Anda di halaman 1dari 24

Novel Kabus Di Perbukitan

Karya: Mohamad Kholid Hamzah


Sinopsis
Novel yang saya kaji ialah Kabus di Perbukitan karya
Mohamad Kholid Hamzah.
Pada permulaan cerita, novel ini memaparkan kisah
pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan
Salmah, yang mempunyai sepasang anak kembar bernama
Faridah dan Rahayu. Pasangan kembar tersebut terpisah
apabila Kamarudin berkahwin lain dan membawa Rahayu
tinggal bersamanya, manakala Faridah dijaga oleh ibunya,
Salmah. Rahayu dan Azrul menuntut di Universiti Pertanian
Malaysia (UPM) manakala Faridah menjadi sukarelawan
Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Suria.
Cerita itu seterusnya berkembang apabila Rahayu
dikejarkan ke hospital setelah pengsan di perpustakaan di
UPM dan pada masa yang sama Faridah mengalami
kemalangan jalan raya apabila van yang dipandunya tidak
dapat dikawal lalu terjatuh ke dalam gaung. Usaha menjejaki
Faridah selama dua minggu gagal, namun ayahnya Mejar (B)
Kamarudin berjaya menemui Faridah dengan bantuan mimpi
kembarnya Rahayu. Faridah dikejarkan ke hospital dan pada
masa yang sama, Rahayu menghembuskan nafasnya yang
terakhir di sisi Faridah. Faridah yang kematian ibu dan
suaminya, Ghazali berasa amat kecewa lalu mengikuti
kursus Community Services for Disable People di New
Zealand selama enam bulan dan terus menetap di sana
selama 25 tahun apabila Faridah berkahwin dengan Soleh
Johnsons. Mereka dikurniakan sepasang anak kembar iaitu
Melina dan Anne. Melina berkahwin dengan Jabbar al-Anbia
atau dikenali sebagai Benny dan Anne berkenalan dengan
Zain yang merupakan anak Azrul, bekas kekasih Rahayu.
Klimaks cerita Kabus di Perbukitan ialah ketika Faridah
dan Soleh Johnsons pulang ke Malaysia untuk berbincang
tentang perkahwinan Anne dan Zain yang merupakan
pertemuan semula Faridah dengan Azrul (bekas teman lelaki
adiknya, arwah Rahayu). Benny yang disyaki terlibat dengan
aktiviti pengganas melarikan diri ke Dubai dan meminta
isterinya Melina yang berada di Malaysia untuk tinggal
bersamanya di Dubai.
Pada peleraian cerita, Anne dan Zain mengambil alih
syarikat penternakan keluarga Johnsons di New Zealand
manakala Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka
perniagaan kotej di Cameron Highlands.

TEMA
Jati diri orang Melayu
Huraian: Tema ini diserlahkan melalui watak utama Faridah
Binti Kamarudin yang merantau ke New Zealand selama 25
tahun. Walaupun begitu lama tinggal di negara orang,
akhirnya dia dan keluarganya kembali ke Malaysia. Mereka
membina kehidupan yang lebih bermakna di Malaysia.

