Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Ekosistem memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Ia adalah
amanah dan anugerah Tuhan kepada manusia yang harus dipelihara sebagai warisan generasi
yang berpanjangan. Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam
sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah. Walaupun tanggungjawab
menjaga alam sekitar sangat penting namun ianya seringkali diabaikan dalam keghairahan
mengejar kemajuan jasmaniah. Warisan ini sebenarnya terlalu tinggi nilainya dalam kehidupan
manusia. Perbuatan mencemarkan alam sekitar adalah satu perbuatan yang bertentangan
dengan nilai dan etika agama. Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh
mengakibatkan pencemaran ekosistem. Kebanyakan pencemaran yang berlaku disebabkan oleh
aktiviti-aktiviti manusia.

2.0 PUNCA-PUNCA DAN IMPAK ISU-ISU ALAM SEKITAR.

Isu-isu alam sekitar yang berlaku dalam global boleh diklasifikasikan kepada masalah
pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran bunyi. Pencemaran
yang berlaku ini kebanyaknya disebabkan oleh faktor kegiatan manusia sama ada secara sengaja
atau tidak sengaja.

Antaranya adalah pencemaran udara yang diakibatkan oleh panambahan bahan pencemar
seperti gas, debu dan asap ke atmosfera. Keadaan ini menyebabkan gangguan dalam kehidupan
manusia, haiwan, tumbuhan dan harta benda kita. Tambahan pula, iklim dunia juga terganggu.
Antara bahan pencemar, gas karbon dioksida merupakan bahan pencemar utama di negara kita.
Asap yang mengandungi zarah karbon adalah bahan pencemar alam yang paling ketara. Apabila
karbon banyak terdapat di atmosfera, wap air terkondensasi pada cuaca sejuk dan membentuk
asbut. Oksida nitrogen terhasil daripada pembakaran bahan api dalam kenderaan bermotor atau
kilang pada suhu yang tinggi. Selain itu, ia juga terhasil secara semulajadi semasa ribut petir dan
tindakan bakteria dalam tanah.

Pencemaran udara juga akan mendatangkan kesan rumah hijau. Pencemaran udara
diakibatkan oleh panambahan bahan pencemar seperti gas, debu dan asap ke atmosfera.
Keadaan ini menyebabkan gangguan dalam kehidupan manusia, haiwan, tumbuhan dan harta
benda kita. Tambahan pula, iklim dunia juga terganggu. Pada masa yang sama pencemaran
udara juga menyebabkan kesan rumah hijau yang merupakan suatu fenomena pemanasan bumi.
Sinar ultraungu yang dipancarkan oleh matahari ke bumi, sebahagiannya akan dipantul semula
ke angkasa lepas oleh atmosfera, sebahagian lagi pula akan sampai ke bumi untuk memanaskan
bumi. Haba yang sampai ke bumi akan dipantul semula oleh permukaan bumi ke angkasa lepas
sebagai sinar inframerah. Tidak semua tenaga haba ini akan menembusi atmosfera.
Pencemaran udara juga mengakibatkan masalah jerebu. Jerebu adalah merupakan zarah-zarah
kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian
manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang
kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan
dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai
ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan
kadar penglihatan.

Selain itu, pencemaran air juga merupakan salah satu isu-isu alam sekitar yang berluka
akibat daripada kegiatan manusia. Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi
kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan.
Pencemaran air berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hanya
berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak.
Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang. Pencemaran air adalah suatu
perubahan keadaan di suatu tempat penampungan air seperti danau, sungai, lautan dan air tanah
akibat aktiviti manusia.Pencemaran air berlaku disebabkan oleh pelbagai hal dan memiliki
karakteristik yang berbeda-beda. Meningkatnya kandungan nutrien dapat mengarah pada
eutrofikasi. Sampah organik seperti air sewage menyebabkan peningkatan kebutuhan oksigen
pada air yang menerimanya yang mengarah pada berkurangnya oksigen yang dapat berdampak
parah terhadap seluruh ekosistem. Industri membuang berbagai macam pencemaran ke dalam
air limbahnya seperti logam berat, toksin organik, minyak, nutrien dan padatan. Air limbah
tersebut memiliki efek termal, terutama yang dikeluarkan oleh pembangkit listrik, yang dapat juga
mengurangi oksigen dalam air.

