Anda di halaman 1dari 42

PENDAHULUAN

Perlembagaan dari sudut bahasa didefinisikan sebagai dasar pemerintahan negeri 1 Dari
sudut istilah pula, ia membawa pengertian satu dokumen yang mengandungi semua susunan
peraturan dan undang-undang dasar (tertinggi) yang penting dalam melicinkan pemerintahan
kesaksamaan bagi semua individu. Perlembagaan sangat penting terutamanya kepada
pemerintahan dan pentadbiran negara serta memastikan keadilan dan kesaksamaan bagi
semua individu. Perlembagaan sangat penting terutama kepada pemerintah atau pemimpin
sesebuah kerajaan atau negara untuk mendapat satu panduan atau gambaran yang holistik
supaya segala apa yang dirancang dan direncanakan terutamanya dasar-dasar negara dapat
diimplemintasikan dengan baik dan teratur serta tidak bercanggah antara satu sama lain
sehingga boleh menyebabkan konflik serta menggugat keharmonian dan kestabilan negara.

Perlembagaan digubal sebagai satu pedoman dan garis panduan kepada corak
pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara. Secara tidak langsung, ia turut memberi
jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan memastikan segala urusan yang
membabitkan undang-undang tidak membebankan atau menganiaya rakyat kerana lazimnya
perlembagaan tercipta hasil daripada persetujuan dan pandangan warganegara itu sendiri.
Percanggahan tidak akan wujud kerana undang-undang telahpun dipandu. Sekiranya satu
undang-undang digubal dan didapati bercanggah dengan perlembagaan, maka undang-undang
tersebut terbatal setakat yang bercanggah.

Di negara kita, perlembagaan persekutuan menjadi tunjang kepada segala perencanaan


dan perlaksanaan dasar dan undang-undang. Ia turut memainkan peranan dalam
memperkasakan hubungan baik antara etnik di Malaysia. Perkara-perkara seperti agama,
bahasa, kewarganegaraan dan keistimewaan bumiputera menjadi punca keutuhan hubungan
etnik di Malaysia. Segala apa yang Nampak berpihak diseimbangkan dengan hak yang
sewajarnya. Sebagai contoh; kedudukan Islam sebagai agama rasmi diseimbangkan dengan
peruntukan kebebasan menganut agama lain bagi yang bukan Islam. Ini menyebabkan berlaku
toleransi di kalangan warganegara dan tidak memaksa pihak yang lain. Di sinilah hubungan
etnik menjadi semakin utuh dan erat.

1 Kamus Dewan Edisi Keempat. 2002. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 788
TUGASAN 1

Menurut Mustafa Ishak ( 2006), dalam karyanya Politik dan Pemerintahan Negara,
perlembagaan mempunyai peranan penting dalam memastikan keutuhan dan kestabilan
sesebuah negara. PASTU TAMBAH PASAL UTUH

Sebagaimana yang kita sedia maklum, perlembagaan berfungsi untuk mewujudkan satu bentuk
pemerintahan negara yang adil dan mampu untuk memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya.
Perlembagaan akan membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya tanpa
berlakunya penyalahgunaan kuasa. Seterusnya, kita akan melihat sejauhmana kepentingan
perlembangaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Keutuhan kandungan Perlembagaan Persekutuan dapat meningkatkan semangat


perpaduan masyarakat Malaysia yang lebih mantap. Unsur-unsur tradisi, iaitu satu kontrak
sosial yang telah disepakati bersemasa menggubal Perlembagaan Persekutuan menjadi punca
keutuhan hubungan etnik di negara kita. Dalam kata yang lain, keutuhan unsur-unsur tradisi
dalam Perlembagaan Persekutuan menyumbang kepada hubungan masyarakat Malaysia yang
harmonis seperti yang dilihat pada masa kini. Hal ini adalah kerana nilai toleransi telah
diwujudkan semasa kontrak sosial dipersetujui. Semua etnik di negara kita sanggup bertolak
ansur dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan bagi memperjuangkan kemerdekaan
yang telah lama dinantikan.

Unsur-unsur tradisi telah banyak menyumbang kepada pembentukan hubungan


masyarakat Malaysia yang harmonis ini meliputi empat aspek iaitu rasional perkara 152:
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rasional perkara 3: Agama Islam sebagai agama
persekutuan, rasional perkara 153: kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah
dan Sarawak serta rasional perkara 181: pemerintahan beraja. Keempat-empat unsur tradisi ini
telah menjadi sebahagian daripada kandungan penting dalam Perlembagaan Persekutuan dan
memainkan peranan yang cukup besar dalam mewujudkan hubungan masyarakat Malaysia
yang harmonis. Kepentingan unsur-unsur tradisi ini cukup terserlah apabila ia dilindungi di
bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif serta dilarang dijadikan isu
perbincangan awam.
Rasional perkara 152, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah
menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Melalui kontrak sosial
ini, rakyat dapat berkomunikasi, berinteraksi dan berurusan antara satu sama lain dengan
adanya bahasa kebangsaan yang berfungsi sebagai wadah komunikasi atau bahasa pertuturan
umum dan bahasa rasmi. Selain itu, semua lapisan rakyat juga dapat menggunakan bahasa
yang sama tidak kira dalam urusan rasmi mahupun berurusan dengan pelanggan atau
berkomunikasi dengan rakan sekerja. Walaupun Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa
kebangsaan, namun bahasa ibunda kaum lain tidak tergugat. Pada masa yang sama, bahasa
ibunda kaum lain dipelihara. Seperti yang dinyatakan dalam Perkara 152, bahasa-bahasa lain
adalah dilindungi dan tiada sesiapun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau
mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan
pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan. Oleh itu, dapat dilihat dengan jelas bahawa
Bahasa Melayu dapat menyatupadukan rakyat di Malaysia dan mewujudkan hubungan
masyarakat yang harmonis.

Selain itu, rasional perkara 3, agama Islam sebagai agama persekutuan juga
merupakan salah satu unsur tradisi yang berperanan membentuk hubungan masyarakat
Malaysia yang harmonis. Agama Islam telah ditetapkan sebagai agama persekutuan kerana
Islam telah lama bertapak di Tanah Melayu semenjak dari dulu lagi. Walaupun agama Islam
telah dijadikan agama persekutuan, namun agama lain juga boleh diamalkan dengan bebas
dalam mana-mana bahagian Persekutuan. Hal ini dapat dilihat dalam perkara 11, iaitu
kebebasan beragama. Perkara 11(3) menyatakan bahawa tiap-tiap kumpulan agama berhak
untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara institusi bagi
maksud agama serta memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan
mentadbirnya mengikut undang-undang. Dengan adanya kebebasan beragama seperti yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, rakyat tidak dipaksa menganuti agama
Islam. Sebaliknya, rakyat saling menghormati antara satu sama lain walaupun mempunyai
agama, budaya dan adat yang berbeza. Hal ini telah mewujudkan persefahaman dan
permuafakatan ke arah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan
mempunyai agama yang berbeza.

Di samping itu, keutuhan rasional perkara 153, iaitu kedudukan istimewa orang Melayu
dan bumiputera Sabah dan Sarawak juga menyumbang kepada pembentukan hubungan
masyarakat Malaysia yang harmonis. Dalam Perkara 153, kerajaan fokus kepada keutamaan
orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak bekerja di sektor awam kerana kekurangan
mereka dalam perkhidmatan awam ini. Selain itu, kerajaan juga ingin membantu meningkatkan
taraf hidup, pendidikan dan pencapaian ekonomi orang Melayu serta bumiputera Sabah dan
Sarawak yang pada masa itu amat rendah. Walaupun peruntukan khas ini seolah-olah
bercanggah dengan hak sama rata ke atas semua warganegara, namun kedudukan istimewa
orang Melayu dan Bumiputera ini merupakan satu usaha bagi menyamakan taraf kaum
Bumiputera dengan kaum-kaum lain. Dengan demikian, barulah keseimbangan dari segi
ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan dapat diwujudkan antara kaum yang berbeza.

Walau bagaimanapun, kerajaan tidak menafikan kedudukan yang sah bagi kaum lain.
Hal ini dapat dilihat apabila pendidikan kaum lain juga dititikberatkan. Sebagai contoh, sekolah
Cina dan sekolah Tamil dikekalkan. Di samping itu, pemberian pinjaman pendidikan diberikan
bukan sahaja kepada orang Melayu, bahkan kepada orang bukan Melayu melalui PTPN. Selain
itu, kaum Cina dan Tamil juga diberi peluang untuk bekerja di sektor awam. Semangat
akomodatif, toleransi, rela berkongsi kuasa dan sanggup berkorban dapat dilihat apabila orang
Melayu sanggup menerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf
kedudukan istimewa orang Melayu. Orang Melayu dan bukan Melayu sanggup berkongsi kuasa
dalam usaha membentuk identiti Malaysia dan mewujudkan hubungan masyarakat Malaysia
yang harmonis. Hal ini juga dapat menunjukkan keutuhan Perlembagaan Persekutuan dalam
negara kita. Jadual di bawah menunjukkan bilangan orang bukan Melayu yang menjadi
warganegara dengan cara pendaftaran dari tahun 1957 hingga tahun 1960.