PERSOALAN
1. Persoalan reda menerima ketentuan Ilahi
Huraian: Azrul menerima ketentuan Ilahi apabila orang
yang disayanginya iaitu Rahayu meninggal dunia
kerana penyakit kanser.
Huraian: Faridah menerima ketentuan Ilahi apabila
orang yang disayanginya iaitu Rahayu, ibunya Salmah
dan suaminya Ghazali meninggal dunia pada masa
yang hampir sama (berturutan).
2. Persoalan hubungan istimewa antara saudara kembar
Huraian: Faridah dan Rahayu mempunyai hubungan
yang istimewa dengan dapat merasai keadaan kembar
mereka walaupun telah terpisah akibat perceraian ibu
bapa mereka.
Huraian: Faridah dan Rahayu yang merupakan
pasangan kembar tetapi dibesarkan secara berasingan
oleh ibu bapa mereka. Hal ini kerana Rahayu dijaga
oleh ayah dan ibu tirinya, manakala Faridah dibela oleh
ibunya sendiri. Namun demikian Rahayu sentiasa
merindui kakaknya, Faridah.
3. Persoalan jati diri bangsa
Huraian: Faridah tetap menjaga dirinya sebagai
seorang Melayu dan beragama Islam walaupun tidak
kembali ke tanah air selama 25 tahun.
4. Persoalan kepentingan pertanian
Huraian: Datuk Azrul berjaya dalam hidupnya walaupun
menceburkan diri dalam bidang pertanian selepas
menamatkan pengajian di Universiti Pertanian Malaysia
(UPM).
5. Persoalan kasih sayang terhadap keluarga
Huraian: Kamarudin tidak berputus asa mencari
anaknya Faridah yang hilang di dalam hutan walaupun
ramai pihak yang telah gagal menemuinya dan akhirnya
dia berjaya menemui Faridah dengan bantuan
kawannya, Buyung.
Huraian: Persoalan ini digambarkan antara ibu dengan
anaknya, iaitu kasih sayang Salmah terhadap anaknya
Rahayu yang telah meninggal dunia. Akibat terlalu
rindu, ibu ini menderita sehingga menemui ajalnya.
Huraian: Persoalan kasih sayang antara isteri dengan
suami pula tergambar melalui tindakan Melina yang
berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya,
Benny yang tidak pulang ke rumah.
6. Persoalan sikap kesederhanaan orang Melayu
Huraian: Haji Awang dan Ustaz Hassan Syukri sentiasa
bersikap sederhana dalam menyemarakkan syiar Islam.
7. Persoalan kesan keruntuhan rumahtangga
Huraian: Kamarudin yang berpisah dengan Salmah
menyebabkan anak kembar mereka iaitu Rahayu dan
Faridah terpisah.
8. Persoalan kepercayaan khurafat
Huraian: Sarjan Yusoff mencadangkan supaya usaha
mencari Faridah dan Iqbal diteruskan dengan
menggunakan bomoh.
9. Persoalan kahwin campur dalam masyarakat
Huraian: Fenomena kahwin campur dalam kalangan
masyarakat telah menjadi perkara biasa pada zaman
ini. Hal ini dibuktikan melalui perkahwinan watak utama
Faridah dengan Samuel Kirkby Johnsons atau nama
Islamnya Soleh Johnsons. Faridah ialah orang Melayu
Malaysia yang bekerja di New Zealand, manakala Soleh
pula orang Inggeris rakyat New Zealand.
Huraian: Melina berkahwin dengan Al-Jabbar (Benny)
yang berketurunan Arab.
Huraian: Anne berkahwin dengan Zain, pemuda Melayu
dari Malaysia.
10. Persoalan pegangan agama yang longgar
Huraian: Walaupun Melina dididik mengikut ajaran
Islam, dia masih minum arak tanpa pengetahuan ibu
bapanya.
11. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar
Huraian: Persolan ini digambarkan melalui watak Azrul
yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam
sekitar.
12. Persoalan sikap berdikari golongan siswazah
Huraian: Golongan ini tidak seharusnya menunggu
tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau
swasta. Azrul bertekad untuk menjadi penternak
kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.
13. Persoalan semangat kerjasama dalam masyarakat
Huraian: Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang
dinamakan Operasi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
(OPS PDK) melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan
Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, PERHILITAN dan
Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.
14. Persoalan prejudis masyarakat Barat terhadap Islam
(Islamofobia)
Huraian: Tangkapan Mohamed Attar oleh Interpol ada
kaitan dengan isu keganasan yang dilakukan oleh umat
Islam.

