Anda di halaman 1dari 14

PENGHARGAAN

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Chin Siew

Kiau, Pengarah Kolej Sains Kesihatan Kota Kinabalu kerana telah membenarkan saya

untuk membuat tugasan Insidental Report ini.

Tidak lupa juga kepada Puan Cathy Wellny Sumping, Penyelaras Jururawat Pelatih

Ambilan Julai 2014 dan Puan Kasmah Ismail selaku Pelapis serta Miss Rosalind Bansing

selaku pengajar Professional Development NPDM 3222 yang tidak putus-putus memberi

bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada kedua ibu bapa serta rakan

seperjuangan yang telah banyak membantu saya secara lansung atau tidak lansung bagi

menyiapkan tugasan ini.


1.0 PENGENALAN

Jururawat adalah seorang yang professional, mereka membantu individu dalam

mempelajari penjagaan diri sendiri dan membantu mereka yang tidak berdaya memenuhi

keperluan serta aktiviti penjagaan diri sendiri. Perwatakan yang diperlukan dalam kerjaya

kejururawatan ialah penyayang, sopan, jujur, berkomunikasi dengan baik sentiasa

meningkatkan pengetahuan, mematuhi etika dan berfikiran kritis, inovatif, berkepimpinan

dan komited dalam tugas.

Dalam penjagaan kesihatan, memerlukan kerjasama para doktor, rakan sejawat, pesakit,

dan juga keluarga pesakit, jururawat memerlukan pasukan professioanal yang dinamik

dan responsif terhadap keperluan kesihatan semasa.


2.0 LAPORAN REFLECTIVE PRACTICE

Description.

Kejadian berlaku pada 3 februari 2017 semasa shift petang bertempat di hospital,

seramai 5 orang jururawat pelatih ditugaskan untuk menjalani praktikal Surgical Ward .

Pada petang itu alokasi saya ditempatkan oleh ketua shif di kubikal 7 dimana terdapat

dua orang Jururawat Terlatih bertugas di kubikal itu bersama satu Pembantu Perawatan

Kesihatan. Wad dalam keadaan sibuk masing - masing melakukan handing over untuk

shift seterusnya dan melakukan persediaan pesakit yang hendak turun ke dewan

pembedahan.

Personel yang terlibat ialah Encik H ,berusia 61 tahun ditempatkan di kubikel 4 katil

bernombor 1, dijaga oleh isteri. Beliau berbangsa Murut berasal dari Nabawan. Beliau

bersama isteri berada di wad selama 5 hari. Beliau akan menjalani pembedahan elektif

iaitu pembuangan batu karang. Pesakit tidak mempunyai sejarah surgikal sebelum ini

tetapi mengidap penyakit darah tinggi.

Selain itu, Seorang jururawat Terlatih terlibat dalam kejadian ini dimana beliau menjaga

kubikal 4 pada shif tersebut. Ketika itu Jururawat A sedang sibuk melakukan Nursing

Note. Pada jam 6 petang beliau diarahkan menghantar pesakit ke dewan bedah.

Saya diarahkan untuk menyediakan pesakit ke dewan bedah pada jam 6.30 petang di

kubikal lain iaitu kubikal 4 kerana kekurangan staf. Insiden berlaku kerana pesakit tidak

dapat informasi yang jelas mengenai puasa 6 jam sebelum pembedahan, Encik H tiada

pengetahuan atau mungkin penerangan Jururawat bertugas di bilik itu tidak jelas

mengenai berpuasa sebelum pembedahan dijalankan sekurang-kurangnya 6 jam.


Pesakit telah makan dan minum sekitar jam 5 petang dibantu oleh isteri pesakit. Tanpa

bertanya kepada pesakit, jururawat hanya menulis carta laporan dengan Nil By Mouth

tetapi telah makan tanpa pengetahuan.menyebabkan jururawat mencatat maklumat tidak

sahih dalam carta perawatan tanpa bertanya. Perkara ini amat bahaya jika pesakit

meneruskan pembedahan yang boleh menyebabkan aspiration pneumonia dimana

komplikasi boleh membawa kematian.

Hal ini menyebabkan jururawat tersebut dimarah oleh Pakar Bius kerana tindakan

berbahaya beliau boleh membawa kesan buruk terhadap pesakit dan juga pengamal

kesihatan amnya. Staf kesihatan melaporkan kejadian ini kepada pihak atasan iaitu Ketua

Jururawat.

