Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
NOTA KURSUS 3
SEMESTER SEMESTER 4 SVM SESI 2017/2018
PENERANGAN / INFORMATION :
PENERANGAN :
Rajah 1
Input:
DVD / Bluray / VCD /CD player / Astro Dec/Mic dll
Proses:
Amplifier , Pre Amp, Equalizer
Output:
Speaker , Head Phone
1.4.5 Speaker
- menukarkan isyarat audio kepada isyarat bunyi
Digunakan bagi mengapit nat atau skru pada tempat yang sempit.
Playar ini juga boleh digunakan untuk memotong dawai
NO. KOD ETN 4023/K 03/NK 03-05 Muka : 6 drp : 44
c. PlayarGabung
Gambarajah 7 : PlayarGabung
Digunakan dalam kerja-kerja pendawaian elektrik, iaitu bagi memotong
kabel atau dawai elektrik.
Bahagian pemegangnya disaluti dengan getah sebagai penebat bagi
keselamatan untuk tukang talian.
d. Sepana (Spanner)
Gambarajah 8 :Sepana
h. Crimping Tool
Memotong wire dan membuang penebat pada wire mengikut saiz wire
yang tertulis pada badan wire stripper
i. Multimeter Pelbagai
BEKALAN KUASA DC
BEKALAN KUASA
Kuasa elaktrik yang dibekalkan dalam negara kita adalan dalam bentuk ac 240V RMS dan
50Hz. Walau bagaimana pun voltan dc amat diperlukan untuk mengendalikan sebahagian
besar alatan elektronik contohnya Radio. Peralatan elektronik lain juga memerlukan voltan
dc samada dalam nilai yang lebih tinggi atau rendah dan memerlukan voltan dc yang stabil.
Bekalan kuasa dc adalah merupakan satu liitar elektronik yang menukarkan voltan bekalan
utama ac 240V kepada voltan dc yang diperlukan.
a) Pengubah - Menurun atau menaikan voltan ac masukan 240V kepada nilai yang
dikehendaki.
b) Penerus - Menukarkan voltan ac kepada voltan dc berdenyut.
c) Penapis - Proses untuk menghasilkan voltan dc yang linar tanpa berdenyut.
d) Pengatur- Kebolehan bekalan kuasa menghasilkan voltan dc yang tetap walaupun
berlaku perubahan pada beban keluaran atau voltan masukan.
Rajah 1 menunjukkan gambarajah blok bekalan kuasa lelurus.
NO. KOD ETN 4023/K 03/NK 03-05 Muka : 9 drp : 44
Selain daripada itu oleh kerana pengubah terbina dari dua belitan gelung primer dan
sekunder yang tiada langsung hubungan terus antara keduanya melainkan dengan proses
aruhan, maka penggunaannya juga bertujuan untuk mengasingkan rangkaian litar-litar
dipihak sekunder daripada talian bekalan ac yang tinggi di pihak primer. Pengasingan ini
dapat mengelakkan pengguna dipihak sekunder dari terkena kejutan elektrik voltan AC yang
tinggi. Pengasingan itu juga dapat mengelakkan litar primer menerima kesan dari sebarang
kerosakan litar di lilitan sekunder.
Pengubah mempunyai belitan primer dan belitan sekunder. Nisbah bilangan belitan primer
kepada bilangan belitan sekunder adalah nisbah lilitan pengubah.
Rajah 2 : Transformer
Np
Nisbah lilitan transformer =
Ns
Nisbah voltan berkadaran kepada voltan teraruh di lilitan primer kepada lilitan sekunder.
Apabila jumlah lilitan sekunder sedikit dibandingkan dengan lilitan primer, voltan di sekunder
lebih rendah dari voltan di primer. Voltan sekunder boleh dikira dengan.
NO. KOD ETN 4023/K 03/NK 03-05 Muka : 10 drp : 44
Ns
Vs Rajah 3 : Pengubah Tap Tengah
Np
Contoh :
Satu pengubah dengan nisbah lilitan 4:1 dibekalkan dengan voltan 240 V 50Hz. Kirakan
voltan sekundernya.