Jadual 2: Bil Penduduk Menjadi Warganegara Melalui Pendaftaran 1957 - 1960

Tahun Bilangan

1957 (31 Ogos 31 Disember 1957) 120078

1958 822567

1959 67227

1960 77858

Sumber:Mohd Suffian Hashim, 1987

Tambahan pula, keutuhan rasional perkara 181, iaitu pemerintahan beraja juga
menyumbang kepada pembentukan hubungan masyarakat Malaysia yang harmonis. Perkara
181 menyatakan kedaulatan, hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa Raja-raja dan hak
kedaulatan institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep Raja Berpelembagaan. Selain itu,
perkara 181 juga menyatakan Raja tidak boleh berkuasa secara langsung dan peranan Raja
hanya menjalankan tugas secara simbolik sahaja. Sistem beraja mutlak telah dimansuh dan
digantikan dengan sistem raja berpelembagaan. Di bawah sistem ini, raja-raja dikehendaki
menerima nasihat anggota Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri dan bertindak menurut
nasihat-nasihat itu. Dalam perkara ini, raja yang menjadi payung atau simbol perpaduan untuk
semua kaum. Raja berperlembagaan menjadi pengimbang antara semua institusi demokrasi
seperti parlimen dan mana-mana suruhanjaya bebas. Dengan wujudnya raja sebagai simbol
perpaduan dan raja berperlembagaan sebagai pengimbang antara semua institusi demokrasi,
perpaduan dapat dilahirkan dan seterusnya hubungan masyarakat Malaysia yang harmonis
juga dibentuk.

Keutuhan kandungan Perlembagaan Persekutuan dalam membentuk hubungan


masyarakat Malaysia yang harmonis juga dapat dilihat semasa proses penggubalan
Perlembagaan Persekutuan dijalankan. Perlembagaan Persekutuan telah digubal oleh
Surahanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956. Perlembagaan yang digubal ini kukuh,
praktikal dan dihormati kerana perlembagaan ini merupakan cadangan dan pandangan
daripada bukan sahaja parti-parti politik dan Raja-raja Melayu, bahkan melibatkan pandangan
daripada orang ramai dan individu-individu. Malahan suruhanjaya ini juga telah menerima 131
memorandum bertulis di samping telah bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober
1956. Dalam hal ini, boleh dilihat bahawa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini telah
mendapat persetujuan dan pandangan majoriti rakyat Malaysia. Menurut Prof. Ahmad Ibrahim
(1992), Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal hasil daripada persetujuan bersama yang
telah dicapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan Melayu, Cina dan India (Shamsul,
2008). Oleh itu, Perlembagaan Malaysia bukan sahaja merupakan satu dokumen perundangan,
malahan satu kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Keutuhan Perlembagaan Persekutuan
ini telah menyumbang kepada hubungan masyarakat yang harmonis seperti pada masa kini.
Mengenai kedudukan istimewa Melayu, peruntukan di bawah Perkara 153 sebenarnya cukup fleksibel: ia
tidak berhasrat hendak mencipta satu bentuk rejim apartheid yang menindas. Perkara 153 hanya
menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak tanpa menindas kepentingan kaum-
kaum lain. Hal sama juga meliputi Perkara 152 mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.

Satu lagi peristiwa yang membawa kepada pindaan perlembagaan ialah tragedi berdarah 13 Mei 1969.
ianya berkaitan dengan soal kebebasan hak asasi serta kesetiaan kepada Raja dan Perlembagaan.

Kebebasan asasi untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan sewengang-wenangnya tanpa
kawalan mencetuskan perkara yang tidak diingini. Di kalangan orang bukan Melayu misalnya, telah
dengan lantangnya mempersoalkan kedudukan raja-raja, hak keistimewaan orang Melayu dan bahasa
Kebangsaan. Akibat daripada tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 itu, Parlimen pada tahun 1967
telah meluluskan akta meminda Perkara 10 Perlembagaan Malaysia mengenai kebebasan bersuara,
berhimpun dan berpersatuan. Terdapat empat perkara yang dilarang bagi perbincangan umum, iaitu
perkara-perkara yang dianggap sensitif, seperti soal kewarganegaraan, kedudukan orang Melayu dan
Bumiputera, Bahasa Kebangsaan, dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Abdul Aziz Bari. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Abdul Aziz Bari. 2002. Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Bari. 2005. Islam Dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication.

Asiaweek. 1993. 6 January.

Hal ini ditambah lagi dengan sikap mahasiswa yang tidak memahami
unsur-unsur tradisi yang menjadi teras perpaduan di Malaysia

Hal ini seperti yang dirumuskan oleh Abdul Rahman Embong (2006) iaitu
PENUBUHAN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH

Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah No. 15 Tahun 1977

23hb. Disember 1977 menjadi tarikh keramat dalam perkembangan undang-undang Islam di Sabah
apabila Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977.
Enakmen ini memansuhkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1971 yang ternyata masih banyak
kekurangannya.[19] Enakmen yang mengandungi 109 seksyen ini lebih lengkap berbanding
Enakmen terdahulu di mana beberapa peruntukan penting dan bersejarah telah dimuatkan. Antara
peruntukan yang besar impaknya terhadap perkembangan pentadbiran undang-undang Islam di
Sabah ialah adanya peruntukan yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Negeri Sabah untuk
menubuhkan Mahkamah Syariah.[20]

Di bawah Enakmen yang baru ini, terdapat 3 peringkat Mahkamah Syariah iaitu Mahkamah Rayuan
Syariah, Mahkamah Qadi Besar dan Mahkamah Qadi. Buat pertama kalinya dalam sejarah apabila
Mahkamah Syariah mula beroperasi di Sabah seiring dengan perlantikan Qadi-qadi Mahkamah pada
1hb. Febuari 1978. Dengan kuasa yang diberi Enakmen ini, Yang Dipertua Negeri Sabah telah
melantik Datuk Hj. Ahmad bin Idris sebagai Qadi Besar pertama bagi Sabah dan seorang Qadi bagi
setiap residensi yang ditetapkan.[21] Terdapat 5 residensi Mahkamah Syariah bagi seluruh Sabah
yang terdiri dari Pantai Barat Kota Kinabalu, Pedalaman, Kudat, Sandakan dan Tawau. Antara
kathi-kathi yang dilantik dan menjadi perintis kepada nafas baru Mahkamah Syariah Sabah ialah
Datuk Hj. Zaman bin Lassim, Pengiran Hj. Daud bin Pg. Ismail, Datuk Hj. Abdul Wahid bin Osman
dan Datuk Hj. Mohd. Noor Wahab.[22]

Mahkamah Qadi dan Mahkamah Qadi Besar diberi kuasa sebagai mahkamah mula bicara dengan
bidangkuasa yang berbeza.[23] Mahkamah Rayuan Syariah pula berperanan untuk mendengar dan
memutuskan kes-kes yang dirayu dari Mahkamah Qadi atau Mahkamah Qadi Besar.[24]

Bagi memantapkan lagi undang-undang ini, pindaan telah dilakukan ke atas Enakmen ini pada
tahun 1981. Struktur organisasi Mahkamah Syariah disusun semula dengan masih mengekalkan tiga
peringkat Mahkamah iaitu Mahkamah Qadi, Mahkamah Qadi Bahagian dan Mahkamah Rayuan
Syariah.[25] Pindaan tersebut telah memansuhkan Mahkamah Qadi Besar dan mengujudkan
Mahkamah Qadi Bahagian. Ini bermakna, Mahkamah Qadi Bahagian telah mengambilalih
bidangkuasa yang sebelum ini diberikan kepada Mahkamah Qadi Besar. Qadi Besar pula dilantik
sebagai Yang diPertua Mahkamah Syariah Negeri Sabah dan tidak lagi membicarakan kes-kes di
peringkat mahkamah mula bicara. Qadi Besar hanya mendengar kes rayuan bersama 2 orang ahli
penal. Ini bermakna keanggotaan ahli Mahkamah Rayuan Syariah telah dikurangkan dari 7 orang
kepada 3 orang sahaja. Ahli penal rayuan itu pula mestilah dianggotai dari kalangan Qadi Bahagian
yang tidak pernah mendengar kes yang dirayu itu dari peringkat mula bicara.
Perubahan yang berlaku dalam struktur organisasi Mahkamah Syariah dalam Pindaan 1981
sesungguhnya amat penting dalam memperkemas dan memperkukuhkan institusi Mahkamah
Syariah di Sabah. Kewibawaan Qadi yang memegang jawatan penting dalam kehakiman syariah
semakin terserlah apabila jawatan berkenaan mula diisi dari kalangan mereka yang berkelayakan
dari segi latihan dan akademik. Bermula tahun 1986, jawatan tersebut mula diisi oleh mereka
yang mendapat Diploma Pentadbiran Undang-Undang dan Kehakiman Islam (DAIJ) di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya. Yang Arif Ahmad bin Lakim adalah antara
generasi baru dengan kelayakan DAIJ telah dilantik menjawat Jawatan Qadi di Pantai Barat Kota
Kinabalu pada tahun 1986.[26]Akademik dan latihan di peringkat Diploma Lanjutan di UIAM
berkenaan telah mendedahkan para Qadi kepada kemahiran dan ilmu yang mantap bagi
menjalankan tugas kehakiman. Tenaga pengajar pula adalah dari kalangan pakar undang-undang
baik dari segi akademik mahupun pengalaman memandangkan majoritinya adalah professor
undang-undang dan bekas-bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia yang telah bersara.