Dengan ini pencemaran air telah memberikan impak dalam kehidupan manusia. Antara
impaknya adalah menjejaskan kesihatan manusia. Hal ini berlaku kerana, sisa-sisa kilang yang
dibuang ke dalam sungai meracuni air sungai. Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut
diminum atau digunakan untuk mandi. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai
pula mengalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit. Pada masa yang sama,
pencemaran air juga akan menjejaskan kehidupan akuatik. Perkara ini berlaku kerana minyak
yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut. Dengan ini, tumbuh-
tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan kehidupan
ekosistem akautik terjejas. Selain, Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni
hidupan air, Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan
tanah menghalang kemasukan sinaran matahari kedalam air. Kesemua isu-isu pencemaran air
ini sudah menjejaskan imej negara kita. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah
menyenaraikan Sungai Juru di Malaysia merupakan sungai paling kotor di Asia Tenggara.
Menurut laporan tersebut, airnya begitu beracun sehingga tidak selamat diminum meskipun
sudah dididihkan.

Disamping itu, pencemaran tanah juga merupakan antara isu-isu alam sekitar yang berlaku
disebabkan kegiatan manunsia. Pencemaran tanah merupakan pencemaran yang dilakukan oleh
manusia secara sengaja atau tidak sengaja. Pencemaran tanah boleh dilihat sebagai perbuatan
yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan
hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.
Pencemaran tanah menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah
bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu.

Antara faktor yang menyebabkan pencemaran tanah adalah disebabkan oleh kegiatan
pertanian yang dijalankan secara bergiat. Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah
mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan
jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut
menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di
Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air
akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan
semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Keadaan ini turut timbulnya masalah pencemaran tanah di mana racun serangga ini akan
menyerap ke dalam tanah melalui liang-liang tanah. Pencemaran tanah juga disebabkan oleh
aktiviti perlombongan yang secara berterusan. Penyelidikan menunjukkan lombong emas skala
kecil boleh mengganggu dengan tetap sumber air semula jadi, menyebabkan masalah
pemendapan teruk di bahagian hilir operasi dan menyebabkan saliran lombong berasid.

Seterusnya, pencemaran bunyi yang turut diklasifikan sebagai isu-isu alam sekitar yang
disebabkan oleh kegiatan manusia. Pencemaran bunyi boleh dibahagikan kepada kebisingan
selajar, kebisingan fluktasi, hentak impuls dan kebisingan selang-seli. Kesemua pencemaran
bunyi ini dihasilkan semasa kegiatan projek pembangunan, kilang-kilang, perjalanan kenderaan,
dan sebagainya. Pencemaran suara di darat telah cukup mempengaruhi manusia serta
lingkungan di darat. Sementara tanpa disedari bahawa di laut pun pencemaran suara ini
membawa dampak bagi kehidupan di laut. Pencemaran suara di laut atau juga dapat disebut
kebisingan laut merupakan salah satu isu yang cukup menarik dalam beberapa tahun ini. Belajar
mengenai dampak pencemaran suara di laut atau bising laut menghasilkan beberapa kesimpulan
yang cukup menarik, terutama terhadap mamalia laut. Tidak banyak orang mengetahui bahawa
ternyata pencemaran suara di laut juga memberikan dampak yang bererti terhadap mamalia laut
serta mahluk hidup lainnya di laut. Diketahui bahawa mamalia laut menggunakan suara sebagai
alat komunikasi serta untuk kewaspadaan dalam mengenali lingkungannya.

3.0 CARA-CARA PENYELESAIAN ISU-ISU ALAM SEKITAR.

Antara langkah yang diambil adalah melalui koperasi dengan pertubuhan-pertubuhan


antarabangsa. Pertubuhan-pertubuhan seperti WHO(Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan
Greenpeace telah ditubuhkan bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar. Kedua-dua
pertubuhan ini berfungsi sebagai pengawas pencemaran. WHO memainkan peranan penting
dalam mengawal pencemaran dan berhak menetapkan peraturan mengenai alam sekitar .melalui
pertubuhan Greenpeace pula,ia bertindak memberi maklumat kepada masyarakat mengenai
masalah pencemaran alam sekitar yang terjadi di dunia dan menjalankan aktiviti menunjuk
perasaan jika berlaku sesuatu pencemaran alam sekitar.Perkara ini dapat menyedarkan orang
ramai agar prihatin terhadap alam sekitar.