Penyelesaian :
Vs = x Vp
Vs =
= 60 V
2. PENERUS
a) PENERUS GELOMBANG SEPARUH
Diod adalah merupakan satu komponen elektronik yang mempunyai rintangan yang
sangat rendah semasa ia dipincang hadapan dan mempunyai rintangan yang amat
tinggi apabila dipincang songsang. Arus hanya akan mengalir melalui diod apabila ia
NO. KOD ETN 4023/K 03/NK 03-05 Muka : 11 drp : 44
Rajah 4 adalah satu litar mudah penerus gelombang separuh menggunakan diod
separuh pengalir.
Apabila titik A menerima separuh kitar positif, voltan yang teraruh akan menghasilkan
setengah kitar positif juga di titik B, dengan yang demikian anod akan menerima
voltan positif pada anod yang menjadikan diod dipincang hadapan, maka diod akan
membenarkan arus mengalir melaluinya. Arus akan mengalir dari titik B, melalui diod
ke sebelah bahagian atas perintang bebab RL yang menjadi kekutuban positif dan
terus ke bahagian bawah perintang RL yang menjadi kekutuban negatif dan kembali
ke titik B melalui belitan sekunder pengubah. Hasilnya setengah kitar positif akan
terhasil pada titik keluaran.
Sebaliknya apabila titik A menerima separuh kitar negatif menjadikan titik B juga
negatif, diod akan dipincang songsang, maka diod dalam keadaan tidak
membenarkan arus mengalir melaluinya, dengan yang demikian tiada voltan keluaran
akan terhasil pada titik keluaran. Bentuk gelombang masukan dan keluaran
ditunjukkan dalam rajah 3
Merujuk kepada rajah 7, apabila titik A pada setengah kitar positif, titik C akan
menjadi negatif manakala titik B adalah keupayaan kosong. D1 akan dipincang
hadapan sebab anod D1 menerima voltan positif manakala D 2 dipincang songsang
sebab anod D2 menerima voltan negatif. Arus akan mengalir melalui D1, perintang
beban RL dan balik ke titik A melalui titik B tap tengah belitan sekunder. Dalam
keadaan ini hanya D1 sahaja yang membenarkan arus mengalir manakala D2 berada
pada keadaan tidak berfungsi (off). Oleh itu setengah kitar positif akan terhasil
merentas RL pada titik keluaran.
Pada setengah kitar lagi, titik A adalah setengah kitar negatif dan titik C positif. Dalam
keadaan ini D1 akan dipincang songsang dan D2 dipincang hadapan. D2 akan
membenarkan arus mengalir manakala D2 dalam keadaan tidak berfungsi (off). Arus
akan mengalir dari titik C melalui D2 dan perintang beban RL dan balik ke titik C
melalui tap tengah belitan sekunder titik B. Oleh itu setengah kitar positif juga akan
terhasil merentas RL pada titik keluaran.
c) PENERUS TETIMBANG
Penerus tetimbang juga adalah merupakan satu lagi jenis penerus gelombang penuh.
Tatarajah penerus tetimbang adalah dimana ia menggunakan empat diod separuh
pengalir dan pengubah yang sama seperti yang digunakan dalam penerus
gelombang separuh iaitu pengubah yang tidak bertap tengah. Dalam penerus jenis
ini, dua diod akan berfungsi dalam satu masa dan dua diod lagi dalam keadaan tidak
berfungsi (off). Rajah 8 menunjukkan litar penerus tetimbang dan bentuk gelonbang
keluaran yang terhasil.
Merujuk kepada rajah 8, apabila titik A pada setengah kitar positif maka titik B akan
menjadi negatif, oleh yang demikian diod D3 dan D4 akan dipincang hadapan sebab
anod D3 mendapat voltan positif manakala katod D4 mendapat voltan negatif.