20] Jasri @ Nasip B. Matjakir, Qadi: Perlantikan, Bidangkuasa dan Permasalahan, Satu Kajian di
Sabah, Kertas Projek Diploma Pentadbiran Undang-Undang dan Kahakiman Islam (DAIJ), Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya, 1993, hal. 54.
[21] Lihat Seksyen 47, Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977.
[22] Lihat Seksyen 48(1), Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977.
[23] Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak No. 15 Tahun 1977 (Pindaan 1981) mula berkuatkuasa
1hb. Disember 1981; Penubuhan ketiga-tiga peringkat Mahkamah tersebut boleh dirujuk kepada
Seksyen 46(1), (2) dan (3) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak No. 15 Tahun 1977 (Pindaan 1981).
[24] Penulis berterimakasih atas maklumat yang diberikan oleh Yang Arif Ahmad bin Lakim
mengenai perkara ini pada 2hb. Disember 2012. Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengarah
Bahagian Latihan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Putrajaya sejak tahun 2010. Sebelum ke
Putrajaya, beliau pernah memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah dari tahun
1996 hingga 1998. Selepas itu beliau kemudiannya memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah
Tinggi Syariah Sabah antara tahun 1998 sehingga 2010.
[25] Ketua Hakim Syarie yang pertama bagi Negeri Sabah adalah Datuk Hj. Mohd Noor Wahab.
Beliau bersara dari perkhidmatan kehakiman pada tahun 1999 dan digantikan oleh Datuk Hj. Aidi
Mokthar, anak kelahiran Daerah Papar, Sabah.
[26] Lihat Seksyen 4(1),(2) dan (3) Enakmen Mahkamah Syariah No. 14 Tahun 1992.
[27] Perkara 74(2), Perlembagaan Persekutuan.
[28] Perkara 75, Perlembagaan Persekutuan.
[29] Lihat Seksyen 12, Enakmen Mahkamah Syariah 2004.
[30] Lihat Seksyen 11, Enakmen Mahkamah Syariah 2004.
[31] Lihat Seksyen 13, Enakmen Mahkamah Syariah 2004.
[32] Lihat Seksyen 16, Enakmen Mahkamah Syariah 2004.
[33] Lihat Seksyen 17, Enakmen Mahkamah Syariah 2004.
[34] Lihat Seksyen 18, Enakmen Mahkamah Syariah 2004.
[35] Noh bin Abdul Aziz & Anor v Director of Lands & Surveys, Kota Kinabalu & Anor, High Court
Tawau Originiting Motion No. T(25)-01 of 1999
https://erakita.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/

Skip to navigation

Langkau ke kandungan utama

Skip to primary sidebar

PERANAN MAHKAMAH ANAK NEGERI ANTARA AKTA MEMPERBAHARUI UNDANG-UNDANG


(PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976 DAN ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004

JAN 3

Posted by ERAKITA

PERANAN MAHKAMAH ANAK NEGERI ANTARA AKTA MEMPERBAHARUI UNDANG-UNDANG


(PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976 DAN ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004.

Ahadin bin Arinen[1]

PENDAHULUAN

Mahkamah Anak Negeri (MAN) merupakan salah satu institusi kehakiman yang telah lama wujud di
Negeri Sabah. Kewujudannya ada kaitan dengan pertapakan secara rasmi Syarikat Borneo Utara British
(SBUB) di negeri ini pada tahun 1881. Tulisan ini membincangkan mengenai peranan MAN dalam konteks
mentadbir dan melaksanakan undang-undang adat dengan mengambilkira undang-undang bertulis yang
terpakai bagi mahkamah lain iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Perkara ini perlu dijelaskan
memandangkan adanya satu peruntukan khas dalam Enakmen Mahkamah Anak Negeri tahun 1992
(EMAN 1992) iaitu Seksyen 9 yang menyatakan bahawa Mahkamah Anak Negeri tidak berbidang kuasa
ke atas mana-mana perkara yang terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah
Syariah. Penjelasan mengenai perkara ini dapat mengelak dari berlakunya isu pertindihan bidangkuasa
mendengar kes khususnya di pihak MAN sendiri.

PENUBUHAN MAHKAMAH ANAK NEGERI

Mahkamah Anak Negeri ditubuhkan di bawah Bahagian II yang meliputi Seksyen 3, 4 dan 5 EMAN 1992.
Melalui peruntukan tersebut, Yang di-Pertua Negeri Sabah diberi kuasa untuk menubuhkan Mahkamah
Anak Negeri di mana-mana tempat yang disifatkan patut dan boleh menetapkan wilayah bidang kuasa
mahkamah-mahkamah berkenaan melalui pewartaan. Kewujudan MAN dilindungi oleh Perlembagaan
Persekutuan yang memberi pengiktirafan kepada kedua Negeri Sabah dan Sarawak untuk meneruskan
pemakaian dan pelaksanaan undang-undang adat anak negeri, termasuk penubuhan Mahkamah Anak
Negeri.[2]

Terdapat 3 peringkat MAN di Sabah yang terdiri daripada:

(a) Mahkamah Anak Negeri[3]

(b) Mahkamah Anak Negeri Daerah[4]

(c) Mahkamah Rayuan Anak Negeri[5]

BIDANGKUASA MAHKAMAH ANAK NEGERI SABAH

Bidangkuasa MAN boleh dilihat dengan jelas dalam Seksyen 6(1) Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992
seperti berikut:
(a) Kes-kes yang timbul daripada perlanggaran undang-undang atau adat anak negeri yang semua
pihaknya adalah anak negeri;

(b) Kes-kes yang timbul daripada perlanggaran jundang-undang atau adat anak negeri, daripada segi
agama, perkahwinan atau seksual, jika izin bertulis Pegawai Daerah yang bertindak atas nasihat dua
orang Ketua Anak Negeri telah didapatkan bagi memulakan prosiding, jika satu pihaknya adalah bukan
anak negeri;

(c) Kes-kes melibatkan undang-undang atau adat anak negeri berhubung dengan-

(i) Pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembatalan perkahwinan atau pemisahan


kehakiman;

(ii) Pengambilan anak angkat, penjagaan dan keesahan;

(iii) Hadiah atau pewarisan dengan wasiat atau tak berwasiat; dan

(d) Kes-kes lain jika bidang kuasa diberikan kepadanya oleh Enakmen ini atau mana-mana undang-
undang bertulis yang lain.

Bidangkuasa jenayahnya dikawal oleh Akta Mahkamah Anak Negeri (Bidangkuasa Jenayah) 1991. Dalam
akta ini, MAN diberi kuasa menghukum dengan denda kepada pesalah jenayah tidak melebihi
RM5,000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.[6]

SEKSYEN 9 DAN IMPLIKASINYA KE ATAS BIDANG KUASA MAHKAMAH ANAK NEGERI


Penambahbaikan undang-undang bertulis di Malaysia dan khususnya di Sabah terus berlaku. Pada tahun
1988, telah berlaku sejarah penting bagi negara apabila Parlimen meluluskan pindaan terhadap
Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara. Pindaan pada perkara 121(1A)
Perlembagaan telah menyingkirkan sebarang tindakan Mahkamah Awam untuk mendengar dan
memutuskan kes yang mana jelas jatuh di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Bidangkuasa
Mahkamah Syariah secara amnya dapat dilihat pada Senarai 2, Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan.

Dalam konteks Mahkamah Anak Negeri, perkara yang sama juga berlaku 4 tahun kemudian. Pada tahun
1992, Badan Perundangan Negeri Sabah telah meluluskan satu undang-undang khas bagi Mahkamah
Anak Negeri yang dinamakan sebagai Enakmen Mahkamah Anak Negeri, 1992. Selaras dengan roh dan
semangat Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan di atas, Enakmen ini turut memasukkan satu
peruntukan penting bagi mengelak terjadinya konflik pertindihan bidangkuasa antara Mahkamah Anak
Negeri dengan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Seksyen 9 EMAN 1992 menyebut seperti
berikut:

Mahkamah Anak Negeri tidak boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa kuasa atau
perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil.

Dapat difahami bahawa MAN tidak berbidangkuasa ke atas perkara atau kuasa yang jatuh di bawah
bidangkuasa Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil. Dalam konteks undang-undang keluarga, agama
yang dianuti oleh seseorang yang berstatus Anak Negeri atau bumiputera, tanpa mengira di mana ia
tinggal, samada di Sabah, Sarawak atau di Semenanjung boleh memberi kesan perundangan ke atas
dirinya, khususnya perkara berkaitan perkahwinan dan perceraian. Jika ia seorang Muslim, tidak ada
pilihan lain melainkan tertakluk kepada undang-undang keluarga Islam. Sebaliknya bagi orang bukan
Islam, mereka mempunyai pilihan samada memilih untuk menggunakan saluran undang-undang Sivil
atau undang-undang adat.[7]

Bagi penulis, antara langkah yang boleh diambil sebelum MAN mendengar kes di hadapannya bagi
mempastikan samada kes berkenaan jatuh di bawah bidang kuasanya atau tidak adalah:

(a) memastikan apakah bentuk atau jenis tuntutan atau dakwaan pihak dalam kes berkenaan. Jika
aduan atau dakwaan adalah berkenaan rogol atau mencuri, maka awal-awal lagi kes berkenaan tidak
patut dilayan di Mahkamah Anak Negeri. Ini kerana, ia jelas jatuh di bawah bidangkuasa Mahkamah
Awam.
(b) Memastikan bahawa hanya perkara berkaitan adat sahaja yang boleh dikendalikan di Mahkamah
Anak Negeri. Jika, perkara yang dibawa tidak ada kaitan dengan adat, itu satu tanda yang jelas bahawa
perkara tersebut perlu dibawa ke Mahkamah yang lain.

