Anda di halaman 1dari 17

Tajuk : Analisis kualitatif garam

Tujuan : Untuk menentukan kation dan anion sesuatu sebatian.

Teori :

Garam dan air merupakan hasil daripada tindak balas peneutralan antara asid
dan bes. Garam ialah sebatian ionik yang terdiri daripada kation iaitu ion logam atau
ion ammonium daripada bes dan anion daripada asid. Kation ialah ion bercas positif
manakala anion ialah ion bercas negatif. Kation dalam sebatian garam seperti ion Na +,
K+, Mg2+, Al3+, NH4+ dan sebagainya. Anion dalam sebatian garam seperti ion Cl-, SO42-,
NO3-, CO32- dan sebagainya.

Kation dan anion dalam sesuatu sebatian garam dapat ditentukan dengan
kaedah kimia analisis kualitatif. Analisis kualitatif sesuatu sebatian garam menentukan
kation dan anion dalam sesuatu sebatian dengan menganalisis sifat-sifat fizik dan kimia
sebatian dan seterusnya menentukan sebatian itu. Kaedah kimia tersebut hanya dapat
menentukan kehadiran atau tidak sesuatu ion dalam sebatian dan tidak dapat
menentukan kuantiti ion yang hadir dalam sebatian. Pemerhatian awal terhadap sifat-
sifat fizik sesuatu sebatian garam seperti warna, rupa bentuk dan keterlarutan dalam air
boleh dilakukan untuk menunjukkan kemungkinan kehadiran ion tertentu dalam
sebatian garam tersebut. Ujian kimia perlu dijalankan untuk menentukan ion tersebut.
Dalam hal ini, ujian bagi gas yang dibebaskan dari tindak balas sebatian dan kesan
haba ke atas sebatian garam perlu dilakukan untuk menentukan ion-ion tertentu dalam
sebatian garam. Ujian pengesahan perlu dijalankan kepada kation dan anion.

Bahan : Campuran Y, air suling, kertas litmus merah dan biru, kayu uji, mancis, air
kapur, larutan argentum nitrat, asid nitrik cair, larutan barium nitrat, larutan
kalsium klorida, larutan natrium hidroksida, larutan ammonia, larutan kalium
heksasianoferat(ll).

Alat Radas : Bikar 100 cm3, rod kaca, corong turas dan kertas turas, tabung-tabung uji,
rak tabung uji, gabus dan salur penghantar, spatula.

Prosedur :

a) Y ialah suatu campuran yang terdiri daripada dua sebatian: satu larut dan suatu
tidak larut dalam air. Ujian-ujian dijalankan seperti ditunjukkan dalam Jadual 1
pada campuran Y.
b) Satu kation dan dua anion yang hadir dalam campuran Y dikenalkan.
c) Semua pemerhatian dan inferens direkodkan pada ruang yang disediakan di
Jadual 1.

Keputusan :

Jadual 1 : Pemerhatian dan inferens berdasarkan ujian-ujian pada campuran Y.

Ujian Pemerhatian Inferens


1 Air suling dicampurkan kepada campuran Y Baki merupakan Baki pepejal yang
dalam bikar kecil dan dikacau kuat-kuat pepejal yang berwarna putih tidak dapat
dengan rod kaca. Campuran dituraskan. berwarna putih larut dalam hasil turasan
Baki dan hasil turasan disimpan. dan hasil turasan cecair yang tiada
merupakan cecair berwarna.
yang tiada warna
dihasilkan.

2 Hasil turasan daripada (1) dibahagikan


kepada 3 bahagian.

a) Larutan argentum nitrat AgNO3(ak) Mendakan putih Hasil turasan campuran Y


ditambahkan diikuti dengan asid nitrik cair, terbentuk tetapi tidak mempunyai ion
HNO3(ak) kepada bahagian pertama. larut dalam asid klorida tetapi mungkin
nitrik cair yang mengandungi ion sulfat
berlebihan. atau ion karbonat.

b) Larutan barium nitrat Ba(NO3 )2(ak) Mendakan putih Hasil turasan campuran Y
dicampurkan diikuti oleh asid nitrik cair, terbentuk. mengandungi ion sulfat.
kepada bahagian kedua.

c) Larutan kalsium klorida CaCl2(ak) Sedikit mendakan Hasil turasan campuran Y


dicampurkan kepada bahagian ketiga. putih terbentuk mengandungi ion sulfat.