Manakala D1 dan D2 dipincang songsang sebab katod D1 menerima voltan positif
manakala anod D2 menerima voltan negatif. Arus akan mengalir dari titik A melalui D 3,
RL yang mana setengah kitar positif terhasil merentas RL iaitu pada titik keluaran,
seterusnya arus akan mengalir melalui bumi ke titik B dan terus balik ke titik A melalui
belitan sekunder.
Sebaliknya apabila titik A menerima setengah kitar negatif manakala titik B adalah
positif, maka D1 dan D2 akan mendapat pincang hadapan sebaliknya D3 dan D4
dipincang songsang. Dengan yang demikian arus akan mengalir dari titik B melalui D 2
ke punca positif RL terus ke bumi, maka setengah kitar positif akan terhasil merentas
RL iaitu pada titik keluaran, seterusnya arus akan terus mengalir melalui D 1 ke titik A
dan balik ketitik B melalui belitan sekunder.
NO. KOD ETN 4023/K 03/NK 03-05 Muka : 14 drp : 44
3. Penapis
Keluaran litar penerus adalah voltan dc berdenyut. Untuk mendapatkan voltan dc
keluaran yang lebih linar, penapis diperlukan. Rajah 2.9 menunjukkan bentuk gelombang
sebelum dan selepas litar penapis.
Tugas utama penapis ialah untuk menukarkan voltan dc berdenyut kepada voltan dc
yang tulin tanpa denyut atau riak seperti keluaran voltan dc dari sebuah bateri.
Walau bagaimana pun, tidak semua penapis dapat menghasilkan voltan dc tulin.
Voltan keluaran penapis biasanya voltan dc yang masih belum linar. Voltan ini adalah
percampuran voltan dc dan sedikit voltan ac yang dipanggil sebagai voltan riak.
Rajah10 menunjukkan bentuk gelombang voltan dc tulin.
Satu litar penapis diperlukan untuk mengurangkan atau membuang semua voltan
riak. Litar penapis yang biasa digunakan ialah penapis menggunakan kapasitor
sahaja atau RC.
NO. KOD ETN 4023/K 03/NK 03-05 Muka : 15 drp : 44
a) Penapis kapasitor C
Penapis yang asas adalah penapis kapasitor di mana kapasitor dipasang selari
dengan perintang beban (RL) seperti rajah 2.11
Antara kebolehan kapasitor ialah menyimpan dan membuang cas. Ia menerima cas
apabila ada bezaupaya merentasinya, kemudian menyimpannya selama mungkin
dan cas itu akan hanya dinyahcas apabila ada pengaliran lengkap untuk arus
mengalir antara dua hujungnya.
Rajah12 : Bentuk gelombang masukan dan keluaran penapis kapasitor dari penerus
gelombang separuh
NO. KOD ETN 4023/K 03/NK 03-05 Muka : 16 drp : 44
Apabila voltan 12V susut merentasi R L sewaktu permulaan masukan setengah kitar
positif yang pertama, kapasitor C juga akan mendapat cas 12V seperti yang ditunjuk
pada gelombang keluaran dari A ke B. Kemudian, apabila V RL ini menurun untuk
menjadi 0, kapasitor C mula membuang cas.
Masa yang diambil oleh kapasitor C untuk membuang cas ini adalah lebih panjang
seperti yang ditunjukkan dalam rajah 12, iaitu dari B ke C. Tetapi sebelum sempat
kapasitor C habis membuang casnya sehingga sifar, satu lagi denyut voltan masukan
bagi setengah kitar positif yang kedua ujud merentasi R L ditunjukkan pada titik L,
menyebabkan C1 sekali lagi mendapat cas sehingga 12V ( ke titik M ).
Hal yang sama pun berlaku berulang kali pada setiap setengah kitar voltan masukan.
Perhatikan bahawa kapasitor C akan membuang cas dari M ke N, tetapi sampai di X
ia mendapat cas semula dari denyut ketiga. Begitulah seterusnya.
