Anda di halaman 1dari 3

KECEMBURUAN MELAMPAU/ DENGKI/ IRI HATI

KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT

PEMERHATIAN & PENGALAMAN LEPAS


TINGKAH LAKU
Merosakkan hasil kerja orang lain
Mengoyakkan kertas bagi aktiviti kumpulan
Menjerit untuk menakut-nakutkan orang lain
Tidak mempedulikan orang lain
Tidak ada interaksi social
Membandingkan diri dengan orang lain
Inginkan kejayaan tidak menerima kekalahan
ISU
Tahap perkembangan
Setiap orang ada emosi cemburu
Tidak ada orang untuk membimbing mereka untuk mengawal emosi
Kesannya terhadap diri sendiri, masyarakat dan persekitaran

PUNCA (maslow- kasih saying; skinner)


Ibu bapa terlalu mementingkan akademik
Pengalaman pahit- diketawakan apabila kalah dalam sesuatu pertandingan
Estim diri yang rendah, tiada pujian
Selalu dilabel sebagai murid bermasalah
Tidak dapat menerima fakta yang orang lain lebih bijak daripadanya

LANGKAH
- Tukar tempat duduk
- Aktiviti kumpulan
- Peneguhan positif (Pujian, Ganjaran) sekiranya ada sikap toleransi, beri pujian
- Bimbingan dan kaunseling
- Mengadakan kunjungan mesra ke rumah- prihatin- keadaan rumah
AKTIVITI
- Terapi biblio - cerita
- Latihan bertenang m/s 219
- Objektif- Dapat meringankan kepenatan mental disebabkan stres & memberikan
ketenangan fikiran melalui latihan fizikal yang ringan

Duduk dalam keadaan selesa.


Pastikan kedua-dua kaki dan tangan lurus ke bawah.
Tanggalkan kasut
Pandang lurus ke hadapan
Langkah 1 Apabila rasa tidak selesa, pejamkan mata.

Kini...
Tarik nafas ke dalam perlahan-lahan sehingga anda rasa pernafasan secara automatik dan normal.
Fokus kepada pernafasan di bahagian abdomen. Rasakan abdomen anda setiap kali menarik nafas,
buka sahaja di bahagian atas.
Fokus kepada perut dan tenangkan fikiran
Senangkan leher anda.
Fokus kepada setiap bahagian tubuh anda. Mulakan dengan jari-jari kaki dan perlahan bawa perhatian
ke bahagian atas.
Langkah 2 Pada masa yang sama, tenangkan fikiran. Bayangkan suasana yang tenang, pemandangan yang indah,
burung-burung bersiul dan rama-rama berterbangan, bunga-bunga kembang mengharum dan
menyegarkan, anak sungai mengalir dengan dedaunan gugur hanyut bersama buih-buih.
Teruskan, pejamkan mata. Sekarang anda melihat dedaunan terapung-apung di permukaan air
bersama buih-buih dan mengambil masa lima minit hendak sampai ke destinasi anda.

Sekiranya sesi ini tidak juga menenangkan anda, orang pertama berdiri berbaris menghadap fasilitator
kedua, ketiga dan seterusnya memegang bahu orang di hadapan.

Langkah 3

Urut perlahan-lahan bahu kawan di hadapan selama dua minit, kemudian pusing belakang. Urut bahu
kawan di hadapan.

Langkah 4

- Refleksi-
- Ekspresi diriku - luahkan melalui kata-kata- tidak agresif
Objektif: Mengenal pasti sesuatu yang memberi inspirasi kepada diri supaya
berusaha & menganalisis setiap tingkah laku yang membawa implikasi sama ada
positif ataupun negatif

Langkah
1) Fasilitator meminta semua ahli duduk dalam kumpulan dan merenung sejenak
apakah yang selalu dilakukan ataupun yang ingin dilakukan apabila berhadapan
dengan keadaan berikut:
-Gembira, Marah, Benci, Damai, Kecewa
2) Secara bergilir-gilir setiap ahli diberi peluang memilih tiga daripada keadaan yang
diberikan dan menerangkan bagaimana mereka menunjukkan perilaku yang
berkaitan.
3) Semasa ahli menerangkan reaksi mereka, elakkan daripada memberi sebarang
komen tetapi boleh minta penjelasan.
4) Perbincangan seterusnya memberi fokus kepada pengalaman manis ataupun
pahit yang pernah dilalui dan implikasi daripada ekspresi diri mereka:
-Tindak tanduk kita membawa implikasi positif ataupun negatif
-Sesuaikan tingkah laku dengan peranan dan penerimaan masyarakat

-mencungkil bakat murid-murid