WATAK DAN PERWATAKAN


1. Watak utama Faridah binti Kamarudin
- Seorang yang taat kepada ajaran agama dan perintah
Tuhan/beriman
Huraian: Faridah taat mengerjakan perintah Tuhan
dengan sentiasa menunaikan solat lima waktu dan
solat Tahajud. (selepas mengalami mimpi Rahayu dan
ibunya, dia yakin akan berasa tenang selepas
menunaikan solat sunat Tahajud)
- Seorang yang taat kepada ibu
Huraian: Faridah menerima cadangan ibunya Salmah
agar dia berkahwin dengan Ghazali.
- Seorang yang tabah/cekal
Huraian: Faridah tabah menghadapi dugaan atas
kematian adik kembar kesayangannya, Rahayu akibat
barah paru-paru. Selepas itu, dia juga kehilangan ibu
kesayangannya dan suami tercinta, Ghazali.
Huraian: Faridah tabah menjalani kehidupan di
negara asing.
Huraian: Faridah tabah menerima hakikat
pertunangannya dengan Azman diputuskan.
- Seorang yang reda
Huraian: Faridah reda dan pasrah menerima
ketentuan Ilahi daripada orang yang disayangi iaitu
adiknya Rahayu, ibu dan suaminya Ghazali telah
meninggal dunia.
- Seorang yang penyayang
Huraian: Faridah seorang yang penyayang kepada
kanak-kanak dengan bekerja di sekolah kanak-kanak
Sindrom Down.
Huraian: Faridah tetap tinggal bersama ibunya
walaupun selepas dia berkahwin kerana ingin
menemani dan menjaga ibunya.
Huraian: Faridah sentiasa berusaha memenuhi
permintaan anak-anaknya, terutama yang melibatkan
penyediaan makanan untuk anak-anaknya, Anne dan
Melina.
- Seorang yang menghormati tetamu
Huraian: Faridah melayan Zain dengan baik semasa
Zain berkunjung ke rumahnya di New Zealand.
- Seorang yang bertanggungjawab
Huraian: Faridah sangat sayang akan anak-anaknya
dan tidak mahu mereka mengalami nasib yang sama
sepertinya akibat perceraian kedua-dua ibu bapanya.
Huraian: Faridah telah menjemput anaknya, Melina
mengajak tinggal bersama-samanya di Cameron
Highlands kerana risau akan keadaan Melina yang
sarat mengandung seorang diri.
- Seorang yang rajin
Huraian: Faridah rajin menyediakan makanan untuk
suami dan anak-anaknya dengan memasaknya
sendiri.
- Seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi
Huraian: Walaupun hidupnya senang dan sudah 25
tahun di New Zealand, Faridah sanggup pulang ke
Malaysia semula kerana terlalu rindu akan kampung
halamannya. Dia juga berjanji akan mengekalkan
kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia sampai bila-
bila.
Huraian: Faridah tetap pulang ke kampung
halamannya kerana tidak mahu anak-anak dan cucu-
cucunya nanti tidak tahu susur-galur keturunannya.
- Seorang yang prihatin
Huraian: Faridah menganggap menjalankan khidmat
kepada kanak-kanak istimewa sebagai satu ibadah.
- Seorang yang mementingkan ilmu pengetahuan
Huraian: Faridah sanggup menggadaikan tanahnya
untuk perbelanjaannya semasa berkursus di New
Zealand.
- Seorang yang cinta akan negara
Huraian: Faridah sentiasa teringat akan kampung
halamannya walaupun telah lama menetap di luar
negara.
Huraian: Faridah akhirnya kembali dan menetap di
Malaysia setelah 25 tahun menetap di Rosewood,
New Zealand.

2. Azrul
- Seorang graduan UPM dan bekas teman lelaki
Rahayu
- Seorang mahasiswa yang mencintai alam sekitar.
Huraian: Azrul dan rakan-rakannya telah menaja
penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang
kerap memberi pendedahan kepada murid tentang
alam sekitar.
- Seorang yang penyayang.
Huraian: Semasa Rahayu masih hidup Azrul amat
menyayanginya dan sentiasa berada di sisi Rahayu
ketika Rahayu sakit.
- Seorang yang berdikari.
Huraian: Setelah tamat pengajian di universiti, dia
tidak berharap untuk makan gaji, sebaliknya dia mahu
menjadi penternak kambing.
- Seorang yang gigih berusaha.
Huraian: Azrul berjaya menjadi usahawan yang
berjaya dalam bidang penternakan hasil usaha
gigihnya itu. Akhirnya dipaparkan Azrul memperoleh
gelaran Datuk.
- Seorang yang suka menolong orang.
Huraian: Azrul menghantar nota/tugasan pelajaran
Rahayu ketika Rahayu dirawat di hospital.
- Seorang yang menghormati orang lain.
Huraian: Azrul telah menunjukkan rasa hormat yang
tinggi terhadap Pn. Faridah dan Encik Soleh ketika
bertandang ke rumah mereka.

3. Rahayu
- Rahayu ialah watak sampingan yang penting dan
merupakan adik kembar kepada Faridah.
- Dia menghidap penyakit lelah dan dalam kalangan
adik-beradiknya, dia dianggap lembik.
- Rahayu dikesan menghidap barah paru-paru, selepas
pengsan di perpustakaan.
- Seorang yang suka membaca.
Huraian: Rahayu dilihat sering menghabiskan masa di
kedai buku dan digelar sebagai ulat buku oleh Azrul.
- Seorang yang rajin.
Huraian: Rahayu rajin memasak dan membantu ibunya
di dapur sekiranya tiada kuliah.
- Seorang yang penyayang.
Huraian: Rahayu amat sayang akan ibu kandungnya
Salmah walaupun terpisah setelah dia dibawa oleh
ayahnya berpindah ke Pontianak, Indonesia.