Akibat dari proses ini, voltan keluaran yang terhasil kini hanya berubah dari
lingkungan l5V ke 12V ( perubahan lebih kurang 7Vpp saja ), tidak lagi berubah
begitu banyak seperti sebelum ditapis iaitu dari 0 ke 12V (perubahan 12Vp-p). Ini
bermakna kapasitor C telah dapat mengurangkan nilai Vp-p voltan riak.
Nilai kapasitor yang sesuai diperlukan untuk mengurangkan voltan riak ini kepada
satu perubahan yang paling minima, sehingga boleh mencapai satu nilai voltan a.t.
yang tulin dan bersih iaitu sehingga sifar.
Rajah 13 menjelaskan bahawa nilai kapasitor yang lebih besar akan mengurangkan
voltan riak dimana kapasitor yang bernilai tinggi akan mengambil masa yang lebih
panjang untuk membuang cas, iaitu angkatap masanya lama ( t = RC
Rajah 13 : Bentuk gelombang voltan riak bagi nilai Kapasitor C 10uF dan 100uF
NO. KOD ETN 4023/K 03/NK 03-05 Muka : 17 drp : 44
Dengan menambah nilai kapasitor, voltan riak akan dapat dikurangkan sehinggalah
ada suatu nilai kapasitor yang mempunyai angkatap masa yang cukup panjang untuk
mendapatkan voltan a.t. bersih tanpa riak dan tetap.
b) Penapis R-C
Penapis RC ialah satu litar yang kita tambah selepas penapis kapasitor. Penapis RC
terhasil dengan meletakkan satu perintang bersiri dan satu kapasitor selari dengan
beban ( RL ). Perintang (R) akan menyusutkan voltan riak kepada suatu nilai yang
lebih kecil. Kapasitor C2 membantu proses penapisan voltan riak yang masih ada
disamping itu sedikit voltan akan susut merentas R. Rajah 14 menunjukkan satu litar
penapis RC yang disambung selepas peringkat penerus.
Walau bagaimana pun, penapis RC ini telah menimbulkan sedikit keburukan iaitu nilai
voltan dc keluaran merentas RL juga akan tersusut kepada suatu nilai yang lebih
rendah sebab voltan akan susut merentas R yang disambung sesiri dengan talian
voltan.
4. Pengatur voltan
Bekalan kuasa yang baik mesti mempunyai pengatur voltan, dimana fungsi pengatur
voltan ini adalah untuk menghasilkan voltan dc yang stabil walaupun berlaku perubahan
beban keluaran atau voltan masukan. Tanpa pengatur voltan, voltan keluaran akan
berubah apabila bekalan masukan atau rintangan beban berubah.
NO. KOD ETN 4023/K 03/NK 03-05 Muka : 18 drp : 44
Rajah 15, menunjukkan simulasi pengatur voltan dimana litar ini menerima voltan dc dari
penerus dan penapis sebanyak 15V dan keluaran pengatur memerlukan voltan sebanyak
12V yang telah susut merentas RA sebanyak 3V. Sekiranya berlaku perubahan kepada
beban RL yang menyebabkan voltan keluaran berkurang maka nilai R A perlulah juga
dikurangkan supaya voltan keluaran akan tetap kepada 12V, untuk melaras R A secara
manual adalah mustahil, oleh yang demikian satu litar pengatur voltan perlulah diadakan
untuk mengatur voltan itu secara automatik.
Pengatur voltan mudah adalah dengan menggunakan diod zener. Diod Zener akan
beroperasi sebagai pengatur voltan semasa pincang songsang. Diod Zener
mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu boleh mengaturkan voltan jika
beroperasi di dalam kawasan zener. Untuk beroperasi di kawasan zener, voltan
masukan mesti lebih besar daripada voltan zener dan rintangan beban tidak
menyebabkan arus zener menjadi kosong.
Jika rintangan beban bertambah, voltan keluaran akan turut meningkat iaitu
menjadi lebih positif. Maka ini bermakna voltan merentas D Z/RS juga
bertambah iaitu voltan Rs yang meningkat sebab voltan DZ tetap. Peningkatan
voltan susut merentas RS menjadikan pincang hadapan transistor Q1 dan Q2
bertambah, dengan bertambahnya voltan pincang Q2 menjadikan IC transistor
Q2 meningkat, oleh yang demikian menjadikan lebih banyak voltan akan susut
merentas R1, maka ia akan mengurangkan semula voltan keluaran kenilai
yang asal.