3 Baki daripada (1) dipindahkan ke dalam Gas yang Gas yang terbebas
sebuah tabung uji. Asid nitrik cair HNO3(ak) terbebas mengandungi karbon
dicampurkan sehingga tiada perubahan mengeruhkan air dioksida. Baki mempunyai
berlaku. Sebarang gas yang terbebas diuji. kapur dan ion karbonat sebagai
menukarkan anion.
warna kertas
litmus biru
kepada merah.
Larutan yang terhasil dibahagikan kepada 3 Mendakan putih Larutan ini mungkin
bahagian. larut dalam NaOH mengandungi ion zink, ion
yang berlebihan. aluminium atau ion
a) Larutan natrium hidroksida, NaOH(ak) plumbum sebagai kation.
dicampurkan kepada bahagian pertama.

b) Larutan ammonia, NH3(ak) dicampurkan Mendakan putih Larutan ini mungkin


kepada bahagian kedua. terbentuk dan mengandungi ion zink
larut dalam sebagai kation.
ammonia yang
berlebihan.

c) Larutan kalium heksasianoferat(ll), Mendakan putih Larutan ini mungkin


K4Fe(CN)6 dicampurkan kepada bahagian terbentuk. mengandungi ion kalsium,
ketiga. ion zink atau ion plumbum
sebagai kation.

Perbincangan :

Melalui eksperimen yang saya jalankan, saya dapat menentukan kation dan
anion campuran Y. Kation ialah ion zink, manakala anion ialah ion karbonat dan ion
sulfat. Hal ini kerana ujian-ujian tertentu telah menunjukkan kehadiran ion zink sebagai
kation dan kehadiran ion karbonat dan ion sulfat sebagai anion.

Pertama sekali, air suling dicampurkan kepada campuran Y dalam bikar kecil
dan dikacau kuat-kuat dengan rod kaca. Campuran dituraskan. Baki dan hasil turasan
disimpan. Baki merupakan pepejal yang berwarna putih dan hasil turasan merupakan
cecair yang tiada warna dihasilkan. Baki tertinggal di atas kertas turas dalam corong
turas menunjukkan baki pepejal tidak dapat larut dalam hasil turasan cecair.

Ujian terhadap hasil turasan dijalankan dahulu. Hasil turasan dibahagikan


kepada tiga bahagian. Larutan argentum nitrat AgNO3(ak) ditambahkan diikuti dengan
asid nitrik cair, HNO3(ak) kepada bahagian pertama. Mendakan putih terbentuk apabila
larutan argentum nitrat ditambah masuk tetapi mendakan putih itu larut dalam asid
nitrik cair yang berlebihan. Hal ini menunjukkan hasil turasan campuran Y tidak
mempunyai ion klorida tetapi mungkin mengandungi ion sulfat atau ion karbonat.
Argentum sulfat, Ag2SO4 atau argentum karbonat, Ag2CO3 merupakan garam yang tidak
dapat larut dalam air dan membentuk mendakan putih dalam air. Apabila larutan
argentum nitrat ditambah masuk ke dalam hasil turasan yang mungkin mengandungi
ion sulfat atau ion karbonat sebagai anion, mendakan putih terbentuk. Ion argentum,
Ag+ dari argentum nitrat bergabung dengan ion sulfat, SO 42- atau ion karbonat, CO32-
untuk menjadi argentum sulfat atau argentum karbonat. Tindak balas tersebut boleh
dutunjukkan dalam persamaan ionik di bawah:

Persamaan ionik : Ag+ (ak) + SO42- (ak) Ag2SO4 (p)

Ag+ (ak) + CO32- (ak) Ag2CO3 (p)

Mendakan putih tersebut akan larut dalam asid nitrik cair yang berlebihan. Asid nitrik
cair ditambah masuk ke dalam hasil turasan untuk mengelakkan pembentukan
mendakan yang disebabkan oleh ion sulfat atau ion karbonat. Jika mendakan putih
masih tidak dapat larut dalam hasil turasan apabila HNO 3 ditambah masuk, maka ia
mempunyai ion klorida. Jika mendakan putih larut dalam hasil turasan apabila HNO 3
ditambah masuk, maka ia mempunyai ion sulfat atau ion karbonat. Keputusan ini telah
menunjukkan kehadiran ion sulfat atau ion karbonat dalam hasil turasan.