Seterusnya, semua negara yang mengalami masalah pencemaran alam sekitar haruslah
bekerjasama menangani isu pencemaran ini.contohnya negara negara berpantai saling
bekerjasama antara satu sama lain untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.Terdapat tiga
buah negara yang saling berkongsi perairan iaitu malaysia ,indonesia dan thailand yang mana
bertujuan untuk menjaga kepentingan bersama.Seperti mana,kejadian yang berlaku pada 6
januari 1967,memaksa negara-negara berpantai mengambil satu tindakan yang positif dan tegas
terhadap kapal tangki minyak jepun dikenali sebagai Torry conyon yang terlibat dalam
perlanggaran.akibatnya berlaku pertumpahan minyak dan memerlukan kos yang tinggi untuk
membersihkannya.kos yana diperlukan ialah 16 juta dollar.Justeru itu,malaysia dan indonesia
melalui ASEAN telah menyalurkan pandangan dan menubuhkan Rancangan Kontigensi
Kebangsaan bagi mengawal pertumpahan minyak yang telah diadakan oleh Jabatan Alam
Sekitar.Objektifnya untuk membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal
tumpahan minyak di perairan malaysia.

Langkah yang kedua pula oleh pihak pemerintah yang nemainkan peranan penting dalam
mencorakkan negara itu sendiri. Bagi memupuk kesedaran dan membentuk masyarakat yang
bertanggungjawab kepada alam sekitar dalam kalangan rakyat, cara tang terbaik ialah melalui
pendidikan. Pendidikan alam sekitar ini perlu kerana dapat membentuk sikap positif dalam diri
terhadap alam sekitar. Pendidikan alam sekitar perlu diperkenalkan secara formal pada peringkat
rendah melalui kurikulum khususnya dalam matapelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga
dan terakhir ialah di pusat pengajian tinggi yang mana mewajibkan mahasiswi dan mahasiswa
menyertai kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Dengan adanya kesedaran pada
seseorang individu, mereka akan sedar betapa pentingnya kualiti alam sekitar dan masalah yang
mungkin timbul akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab mencemarkan alam sekitar.

Langkah seterusnya adalah melalui kempen melindungi alam sekitar seperti kempen
cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. penyertaan sesuatu
kempen perlu digalakkan dan dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-
pesertanya. Melalui kempen peserta akan diajar tantang pentingnya menjaga alam sekitar, cara
menguruskan sisa buangan dan menggalakan pengguna mengitar semula bahan yang boleh
dikitar semula.secara tidak langsung, peserta akan belajar untuk berjimat cermat. Sehubungan
itu melalui pameran ,pertandingan kuiz mengenai alam sekitar perlu dipergiatkan bagi memupuk
minat orang ramai mencintai alam sekitar. pameran boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga
tempat awam seperti perpustakaan awam. pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar,
sebab-sebab pencemaran ,kesan-kesannya dan tindakan bijak untuk mengurangkan kadar
pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, poster, pita video dan slaid-slaid boleh
ditayangkan. Hal ini dapat meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi
alam sekitar.

4.0 KESIMPULAN.

Secara keseluruhan pencemaran alam sekitar telah mendatangkan masalah-masalah


kepada masalah di negara kita dan global. Pihak kerajaan perlu memperketatkan undang-undang
bagi melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam sekitar patut dipertingkatkan.
selain itu, para pengusaha kilang diwajib mendapatkan nasihat daripada Jabatab Alam Sekitar
sebelum memulakan sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Bagi pengguna pula, perlu bijak
memilih barangan yang kurang mendatangkan pencemaran. contohnya, kita sepatut memilih
racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.pihak kerajaan juga harus
bekerjasama denganmedia massa kerana media massa memainkan peranan penting dalam
membentuk cara pemikiran semua pengguna. Pendedahan tentang isu pencemaran boleh
dibuat melalui majalah, akhbar, televisyen, radio, dan sebagainya. Disamping itu, pihak kerajaan
harus menggalakkan penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam
sekitar.sebagai contohnya,tanpa teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama,
majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca tidak dapat dikitar semula.