Transistor yang disambung sesiri dengan beban akan mengawal nilai voltan
masukan yang dibenarkan ke keluaran. Voltan keluaran akan disampelkan
oleh satu litar yang membekalkan voltan suapbalik yang akan dibandingkan
dengan voltan rujukan.
Rajah 18, adalah satu litar pengatur siri mudah. Perintang R S adalah untuk
membolehkan arus songsang diod zener dikendalikan pada kawasan runtuh
(breakdown region) ini untuk memastikan tapak Q1 pada nilai yang tetap pada
nilai DZ 12V. Nilai voltan keluaran pengatur adalah lebih rendah dari nilai D Z
sebab VDZ VBE dimana VBE ialah 0.6V. Manakala voltan susut merentas
pemungut dan pengeluar (VCE) ialah :
= 18 11.4
= 6.6V
Sekiranya rintangan beban dalam litar yang dirtunjukkan dalam rajah 17 berkurang,
voltan keluaran (VOUT) juga akan menyusut iaitu menjadi kurang positif, ini bermakna
voltan pengeluar (VE) transistor Q1 juga berkurang, iaitu berkurang positif atau
bertambah negatif, maka VBE akan bertambah.
Begitu juga sebaliknya jika perubahan berlaku kepada masukan voltan dc tak teratur.
Contohnya jika voltan masukan bertambah, vltan keluaran pengatur juga akan
bertambah. Ini akan menjadikan pengeluar Q1 menjadi hampir kepada nilai voltan
dasar, menjadikan voltan pincang VBE berkurang. Berkurangnya VBE menjadikan
RCE bertambah dan VCE bertambah, maka voltan keluaran dapat dikurangkan kenilai
yang asal. Rajah 19 adalah gambarajah blok pengatur voltan boleh laras.
Komponen Fungsi
TRANSISTOR
PENGATUR SISI
PENGUAT
VOLTAN DC TAK RALAT
VOLTAN DC
TERATUR
TERATUR
SAMPEL DAN
VOLTAN PEMBANDING
PELARASAN
RUJUKAN
Rajah 20 adalah satu lagi litar pengatur voltan siri dimana keluarannya boleh dilaras.
Litar ini mempunyai dua fungsi :
1. Voltan keluaran boleh dilaras kepada nilai voltan minima dan maksima
yang dikehendaki.
2. Mengatur voltan keluaran supaya tetap.
Diod zener dan perintang Rs memberikan voltan rujukan yang tetap pada pengeluar
Q2. Rangkaian R1, VR1 dan R2 adalah pembahagi voltan merentasi keluaran dan
berkadaran voltan yang sesuai untuk dasar Q2. Jika voltan diod zener 12V, voltan
yang sesuai pada tapak Q2 adalah lebih kurang 12.6V ( VBE = 0.6V ). Perintang RB
memberikan voltan pincang hadapan kepada Q1 . Rajah 21 adalah litar
persamaannya.
NO. KOD ETN 4023/K 03/NK 03-05 Muka : 23 drp : 44
Kendalian litar sebagai pengatur voltan boleh laras : Merujuk kepada rajah 20,
sebarang perubahan pada transistor Q2 akan mengubah pincang hadapan transistor
Q1. Jika gelangsar VR1 pada A, maka VB transistor Q2 akan bertambah positif dan
menjadikan VBE transistor Q2 juga bertambah, Arus IC transistor Q2 juga bertambah ini
bermakna VB transistor Q1 berkurang positif, maka VBE transistor Q1 berkurang,
dengan itu IC dan IE transistor Q1 berkurang. Berkurangnya IC atau IE transistor Q1
menjadikan rintangan pemungut dan pengeluar transistor Q1 bertambah, maka voltan
keluaran akan menjadi minima. Apabila gelangsar VR 1 pada B maka kendalian litar
adalah disebaliknya dimana voltan keluaran adalah dalam keadaan maksima.