(c) Memastikan apakah agama pihak yang mengemukakan kes di hadapannya. Jika pihak adalah orang
Islam, perlu pula lihat apakah jenis atau perkara yang dibawa itu termasuk dalam senarai perkara yang
boleh didengar dan dibicarakan di Mahkamah Anak Negeri.

Bagi memudahkan usaha ini, adalah disarankan bahawa setiap warga MAN mempunyai senarai yang
jelas mengenai perkara yang jatuh di bawah bidang kuasanya dan perkara yang jatuh di bawah bidang
kuasa Mahkamah Syariah dan Sivil. Jika senarai ini belum diwujudkan, penulis mencadangkan agar satu
usaha dilaksanakan untuk merealisasikan perkara ini. Senarai berkenaan boleh ditulis dalam bentuk buku
untuk menjadi panduan kepada semua warga Mahkamah Anak Negeri. Ini kerana, terdapat juga kes-kes
di mana Mahkamah Anak Negeri boleh mendengar dan memutuskan kes adat melibatkan orang-orang
Islam sebagaimana dapat dilihat dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah Anak Negeri 1995. Usaha ini dilihat
amat berkesan bagi mengelak sebarang kekeliruan mahupun pertindihan dalam menguatkuasa dan
melaksanakan undang-undang.

Warga Mahkamah Anak Negeri juga disarankan agar memiliki undang-undang bertulis yang terpakai bagi
Mahkamah Syariah. Alangkah cantiknya jika perpustakaan Mahkamah Anak Negeri di setiap daerah
mempunyai barisan dan rangkaian Enakmen yang terpakai bagai Mahkamah Syariah! Termasuk undang-
undang bertulis yang perlu dibekalkan adalah Perlembagaan Persekutuan, Kanun Keseksaan (Penal
Code), Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dan lain-lain lagi yang
dikira relevan. Bagi Penulis, ini suatu keperluan yang wajar diberi perhatian. Ia memudahkan para Hakim
Mahkamah Anak Negeri membuat rujukan degan cepat dan tepat bagi mengelak berlakunya
pendengaran kes yang tidak sepatutnya didengar di Mahkamah berkenaan.

Perlu ditekankan bahawa sebarang tindakan mana-mana mahkamah untuk mendengar, membicara dan
memutuskan suatu kes yang bukan dalam bidang kuasanya akan menyebabkan keputusan tersebut
boleh dicabar di Mahkamah Sivil. Jika jelas tiada bidang kuasa, keputusan mahkamah berkenaan boleh
dibatalkan dan ini merugikan pihak-pihak yang terlibat dari segi kos, tenaga dan masa.
SEKSYEN 9 EMAN 1992 DAN AKTA MEMPERBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN
PERCERAIAN) 1976 (AMU 1976)

Bagi orang-orang bukan Islam, undang-undang keluarga yang digunakan adalah Akta Memperbaharui
Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian), 1976 (AMU 1976). Undang-undang ini terpakai hanya
kepada semua orang bukan Islam[8] dalam Malaysia dan tinggal di luar Malaysia tetapi masih berdomisil
di Malaysia. Akta ini juga tidak terpakai kepada bumiputera Sabah atau Sarawak atau orang Asli Malaysia.
Bagi kaum bumiputera bukan Islam Sabah dan Sarawak atau orang asli Malaysia, mereka tertakluk
kepada undang-undang atau adat bumiputera. Bagaimanapun, mereka boleh membuat pilihan untuk
berkahwin menurut AMU 1976.[9] Peruntukan undang-undang ini dilihat unik dan menarik
memandangkan kaum bumiputera bukan Islam diberi kebebasan untuk memilih samada berkahwin
menurut Akta ini atau menurut undang-undang adat atau bumiputera.

Ini bermakna, sekiranya kaum bumiputera bukan Islam memilih untuk berkahwin di bawah AMU 1976,
mereka adalah tertakluk kepada Akta ini. Apa sahaja kehendak undang-undang di bawah Akta ini
mestilah dipatuhi seperti kebenaran berkahwin, pendaftaran perkahwinan, perceraian dan tuntutan
samada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perkahwinan. Dapat difahami bahawa jika
perkahwinan kaum bumiputera bukan Islam didaftarkan di bawah Akta ini, maka sebarang tuntutan
termasuk perceraian, ganti rugi dalam perkahwinan, nafkah dan lain-lain hendaklah didengar di
Mahkamah Sivil. Mahkamah Anak Negeri tidak lagi seharusnya melayan tuntutan mereka di Mahkamah
Anak Negeri.

Ketika permohonan dikemukakan di pejabat MAN, jika pendaftar mahkamah melihat bahawa sijil
perkahwinan tersebut didaftarkan di bawah AMU 1976, pihak pemohon seharusnya dinasihatkan untuk
menfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Awam. Tindakan ini wajar bagi mencapai penyelarasan
pengurusan kes sesuai kehendak AMU 1976, khususnya seperti dinyatakan dalam seksyen 3(4) akta
tersebut. Jika tuntutan tersebut dilayan atau diterima untuk didaftarkan di MAN, kekeliruan dan konflik
bidangkuasa mendengar kes antara Mahkamah Sivil dengan MAN akan terus berlaku tanpa noktahnya.

Perlu difahami bahawa pemakaian Akta AMU 1976 adalah terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah
Sivil. Oleh yang demikian, selaras dengan kehendak Seksyen 9 Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992
yang terang-terangan menyatakan bahawa MAN tidak boleh mempunyai kuasa berkenaan apa-apa kuasa
atau perkara yang terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil, maka secara
mutlak, MAN adalah tertegah dan tidak berbidangkuasa sama sekali untuk mendengar dan membicara
mana-mana kes yang perkahwinan tersebut didaftarkan di bawah AMU 1976.
Dapat juga difahami bahawa bagi kaum bumiputera bukan Islam, sebarang hanya perkahwinan yang
tidak didaftarkan di bawah AMU 1976 sahaja yang boleh didengar dan diputuskan oleh MAN.
Perkahwinan berdasarkan adat samada dilangsungkan di kampung atau di MAN adalah termasuk perkara
yang boleh didengar dan diputuskan oleh MAN.

SEKSYEN 9 DAN ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004

Selain tidak boleh mendengar, membicara dan memutuskan apa-apa perkara yang jatuh di bawah bidang
kuasa Mahkamah Sivil, MAN juga tidak berbidangkuasa ke atas perkara-perkara yang jatuh di bawah
bidang kuasa Mahkamah Syariah.[10] Secara umumnya, bagi melihat apakah perkara-perkara yang
terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah, rujukan utama boleh dibuat kepada Perlembagaan
Persekutuan sebagai undang-undang induk dan tertinggi dalam negara. Senarai 2 (Senarai Negeri) Jadual
9, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan seperti berikut:

Kecuali mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Hukum Syarak dan
undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut Ugama Islam, termasuk hukum Syarak
berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian,
mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, tafar anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian
harta dan amanah bukan khairat; Wakaf Islam dan taarif serta peraturan mengenai amanah khairat dan
khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai
pemberian Ugama Islam dan khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan,
kesemuanya sekali dalam negeri; adat istiadat Melayu; zakat fitrah dan baitulmal atau hasil Ugama Islam
yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam;
mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut
Ugama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam
Senarai Persekutuan, keanggotaan, penyusunan dan acara bagi Mahkamah-Mahkamah Syariah, yang
akan mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut Ugama Islam dan hanya
mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang
kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh Undang-undang Persekutuan,
mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut Ugama Islam;
menentukan perkara-perkara hukum Syarak dan iktikad dan istiadat Melayu.
Negeri-negeri diberi kuasa untuk menubuhkan Mahkamah Syariah dan membuat undang-undang khusus
untuk orang-orang Islam.[11] Bagaimanapun, undang-undang yang diluluskan melalui Badan
Perundangan Negeri tidak boleh berlawanan dengan perkara-perkara yang telahpun disenaraikan dalam
Senarai Negeri dalam Perlembagaan Persekutuan itu.[12] Semua negeri di Malaysia termasuk Sabah
telahpun mempunyai Mahkamah Syariah sendiri di samping undang-undang yang terpakai bagi orang-
orang Islam.

Dalam konteks Mahkamah Syariah Negeri Sabah ketika ini, terdapat 3 peringkat Mahkamah yang telah
diberi bidangkuasa masing-masing sebagaimana diperuntukkan dalam Enakmen Mahkamah Syariah
2004. Bidangkuasa mal dan jenayah Mahkamah Syariah di Sabah dapat dilihat seperti yang dinyatakan di
bawah ini.[13]

(a) Dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang
Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004, Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam 2004, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 atau di bawah mana-mana
undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa yang memberi Mahkamah Tinggi Syariah bidang kuasa
untuk membicarakan apa-apa kesalahan, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan
di dalamnya.

