Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN HOKI SK FELCRA NASARUDDIN

1. PENDAHULUAN
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong
pelaksanaan Falsafah Pendidikan kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada
Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi
perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan
diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi
akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi sekolah (SPTS).

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid


selaras dengan ungkapan Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat.
Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi
melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi
sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.

Justeru, sukan hoki dipilih untuk dibangunkan di Sekolah Kebangsaan Taman


Segar. Pemilihan sukan ini merupakan salah satu langkah bagi menyahut seruan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan dasar 1M 1S agar setiap
murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi
yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

2. MATLAMAT
Menjelang tahun 2020, program ini diharap dapat membina satu entiti bagi warga
Sekolah Kebangsaan Taman Segar sebagai sebuah pasukan hoki yang disegani
di Kuala Lumpur amnya dan di zon Pudu khususnya.

3. OBJEKTIF

Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti


berikut:

a. Meningkatkan kecergasan jasmani;


b. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;
c. Memupuk perpaduan di antara kaum;
d. Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
e. Memenuhi naluri semula jadi murid agar aktif dari segi fizikal;
f. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan
fizikal; dan
g. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

4. TARIKH PELAKSANAAN
Disember 2016 sehingga Oktober 2020

5. WAKTU PELAKSANAAN
Setiap hari Rabu selepas aktiviti kokurikulum (3.30-5.30 petang)
Sabtu dan Ahad (Stadium Hoki KPM)
Cuti Sekolah (Klinik dan Latihan Pusat)

6. TEMPAT
a. Padang Bola Sepak SK Taman Segar
b. Gelanggang SK Taman Segar
c. Stadium Hoki KPM, Lembah Pantai
d. Stadium Hoki Kuala Lumpur

7. PENYERTAAN
Murid-murid dari Tahun 3,4 dan 5

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bi Perkara Kuantiti Kos Seunit Jumlah


l
1 Set Penjaga Gol 1 set RM 1700 RM 1700
2 Bola Hoki 20 biji RM 15 RM 300
3 Tiang Gol Hoki 2 set RM 1100 RM 2200
4 Kayu Hoki Latihan 24 batang RM 80 RM 1920
5 Kayu Hoki Composite 12 batang RM 180 RM 2160
6 Jaring Gol 2 unit RM 480 RM 960
Jumlah RM 9240

9. STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM

Pengerusi : En Yaziz b Yunus

(Guru Besar SK Taman Segar)


Timbalan Pengerusi : En Sinnathamby a/l Ramanathan

(Penolong Kanan Kokurikulum SK Taman Segar)

Naib Pengerusi 1 : Pn Rosni b Othman

(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : En Izzudin Shah b Abdullah

(Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi 3 : Pn Royati bt Wan Salim

(Penolong Kanan Pendidikan Khas)

Ketua Jurulatih : En Muhammad Shahrir B Norkhir

Jurulatih : Guru-guru SK Taman Segar


10. JADUAL PROGRAM

Bil Perkara Di Jan Fe Ma Apr Ma Mei Jun Jul Og Se Okt No Dis


s b c c o p v
1 Latihan harian
2 Klinik Hoki
3 Perlawanan persahabatan
4 Menonton perlawanan Liga Hoki Malaysia
6 Menyertai pertandingan MSSD
7 Lawatan ke Sekolah Sukan Projek
8 Anugerah Pencapaian Terbaik
11. PENUTUP
Diharap dengan adanya Program Pembangunan Sukan Hoki ini diharap dapat
mengenal pasti potensi pelajar untuk di ketengahkan bagi mewakili sekolah dan
negeri pada masa akan datang. Di samping itu ianya dapat mengisi masa
terluang pelajar dengan aktiviti berfaedah. Penglibatan semua pihak dalam
menjayakan projek ini amat dialukan dan diharapkan.

Disediakan oleh :

........................................
(En Muhammad Shahrir Bin Norkhir)
Ketua Jurulatih,
Program Pembangunan Sukan Hoki,
Sekolah Kebangsaan Taman Segar

Disokong oleh :

......................................
(En Sinnathamby a/l Ramanathan)
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Taman Segar

Disahkan oleh :

......................................
(En Yaziz b Yunus)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Segar

Anda mungkin juga menyukai