Anda di halaman 1dari 1

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan

berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai
contoh, meniru pergerakan keretaapi. Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang
menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan
lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut
pergerakan. Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi,
skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.
Manakala, pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa
beredar pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor.

Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan
pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh, melambung, membaling,
menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan
kompang). Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan
bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Selain itu, pergerakan ini juga merupakan
kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil kerana ia lebih tertumpu kepada
pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Tambahan
pula, pergerakan bukan lokomotor tidak mengubah dasar menyokong pelaku
pergerakan. Sebagai contah, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola)
dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan ini dapat
diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam
aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas
badan, memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik,
menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi.

Anda mungkin juga menyukai