4. Salmah
- Ibu kepada pasangan kembar Faridah dan Rahayu.
- Isteri pertama kepada Kamarudin.
- Usianya menjangkau 50 tahun.
- Dia sering berduka dan sakit selepas pemergian
Rahayu.
- Seorang yang mentaati agama.
Huraian: Apabila ditimpa musibah kehilangan Faridah,
dia memohon ke hadrat Ilahi agar menjauhi anak
kesayangannya itu daripada sebarang bahaya.
- Seorang yang berdikari
Huraian: Setelah ditinggalkan oleh suaminya, dia
menyara kehidupannya dengan bekerja di sawah.
- Seorang ibu yang penyayang.
Huraian: Walaupun dia tidak dapat memelihara
Rahayu, dia masih tetap menyayangi Rahayu.

5. Benny
- Berasal dari Dubai.
- Nama sebenarnya Jabbar al-Anbia, tetapi dia lebih
gemar dipanggil Benny.
- Seorang yang sangat gemar belayar.
Huraian: Benny pernah belayar dari Doha hingga ke
Sydney.
- Seorang Muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam
sepenuhnya.
Huraian: Benny minum arak di luar pengetahuan ibu
bapanya.
- Seorang yang tidak bertanggungjawab.
Huraian: Benny meninggalkan Melina yang sarat
mengandung tanpa khabar berita kerana takut
ditangkap oleh polis Interpol.
- Seorang yang yakin pada diri sendiri
Huraian: Benny berjumpa dengan Soleh Johnsons dan
Faridah untuk melamar Melina.

6. Kamarudin
- Berkahwin dengan Salmah dan mendapat anak
kembar iaitu Faridah dan Rahayu.
- Berkahwin dengan Hamidah dan mempunyai tiga
orang anak iaitu Abdul Syuqri, Abdul Rafiq, dan Abdul
Rashid.
- Kamarudin digambarkan sebagai lelaki yang kacak.
- Semasa ditugaskan ke Pontianak, Indonesia, dia
sanggup memisahkan dan membawa salah seorang
anak kembarnya Rahayu daripada ibunya.
- Dia berpangkat Mejar ketika bersara daripada
angkatan tentera.
- Seorang yang berjimat cermat
Huraian: Kamarudin menyimpan sejumlah wang untuk
masa hadapan anak-anaknya.
- Seorang yang suka berfoya-foya
Huraian: Kamarudin dan kawan-kawannya sering
berhibur di kelab-kelab malam pada hujung minggu
sewaktu berkhidmat dalam angkatan tentera.
- Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab.
Huraian: Dia tidak memberikan nafkah zahir dan batin
kepada Salmah, isterinya.
- Kamarudin pandai menyimpan rahsia.
Huraian: Kewujudan Faridah dirahsiakan daripada
isteri keduanya, Hamidah.
- Seorang yang percaya kepada bomoh.
Huraian: Kamarudin sering membawa Rahayu
berjumpa dengan bomoh supaya Rahayu serasi
dengan keluarga baharunya dan tidak rindu kepada
pasangan kembar dan ibunya.
- Seorang yang menginsafi kesilapan
Huraian: Kehilangan Faridah telah menginsafkan
Kamarudin tentang kesilapannya lalu menunjukkan
rasa tanggungjawabnya dengan berusaha mencari
Faridah.

LATAR TEMPAT
1. Kafetaria di Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Huraian: Rahayu dan Azrul sedang bersarapan.
2. Perpustakaan di Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Huraian: Rahayu dan Azrul belajar dan mencari
maklumat di perpustakaan.
3. Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser
Huraian: Faridah dan Mastura membawa murid Sindrom
Down seramai 10 orang ke Bukit Fraser.
4. Jalan ke Pekan Raub
Huraian: Faridah yang terkejut dengan kehadiran Iqbal
di dalam keretanya telah terlibat dalam kemalangan.
5. Smoke House
Huraian: Rumah Tuan Cecil Renking yang wujud dalam
halusinasi Faridah yang koma selepas terlibat dengan
kemalangan jalan raya.
6. Bukit Kutu
Huraian: Mejar (B) Kamarudin dan Buyung mencari
Faridah dan Iqbal di dalam hutan sekitar Bukit Kutu.
7. Perkampungan orang Asli
Huraian: Tempat Mejar (B) Kamarudin dan Buyong
menemui Faridah dan Iqbal selepas dua minggu hilang.
8. Parit Satu, Sungai Besar
Huraian: Faridah bertembung dengan Azrul semasa dia
menziarahi kubur Rahayu di Parit Satu.
9. Kampung Parit Dua, Sungai Besar (kampung halaman
Azrul)
Huraian: Azrul menjalankan projek penternakan
kambing.
10. Rosewood, New Zealand
Huraian: Rumah pasangan Faridah dan Soleh Johnsons
di New Zealand.
11. Cristchurch di New Zealand
Huraian: Sebuah bandar di New Zealand.
12. Marang, Terengganu
Huraian: Tempat tinggal Benny dan Melina.
13. Cameron Highlands
Huraian: Tempat penginapan Faridah dan keluarganya
ketika mereka pulang ke Malaysia untuk melawat Melina
dan membincangkan perkahwinan Anne dan Zain.

LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat pelajar universiti yang rajin belajar.
Huraian: Azrul dan Rahayu merupakan penuntut Fakulti
Ekologi Manusia, Universiti Pertanian Malaysia yang
rajin mengulang kaji pelajaran terutama menjelang
musim peperiksaan.
2. Masyarakat yang cinta akan alam sekitar.
Huraian: Azrul dan teman-temannya banyak
mengadakan program pendedahan tentang alam sekitar
kepada pelajar-pelajar.
3. Masyarakat yang mengambil berat terhadap kanak-
kanak istimewa.
Huraian: Faridah, dan Mastura yang bertugas di Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Suria menganggap
berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa ialah satu
ibadah.
4. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan.
Huraian: Faridah dan Salmah dipaparkan sentiasa
berdoa apabila menghadapi tekanan atau masalah
hidup.
5. Masyarakat yang suka bersedekah.
Huraian: Hal ini digambarkan melalui watak Soleh
Johnsons yang suka bersedekah.
6. Masyarakat bekas tentera yang masih mengekalkan
disiplin ketenteraan.
Huraian: Mejar (B) Kamarudin bin Ahmad dan Buyung
merupakan bekas pegawai tentera dari 4 RAMD yang
masih cergas dan berani meredah hutan serta mendaki
bukit untuk mencari Faridah.
7. Masyarakat orang Asli yang sudah menerima kemajuan.
Huraian: Tok Batin Senik merupakan Tok Batin bagi
masyarakat orang Asli yang menyelamatkan Faridah
dan Iqbal di Bukit Kutu. Tempat tinggal mereka
digambarkan sudah menerima kemajuan dengan
mendapat siaran televisyen berbayar Astro, bekalan
elektrik solar dan sebagainya.
8. Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran
Huraian: Faridah yang kehilangan adik kembar, ibu, dan
suaminya, tabah menghadapi dugaan dan memulakan
hidup baharu di New Zealand.
9. Masyarakat yang berdikari
Huraian: Azrul tidak mengharapkan kerja makan gaji,
sebaliknya mengusahakan penternakan kambing dan
tapak semaian untuk menampung kehidupannya.
10. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan
dalam memperjuangkan Islam
Huraian: Hal ini digambarkan melalui watak Muhamed
Attar, dan kawan-kawan Benny yang lain.
11. Masyarakat yang mempercayai kemampuan bomoh
untuk menyelesaikan masalah
Huraian: Sarjan Yusof mencadangkan misteri
kehilangan Faridah dan Iqbal diselesaikan oleh Bomoh
setelah pihak polis gagal menemui mereka.
12. Masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk
halus
Huraian: Buyung menegaskan bahawa makhluk halus
memang wujud dalam masyarakat kita.

