Anda di halaman 1dari 5

Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan, kematangan dan prestasi

Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan, kematangan dan prestasi adalah aktiviti


fizikal, keadaan sosial, variasi kaum dan etnik, pemakanan dan penyakit kanak-kanak
dan cuaca

Aktiviti fizikal

Dari segi aktiviti fizikal, aktiviti fizikal merupakan faktor terpenting dalam mengawal
berat badan dan mengekalkan keseimbangan yang sihat di antara komponen tisu
kanak-kanak yang berkembang.

Melakukan aktiviti fizikal secara konsisten akan meningkatkan prestasi dalam sukan,
stamina (daya tahan jantung, paru-paru dan peredaran darah) dan proses
tumbesaran tulang dalam kalangan kanak-kanak dan remaja

Individu yang melakukan jenis latihan fizikal yang berlainan akan mengembangkan
bentuk badan yang berbeza.

Begitu juga, penyelidikan telah menunjukkan kesan positif daripada program


senaman lasak pada kekuatan otot, ketahanan otot, dan keupayaan fizikal kerja
kanak-kanak.

Latihan rintangan untuk membentuk kekuatan tidak digalakkan untuk kanak-kanak


prabaligh kerana kuantiti hormon androgen dalam peredaran tidak mencukupi
untuk memberi kesan positif dan faktor keselamatan

Sebelum, semasa dan selepas pertumbuhan pesat remaja, lelaki yang aktif
mempunyai kuasa aerobik yang lebih berbanding yang lain

Keadaan sosial

Dari segi keadaan sosial, keadaan di mana seseorang kanak-kanak dilahirkan dan
dipelihara akan membawa kesan terhadap pertumbuhan dan kematangan.

Status sosioekonomi keluarga seseorang kanak-kana adalah faktor yang signifikan


dalam pertumbuhan dan kematangannya.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang kerap merokok sewaktu hamil lazimnya
mempunyai berat badan dan ketinggian yang rendah.

Pengaruh psikologi dan emosi juga memberi kesan terhadap pertumbuhan dan
kematangan kanak-kanak.

Variasi kaum dan etnik

Dari segi variasi kaum dan etnik, maksud kaum ialah sekumpulan manusia yang
berkaiat secara biologikal- satu kumpulan dengan peratusan baka yang sama dan
tinggi. Maksud etnik ialah sekumpulan manusia yang berkait dengan budaya.
Faktor etnik mempunyai pengaruh yang besar pada ketinggian, berat badan, warna,
ciri-ciri dan keanggotaan badan.

Kanak-kanak berbangsa putih akan menjadi putih dan tinggi malah rambut dan
warna mata, struktur muka ditadbir oleh etnik yang sama itu.

Pemakanan dan penyakit kanak-kanak

Dari segi pemakanan dan penyakit kanak-kanak, malnutrisi tenaga protein yang
kronik semasa hamil lazimnya mengakibatkan kelahiran anak yang kurang berat.
Bayi kelihatan kecil berbanding tempoh masa kelahirannya, dan sering kalinya
terencat.

Keadaan ini melambangkan status pemakanan yang rendah.

Kebanyakan kerencatan pertumbuhan berlaku semasa awal kanak-kanak dan remaja.

Akibat daripada keadaan ini, penyakit yang bahaya dan berjangkit dalam kanak-
kanak menjadi faktor kepada kerencatan pertumbuhan.

Antaranya adalah demam campak, masalah pernafasan seperti pneumonia dan sakit
kerongkong dan parasit usus seperti protozoa, cacing dan sebagainya.

Faktor cuaca

Dari segi faktor cuaca, kepanasan, kesejukan dan altitud tinggi boleh mempengaruhi
pertumbuhan dan kematangan.

Masalah fisiologi utama bagi penduduk yang bercuaca panas adalah pembebasan
haba yang berlebihan manakala bagi penduduk yang bercuaca sejuk adalah
penyimpanan haba.

Penduduk yang tinggal di altitud tinggi menghadapi masalah mengekalkan oksigen


dalam darah.

Dewasa di kawasan cuaca panas lazimnya mempunyai bentuk badan yang lurus dan
kurang berat berbanding mereka yang tinggal di kawasan sejuk.

Bagi penduduk di altitud tinggi, mereka mungkin menghadapi hipoksia. Kebanyakan


mereka mempunyai bentuk badan yang kecil, rendah dan kematangan lewat
berbanding mereka di paras laut. Walau bagaimanapun keadaan ini bergantung
pada paras ketinggian yang didiami oleh penduduk.

Pengaruh cuaca terhadap prestasi

Kesannya pengaruh cuaca terhadap prestasi adalah apabila seorang atlet bersukan
dalam cuaca panas, suhu badan dan kadar denyutan nadi bukan sahaja akan
meningkat, malah pengambilan oksigen akan turut meningkat. Kesannya, otot yang
terlibat akan menggunakan lebih banyak glikogen dan menghasilkan penghasilan
laktat dalam otot. Justeru, seornag atlet akan cepat menjadi penat dan lesu.
Tekanan separa oksigen yang berkurangan mengikut peningkatan ketinggian
menyebabkan penurunan tahap prestasi atlet di tempat tinggi. Pengurangan cerun
tekanan menyebabkan gangguan bekalan oksigen ke otot-otot yang berfungsi
semasa aktiviti cergas dijalankan.

Kanak-kanak di dalam aktiviti fizikal dan sukan

Kanak-kanak di dalam aktiviti fizikal dan sukan boleh dibahagikan kepada atlet
kanak-kanak dan arah aliran pertumbuhan, kematangan dan prestasi kanak-kanak

Atlet kanak-kanak

Atlet kanak-kanak boleh didefinisikan berdasarkan kejayaan di peringkat sekolah,


daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, dan peringkat kelab atau kumpulan
umur.