Rentetan kejadian itu, kami menghantar kembali pesakit ke wad dengan segera, tetapi

semasa perjalanan naik ke tingkat 8, Jururawat memarahi Encik H dengan kata- kata

tidak menyenangkan. Membuatkan pesakit dan isteri hanya diam sepanjang perjalanan

itu.
4.0 TINDAKAN SEMASA INSIDEN

1. Sebagai Jururawat

Sebagai Jururawat yang professional sepatutnya bijak dalam berkomunikasi

bersama klien dalam memberi penerangan tentang suatu prosedur dengan jelas

agar pesakit faham dan kurang kebimbangan. Informasi yang diberi hendaklah

sesuai dengan klien serta mengunakan bahasa yang mudah difahami. Jururawat

juga perlu peka dan jujur dalam dokumentasi perawatan pesakit bagi mengelakkan

sebarang komplikasi. Jururawat haruslah bertanya kepada pesakit untuk

mendapat maklumat sahih terutama sebelum menghantar pesakit ke dewan

bedah.

2. Sebagai Ketua Jururawat

Seorang ketua Jururawat harus bertindak tegas dalam situasi ini dengan meminta

jururawat memberi penjelasan tentang tindakan beliau yang tidak professional

dalam jagaan kejururawatan serta membahayakan nyawa pesakit. Dalam hal ini

peranan pemimpin amat penting bagi dalam membimbing serta memastikan

jururawat mengamalkan etika kejururawatan, sikap professionalism seterusnya

kualiti jururawat dapat dipertingkatkan.


3.0 Feeling

On action

Semasa membantu menghantar pesakit dan mendengar jururawat A memberi laporan

kepada staf dewan bedah, saya amat terkejut apabila pesakit memberi tahu bahawa

beliau telah makan dan minum sekitar jam 5. Perbuatan tersebut menyebabkan

pembedahan terpaksa ditangguhkan dan perlu membuat temujanji yang mengambil

masa yang lama.

Saya juga berasa simpati kepada pesakit dan keluarga pesakit kerana mereka datang

dari tempat yang jauh di pedalaman dan telah lama menunggu giliran untuk dibedah.

Perjalanan mereka memerlukan kos yang tinggi dan masa yang lama. Oleh kerana

pesakit suda berumur pasti mereka tiada sumber kewangan yang cukup.

Selain itu, saya berasa marah kerana Jururawat A memarahi pesakit atas apa yang

berlaku. Sikap tidak bertanggungjawab itu tidak sepatutnya ada pada diri seorang

Jururawat.
In Action

Selepas naik ke tingkat atas kembali, saya berasa risau akan imej jururawat tersebut

selepas insiden tersebut kerana kesalahan beliau telah dilaporkan oleh staf bertugas

kepada Ketua Jururawat pasti akan diberi tindakan oleh Ketua Jururawat.

Selain itu, saya berasa takut jika saya turut dipersalahkan atas insiden ini. Pada masa

yang sama saya berasa menyesal kerana tidak dapat membantu jururawat memantau

pesakit di kubikal tersebut sebelum pembedahan

4.1 PEMBELAJARAN

1. Kognitif

Berdasarkan insiden ini, saya fahami tugas Jururawat adalah berat terhadap

pesakit. Penerapan sikap bertanggungjawab dalam pemberian penjagaan

kesihatan amat penting bagi mencapai tahap kesihatan yang maksima pada klien.

Jururawat yang kurang peka dan tidak melaksanakan tugas dengan jujur dan

sempurna boleh mengancam nyawa pesakit. Contohnya tindakan jururawat

mengendali dokumen perawatan secara tidak sahih boleh membahayakan nyawa

pesakit. Keupayaan berfikir secara kritikal adalah penting bagi mengelakkan

kesalahan dalam pemberian informasi serta prosedur kejururawatan seterusnya

melahirkan jururawat yang berpengetahuan luas.


2. Affective

Seorang Jururawat haruslah menerapkan sikap profesionalisma di dalam

pemberian jagaan kejururawatan. Komunikasi yang berkesan dapat mewujudkan

hubungan dan kepercayaan antara jururawat dan pesakit. Perbuatan yang tidak

bertanggungjawab semasa menjalankan tugas iaitu seperti dalam kes ini jururawat

Mengendali fail pesakit dengan cara yang salah menunjukkan sikap jururawat

yang kurang perihatin terhadap keadaan pesakit.

3. Practise

Jururawat juga haruslah memberi perawatan yang selamat kepada klien, tindakan

mencatat tanpa bertanya kepada pesakit amat berbahaya kepada nyawa pesakit.

Jururawat perlu sentiasa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan

semasa perawatan dijalankan. Jururawat perlu peka terhadap keadaan klien

setiap masa dan melaporkan kepada doktor jika ada keabnormalan dengan

segera. Sehubungan itu, adalah penting untuk membentuk disiplin dan etika kerja

yang tinggi untuk mengelakkan kesalahan semasa hospitalisasi, perbuatan tidak

bertanggungjawab perlu diberi hukuman dan pemantauan rapi demi mencapai

standard of care in nursing. Jururawat harus mahir dalam mengendali pesakit dan

mempunyai semangat berpasukan melibatkan semua tenaga kesihatan mahupun

pesakit demi melancarkan aktiviti perawatan.