Kendalian litar sebagai pengatur voltan : Dalam waktu yang sama litar ini juga akan
mensetabilkan voltan keluarannya. Jika berlaku perubahan pada beban atau voltan
masukan pengatur akan mengekalkan keluarannya.
Jika rintangan beban keluaran bertambah, voltan keluaran juga akan bertambah,
maka VB transistor Q2 juga bertambah iaitu VBE transistor Q2 bertambah.
Bertambahnya VBE menjadikan IB dan IC transistor Q2 juga bertambah, VB transistor Q1
berkurang positif maka VBE transistor menjadi berkurang, IC dan IE transistor Q1
berkurang menjadikan ritangan antara pemungut dan pengeluar transistor Q 1
bertambah, voltan susut juga bertambah dan dengan itu voltan keluaran yang
meningkat tadi akan dikurangkan semula kenilai yang asal.
Pengatur voltan siri 78XX dan 79XX adalah antara pengatur voltan jenis IC yang
mudah. IC ini hanya mempunyai tiga terminal dimana tanda XX adalah menunjukkan
nilai voltan keluaran manakala angka kedua menunjukan kekutuban voltan masukan
dan keluaran iaitu 8 mewakili voltan positif dan 9 mewakili voltan negatif. Pengatur
litar bersepadu jenis ini menghasilkan voltan keluaran yang tetap.
Contoh :
Rajah 22 : Sebahagian litar bekalan kuasa pengatur voltan litar bersepadu (IC)
Terdapat juga pengatur litar bersepadu tiga terminal yang mempunyai voltan keluaran yang
boleh diubah. Jadual 23 menunjukkan data pengatur litar bersepadu (IC).
Positive Output Voltage Negative Output Voltage
Output Fixed Adjustable Fixed Adjustable
Current
NO. KOD Output Output 03-05 Output
ETN 4023/K 03/NK Muka : Output
25 drp : 44
Voltage Voltage Voltage Voltage
Terdapat 3 jenis
i. Pengatur voltan tetap (fixed output)
ii. Pengatur keluaran berubah (variable output); keluaran berubah ikut julat
iii. Pengaturan penyuisan (switching regulator); lebih kepada elemen kawalan
penyuisan
1. Litar yang terkandung dalam IC:-
Bentuk IC
Siri 79XX mempunyai ciri ciri yang sama dengan siri 78XX tetapi
menghasilkan voltan negatif.
Dalam litar bekalan kuasa pengatur voltan terdapat empat peringkat iaitu pengubah,
penerus, penapis dan pengatur, kerosakan boleh berlaku dimana-mana peringkat.
Pemerhatian yang khusus perlu dibuat untuk mengenal pasti kesan (symptom)
kerosakan. Pertama pastikan bekalan ac pada litar disambung dengan betul dan suis
ditutup (on). Jika tiada voltan dc keluaran tiada, pastikan ada voltan ac masukan
pada belitan sekunder, jika tiada voltan ac pada sekunder pengubah, tiga
kemungkinan kerosakan boleh berlaku:
1. Terbuka
2. Terpintas
3. Bocor
KESAN KEROSAKAN
Voltan dc keluaran rendah dan terdapat voltan riak. Diod penerus terbuka
tiada pengaturan voltan dan tiada voltan kawalan. (transistor atau I.C)
Jadual 2 : Jadual kesan dan kerosakan Unit Bekalan Kuasa Pengatur Voltan Boleh Laras.
Cara berpakaian
- Memakai pakaian bengkel
- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
- Tidak memakai barang kemas
- Tidak memakai tali leher
Sikap
- Sentiasa mematuhi arahan
- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja
- Melaporkan sebarang kerosakan
- Menggunakan alat yang betul
- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
Fizikal
- Sihat
- Tidak rabun warna
- Jelas penglihatan
ii. Keselamatan alat
Peralatan elektrik hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan dilengkapi dengan
ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan. Antara ciri keselamatan yang perlu
diperhatikan adalah:
Penebatan
- Semua alat dan perkakasan elektrik hendaklah mempunyai penebat
yang baik dan sempurna.
