Anda di halaman 1dari 4

S Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

dan salam sejahtera 1 Malaysia


G1 kepada semua guru,
G2 sahabat-sahabat
G3 dan teristimewa buat
S Tuan Haji Mohd Sukeran bin Yusof

S Cikgu Sukeran,
G1 Adakah cikgu tahu
G2 Bahawa bagai air yang mengalir.
G3 Tiba jua kiranya di muara,
S Perpisahan mengimbau
S makna sebuah rindu,
S pada jejak-jejak yang lalu,
S Seribu liku!

ZIRU Cikgu!
AZIMAH Suatu hari nanti
AM Bila cikgu berdiri
NISA Melihat denai-denai kenangan,
G3 Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
G2 Barangkali, terdengar nanti,
G1 Suara bisikan melankolia,
B1 Ucap salam anak-anak remaja,
AQIL TJI Assalamualaikum!
B2 Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.

P Duhai Cikgu Sukeran


L Pembina Negara Bangsa
P Yang mengisi dada anak bangsa
L Dengan ilmu dan perasaan kasih sayang
ALIF TJI Chop! 1 2 3
S Andainya ada di antara kita nanti
S Berubah hala serta memungkiri janji
S Jangan ada benci
S Suka dan duka dilalui
S Jadikan kenangan di sudut hati

PUTERI Kini, sudah di penghujung kerjayamu duhai Cikgu


PUTERI Namun tak bererti sebuah pengakhiran
AMRI Ilmu yang disampaikan terus jadi amalan
AMRI Moga anak didik yang cikgu sayangi
AMRI Menjadi insan

P Duhai Cikgu
P Sudah bermusim kita bersama di sini
P Banyak cerita yang kita kongsi
P Hingga, kenal hati dan budi
L Sebak, sayu, ditinggal pergi
L Namun, jangan ditangis perpisahan ini
L Kerana kami di sini, tak pernah melupakan

S Ketahuilah duhai Cikgu


G1 Perpisahan ini aaamat memeritkan
G2 Kau, akan kami rindui
G3 Selagi nafas masih ada

FARIZ Cikgu,
FARIZ Bagai air yang mengalir,
KAKAK Tiba jua kiranya di muara waktu,
FATIHA M Pasti tersisa kenangan yang terindah,
S Berhias luka tidak berdarah,
ADIK Kesementaraan waktu mengutus seribu rindu,
SYAFIQ Kerana sekali dipanggil guru,
S Selamanya pun bergelar guru.

SHAHMIR Selamat tinggal suara-suara ceria,


QISTINA Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
B1 Bilik darjah dan anak-anak bangsa,
B2 Pejabat, tugas dan pembantu ikhlas,
S Bilik guru dan timbunan buku,
S Ruang kantin tempat mesra terjalin.

MURSYID Selamat tinggal seribu kerenah,


AYIE Datang dan pergi pelbagai wajah,
AQMAL Bercampur gembira bersisip gundah,
AIN FATIHA Bergema didikan beralas madah,
P Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!

L Selamat datang persaraan,


B1 Kerana segalanya hanya kesementaraan,
B2 Melengkapi perjalanan,
S Sebuah kehidupan!

G1 Bagai air yang mengalir,


G2 Tiba jua kiranya di muara waktu,
G3 Di sini kami pasti merindu,
B1 Hakikat seorang individu,
B2 Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
S Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!

L Selamat berangkat dalam doa berkat,


P Selamat istirehat dari segala muslihat,
L Selamat bersara dengan senyuman mesra!
P Senyumlah seindah suria,
B1 Setelah mencurahkan segala-galanya,
B2 Pasti beroleh keredhaan-Nya.
S Terima kasih Cikgu
S Yang mengajar kami dulu
L membawa kami ke ladang-ladang ilmu
P dengan sabar tak kenal jemu
L kini kami petik buah kejayaan itu
P dari pohon jasa seharum narwastu.

S Terima kasih Cikgu Sukeran


S yang merungkai erti kehidupan
L menanam benih-benih kemanusiaan
P memadam puntung-puntung kesombongan
L bagai bintang di kegelapan malam
P di tengah lautan jadi pedoman.
G3 Terima kasih Cikgu Sukeran
G2 yang membugar perkebunan budi
G1 lembut menyiram akal pekerti
B1 tekun menyemai mulia peribadi
B2 jasa baktimu terhampar pasti
S moga Tuhan sentiasa memberkati.

S Terima kasih guru tercinta


AZIRAH menyahut cabaran semangat perkasa
AMMAR memperkukuh iltizam membina bangsa
ARIQAH gelanggang pendidikan diri diperhamba
HARRAZ modal insan dijana dipelihara
WAWA melahirkan pemimpin memacu negara

BOBOI Bagai air yang mengalir,


SHAMIMI Sampai di sini kenangan indah pasti terukir
NABIL Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
FATIN Membuang segala kerikil bersalut di hati,
AIMAN Yang terkhilaf dimaafi,
ACHONG Yang sesal diinsafi,
AIN Z Yang lebih dibahagi,
JIHA Yang kurang dilengkapi,
DANISH Agar saat perpisahan ini indah,
BELA Terlerai segala rasa gundah,
L Tersirna cebisan amarah,
P Terurai segala bercanggah

S Andainya cita-cita tidak kesampaian


S Ikatan murni terputus di pertengahan
S Jangan dikesalkan
S Jangan lantaran kegagalan
S Kita berdendam saling bermusuhan
S Ungkit-mengungkiti
S Sakit-menyakiti memusnahkan diri
S Kita harus tabah dan bersedia
S Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
S Kadangkala yang berlaku
S Di luar kemahuan kau dan aku

S Andainya cita-cita tidak kesampaian


S Ikatan murni terputus di pertengahan
S Jangan dikesalkan

S Jangan lantaran kegagalan


S Kita berdendam saling bermusuhan
S Ungkit-mengungkiti
S Sakit-menyakiti memusnahkan diri

ALIF BADAK UP!


FARRIZ Ya Allah, Amin
FARRIZ Bukakanlah pintu-pintu kebaikan, Amin
FARRIZ Pintu-pintu keselamatan, Amin
FARRIZ Pintu-pintu kesihatan, Amin
FARRIZ Pintu-pintu nikmat, Amin
FARRIZ Pintu-pintu keberkatan, Amin
FARRIZ Pintu-pintu kekuatan, Amin
FARRIZ Pintu-pintu cinta sejati, Amin
FARRIZ Pintu-pintu kasih sayang, Amin
FARRIZ Pintu-pintu rezeki, Amin
FARRIZ Pintu-pintu ilmu, Amin
FARRIZ Pintu-pintu keampunan, Amin
FARRIZ Pintu-pintu syurga, Amin
S Buat guru kami
S Tuan Haji Mohd Sukeran bin Yusof
S Amin Ya Rabbal Alamin
ALIF BADAK UP!
B1 Seikhlas
B2 Sehati
G1 Sejiwa
G2 Dari kami
G3 Pendikir bicara seirama
S Anak-anak didik SMK Jengka 16

Anda mungkin juga menyukai