Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

TUGASAN PROJEK

AURAL & NYANYIAN SEMERTA II

(MZU 3109)

Nama : SYAZWANI FATIN BINTI BAHNAN

Angka Giliran : 2013241340127


No. K/P : 931001-01-6350
Kumpulan / Unit : L7A
Kod dan Nama Kursus : MZU 3109 Aural & Nyanyian Semerta II
Program : PISMP
Ambilan : Januari 2013
Nama Pensyarah : TN. HAJI MEOR ZAHIDI BIN MEOR MOHD. TAHIR
Tarikh Serahan : 14 MAC 2014
B. Ulasan Kritis (100%)

Tajuk lagu : Junkanoo dan Old Bill Jones


Teknik : Lagu Berkembar

Lagu berkembar (partner songs) adalah dua lagu yang berlainan tetapi mempunyai
nada, pergerakan kord dan bilangan bar yang sama, yang dinyanyikan serentak. Konsep muzik
yang terdapat dalam lagu berkembar ialah teksturnya yang menggunakan tekstur polifonik.
Lagu Junkanoo pula merupakan lagu rakyat Jamaica. Ia dinyanyikan sewaktu pesta perarakan
menyambut hari krismas. Lagu dan liriknya telah dihasilkan oleh Jan Holdstock. Lagu ini
dinyanyikan dalam nada G Major. Meter yang digunakan adalah meter 4. Lagu ini mempunyai
4
17 bar kesemuanya. Dalam lagu ini, berlaku pengulangan lagu pada bar dua hingga bar
terakhir.
Lagu ini boleh dinyanyikan secara berkembar dengan lagu di bawah iaitu lagu Old Bill
Jones hasil ilham komposer yang sama. Semasa lagu berkembar dinyanyikan oleh dua
kumpulan, lagu Old Bill Jones ini akan tamat dahulu kemudian barulah diikuti dengan lagu
Junkanoo. Lagu ini mempunyai 16 bar.

Kedua-dua buah lagu ini mempunyai nada yang sama iaitu G Major dan harmoninya
tidak bercanggah antara satu sama lain. Sebelum menyanyikan lagu ini, murid harus
mengetahui pic, ritma dan tempo lagu tersebut supaya murid berasa yakin akan melodi sebenar
lagu tersebut. Kemudian, barulah lagu ini dinyanyikan secara berkembar. Lagu-lagu berkembar
juga merupakan satu cara dalam memperkenalkan konsep harmoni kepada pelajar. Selain dari
lagu di atas, terdapat banyak lagi lagu berkembar yang lain iaitu Why Shouldnt My Goose
(traditional) dan Donkeys & Carrots (traditional Belgian/Augustus D. Zanzig), Marry Had A Little
Lamb dan Baa Baa Black Sheep, dan lain-lain lagi.

REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan tugasan projek bagi kursus Aural & Nyanyian Semerta II (MZU 3109) dengan
jayanya. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, banyak maklumat dan ilmu pengetahuan
tentang muzik yang saya terima dan pelajari.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, terdapat pengalaman suka dan duka yang telah
saya tempuhi. Bagi saya, antara pengalaman yang menarik yang dapat saya kongsikan ialah
saya dapat mempelajari bagaimana cara untuk merakam video dengan lebih teratur dan jelas
melalui rakan saya. Saya dan ahli kumpulan saya terpaksa meminta bantuan rakan untuk
merakam persembahan kami. Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan seperjuangan kami
yang telah banyak membantu sepanjang melaksanakan tugasan ini.

Secara jujurnya, saya berasa seronok melaksanakan tugasan ini kerana saya dapat
mempelajari cara membuat skor lagu. Saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya dengan
cara membuat skor dengan menggunakan Finale. Setiap kali terdapat kesalahan yang saya
lakukan, saya akan memperbetulkan kesalahan tersebut dan dari situlah saya sentiasa belajar
daripada kesilapan saya. Saya juga dapat membuat skor dengan lebih cepat selain mendapat
ilmu baru melalui kesalahan yang dilakukan kerana saya menganggap orang yang berjaya itu
selalunya bermula dari kegagalan.

Dalam tugasan ini, kami diberikan tugas untuk memilih lagu lima buah lagu. Tetapi
disebabkan ahli kumpulan kami hanya mempunyai empat orang sahaja, maka kami hanya
memilih empat buah lagu sahaja dan lagu-lagu tersebut dinyanyikan dalam bentuk lagu
pusingan, lagu berkembar, dron dan ostinato. Bagi saya, hal ini merupakan sesuatu yang amat
menyeronokkan kerana saya dapat belajar tentang teknik-teknik lagu yang terdapat dalam
konsep muzik. Untuk tugasan ulasan kritis pula, saya memilih untuk menganalisis lagu
berkembar kerana saya ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang ciri-ciri lagu berkembar.

Semasa melaksanakan tugasan ini, banyak halangan dan cabaran yang perlu saya
hadapi dalam menjayakan tugasan ini dan salah satunya ialah mesin pencetak (printer) saya
tidak dapat berfungsi dengan baik. Namun begitu, saya hadapi halangan dan cabaran ini
dengan tenang dan sabar. Hasilnya, dapatlah juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Selain itu, saya juga dapat mengumpul maklumat serba sedikit tentang lagu yang telah
saya pilih iaitu tanda nada lagu, meter lagu, ketepatan pic, dan lain-lain. Hal ini juga sedikit
sebanyak dapatlah menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam subjek Muzik ini.
Saya amat berbesar hati kerana ahli kumpulan saya yang sudi memberikan kerjasama
dalam melaksanakan tugasan ini. Tambahan pula, mereka tidak pernah bakhil dalam
perkongsian ilmu. Lebih menyeronokkan apabila kolaborasi antara kami kian kukuh semasa
menyiapkan tugasan ini. Bagi saya, perkara-perkara sebegini amat wajar diketengahkan ke
peringkat akar umbi kerana secara tidak langsung, hal ini dapat memupuk semangat kerjasama
antara satu sama lain.

Di kesempatan ini, saya ingin menambah untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah saya iaitu Tn. Haji Meor Zahidi bin Meor Mohd. Tahir yang tidak jemu-jemu
untuk memberi pemahaman dan pandangan dalam menjayakan tugasan ini. Ucapan terima
kasih juga kepada rakan-rakan yang tidak lokek dalam berkongsi idea dan pendapat.
LAMPIRAN