Penggunaan alat pematerian (soldering iron)
- Alat pemateri adalah satu alat untuk meleburkan bahan pemateri, oleh
yang demikian hujung alat peteri adalah panas dengan itu elakkan dari
meletakkannya dimerata-rata. Letakkan alat pemateri di pemegangnya
(holder).
NO. KOD ETN 4023/K 03/NK 03-05 Muka : 30 drp : 44
Penjana Isyarat
-
Menguji litar logik Litar logik
Menguji bahagian
Audio I -3 KHz
audio
Rajah di bawah memaparkan gambaran dua buah penjana fungsi dari dua jenama yang berbeza.
FUNGSI KAWALAN
Fungsi kawalan atau bahagian tertentu yang dilebel pada rajah 2 seperti berikut.
1. PWR (Power)
Suis menghidup atau mematikan penjana fungsi.
Menyambung atau memutuskan bekalan arus elektrik ke osiloskop.
2. ON
NO. KOD ETN 4023/K 03/NK 03-05 Muka : 32 drp : 44
Lampu indikator bekalan kuasa. LED menyala ketika set menerima bekalan elektrik
atau ketika butang 1 ditekan dan padam apabila bekalan elektrik diputuskan atau
butang 1 dilepaskan.
3. RANGE Hz
Butang pilihan julat frekuensi 1Hz hingga 1MHz. Satu butang pilihan sahaja perlu
ditekan
untuk memilih julat frekuensi yang diperlukan
4. FUNCTION
Butang untuk memilih rupa bentuk gelombang yang dikehendaki. Pilih satu sahaja
bentuk gelombang pada label dan tekan butang yang berkaitan.
Penjana fungsi akan menghasilkan keluaran rupa bentuk gelombang sebagaimana
yang dipilih. ( Isyarat keluaran boleh didapati dari punca 8 )
5. SKALA PENDARAB
Tombol perlu dilaras mengikut arah putaran jam atau sebaliknya untuk memilih
nilai pendarab.
Penunjuk menentukan nilai pendarab yang dipilih.
6. DUTY
Jika butang ditekan bentuk gelombang keluaran akan berubah fasa sebanyak 360
dari keadaan asal.
7. ATT
Jika butang ditekan amplitud gelombang keluaran akan berkurang -20dB
dari amplitud gelombang asal.
8. OUTPUT
Soket punca gelombang keluaran penjana fungsi.
50 bermaksud punca keluaran hanya sesuai menggunakan kabel penyambung
bergalangan 50 (kabel RG58).
9. AMPL
Tombol pelaras nilai amplitud gelombang keluaran penjana fungsi.
Amplitud gelombang keluaran bergantung pada jarak putaran tombol.
Jenis Bentuk Gelombang Penjana Funsi atau Gelombang Elektrik
BENTUK GELOMBANG SINUS (SINUS WAVEFORM)
NO. KOD ETN 4023/K 03/NK 03-05 Muka : 33 drp : 44
Bentuk gelombang sinus atau sine waveform adalah salah satu bentuk gelombang
yang paling umum ditemukan di rangkaian elektronik terutama pada signal-signal
analog seperti signal audio, signal AC dan signal RF.
KEGUNAAN OSILOSKOP
Kegunaan asas osiloskop adalah untuk mengukur voltan dan frekuensi, walau
bagaimana pun ia juga boleh digunakan untuk melakukan pengujian lain. Antara
kegunaan osiloskop adalah seperti berikut:-
Mengira Amplitud
12 VOLTS/DIV (Volts per Suis pilihan julat voltan per bahagian ( VOLTS/DIV ).
division) Untuk menentukan nilai voltan satu bahagian atau petak
menegak.