(b) Dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua
pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam. Perkara dalam tindakan atau prosiding itu
adalah berhubungan dengan:

(i) pertunangan, perkahwinan, ruju, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau
pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perhubungan antara
suami isteri;

(ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang
dinyatakan dalam subperenggan (i);

(iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) kanak-kanak;

(iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;


(v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut seseorang si mati yang beragama Islam;

(vi) alang semasa hidup (hibbah), atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan
wang atau nilaian wang oleh seseorang orang Islam;

(vii) wakaf atau nazr dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya;

(viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat atau Pelantikan Wasi dan perkara-
perkara yang berkaitan dengannya;

(ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama
Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak dan perkara-perkara
yang berkaitan dengannya;

(x) pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa
kematiannya;

(xi) pendaftaran dan pengambilan anak angkat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya; dan

(xii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-
undang bertulis.

Dalam konteks undang-undang keluarga Islam, rujukan utama bagi Mahkamah Syariah adalah Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam, 2004 (EUUKI 2004). Enakmen ini mengandungi 135 seksyen dan
terbahagi kepada 10 Bahagian.[14] Ringkasnya, kebanyakan perkara yang terletak di bawah bidang kuasa
Mahkamah Syariah adalah berkaitan undang-undang diri yang majoritinya ada kaitan dengan
kekeluargaan. Jadual 9 Senarai II Perlembagaan dan Seksyen 11 Enakmen Mahkamah Syariah 2004
menunjukkan bahawa sebahagian besar perkara yang dikendalikan oleh Mahkamah Syariah ada kaitan
dengan kekeluargaan.
Bidang kuasa yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Mahkamah
Syariah 2004 kepada Mahkamah Syariah di atas tidak boleh lagi disentuh atau dikendalikan di MAN
dengan adanya Seksyen 9 EMAN 1992. Ini bermakna, apa saja tuntutan atau permohonan orang Islam
yang disebutkan dalam undang-undang di atas, termasuk EUUKI 2004 hendaklah didengar dan
diputuskan di Mahkamah Syariah.

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DIDENGAR DAN DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH ANAK NEGERI
MELIBATKAN ORANG ISLAM

Satu persoalan timbul samada MAN masih berbidang kuasa mendengar dan memutuskan kes
melibatkan orang Islam. Perlu ditegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang
tertinggi di negara ini tidak ada menyebutkan mana-mana peruntukan yang menegah MAN untuk
mendengar kes melibatkan orang Islam. Begitu juga undang-undang bertulis lain, termasuklah EMAN
1992. Semuanya tidak ada menyebutkan secara khusus untuk menyingkirkan sama sekali orang Islam
dari menuntut atau dituntut atau menjadi pihak di MAN. Keadaan ini berbeza dengan situasi di
Mahkamah Syariah di mana hanya orang Islam sahaja yang boleh menuntut atau dituntut atau menjadi
pihak di Mahkamah tersebut. Ini jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun
Enakmen Mahkamah Syariah 2004.

Justeru, orang Islam boleh menjadi pihak di MAN. Hal ini dapat dilihat berdasarkan kepada apa yang
terkandung dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah Anak Negeri (Undang-Undang Adat Anak Negeri) 1995.
Kaedah ini mengandungi 9 Bahagian yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:

(1) Bahagian I Permulaan;

(2) Bahagian II Serangan, hentaman dan kelakuan mengancam;

(3) Bahagian III Kesalahan seksual;


(4) Bahagian IV Perkahwinan, pertunangan dan pikatan;

(5) Bahagian V Tanah perkuburan dan kematian;

(6) Bahagian VI Perangan buruk melampau, kelucahan dan khianat;

(7) Bahagian VII Mungkir janji;

(8) Bahagian VIII Kelahiran dan pantang adat;

(9) Bahagian IX Peruntukan am.

Kaedah yang mengandungi 58 Aturan ini adalah mengandungi perkara-perkara yang melanggar adat
anak negeri dan hukuman yang telah ditetapkan bagi sesiapa yang melanggarnya. Penulis berpendapat
bahawa banyak perlanggaran adat dalam kaedah ini yang boleh dikenakan kepada orang Islam. Antara
contoh perlanggaran adat anak negeri yang mana orang Islam boleh dikenakan di MAN adalah dalam
Bahagian II melibatkan serangan, hentaman dan ancaman dengan menanamkan ketakutan untuk
mencederakan mana-mana orang. Dalam Bahagian III antaranya adalah perbuatan melakukan
persetubuhan haram di ladang atau sawah kepunyaan orang lain. Sungguhpun perbuatan persetubuhan
haram orang Islam boleh didakwa di bawah seksyen 80 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 di
Mahkamah Syariah, namun pasangan terbabit pada pendapat penulis masih boleh didakwa di MAN atas
kesalahan lain iaitu melakukan persetubuhan haram di ladang atau sawah kepunyaan orang lain.

Jika persetubuhan tersebut dilakukan di ladang atau sawah sendiri, maka orang tersebut akan terlepas
dari pendakwaan di MAN.[15] Kes-kes lain yang membolehkan orang Islam didakwa di MAN adalah
seperti berlakunya kematian ahli keluarga di rumah atau ladang atau sawah kepunyaan orang lain dan
bukan sanak saudara simati.[16] Pada pendapat penulis, banyak lagi contoh-contoh perlanggaran adat
yang terkandung dalam Kaedah-Kaedah Adat Anak Negeri ini yang membolehkan orang Islam didakwa
atau mendakwa di MAN. Adalah dicadangkan bahawa satu usaha dilakukan bagi memperincikan contoh-
contoh perlanggaran adat anak negeri yang terkandung dalam Kaedah ini. Rujukan ini penting bagi
memudahkan pengurusan kes di MAN dan bagi mengelak salah faham atau sebarang kekeliruan
mengenai perkara ini.

MASA DEPAN MAN DALAM KONTEKS PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG ADAT DI SABAH

Bagi Penulis, institusi Mahkamah Anak Negeri mempunyai masa depan yang cerah untuk terus bertahan
dan berkembang sesuai dengan perkembangan zaman. Usaha-usaha bagi penambah baikan undang-
undang yang sedia ada perlu dibuat. Skop perkara yang jatuh di bawah bidangkuasa Mahkamah ini perlu
ditambah dan diperluaskan. Ini bukan perkara yang mustahil kerana banyak sekali perkara-perkara dalam
kehidupan seharian masyarakat khususnya di Sabah yang saling berkaitan dengan adat.

Masih banyak perkara yang boleh dilakukan untuk memperkasa institusi MAN di Sabah. Dalam bidang
kuasa jenayahnya, MAN telah diberikan kuasa menghukum di bawah Akta Mahkamah Anak Negeri
(Bidang kuasa Jenayah) 1991. Seksyen 10 EMAN 1992 juga memperuntukkan kuasa kepada MAN untuk
menjatuhkan hukuman dalam bentuk denda, penjara atau kedua-duanya kepada pesalah jenayah
melibatkan kesalahan perlanggaran adat anak negeri. Bagaimanapun, jelas sekali belum ada undang-
undang bertulis mengenai prosedur atau tatacara pengurusan kes jenayah bagi MAN sebagaimana di
Mahkamah Sivil mahupun Mahkamah Syariah. Di Mahkamah Syariah sebagai contohnya, telah ada
enakmen khas yang dinamakan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2004 yang mengambil pendekatan
hampir keseluruhannya dari Kod Acara Jenayah (Criminal Procedure Code) di Mahkamah Sivil. Dalam
situasi sekarang, tidak jelas bagaimana tatacara atau prosedur menerima aduan, menyiasat, mendakwa,
membicara, mensabit, menghukum dan lain-lain yang saling berkaitan dilaksanakan di MAN.

Dalam menangani perkara kekeluargaan, MAN dibekalkan dengan kuasa untuk mendengar, membicara
dan memutuskan perkara mengenai pertunangan, perkahwinan dan perceraian serta tuntutan-tuntutan
lain seperti nafkah dan lain-lain yang ada kaitan dengan perkahwinan.[17] Bagaimanapun, sehingga ke
saat ini, belum ada suatu undang-undang bertulis bagi menyelaras, menyelia, mengawal, mentadbir dan
mengatur hal-ehwal kekeluargaan bagi adat anak negeri.

Pada situasi sekarang, penulis berpendapat bahawa sudah sampai masanya suatu Enakmen Undang-
Undang Keluarga Adat Anak Negeri diwujudkan untuk dipakai di MAN. Bagi anak negeri yang memilih
untuk mendaftarkan perkahwinan mereka di bawah AMU 1976, masalah tidak akan timbul dari segi
kesahihan perkahwinan dan forum mahkamah mana yang akan mereka gunakan jika berlaku tuntutan
berkaitan kekeluargaan pada masa hadapan. Bagaimanapun, masalah akan timbul bagi anak negeri yang
tidak memilih untuk mendaftarkan perkahwinan mereka di bawah AMU 1976. Mereka ketiadaan satu
undang-undang khas yang lengkap yang memperincikan bagaimana suatu urusan perkahwinan
dimulakan seperti permohonan berkahwin, pendaftaran kahwin, kebenaran kahwin bagi bawah umur,
perceraian, nafkah isteri, nafkah anak, harta sepencarian dan lain-lain lagi.