LATAR MASA
1. Pagi
- Rahayu terjaga dari tidur oleh deringan telefon
bimbitnya. Dia teringat akan tugasan MP 3714 yang
perlu dihantar pagi itu.
- Rahayu tiba di perpustakaan untuk mengulang kaji
pelajaran bersama Azrul di UPM.
- Rahayu terjatuh dan pengsan di perpustakaan.
- Faridah terlibat dalam kemalangan.
- Satu jam selepas Kamarudin meninggalkan rumah
untuk mencari Faridah, Hamidah menerima panggilan
yang memaklumkan Rahayu pengsan dan telah
dihantar ke hospital UKM.
- Hamidah dimaklumkan oleh Dr. Susan, kemungkinan
Rahayu menghidap barah paru-paru.
- Kamarudin menerangkan isterinya, Hamidah bahawa
kembar Rahayu, iaitu Faridah menemui kemalangan
dan hilang di Bukit Fraser.
- Benny dan Melina tiba di rumah Soleh dan Faridah
pada jam 1:00 pagi.
2. Petang
- Pihak polis menamatkan OPS Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK) setelah usaha mencari Faridah dan
Iqbal selama dua minggu menemui kegagalan.
- Zain berbasikal ke Student Cafe dan bertemu Anne
yang kebetulan sedang mengalami kerosakan kereta.
- Benny dan Melina tiba di KLIA pada jam 2 petang untuk
bekerja di Malaysia.
- Mejar (B) Kamarudin mengambil inisiatif sendiri
mencari Faridah dan Iqbal dengan dibantu Buyung.
3. Senja
- Melina duduk di banglo miliknya di Marang untuk
menikmati keindahan laut pada waktu senja.
4. Malam
- Pak Imam Sohod mengetuai anak-anak kariah
membaca Yasin, memohon kepada Allah supaya diberi
petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat
kemalangan.
- Mejar (B) Kamarudin bermalam di hutan bersama-sama
Buyung dalam usaha mengesan anaknya, Faridah di
Bukit Kutu.
5. 1980
- Sepasang pelancong British hilang di Jalan Gap ketika
berbasikal di Kuala Kubu Baharu ke Bukit Fraser.
6. 1989
- PKM meletakkan senjata di Hattyai.
7. Zaman kolonial British (cerita bawah sedar)
- Amah Siti membawa Faridah keluar ke pasar di Bukit
Kutu.
- Faridah telah dijaga oleh Amah Siti di rumah Tuan Cecil
Rengking.