Larutan barium nitrat BaNO3(ak) dicampurkan diikuti oleh asid nitrik cair, kepada
bahagian kedua hasil turasan campuran Y. Mendakan putih yang terbentuk
menunjukkan ion sulfat mungkin hadir dalam hasil turasan. Mendakan putih tersebut
mungkin merupakan barium sulfat, BaSO4. Ion barium, Ba2+ dari barium nitrat
bergabung dengan ion sulfat, SO42- untuk menjadi barium sulfat seperti ditunjukkan
dalam persamaan ionik di bawah. Barium sulfat merupakan garam yang tidak dapat
larut dalam air dan berbentuk mendakan putih.

Persamaan ionik : Ba2+ (ak) + SO42- (ak) BaSO4 (p)

Walaupun asid nitrik cair ditambah masuk, mendakan putih tersebut masih tidak dapat
larut dalam air. Asid nitrik cair ditambah masuk ke dalam hasil turasan untuk
mengelakkan pembentukan mendakan yang disebabkan oleh ion karbonat. Jika
mendakan putih larut dalam hasil turasan apabila HNO 3 ditambah masuk, maka ia
mempunyai ion karbonat. Jika mendakan putih masih tidak dapat larut dalam hasil
turasan apabila HNO3 ditambah masuk, maka ia mempunyai ion sulfat. Keputusan ini
menunjukkan kehadiran ion sulfat dalam hasil turasan.

Larutan kalsium klorida, CaCl2 dicampurkan kepada bahagian ketiga hasil


turasan campuran Y. Sedikit mendakan putih yang terbentuk menunjukkan ion sulfat
mungkin hadir dalam hasil turasan. Mendakan putih tersebut mungkin merupakan
kalsium sulfat, CaSO4. Ion kalsium, Ca2+ dari kalsium klorida bergabung dengan ion
sulfat, SO42- untuk menjadi kalsium sulfat seperti ditunjukkan dalam persamaan ionik di
bawah. Kalsium sulfat juga merupakan garam yang tidak dapat larut dalam air dan
berbentuk mendakan putih.

Persamaan ionik : Ca2+ (ak) + SO42- (ak) CaSO4 (p)

Ujian terhadap baki dijalankan. Baki dipindahkan ke dalam sebuah tabung uji.
Asid nitrik cair, HNO3 dicampurkan sehingga tiada perubahan berlaku. Sebarang gas
yang terbebas diuji dan mendapati gas yang terbebas dapat mengeruhkan air kapur
dan menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah. Gas yang terbebas
merupakan gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida yang sedikit bersifat asid akan
menukarkan warna biru kertas litmus kepada merah. Pembebasan gas karbon dioksida
menunjukkan baki tersebut mempunyai ion karbonat sebagai anion. Apabila asid nitrik
cair dicampurkan dengan baki, pembuakan gas akan berlaku dan asid karbosilik akan
terhasil. Aisd karbosilik akan terurai kepada gas karbon dioksida dan air.

Campuran baki dengan asid nitrik cair dibahagikan kepada 3 bahagian. Larutan
natrium hidroksida, NaOH dicampurkan kepada bahagian pertama. Mendakan putih
terbentuk tetapi larut dalam NaOH yang berlebihan. Hal ini menunjukkan larutan ini
mungkin mengandungi ion zink, ion aluminium atau ion plumbum sebagai kation.
Larutan ammonia, NH3 dicampurkan kepada bahagian kedua campuran baki
dengan asid nitrik cair. Mendakan putih terbentuk dan larut dalam ammonia yang
berlebihan. Hal ini menunjukkan larutan ini telah mengandungi ion zink sebagai kation.

Larutan kalium heksasianoferat(ll), K4Fe(CN)6 dicampurkan kepada bahagian


ketiga campuran baki dengan asid nitrik cair. Mendakan putih terbentuk dan keputusan
ini menunjukkan larutan ini mungkin mengandungi ion kalsium, ion zink atau ion
plumbum sebagai kation.

Bagi hasil turasan, kita dapat merumuskan ion sulfat hadir dalam hasil turasan
dan ion zink hadir sebagai kation dan ion karbonat hadir sebagai anion dalam baki.

Kesimpulan : Satu kation dalam campuran Y ialah ion zink, dua anion dalam
campuran Y ialah ion sulfat dan ion karbonat.

