Anda di halaman 1dari 3

AKTIVITI-AKTIVITI GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH

(DI BAWAH PROGRAM NILAM)

1. Buat Seekor Ulat Buku – Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad
manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk
membentuk segmen ‘ulat buku’.
2. Rakan Membaca – Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya
sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk
berkongsi pengalaman membaca.
3. Mendirikan Satu Program Membaca – Pelajar menguruskan masa untuk
membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat
diperolehi.
4. Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri – Pelajar dalam satu kumpulan
atau sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti
yang tersendiri.
5. Diari Membaca Mingguan – Pelajar menyemak kemajuan membacanya
minggu demi minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang
dibaca.
6. Ulasan Buku Mobail – Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk
memaparkan ulasan buku di bilik darjah.
7. Menghayati Puisi – Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi
yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.
8. Baris Demi Baris- Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi
untuk memahami sebauah puisi dengan lebih baik.
9. Mengumpul Perkataan – Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk
mengumpul perkataan menurut ‘kumpulan’ supaya mereka dapat membuat
rujukan dengan mudah.
10. Kisahkan Semula Sebuah Cerita – Pelajar melukis beberapa adegan
daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis – Pelajar melukis beberapa
adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis semula cerita
dengan perkataan sendiri.
11. Melukis Model – Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca
gambaran tentang suatu tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah
buku cerita supaya masing-masing mendapat giliran melukis gambaran
tersebut, dan membandingkannya kemudian.
12. Halaman Masalah – Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama
dalam sebuah buku cerita, pelajar menulis tentang masalah yang dihadapinya
dalam sepucuk surat kepada halaman masalah dalam majalah kegemarannya.
13. Kerangka Cerita – Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya
fiksyen berdasarkan latar, watak, masalah dan penyelesaian.
14. Urutan Cerita – Pelajar menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita
yang disukainya untuk menamatkan cerita itu seperti yang diingininya.
15. Apa Yang Diberitahu Kepada Kamu? Pelajar membaca sepintas lalu
beberapa perenggan daripada sebuah buku cerita, dan memikirkan apa idea
utama perenggan-perenggan itu.
16. Pesan Tersirat – Pelajar mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita, puisi
dan novel untuk mencungkil mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam
karyanya.
17. Luaskan Idea Kamu – Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan
idea dan kefahamannya berdasarkan sebuah cerita menarik yang dibacanya.
Misalnya dengan menggunakan segala maklumat tentang watak utama, dia
memerihalkan keadaan watak itu pada zaman kanak-kanak.
18. Dua Aktiviti Dengan Lakonan – Pelajar dapat meningkatkan kefahaman
tentang sesebuah cerita dengan menterjemahkannya ke dalam bentuk lakonan,
dan kemudian melakonkannya di dalam kelas.
19. Tamu Minggu Ini – Pelajar membayangkan diri sebagai penerbit TV yang
ingin menampilkan watak kegemarannya dalam rancangan ‘Tamu Minggu
Ini’. Oleh itu dia terpaksa menyediakan suatu ringkasan mengenai watak
seperti nama, keluarga dan pencapaiannya.
20. Membanding Dan Membeza – Pelajar menggunakan rajah Venn untuk
membandingkan keadaan sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu
peristiwa yang dialaminya, atau membandingkan dua watak dalam sebuah
cerita.
21. Merentas Dunia – Pelajar membaca buku tentang sebuah negeri dan
mencatatkan maklumat seperti ibu negeri dan kehidupan rakyatnya.
22. Mengumpul Maklumat – Sambil membaca, pelajar mengisi beberapa kotak
disekeliling satu tajuk dengan fakta-fakta atau maklumat penting berkaitan
dengan tajuk itu dan kemudian menyusun nota-nota itu menurut urutan yang
munasabah.
23. Buat Sebuah Buku Fakta – Pelajar mencari fakta-fakta menarik daripada
ensaiklopedia dan kemudian menyalin dan melengkapkannya untuk membuat
sebuah buku.
24. Berkongsi Dan Berbincang – Berpasangan, pelajar menerokai dan membaca
bersama-sama sebuah buku untuk mencari maklumat tentang satu tajuk yang
dipilih mereka.
25. Merancang Satu Persembahan – Kumpulan-kumpulan pelajar merancang
dan mengelola suatu persembahan berdasarkan sebuah carita yang telah
dibaca.
26. Biodata Tokoh Terkenal – Pelajar membuat profil seoramg tokoh yang
diminati menggunakan seberapa banyak punca maklumat yang dapat
diperolehi.
27. Cari Khazanah!/Sumber Hunt Berpandukan satu salinan peta, pelajar
menulis arahan dan membacakan arahan itu kepada kawan-kawannya untuk
memandu mereka mencari khazanah yang disembunyikannya di suatu tempat
dalam peta itu.
28. Membaca Gambar Rajah – Berpasangan, pelajar mengambarkan gambar
rajah yang dipilih dari sebuah buku supaya rakannya dapat melukis gambar
rajah itu hanya dengan mendengar gambarannya.
29. Surat Berita – Pelajar-pelajar menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil
dari aktiviti-aktiviti menarik dan menerbitkannya dalam bentuk surat berita.
30. Buku Ditangan – Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku dimana-mana saja
mereka berada.
31. Projek Pukal – Kotak buku bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan
dikendalikan oleh guru kelas. Buku sentiasa ditukar ganti.
32. Anotasi Buku – Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui
proses pengajaran dan pembelajaran.
33. Khemah Membaca – Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran
pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek. Pelajar akan mempamirkan
hasilan projek dan persembahan di akhir kursus.
34. Kuiz Bestari –Kuiz berkaitan dengan matapelajaran di sekolah.
35. 30/40 Minit Bersama Buku – AJK projek memilih hari dan masa yang sesuai
mengikut jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya
melibatkan semua warga sekolah. Aktiviti membaca ditetapkan oleh guru
matapelajaran pada waktu tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program
dan buku catatan membaca.
36. Minggu Galakkan Membaca – AJK memilih minggu yang bersesuaian.
Aktiviti yang dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan.
37. Buku Skrap – Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil daripada
petikan majalah atau akhbar.
38. Wadah Bestari – Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk
beberapa buah buku untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa
perhimpunan mingguan. Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang
dilafazkan pelajar tersebut. Guru mengambil masa beberapa minit di kelas
untuk sesi perbincangan.
39. Menulis Buku – Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing
memilih watak berdasarkan contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana
sebuah buku dihasilkan. Hasil yang baik diberi ganjaran.
40. Melukis Kulit Buku – Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku.
Biasanya buku yang dipertandingkan tiada mempunyai kulit ( buku rosak-
dibaik pulih).
41. Projek Berwawasan – Pelajar Membaca buku fiksyen. Mereka membuat
sinopsis, ulasan, perkataan baru dalam buku rekod membaca.
42. Hentian Ilmu/ Laluan Iqra – Bahan bacaan diletakkan disudut-sudut tertentu
untuk dibaca oleh murid pada waktu rehat.
43. 1 + 1 = 100 (Diskusi Buku) – Seorang pelajar membaca sebuah buku
disebarkan kepada 100 orang rakannya.
44. Projek Cakna – Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh
guru mengikut jadual ditempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini
guru pembimbing akan mambantu pelajar yang tidak boleh menyebut
perkataan dengan betul dan tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian
pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar
terhadap bahan yang dibaca. Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan boleh
menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik,
kartun dan kulit buku.
45. Program ‘Walking Dictionary’- Pelajar memakai tag nama dimana perkataan
perbendaharaan kata bagi minggu itu diperkenalkan.