.

4.2 FEELING

On Action

5.0 IMPLIKASI
1. DIRI SENDIRI

Rasa bersalah atas kejadian yang berlaku kerana tiada pelatih yang membantu

jururawat A mengawasi pesakit d kubikal tersebut menyebabkan pesakit telah makan

dan minum

2. Profession Jururawat

Tindakan jururawat tidak mengamalkan amalan jururawat dengan betul akan

memberi kesan negatif kepada kepercayaan pesakit terhadap perawatan yang

dilakukan.

3. Perkembangan diri.

Kejadian ini menyebabkan saya lebih berhati-hati semasa melakukan perawatan

kejururawatan kepada pesakit untuk mengelakkan kesalahan berulang.

Kemahiran berkomunikasi juga harus dipertingkatkan dan sentiasa menambahkan

pengetahuan baru dari masa ke semasa mengelakkan kejadian yang boleh

mengancam nyawa klien.

4. Hospital

Imej hospital terjejas akibat insiden ini. Membuatkan stigma terhadap hospital oleh

masyarakat tersebar bahawa staf medical tidak menjalankan tugas dengan baik

seterusnya membuatkan masyarakat takut mendapat rawatan di hospital.


6.0 CADANGAN

Pelbagai tindakan perlu diambil oleh semua pihak akibat insiden ini demi memperbaiki

mutu perkhidmatan yang akan diberikan oleh Jururawat Terlatih kepada masyarakat.

Jururawat haruslah menerapkan nilai profesionalisma melalui ceramah mengenai

profesionalisma yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dengan cara

ini kemahiran seperti komunikasi dapat dipertingkatkan selain akauntibiliti meningkat

semasa perkhidmatan ,

Selain itu juga, Ketua jururawat berperanan penting dalam memantau staf bertugas

melakukan prosedur dan memastikan semua perkhidmatan berkualiti dan selaras

dengan standard perawatan. Ketua Jururawat juga seharusnya tegas dan sentiasa

memberi teguran yang membina supaya jururawat tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Pada masa yang sama, Jururawat haruslah mengamalkan pemikiran yang kritis dalam

menjalankan tugas. Pemikiran yang kritis ialah pemikiran yang aktif dan terancang, Caffe,

(1994). Keperluan assesmen sebelum mendokumentasi carta perawatan adalah penting

untuk mengelakkan kesalahan. Memberi penerangan yang jelas serta Bahasa mudah

difahami bagi mendapat kerjasama dari klien.

Akhir sekali, audit oleh pengurusan hospital juga penting, bertujuan menilai tahap praktis

jururawat dalam pemberian jagaan kesihatan serta akauntibiliti dalam mendokumentasi.


7.0 RUMUSAN

Rumusan yang saya dapat daripada insiden ini untuk mengekalkan standard of care,

Jururawat Terlatih perlu sentiasa mengikuti etika dalam perawatan dan tidak lupa juga

untuk menerapkan sifat professionalisma pada diri masing-masing. Pada masa yang

sama, kepentingan mahir dalam komunikasi antara staf kesihatan mahupun klien dalam

pemberian informasi serta pendidikan kesihatan memberi impak besar kepada

masyarakat. Selain itu, Jururawat Terlatih hendaklah mempunyai akauntabiliti dan rasa

tanggungjawab terhadap setiap perkhidmatan yang diberikan supaya dapat memberi

keyakinan kepada masyarakat yang menerima rawatan di hospital. Hal ini penting untuk

melahirkan Jururawat yang berpengetahuan luas, kompiten dan berkualiti dalam

pemberian jagaan kejururawatan seterusnya dapat meningkatkan kesihatan masyarakat

dengan maksima.
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN

2.0 PENGENALAN

3.0 JENIS INSIDEN

4.0 TINDAKAN SEMASA INSIDEN

5.0 PENILAIAN

6.0 IMPLIKASI

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

8.0 RUMUSAN

RUJUKAN
RUJUKAN

Chaffee,J. (1994). Thinking Critically, 5th ed. Boston: Houghton Mifflin, 1994

Kamus Jururawat Edisi Kedua. Terbitan Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Medical Dictionary for Health Professions and Nursing, Farlex 2012.

Boyd, E.M. and Fales, A. W. (1893) Reflective learning from experience.


Journal of Humanistic Psychology, 23 (2), 99-117.

Australian Nursing and Midwifery Council (2006) National Competency Standard for
Registered Nurse.

Mosbys Medical Dictionary, 9th Edition 2009, Elsevier.