Justeru, penulis mencadangkan agar undang-undang keluarga bagi anak negeri yang diguna pakai di
MAN adalah mengambil roh dan pendekatan dalam EUUKI 2004 yang diguna pakai di Mahkamah
Syariah. Enakmen ini tidak jauh berbeza dengan AMU 1976 yang terpakai di Mahkamah Sivil. Kehadiran
suatu enakmen keluarga khusus bagi adat anak negeri bagi MAN dilihat mampu memperkaya lagi
khazanah perundangan di Negeri Sabah.

Bagi merealisasikan perkara ini, suatu jawatankuasa teknikal undang-undang adat anak negeri Sabah
perlu diwujudkan bagi mengkaji, meneliti dan mengenalpasti keperluan undang-undang dan menderaf
enakmen bagi MAN serta menjalankan apa-apa fungsi yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa.
Peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Sivil dan Hukum Syarak yang
dipengerusikan oleh Almarhum Tan Sri Profesor Ahmad bin Ibrahim pada tahun 1980an bagi
menyediakan deraf enakmen-enakmen yang akan diguna pakai di Mahkamah Syariah di negeri-negeri di
seluruh Malaysia boleh dicontohi. Jawatakuasa Teknikal berkenaan telah berjaya mencapai matlamatnya
apabila lebih dari 10 Enakmen yang terpakai bagi Mahkamah Syariah di seluruh negara pada ketika ini.

PENUTUP

Kewujudan institusi MAN adalah unik dan menarik, khususnya pada era zaman moden yang serba
canggih, maju dan sopistikated. Ada kalanya tidak terbayang bagaimana dalam zaman yang penuh
mencabar ini rupanya masih wujud sebuah mahkamah bagi mendepani perkara-perakara mengenai adat
istiadat anak negeri. Kewujudan MAN di Sabah menafikan sebarang bayangan-bayangan negatif di atas.
Sungguhpun telah ada undang-undang bertulis bagi mentadbir undang-undang adat anak negeri, ianya
masih jauh dari mencukupi dari segi kelengkapan dan kekemasan.
Peranan MAN yang dikhaskan bagi mendengar, membicara dan memutuskan apa-apa perkara
melibatkan adat anak negeri perlu difahami dan dihayati agar tidak melangkaui kuasa yang diberikan
oleh undang-undang. Seksyen 9 EMAN 1992 memberi ingatan bahawa MAN tidak boleh mendengar apa-
apa perkara yang jatuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Ini termasuklah
apa-apa perkara mengenai hal ehwal kekeluargaan yang jelas diperuntukkan di bawah AMU 1976 bagi
orang bukan Islam dan EUUKI 2004 bagi orang Islam. Bagi memantapkan pengurusan pentadbiran MAN,
beberapa undang-undang bertulis perlu diwujudkan berkaitan kekeluargaan, tatacara jenayah, tatacara
sivil atau mal dan lain-lain yang berkaitan.

Semoga tulisan ini dapat memperkayakan khazanah penulisan mengenai undang-undang di Negeri
Sabah khususnya Adat Anak Negeri. Adalah diharapkan tulisan ini berperanan untuk memudahkan kajian
dan penulisan yang lebih lengkap dan terperinci mengenai Mahkamah Anak Negeri di Sabah pada masa
hadapan.

LAMPIRAN A

ENAKMEN 8 TAHUN 2004

ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004

BAHAGIAN I PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2. Tafsiran.
Seksyen 3. Kecualian prerogatif

Seksyen 4. Pemakaian

Seksyen 5. Kriterium bagi memutuskan sama ada seseorang itu Islam

Seksyen 6. Perkahwinan yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah
Enakmen ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Enakmen ini

BAHAGIAN II PERKAHWINAN

Seksyen 7. Orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan

Seksyen 8. Umur minimum untuk perkahwinan

Seksyen 9. Pertalian yang melarang perkahwinan

Seksyen 10. Orang dari agama lain

Seksyen 11. Perkahwinan tak sah

Seksyen 12. Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan

Seksyen 13. Persetujuan dikehendaki

Seksyen 14. Perkahwinan seseorang perempuan

Seksyen 15. Pertunangan

Permulaan kepada Perkahwinan

Seksyen 16. Permohonan untuk kebenaran berkahwin

Seksyen 17. Mengeluarkan kebenaran berkahwin

Seksyen 18. Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syarie

Seksyen 19. Kebenaran perlu sebelum akad nikah

Seksyen 20. Tempat perkahwinan

Seksyen 21. Mas kahwin dan pemberian


Seksyen 22. Catatan dalam Daftar Perkahwinan

Seksyen 23. Poligami

Seksyen 24. Akad nikah perkahwinan di Kedutaan-Kedutaan, dsb., Malaysia di luar negeri

BAHAGIAN III PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 25. Pendaftaran

Seksyen 26. Surat perakuan nikah dan surat perakuan taliq

Seksyen 27. Melaporkan perkahwinan yang tak sah atau tak legal

Seksyen 28. Perlantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan dan Penolong Pendaftar Perkahwinan,
Penceraian dan Ruju Orang Islam

Seksyen 29. Buku dan Daftar hendaklah disimpan mengenai semua perkahwinan

Seksyen 30. Salinan-salinan catatan hendaklah dihantar kepada Ketua Pendaftar

Seksyen 31. Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang bermastautin dalam Negeri Sabah

Seksyen 32. Daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang

Seksyen 33. Pendaftaran sukarela perkahwinan-perkahwinan orang Islam yang diakadnikahkan


dahulunya di bawah mana-mana undang-undang

Seksyen 34. Efek pendaftaran di sisi undang-undang

BAHAGIAN IV PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKAD NIKAH DAN
PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Seksyen 35. Tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam masa yang ditetapkan

Seksyen 36. Pelanggaran terhadap seksyen 32

Seksyen 37. Gangguan terhadap perkahwinan

Seksyen 38. Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan

Seksyen 39. Akad nikah perkahwinan yang tidak dibenarkan


Seksyen 40. Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akad nikah perkahwinan

Seksyen 41. Kebenaran untuk mendakwa

Seksyen 42. Membetulkan kesilapan

Seksyen 43. Pemeriksaan Daftar Perkahwinan dan indeks perkahwinan

Seksyen 44. Bukti

BAHAGIAN V PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 45. Takat kuasa untuk membuat sesuatu perintah

Seksyen 46. Pertukaran agama

Seksyen 47. Penceraian dengan talaq atau dengan perintah

Seksyen 48. Timbangtara oleh Hakam

Seksyen 49. Penceraian khul atau cerai tebus talaq

Seksyen 50. Penceraian di bawah taliq atau janji

Seksyen 51. Penceraian dengan lian

Seksyen 52. Hidup semula sebagai suami isteri atau ruju

Seksyen 53. Perintah untuk mebubarkan perkahwinan atau untuk fasakh

Seksyen 54. Anggapan mati

Seksyen 55. Penyenggaraan Daftar Penceraian dan Pembatalan

Seksyen 56. Pendaftaran penceraian

Seksyen 57. Pendaftaran penceraian di luar Mahkamah

Seksyen 58. Mutah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang
patut

Seksyen 59. Hak terhadap mas kahwin. dsb., tidak akan tersentuh

BAHAGIAN VI NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN


Seksyen 60. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri, dan efek nusyuz

Seksyen 61. Kuasa Mahkamah untuk memerintah nafkah bagi seseorang tertentu

Seksyen 62. Pentaksiran nafkah

Seksyen 63. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan cagaran diberi bagi nafkah

Seksyen 64. Mengkompaun nafkah

Seksyen 65. Lamanya tempoh perintah nafkah

Seksyen 66. Hak terhadap nafkah atau pemberian selepas penceraian

Seksyen 67. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perintah nafkah

Seksyen 68. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perjanjian nafkah

Seksyen 69. Nafkah yang kena dibayar di bawah perintah Mahkamah tidak boleh dipindahkan hak
miliknya

Seksyen 70. Menuntut tunggakan nafkah

Seksyen 71. Nafkah sementara

Seksyen 72. Hak tempat tinggal

Seksyen 73. Kewajipan menanggung nafkah anak

Seksyen 74. Kuasa Mahkamah memerintahkan nafkah bagi anak

Seksyen 75. Kuasa bagi Mahkamah memerintahkan cagaran bagi nafkah seseorang anak

Seksyen 76. Kuasa bagi Mahkamah mengubah perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak

Seksyen 77. Kuasa bagi Mahkamah mengubah perjanjian penjagaan atau nafkah seseorang anak

Seksyen 78. Menuntut tunggakan nafkah seseorang anak

Seksyen 79. Kewajipan menanggung nafkah kanak-kanak yang diterima sebagai ahli keluarga

Seksyen 80. Lamanya tempoh perintah bagi nafkah anak

Seksyen 81. Kewajipan menanggung nafkah anak-anak tak sahtaraf

BAHAGIAN VII PENJAGAAN


Hadhanah atau Penjagaan Kanak-kanak

Seksyen 82. Orang yang berhak menjaga kanak-kanak

Seksyen 83. Kelayakan-kelayakan yang perlu untuk penjagaan

Seksyen 84. Bagaimana hak penjagaan hilang

Seksyen 85. Lamanya penjagaan

Seksyen 86. Penjagaan anak-anak tak sahtaraf

Seksyen 87. Kuasa Mahkamah membuat perintah mengenai penjagaan

Seksyen 88. Perintah tertakluk kepada syarat-syarat

Penjagaan ke atas Orang dan Harta

Seksyen 89. Orang yang berhak kepada penjagaan

Seksyen 90. Kuasa ke atas harta tak alih dan harta alih

Seksyen 91. Perlantikan penjaga-penjaga oleh Mahkamah

Seksyen 92. Pelantikan ibu sebagai penjaga melalui wasiat

Seksyen 93. Penjaga bersama dengan ibu

Seksyen 94. Perubahan kuasa penjaga harta

Seksyen 95. Pemecatan penjaga

Seksyen 96. Cagaran hendaklah diberi

Seksyen 97. Had kuasa bagi penjaga yang dilantik oleh Mahkamah

Seksyen 98. Penjaga tidak boleh memberi akuan penyelesaian mengenai harta modal

Seksyen 99. Penjaga boleh menanggung kanak-kanak dari pendapatan

Seksyen 100. Perintah khas mengenai harta kecil


Seksyen 101. Permohonan untuk mendapatkan pendapat, dsb.