Meter pelbagai adalah satu alat pengukur yang sering digunakan semasa melakukan
kerja-kerja amali. Terdapat 2 jenis meter pelbagai :
i. Hasil pengukuran.
ii. Analog menggunakan jarum sebagai penunjuk
iii. Digital menggunakan angka
NO. KOD ETN 4023/K 03/NK 03-05 Muka : 38 drp : 44
Jika memilih meter analog hendaklah memilih sensitiviti tinggi sekurang-kurangnya pada
nilai 20k/V atau lebih pada julat DC, sekiranya julat kurang daripada nilai itu ianya tidak
sesuai untuk membuat pengukuran elektronik.
Memastikan untuk pemilihan julat meter mengikut had operasi yang selamat :-
Julat (Voltan Arus Terus) DCV: 0.1V, 0.25V, 2.5V, 10V, 50V, 250V, 1000V.
Julat (Voltan Arus Ulang alik) ACV: 10V, 50V, 250V, 1000V.
Julat (Arus Terus) DCA: 50A, 2.5mA, 25mA, 0.25A.
Julat Rintangan: x1, x10, x100, x1K (simbol ohm - )
Meter analog dan digital mempunyai dua kekutuban iaitu kekutuban positif (merah) dan
kekutuban negatif (hitam).
Untuk mengukur voltan hendaklah menggunakan julat dan skala yang sesuai iaitu:-
Julat Skala
DC 10V 0-10
Untuk mengukur arus hendaklah menggunakan julat dan skala yang sesuai iaitu:-
Julat Skala
DCA 50A 0-50
o Menggunakan kekutuban yang betul iaitu prob warna merah (positif) dan prob warna
hitam (negatif).
o Memastikan prob positif dan prob negatif dipintaskan dan laraskan kepada 0 dengan
menggunakan pelaras sifar untuk mendapat bacaan yang tepat dan tidak mempunyai
ralat.
NO. KOD ETN 4023/K 03/NK 03-05 Muka : 40 drp : 44
Paparan berdigit
Butang kuasa Butang nada pembuz
Butang P.Hold
Butang pilihan AC/DC
Julat
Suis pemilih fungsi
Fungsi bahagian
i) Paparan berdigit
Memaparkan nilai bacaan digit
iii) Julat
Memaparkan fungsi meter.
Memaparkan lingkungan nilai had pengukuran atau pendarab
x) Tamatan positif mA
NO. KOD ETN 4023/K 03/NK 03-05 Muka : 42 drp : 44
Punca sambungan kuar merah (positif) ketika meter berfungsi mengukur arus
yang rendah.
4. Tentukan punca voltan yang hendak diukur dan pastikan ianya selamat ketika
kerja pengukuran dilakukan.
5. Tentukan punca positif dan negatif yang hendak diukur.
6. Sentuhkan hujung kuar merah pada punca positif dan hujung kuar hitam pada
punca negatif. Pastikan ketika kerja pengukuran hujung kuar tidak
bersentuhan dengan mana-mana pengalir atau punca.
7. Baca bacaan jarum meter atau paparan digit.
8. Sekiranya tiada perubahan kedudukan penunjuk skala meter atau paparan
digit laras suis pemilih julat pada aras yang lebih rendah.
9. Ulang langkah 8 sehingga penunjuk skala atau paparan digit menunjukkan
bacaan yang tepat. Pemilihan julat yang paling hampir dengan nilai voltan
yang diukur akan menghasilkan bacaan yang lebih tepat
Senarai semak merupakan suatu rancangan atau senarai yang disusun bagi tujuan
penyemakan sesuatu perkara, samaada dalam bentuk jadual yang mengandungi
perkara-perkara yang hendak dilakukan atau sebagainya. Biasanya, dalam senarai
semak menyatakan nama orang yang buat semakan, tarikh, lokasi, jabatan, produk apa
yang diperiksa dan sebagainya bergantung kepada tujuan senarai semak ini dibuat.
Rajah 4.0 dibawah merupakan satu contoh jadual senarai semak.
NO. KOD ETN 4023/K 03/NK 03-05 Muka : 44 drp : 44