NILAI MURNI
1. Nilai ketabahan
Huraian: Faridah tabah menghadapi dugaan yang
bertimpa-timpa akibat kematian orang yang disayangi
iaitu adiknya Rahayu, ibunya Salmah, dan suaminya
Ghazali.
2. Nilai kegigihan
Huraian: Azrul gigih berusaha memajukan projek
ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.
3. Nilai bertanggungjawab
Huraian: Setelah ditinggalkan suami, Salmah bekerja di
sawah untuk menampung kehidupannya sebagai
memenuhi tanggungjawabnya menjaga Faridah.
4. Nilai cinta akan tanah air/patriotisme
Huraian: Sungguhpun sudah 25 tahun menetap di New
Zealand, Faridah tetap memegang kerakyatan Malaysia
kerana dia amat cinta akan tanah airnya.
5. Nilai taat pada ajaran agama/ketaatan
Huraian: Semasa di Cameron Highlands, setiap hari
Soleh menunaikan sembahyang di masjid secara
berjemaah.
Huraian: Faridah taat pada agama dan sentiasa mematuhi
ajaran agama walaupun telah lama tinggal di New
Zealand.
6. Nilai cinta akan budaya
Huraian: Datuk Azrul mengenakan baju Melayu Johor dan
bersongkok hitam semasa mengunjungi keluarga Faridah
di Cameron Highlands.
7. Nilai berdikari
Huraian: Golongan siswazah tidak seharusnya
menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak
kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad
untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu
dipersetujui oleh bapanya.
8. Nilai kasih sayang
- Nilai kasih sayang antara adik-beradik kembar.
Huraian: Rahayu sering merindui kembarnya Faridah.
Mereka seolah-olah berhubung secara bawah sedar.
- Nilai kasih sayang ayah terhadap anak.
Huraian: Kamaruddin sanggup masuk ke dalam hutan
Bukit Kutu untuk mencari anaknya Faridah yang hilang.
- Nilai kasih sayang ibu terhadap anak.
Huraian: Salmah mengalami penderitaan jiwa setelah
kematian Rahayu. Dia juga akhirnya meninggal dunia
akibat tekanan perasaan yang terlampau rindu terhadap
Rahayu.
- Nilai kasih sayang isteri terhadap suami.
Huraian: Melina ke Dubai untuk mencari suaminya
Benny. Melina akhirnya menetap di Dubai di samping
suaminya.
- Nilai kasih sayang terhadap seorang sahabat.
Huraian: Azrul sentiasa menemani Rahayu di hospital
ketika dia tiada kuliah. Azrul berusaha
menggembirakan hati Rahayu yang menderita akibat
kanser.
- Nilai kasih sayang ibu tiri terhadap anak tiri.
Huraian: Mak cik Hamidah iaitu ibu tiri Rahayu amat
menyayangi dan menjaga Rahayu dengan baik
walaupun Rahayu cuma anak tirinya.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menerima ketentuan takdir dengan hati
yang terbuka.
Huraian: Azrul menerima kematian Rahayu dengan hati
yang tenang.
Huraian: Faridah menerima ketentuan takdir atas
kematian adik kembar kesayangannya Rahayu akibat
barah paru-paru. Selepas itu dia juga kehilangan ibu
kesayangannya dan suaminya yang tercinta Ghazali.
2. Kita hendaklah berpegang kuat kepada agama
(mematuhi ajaran dan tuntutan agama).
Huraian: Faridah tetap berpegang kepada agama Islam
walaupun dia telah tinggal di luar negara selama 25
tahun.
Huraian: Soleh menunaikan sembahyang di masjid
pada setiap hari dan selalu menderma kepada badan
kebajikan.
3. Kita perlu mengamalkan budaya bangsa kita.
Huraian: Faridah mengenakan baju kurung dan
selendang semenjak balik ke tanah air.
4. Kita hendaklah menghargai dan mencintai alam sekitar.
Huraian: Azrul yang menyertai Persatuan Pencinta
Alam dan Hutan telah mengadakan banyak program
bagi mendedahkan pelajar kepada kepentingan
menjaga alam sekitar.
5. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan.
Huraian: Salmah sanggup bekerja di sawah bagi
menampung kehidupan bersama-sama dengan
anaknya Faridah setelah Kamarudin meninggalkan
mereka.
Huraian: Walaupun Hamidah ibu tiri kepada Rahayu, dia
memberikan kasih sayang, mendidik malah menemani
Rahayu yang terlantar sakit di hospital.
6. Kita hendaklah tolong-menolong kepada orang yang
dalam kesusahan.
Huraian: Pelbagai agensi dan orang perseorangan
terlibat dalam usaha mencari dan menyelamatkan
Faridah.
7. Kita hendaklah memberikan kasih sayang kepada
keluarga.
Huraian: Kamarudin tidak menjenguk Faridah dan
menanyakan khabar berita selepas berkahwin lain dan
meninggalkan Faridah bersama bekas isterinya.
Huraian: Sebagai seorang ibu, Faridah berasa risau
akan anaknya Melina yang sarat mengandung seorang
diri.
8. Kita hendaklah berusaha memperoleh sesuatu.
Huraian: Kamarudin berusaha mencari anaknya Faridah
yang hilang di dalam hutan sehingga akhirnya berjaya
menemui Faridah dengan bantuan kawannya, Buyung.
Huraian: Azrul berusaha melaksanakan impiannya
untuk bekerja sendiri dan akhirnya menjadi penternak
kambing yang berjaya.
9. Kita hendaklah mengamalkan hidup berdikari.
Huraian: Walaupun mempunyai ijazah dalam bidang
pertanian, Azrul lebih senang berdikari dengan
mengusahakan ternakan kambing daripada kerja
makan gaji.
10. Kita perlulah mempunyai jati diri yang teguh walau di
mana-mana kita berada.
Huraian: Faridah sudah 25 tahun meninggalkan tanah
air dan tinggal di New Zealand, dia tetap
mempertahankan nilai kemelayuannya malah berazam
untuk kembali ke tanah airnya.
11. Kita perlulah gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.
Huraian: Azrul gigih memajukan projek ternakan
kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.
12. Kita janganlah terlalu mengharapkan tawaran kerja
makan gaji sahaja.
Huraian: Azrul bertekad untuk menjadi penternak
kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

PLOT
Plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara
peristiwa dalam sebuah cerita yang rapat pertaliannya
dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap
peristiwa dan gerak laku itu dari awal hingga akhir adalah
berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Plot novel
Kabus di Perbukitan bersifat kronologi. Plot kronologi ialah
plot yang disusun mengikut urutan, iaitu waktu atau
peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala
yang berlaku kemudian akan dikemudiankan. Tindakan
Mejar (B) Kamarudin berkahwin lain dan memisahkan
anaknya, Rahayu daripada pasangan kembarnya telah
menimbulkan pelbagai konflik, kepada Rahayu, Faridah, dan
isterinya atau ibu mereka. Walaupun plot novel ini banyak
disisipkan dengan unsur imbas kembali, namun pembaca
masih mudah untuk memahami dan menelusuri peristiwa-
peristiwa penting dalam novel.