Seksyen 102. Perintah larangan oleh Mahkamah

Seksyen 103. Penjaga bagi anak yatim

Seksyen 104. Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang nasihat pegawai-pegawai kebajikan
dsb.

Seksyen 105. Kuasa Mahkamah untuk menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia

Relif-relif lain

Seksyen 106. Kuasa bagi Mahkamah membatalkan dan menahan perpindahan-perpindahan yang
dimaksudkan untuk mengecewakan tuntutan-tuntutan nafkah

Seksyen 107. Perintah Tegahan

BAHAGIAN VIII PELBAGAI

Seksyen 108. Perintah tegahan melupuskan harta sepencarian

Seksyen 109. Pengiktirafan perkahwinan orang Islam yang dilakukan di luar Negeri Sabah

Seksyen 110. Pengiktirafan perkahwinan-perkahwinan yang dilakukan di Kedutaan-Kedutaan, dsb., di


Negeri Sabah

Kesahtarafan Anak

Seksyen 111. Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa

Seksyen 112. Kelahiran lebih empat tahun selepas pembubaran perkahwinan

Seksyen 113. Kelahiran selepas pengakuan bahawa iddah telah tamat

Seksyen 114. Persetubuhan syubhah

Seksyen 115. Syarat-syarat bagi pengakuan yang sah


Seksyen 116. Anggapan dari pengakuan boleh dipatahkan

Seksyen 117. Pengakuan oleh perempuan yang sedang dalam iddah

Seksyen 118. Mengakui seseorang yang lain sebagai ibu atau bapa

Seksyen 119. Pengakuan lain daripada sebagai anak, ibu atau bapa

Seksyen 120. Pengakuan tidak boleh dibatalkan

Perintah Supaya Hidup Bersama Semula

Seksyen 121. Permohonan oleh isteri yang ditinggal langsung

Pembahagian Harta Sepencarian

Seksyen 122. Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian

Rayuan

Seksyen 123. Rayuan

BAHAGIAN IX PENALTI

Seksyen 124. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah

Seksyen 125. Penceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah

Seksyen 126. Tidak membuat laporan

Seksyen 127. Meninggal langsung isteri

Seksyen 128. Menganiaya isteri atau suami


Seksyen 129. Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri

Seksyen 130. Isteri tidak menurut perintah

Seksyen 131. Percubaan menjadi murtad untuk membatalkan perkahwinan

Seksyen 132. Persetubuhan luar nikah antara orang yang bercerai

Seksyen 133. Kecuaian dengan sengaja untuk mematuhi perintah

Seksyen 134. Percubaan dan subahat

BAHAGIAN X AM

Seksyen 135. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah

JADUAL

[1] Penulis merupakan Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah. Pernah beramal
sebagai Peguambela dan Peguamcara, Mahkamah Tinggi Sabah antara tahun 1994-1996. Mula bertugas
sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah semenjak 1 Oktober 1996 di Pantai Barat Kota Kinabalu. Kini
menjawat jawatan sebagai Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah sejak 16 januari
2012. Tulisan ini dibentangkan dalam Persidangan Ketua-Ketua Adat Anak Negeri Negeri Sabah di Hotel
Four Points, Sandakan Sabah pada 4hb 5hb Febuari 2013.

[2] Lihat Perkara 153(1) Perlembagaan Persekutuan. Lihat juga Item 13, Senarai IIA, Jadual 9,
Perlembagaan Persekutuan.
[3] Lihat Seksyen (1) EMAN 1992.

[4] Lihat Seksyen 4 EMAN 1992.

[5] Lihat Seksyen 5 EMAN 1992.

[6] Lihat Seksyen 2 Akta Mahkamah Anak Negeri (Bidang kuasa Jenayah) 1991 (Akta 471). Sebagai
perbandingan, bidang kuasa jenayah bagi Mahkamah Syariah lebih tinggi sedikit berbanding Mahkamah
Anak Negeri. Menurut Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965, Mahkamah Syariah boleh
menghukum dengan denda tidak melebihi RM5,000 atau Penjara tidak lebih 3 tahun atau sebatan tidak
lebih 6 sebatan. Kadar hukuman ini masih terlalu jauh rendahnya berbanding Mahkamah Sivil yang
mencakupi penjara seumur hidup dan hukuman mati.

[7] Wu Min Aun, The Malaysian legal system, Edisi kedua, Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd,
Selangor, 2001, hal. 186.

[8] Lihat Seksyen 3(3) Akta Memperbaharui undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian), 1976.

[9] Lihat Seksyen 3(4) Akta Memperbaharui undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian), 1976.

[10] Lihat Seksyen 9 Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992.

[11] Perkara 74(2), Perlembagaan Persekutuan.

[12] Perkara 75, Perlembagaan Persekutuan.

[13] Lihat Seksyen 11, Enakmen Mahkamah Syariah 2004.


[14] Lihat kandungan dan susunan seksyen EUUKI 2004 dalam LAMPIRAN A.

[15] Lihat Aturan 11, Bahagian III, Kaedah-Kaedah Mahkamah Anak Negeri (Undang-Undang Adat Anak
Negeri) 1995.

[16] Lihat Aturan 31 dan 32, Bahagian V, Kaedah-Kaedah Mahkamah Anak Negeri (Undang-Undang Adat
Anak Negeri) 1995.

[17] Lihat Seksyen 6(1)(c) EMAN 1992.

Dikirim dalam AGAMA, KELUARGA, UNDANG-UNDANG

2 Komen

Label: AKTA MEMPERBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) 1976, BIDANG


KUASA MAHKAMAH SYARIAH, BIDANGKUASA MAHKAMAH ANAK NEGERI SABAH, ENAKMEN UNDANG-
UNDANG KELUARGA ISLAM TAHUN 2004, jabatan hal ehwal agama Islam negeri sabah, Jabatan
Kehakiman Syariah Negeri Sabah, JHEAINS, KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH ANAK NEGERI 1995, KAN,
ketua anak negeri, MAHKAMAH ANAK NEGERI SABAH, MAHKAMAH AWAM, MAHKAMAH SIVIL,
Mahkamah Syariah, NATIVE COURT, perlembagaan persekutuan, SABAH, SEKSYEN 9 ENAKMEN
MAHKAMAH ANAK NEGERI SABAH 1992, SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH (SBUB), UNDANG-UNDANG
ADAT NEGERI, undang-undang keluarga Islam

ARTIKEL TERKINI

KUNJUNGAN MAHABBAH KE PENJARA TAWAU

SALAM AIDILFITRI 1438H

ANGGAPAN KEMATIAN DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

SEMINAR KEBANGSAAN TRANSFORMASI PENGURUSAN HARTA PUSAKA 2016

SEMINAR HAK ASASI MANUSIA KEBANGSAAN 2016 (SeHAM 2016)

ISLAM
Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian
Persekutuan.
Perkara 3 (1), Perlembagaan Malaysia
Agama islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Islam telah lama bertapak di
Malaysia dan majoriti penduduk di Malaysia adalah Melayu dan memeluk agama islam.
Perlembagaan Malaysia telah memberi kelonggaran agama lain seperti Buddha,
Kristian dan Hindhu yang dianuti oleh kaum Cina, India dan lain-lain di mana-mana
kawasan di Malaysia. Ketua agama islam di Malaysia merupakan Yang Dipertuan
Agong dan para pembesar atau Raja di setiap negeri dilantik menjadi ketua agama
islam.

Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan


agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
Perkara 11, Perlembagaan Malaysia
Malaysia mempunyai peraturan dalam memberi kebebasan beragama kepada
rakyatnya memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk. Setiap agama
hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain supaya tidak menimbulkan
rasa tidak puas hati antara penganut.

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan
perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk
menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi
menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan
kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.
Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak. Ia diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum
lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan
kewarganegaraan dalam perlembagaan, hak menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak
untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan yang sama
rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga dibatasi oleh beberapa
peruntukan dalam Perlembagaan.

BAHASA

Menurut Hasnah Husin (2007), kewujudan perlembagaan adalah bertujuan untuk mewujudkan
satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menjurus kepada sesetengah kaum
sahaja. Sebagai contoh, Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia mewartakan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Namun begitu, kewujudan bahasa rasmi atau
kebangsaan tidak menjejaskan bahasa ibunda kaum lain malah bahasa ibunda mereka di jamin
oleh Perlembagaan Malaysia.