Atlet kanak-kanak lazimnya terdiri daripada mereka yang telah melalui proses
pemilihan berasaskan keperluan kemahiran sukan yang diceburi.

Saiz dan ketinggian menjadi faktor pemilihan tambahan bagi sesetengah sukan.

Kajian ke atas atlet kanak-kanak yang cemerlang menunjukkan mereka mula


bertanding secara kerap sejak 5 atau 6 tahun, dan kebanyakan berasal dari keluarga
yang aktif sukan.

Kanak-kanak lazimnya memilih sukan yang mereka ingin ceburi dan satu faktor yang
kritikal. Kanak-kanak perlu bermotivasi untuk berlatih dan bertanding.

Peranan jurulatih penting dalam pemilihan sukan kanak-kanak di peringkat


kemahiran dan pertandingan yang lebih tinggi.

Faktor-faktor lain penting dalam pemilihan sukan. Antaranya peluang ekonomi dan
jurulatih.

Bentuk sebaran atlet kanak-kanak adalah bersifat piramid, di mana terdapatnya


ramai atlet di peringkat novis (permulaan). Apabila tahap kemahiran dan
pertandingan meningkat, bilangan atlet yang berjaya menjadi kecil. Mereka yang
berada di peringkat paling tinggi lazimnya dikenali sebagai atlet elit.

Sukan kanak-kanak adalah popular dari 9-16 tahun dan tempoh ini memberi variasi
signifikan terhadap saiz, bentuk, komposisi badan, kekuatan dan prestasi motor yang
berkait dengan status kematangan biologi.

Arah aliran pertumbuhan,kematangan dan prestasi kanak-kanak

Dalam arah aliran pertumbuhan, kematangan dan prestasi kanak-kanak, Secara


puratanya, status kematangan awal berkait dengan saiz badan yang besar (L&P),
jisim otot dan bebas lemak yang besar (L) dan lebih lemak dalam perempuan.
Lelaki awal matang adalah lebih kuat berbanding lelaki normal atau lewat matang,
dan lebih baik dari aspek prestasi motor.

Apabila remaja mula berkembang, saiz dan status kematangan kurang penting di
dalam kebanyakan sukan.

Penurunan pertumbuhan dan kematangan pada lelaki awal matang di peringkat


pertengahan remaja dan peningkatan oleh lelaki lewat matang mengurangkan
jurang saiz yang kelihatan ketara semasa awal remaja, walaupun bentuk dan
komposisi badan masih menampakkan perbezaan.

Perkaitan antara status kematangan biologikal, kekuatan dan prestasi motor di


dalam perempuan adalah perempuan lewat matang menunjukkan prestasi motor
yang lebih baik.

Perempuan awal matang lebih berat dan gemuk di peringkat lewat remaja manakala
perempuan lewat matang lebih kurus dan kurang lemak.

Oleh yang demikian, ciri pertumbuhan dan kematang dan atlet kanak-kanak perlu
dilihat dari dua perspektif iaitu semasa awal dan pertengahan remaja (9-14/15
tahun) apabila variasi berkait kematangan dalam saiz jelas serta semasa lewat
remaja (15-17 tahun) apabila kumpulan lewat matang mengurangkan jurang variasi
berkait kematangan.

Kemahiran dan lazimnya ciri-ciri fizikal akan memberi kanak-kanak kelebihan awalan
dalam penglibatan sesuatu sukan dan pertandingan.

Status kematangan biologikal awal, disertai dengan kelebihan saiz dan kekuatan,
merupakan aset kepada kejayaan dalam sukan di peringkat awal remaja.

Atlet kanak-kanak lelaki dalam sukan besbol, ragbi, renang dan larian seringkali
menunjukkan kemajuan di dalam kematangan rangka dan seksual.

Prestasi dalam sukan ini banyak bergantung pada kekuatan dan kuasa; saiz badan
dan jisim otot yang besar yang berkait dengan status kematangan awal adalah satu
aset.

Atlet kanak-kanak perempuan di dalam sukan gimnastik, larian, figure skating dan
ballet sering kali lewat dalam kematangan biologikal berbanding populasi umum dan
status kematangan perenang kanak-kanak sering kali lebih awal atau normal.

Atlet gimnastik, figure skating dan ballet mempunyai umur haid yang lewat
berbanding perenang dan bukan atlet.

Kajian dalam liga sofbol antarabangsa untuk kanak-kanak perempuan 9-12 tahun
mendapati mereka yang mempunyai saiz badan dan kematangan awal adalah lebih
berjaya dalam permainan ini. Ini dapat dilihat dari aspek kemahiran memukul dan
membaling bola.
Bentuk dan komposisi badan perempuan lewat matang adalah lebih sesuai untuk
sukan yang mencabar.

Atlet perempuan mempunyai kurang lemak berbanding bukan atlet khususnya


semasa remaja, dan ini adalah lebih ketara dalam perempuan berbanding lelaki.

Kuasa aerobik maksimum mutlak dan relatif adalah lebih di dalam atlet kanak-kanak
yang berlatih kerap dalam sukan daya tahan seperti berenang, berlari dan berbasikal.

Kanak-kanak yang berlatih untuk sukan daya tahan mempunyai isipadu jantung yang
lebih besar, kadar denyatan nadi yang rendah, isipadu darah yang tinggi,
haemoglobin darah yang tinggi dan isipadu paru-paru yang besar.