Soalan :

1. Tuliskan persamaan ion yang seimbang bagi tindak balas yang berlaku dalam
ujian-ujian berikut (Gunakan simbol sebenar bagi kation dan anion yang
terlibat).
(a) Ujian 2(c)
Persamaan ionik : Ca2+ (ak) + SO42- (ak) CaSO4 (p)

(b) Ujian 3(a)


Persamaan ionik : Zn2+ (p) + OH- (ak) Zn(OH)2 (ak)

2. Jelaskan mengapa campuran perlu dituras dalam ujian 1.


Proses penurasan dijalankan bagi memisahkan garam yang tidak larut dan
garam yang larut. Dengan itu, ujian pengesahan kation dan anion dapat
dijalankan untuk menguji kation dan anion dalam garam dalam campuran Y.

3. Terangkan kegunaan larutan natrium hidroksida dan larutan ammonia dalam


eksperimen di atas.
Larutan natrium hidroksida dan larutan ammonia digunakan untuk
mengesahkan kation dalam garam. Kita boleh memerhati warna mendakan dan
keterlarutan garam apabila larutan NaOH dan larutan NH3 ditambah dengan
berlebihan.
4. Apakah tujuan menggunakan larutan kalium heksasianoferat(ll) dalam ujian
3(c)?
Larutan kalium heksasianoferat(ll) dapat menguji kehadiran ion Fe 2+ dengan
menukarkan warna kepada biru muda dan kehadiran ion Fe 3+ dengan
menukarkan warna kepada biru tua. Larutan ini juga dapat menguji kehadiran
ion Cu2+ dengan menukarkan warna kepada perang. Larutan ini juga dapat
menguji kehadiran ion Ca2+, ion Zn2+ dan Pb2+ dengan menukarkan warna
kepada putih.

5. Campuran Y terdiri daripada dua sebatian ion, yang masing-masing terdiri


daripada satu kation dan satu anion. Ramalkan satu lagi kation yang hadir
dalam campuran Y yang tidak dapat dikesan oleh ujian-ujian di atas. Jelaskan
jawapan anda.
Kation yang hadir juga dalam campuran Y mungkin ialah ion natrium. Semua
jenis garam yang mempunyai ion natrium sebagai kation yang tidak berwarna
akan larut dalam air. Natrium sulfat merupakan garam yang larut dalam air.

Rujukan

Chau Kok Yew. (2010). Bilingual express chemistry Form 4. Bangi : Pelangi Multimedia
Sdn. Bhd

Eng, N.H., Lim, E.W., & Lim, Y.C. (2013). Focus 4U Chemistry SPM. Selangor.
Malaysia: Penerbitan Pelangi.

Loh, W.L., & Tan, O.T. (2014). Whizz Thru Kimia SPM. Selangor. Malaysia: Oxford
Fajar.
Lampiran
Alat radas dan bahan disediakan
dahulu sebelum mula menjalankan
eksperimen.
Campuran Y.

Air suling ditambah ke dalam


campuran Y dalam bikar kecil.
Campuran Y dituraskan untuk
mengasingkan garam larut dan garam
tidak larut.

Mendakan putih terbentuk dalam hasil


turasan apabila larutan argentum
nitrat ditambah masuk tetapi larut
dalam asid nitrik cair yang berlebihan.
Mendakan putih terbentuk dalam hasil
turasan apabila larutan barium nitrat
ditambah masuk dan tidak larut dalam
asid nitrik cair yang berlebihan.

Sedikit mendakan putih terbentuk


dalam hasil turasan apabila larutan
kalsium klorida ditambah masuk.

Baki ditambah air suling.


Biru kertas litmus bertukar warna menjadi
merah dan air kapur dikeruhkan menunjukkan
gas yang terbebas ialah gas karbon dioksida.
Mendakan putih terbentuk apabila
larutan NaOH dicampur dengan baki
dan asid nitrik cair dan mendakan
putih itu larut dalam NaOH yang
berlebihan.

Mendakan putih terbentuk apabila


larutan ammonia dicampur dengan
baki dan asid nitrik cair dan
mendakan putih itu larut dalam
ammonia yang berlebihan.
Mendakan putih terbentuk apabila
larutan kalium heksasianoferat (ll)
dicampur dengan baki dan asid nitrik
cair

Anda mungkin juga menyukai