Unsur-unsur tradisi termasuklah memperuntukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


Memandangkan pelbagai etnik dan kaum yang menetap di Malaysia, Perlembagaan tidak
melarang mereka untuk bertutur atau berurusan dalam bahasa lain. Bahasa Melayu adalah
berkuatkuasa sebagai bahasa rasmi dalam apa jua urusan rasmi atau urusan surat menyurat
antara badan kerajaan.

Bahasa lain masih boleh dituturi serta diajari kerana Perlembagaan tidak menghalang
atau menyekat mana-mana individu untuk menggunakannya. Dalam erti kata lain,
segala apa yang terkandung dalam Perlembagaan adalh untuk menjaga hak Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia.

1. Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong

Beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai kaitan
dengan kedudukan istemewa Raja-raja Melayu ini termasuklah Perkara 32, perkara 41, perkara
42, Perkara 44, Perkara153, dan Perkara 122B, perkara 41.

Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu pada masa itu sudahpun menjadi amlan sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam
masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Oleh
sebab itulah unsur tradisi ini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana sudah
sekian lama orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Tambahan pula, sistem
pemerintahan beraja akan dapat meningkatkan taat setia rakyat raja dan negara ini. Ketaatan
kepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan

Pelbagai sumbangan yang telah diperoleh berdasarkan kajian tentang sumbangan unsur-
unsur tradisi ini kepada setiap etnik. Pertama, unsur-unsur ini adalah bermatlamat
membawa kepada kestabilan ekonomi dan politik. Hal ini kerana sekiranya semua etnik
bersatu-padu dalam satu keadaan yang aman dan makmur, pastinya Malaysia bakal
menjadi sebuah negara yang mempunyai keutuhan dari sektor ekonomi dan dari segi
politik di mana ratanya mempunyai latar belakang berbeza.
TUGASAN 2

Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa perlembagaan boleh


dipinda untuk beberapa keperluan tertentu.

Perlembagaan biasanya dipinda untuk menambah atau memansuhkan sesuatu peruntukan


yang dianggap tidak sesuai dengan keperluan semasa atau disebabkan kehendak rakyat yang
sudah berubah (Ruslan, 2010). Pindaan perlembagaan ini boleh dilakukan melalui proses
perundangan di Parlimen tanpa melibatkan pungutan suara rakyat terlebih dahulu. Sesuatu
perlembagaan dalam Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara. Antaranya
cara-caranya ialah mendapat kelebihan suara dua pertiga dalam setiap satu sidang Parlimen
serta mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-raja, mendapat kelebihan suara dua pertiga
dalam setiap satu siding Parlimen dan mendapat persetujuan daripada Yang Dipertua Negeri
Sabah dan Sarawak, mendapat kelebihan suara dua pertiga dalam setiap satu bidang Parlimen
atau mendapat kelebihan majoriti mudah dalam setiap satu bidang Parlimen.
6.0 KESIMPULAN

Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan yang perlu


dikuatkuasakan atau prinsip asas yang mengasaskan sistem pemerintahan seperti yang
termaktub dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlaksanaan Perlembagaan telah
membawa banyak kebaikan kepada negara secara amnya dan juga kepada rakyat secara
khususnya.

Perlembagaan menjadi penentu kepada rangka dan bentuk pemerintahan serta kuasa
yang diamanahkan kepada mereka dalam menerajui tampuk pemerintahan dan terbukti
Perlembagaan mampu menjamin satu pentadbiran negara yang cekap, jujur dan adil. Oleh itu,
perlembagaan amat penting bagi sesebuah negara menjamin kesinambungan pentadbiran,
kestabilan politik dan seterusnya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Perlembagaan Malaysia juga berperanan dalam memastikan wujudnya keadilan sosial


antara kaum.

Perlembagaan Malaysia juga menentukan supaya hak keistimewaan orang Melayu


dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak.
Hal ini kerana keistimewaan ini adalah jaminan awal sebelum Persekutuan Tanah Melayu
merdeka dan sebelum Sabah dan Sarawak bersetuju memasuki Malaysia pada tahun 1963.
Antara perkara yang dikaitkan dengan hak keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang
melayu ialah Tanah Simpanan Melayu, kuota dalam perkhidmatan awam,biasiswa
kerajaan,pendidikan awam,lessen perdagangan dan permit (Paimah Atoma,2008) Walau
bagaimanapun semua warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum adalah sama rata di sisi
undang-undang (Perkara 8 (1)), bebas menganut dan mengamal agama masing-masing
(Perkara 11(1)) dan berhak memiliki harta (Perkara 13). Selain perkara di atas, terdapat juga
peruntukan mengenai hak pelajaran (Perkara 12 (1)) yang menegaskan bahawa tidaklah boleh
ada perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas sebab agama, kaum,
keturunan atau tempat lahir untuk kemasukan dan bayaran yuran ke institusi pendidikan yang
diselenggarakan oleb kerajaan. Oleh itu, isu-isu yang memperjuangkan hak sama rata antara
bumiputera dan bukan bumiputera perlu di ambik perhatian serius kerana ini akan mengancam
keharmonian negara. Pihak yang menuntut hak sama rata ini juga perlu meneliti isu ini daripada
sudut perundangan dan perlembagaan agar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang.

Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengambil kira kepentingan setiap etnik di Malaysia.
Walaupun perkara yang termaktub dalam perlembagaan seolah-olah memberi kelebihan kepada sesuatu
etnik, namun terdapat perimbangan bagi setiap perkara tersebut. Permuafakatan sosial yang dipersetujui
sewaktu menggubal perlembagaan adalah persetujuan yang telah diterima oleh semua etnik pada ketika
itu.

Perlembagaan juga menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan
diri, kebebasan bercakap, kebebasan memiliki harta dan kebebasan beragama. Dengan
peruntukan tersebut, Perlembagaan menjamin keselamatan dan keamanan melalui undang-
undang yang digariskan sejara jelas. Selain itu, perlembagaan menentukan batasan bagi
menjaga keselamatan dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar bagi kemakmuran
rakyat.

Perlembagaan Malaysia juga memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Bagi
menjamin keadilan antara kaum, kebebasan sosial dihadkan. Ini bermakna seseorang itu diberi
kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan kerana seseorang itu tidak dibenarkan
bercakap mengenai isu sensitif seperti keistimewaan hak orang Melayu dan bumiputera,
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta agama Islam sebagai agama rasmi kerajaan
yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain serta akan mengakibatkan berlakunya
persengketaan dan pergaduhan antara kaum yang bakal mengancam keselamatan negara.

Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka barulah terjamin kesejahteraan


masyarakat majmuk, dan seterusnya akan melahirkan pula sebuah negara dan bangsa
Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal, dan saintifik tanpa mengira keturunan dan
kepercayaan. Pendeknya, jelas sekali sistem Perlembagaan merupakan kunci kepada
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini, demi untuk memelihara serta mengekalkan
keharmonian dan perpaduan kaum bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara
Malaysia itu sendiri.
RUJUKAN

Mohamed Suffian Hashim. 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mohd. Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysi.Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Shamsul Amri Baharuddin.2007. Modul Hubungan Etnik. Pusat Penerbitan Universiti


(UPENA). MASKHA SDN BHD. Kuala Lumpur.
Wan Azmi Ramli.1993. Dasar Awam Di Malaysia. Jilid 1. Golden Books Centre Sdn Bhd. Syarikat
Percetakan Ihsan, Kuala Lumpur.

Wong Khek Siang, Raminah Hj. Sabran, Kok Meng Kee. 2004. Pengajian Am.Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd. Shah Alam. Selangor.

1. Abdul Aziz Bari & Farid Sufian Shuaib. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan
masalah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Raja Nazrin Shah (2011) telah bertitah bahawa peranan Institusi Raja sebagai payung Negara wajib
memberi naungan secara saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum atau agama seperti yang
tersurat dalam salah satu dari Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu.

Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. 2011. Peranan Institusi Raja Melayu Dalam
Memupuk Perpaduan Negara. Majlis Wacana Ilmu UiTM Shah Alam

Menurut Hasnah Husin (2007), kewujudan perlembagaan adalahbertujuan untuk mewujudkan satu
bentuk pemerintahan yang adil dan tidakmenjurus kepada sesetengah kaum sahaja . Sebagai contoh,
Perkara 152dalam Perlembagaan Malaysia mewartakan bahasa Melayu sebagai bahasarasmi negara.
Namun begitu, kewujudan Bahasa

Perpaduan

Apa yang lebih penting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah
usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis 6.
Apa yang lebih penting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah
usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis 6.

Sebagai imbangan kepada pemberian taraf kewarganegaraan itu, maka para pemimpin kaum-kaum lain
tersebut bersetuju untuk menerima peruntukan yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu.
Perkara yang menjadi asas persetujuan tersebut adalah kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan agama
Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi serta
hak istimewa orang Melayu. Kompromi tersebutlah yang dinamai kontrak sosial dalam konteks
pembentukan negara ini sesudah lepas daripada belenggu penjajahan (Awang Sariyan 2008). Hal ini
menunjukkan bahawa semasa merangka perlembagaan, orang Melayu dan bukan Melayu telah
bersetuju atas beberapa perkara iaitu orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar
berasaskan prinsip jus soli manakala diperuntukkan untuk orang Melayu pula dalam perlembagaan
berkenaan agama Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu atau apa yang dipanggil sebagai
unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan.

http://web.usm.my/kajh/vol19_2_2012/KAJH%2019%202%20Art%202%20(19-62).pdf

Anda mungkin juga menyukai