BINAAN PLOT
4. klimaks/puncak

3. perumitan

2.perkembangan
5. peleraian

1. Permulaan

Terdapat empat peringkat binaan plot, iaitu:


(i) Permulaan
- Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri,
Kamarudin seorang tentera dan Salmah, yang
mempunyai sepasang anak kembar bernama Faridah
dan Rahayu.
- Pasangan kembar tersebut terpisah apabila
Kamarudin berkahwin lain dan membawa Rahayu
tinggal bersamanya, manakala Faridah dijaga oleh
ibunya, Salmah.
- Rahayu dan Azrul menuntut di Universiti Pertanian
Malaysia (UPM) manakala Faridah menjadi
sukarelawan Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK)
Suria.
(ii) Perkembangan
- Rahayu dikejarkan ke hospital setelah pengsan di
perpustakaan di UPM dan pada masa yang sama
Faridah mengalami kemalangan jalan raya apabila
van yang dipandunya tidak dapat dikawal lalu
terjatuh ke dalam gaung.
- Usaha menjejaki Faridah selama dua minggu gagal,
namun ayahnya Mejar (B) Kamarudin berjaya
menemui Faridah dengan bantuan mimpi kembarnya
Rahayu.
- Faridah dikejarkan ke hospital dan pada masa yang
sama, Rahayu menghembuskan nafasnya yang
terakhir di sisi Faridah.
- Faridah yang kematian ibu dan suaminya, Ghazali
berasa amat kecewa lalu mengikuti kursus
Community Services for Disable People di New
Zealand selama enam bulan dan terus menetap di
sana selama 25 tahun apabila Faridah berkahwin
dengan Soleh Johnsons. Mereka dikurniakan
sepasang anak kembar iaitu Melina dan Anne.
- Melina berkahwin dengan Jabbar al-Anbia atau
dikenali sebagai Benny dan Anne berkenalan dengan
Zain yang merupakan anak Azrul, bekas kekasih
Rahayu.
(iii) Puncak (klimaks)
- Faridah dan Soleh Johnsons pulang ke Malaysia
untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan
Zain yang merupakan pertemuan semula Faridah
dengan Azrul (bekas teman lelaki adiknya, arwah
Rahayu).
- Benny yang disyaki terlibat dengan aktiviti
pengganas melarikan diri ke Dubai dan meminta
isterinya Melina yang berada di Malaysia untuk
tinggal bersamanya di Dubai.
(iv) Peleraian
- Anne dan Zain mengambil alih syarikat penternakan
keluarga Johnsons di New Zealand manakala Datuk
Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan
kotej di Cameron Highlands.
TEKNIK PLOT/TEKNIK PENCERITAAN
(i) Pemerian
Huraian: Gambaran Azrul dan Rahayu yang sedang
menikmati sarapan pagi sambil memerhatikan gelagat
siswa dan siswi UPM yang lalu lalang di hadapan
mereka.
(ii) Dialog
Huraian: Dialog yang pendek-pendek dan pantas
antara Azrul dengan Rahayu. Mereka bersoal jawab
tentang tugasan yang diberi oleh pensyarah dan
program Kempen Save Our River.
(iii) Imbas kembali
Huraian: Peranan dan sejarah Rumah Rehat Sri Berkat
suatu masa dahulu. Semasa zaman kolonial, rumah
tersebut digunakan untuk berehat oleh pengurus-
pengurus ladang.
(iv) Imbas muka
Huraian: Buyong membuat andaian bahawa Mejar (B)
Kamarudin pasti akan terpesona dengan kawasan
Bukit Kutu.
(v) Suspens
Huraian: Pihak-pihak yang terlibat dalam operasi
pencarian Faridah dan Iqbal tertanya-tanya ke
manakah hilangnya jasad kedua-dua mangsa.
Huraian: Kehilangan Benny menimbulkan tanda tanya
hingga menyebabkan Melina membuat laporan polis.
Huraian: Azrul menyatakan bahawa dia sudah memiliki
gadis pilihan kepada bapanya.
(vi) Monolog dalaman - monolog dalaman digunakan untuk
menggambarkan perasaan watak melalui pengucapan
Huraian: Buyung bermonolog dalaman tentang
keadaan sejuk di Bukit Kutu ketika bersama-sama
dengan Kamarudin mencari Faridah dan Iqbal yang
hilang.
(vii) Kejutan
Huraian: Salmah terkejut menerima berita kehilangan
Faridah.