Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan
istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang
dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi
penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

MONDAY, DECEMBER 8, 2008

Kelebihan bersenam

Apabila kita melakukan aktiviti senaman, ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan kecergasan
fizikal seseorang berdasarkan 2 aspek; kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal
berlandaskan lakuan motor. Diantara kesan senaman dari aspek fisiologi ialah:

1. Berlaku hipertrofi otot jantung.


Saiz jantung setiap individu berbeza. Jantung individu boleh bertambah besar atau mengalami hipertrofi
jika individu tersebut mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan latihan fizikal secara konsisten
dan berterusan. Saiz jantung seseorang atlit yang aktif adalah lebih besar berbanding saiz jantung
individu sedentari. Apabila hipertrofi jantung berlaku, ketumpatan kapilari juga meningkat. Hipertrofi
jantung adalah kesan daripada:
(a) Penambahan saiz kaviti ventrikel-ventrikel
(b) Bertambah ketebalan dinding ventrikel.

2. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular


Merupakan keupayaan seseorang itu melakukan aktiviti dalam masa yang lebih lama tanpa mengalami
kelesuan. Daya tahan kardiovaskular ini tercapai kerana keefisyenan sistem peredaran darah. Keupayaan
jantung mengepam darah dan juga keupayaan paru-paru mengoksigenkan darah kotor dan
menggantikannya dengan darah yang bersih.

3. Menambahkan isipadu sedenyut jantung (stroke volume)


Hipertrofi jantung menyebabkan jantung menjadi semakin kuat disebabkan pertambahan bilangan otot-
otot kardiak. Ini juga menyebabkan keupayaan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan
meningkat menyebabkan penurunan kadar nadi rehat seseorang individu. Semakin rendah kadar nadi
rehat seseorang individu, menunjukkan semakin banyak isipadu sedenyut jantung.

4. Meningkatkan daya tahan otot


Keupayaan otot atau kumpulan otot melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan dalam
masa yang lebih lama. Daya tahan ini terbahagi kepada dua iaitu daya tahan statik dan daya tahan
dinamik. Daya tahan otot statik ialah keupayaan otot atau kumpulan otot bertahan mengatasi rintangan
tanpa melakukan pergerakan. Sementara semasa daya tahan dikeluarkan dalam pergerakan dinamik,
otot-otot akan terlibat di dalam pergerakan sendi. Daya tahan ini diukur dengan melihat keupayaan
peserta melakukan aktiviti secara berulang-ulang atau lebih lama.

Diantara kesan lain terhadap aktiviti senaman ialah:

1. dapat menguatkan ketahanan atau keimunan dari serangan penyakit

2. tingkatkan pemulihan kadar nadi jantung selepas bersenam

3. dapat mengurangkan peratusan lemak dan berat badan

4. menambahkan bahan ATP di dalam otot

5. memupuk semangat perpaduan dan akauntabiliti

6. menjadi satu sumber rekreasi

7. mendapat pendapatan kerjaya

8. menambahkan pengambilan oksigen oleh tisu-tisu tubuh badan

9. mengurangkan kecederaan dan mempercepatkan pemulihan

10. meningkatkan kestabilan emosi dan penghargaan kendiri

11. mengurangkan asid laktik dalam darah sewaktu bersenam

12. meningkatkan koordinasi psikomotor

13. meningkatkan keupayaan otot jantung dan otot-otot rangka berfungsi dengan efisien

14. meningkatkan kapasiti paru-paru

15. memperbaiki efisien kerja

16. memperbaiki serta meningkatkan kesihatan diri keseluruhannya

http://dehewaraspak.blogspot.com/2008/12/kelebihan-bersenam.html