oct 5, 2012, 3:03:00 PM

saudara rizuan rozi,

Alternator memang boleh diservis.Menukar carbon brass dan membersihkan kotoran


adalah apa yang biasa dilakukan bila diservis.Anggarn kos sekitar rm100 dan jika ditukar
pula bagi Honda sekitar Rm300 sahaja
Reply

196.

sord87Oct 5, 2012, 3:05:00 PM

saudara zul munira,

sukatan torque wrench head untuk proton sekitar rm45-55 sahaja.


Reply
197.

AnonymousOct 8, 2012, 1:16:00 PM

Salam tuan...saya pengguna nissan sentra n16 taun 2002. baru2 nie saya manghadapai
masalah overheating. Yang peliknya bila kipas berpusing maka temperature akan naik.
Bila kipas stop, dia turun balik. Segala barang2 yg berkaitan dengan air telah saya buat,
malah top overhaul pon dah buat. Tapi dapat gune sehari je trus overheating balik. Tapi
kali nie sehingga air masuk ke dalam enjin. Mekanik kata suruh tukar enjin sebab blok dah
bengkok. Soalan saya:
1. Macam mana simptom blok bengkok?
2. Bolehkah head yang baru diskim, diskim lagi sekali?
3. Mgknkah disebabkan pendawaian atau ape2 sensor kerana bila kipas berpusing temp
akan naik tetapi bila kipas stop, temp turun semula walaupun bukan dengan keadaan asal
disamping air akan ditendang keluar di spare tank.

Harap Tuan dapat membantu saya kerana sudah ribuan ringgit habis dalam masa 3 bulan
sahaja untuk pembaikan. Kalau blok yang bengkok mgkn 3 4 ribu lagi nak top up. Cume
nak kepastian samada tukar enjin adalah penyelesaian muktamad bagi masalah tersebut
atau tidak. Sekian terima kasih.
Reply

198.

sord87Oct 8, 2012, 1:24:00 PM

saudara nissan n16

1.blok tak bengkok ia hanya boleh retak dan merekah dan rekahan biasanya boleh dilihat
dengan mata kasar dan amat jarang blok mengalami kjeretakan melainkan kesilapan
pemasangan atau hentakan yang kuat bia piston pecah tetapi ini memang jarang berlaku
kerana bila ini berlaku kereta akan terus berhenti.

2.Head yang boleh dskim ada hadnya,hanya machinist yang berpengalaman tahu akan
had sepatutnya,jika dskim juga enjin lebih cepat jadi panas.Biasanya maslah overheating
yang begini adalah kerana head yang tidak mampu lagi menahan kekuatan enjin dan
biasanya head akan diganti terus dengan yang lain.

3.Sperti yang saya katakan head saudara telah rosak sejak mula lagi itulah sebabnya
temperature tetap panas samada kipas berpusing atau tidak,dapatkan satu head yang
baru adalah lebih terjamin.