Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PROJEK KUMPULAN

PROJEK INTERNSHIP
PERTANDINGAN KUIZ PATRIOTIK

BERTEMPAT
SJK(T) SUNGAI GETAH
( BILIK DARJAH )

PADA
03 OGOS 2017 (KHAMIS)

MASA
12.15 TENGAH HARI HINGGA 1.15 TENGAH HARI

ANJURAN
GURU PELATIH
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Dengan Kerjasama
PANITIA SEJARAH SJKT SUNGAI GETAH
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
(PROJEK INDIVIDU)

NAMA PELAJAR : VANITHA A/P DARMALINGGAM

PROGRAM : PISMP (RBT / BT / MRL) SEMESTER 8 AMBILAN JAN 2014

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL SUNGAI GETAH.

NAMA PROJEK : PERTANDINGAN KUIZ SEJARAH

TARIKH : 03 OGOS 2017 (KHAMIS)

MASA : 12.15 TENGAH HARI HINGGA 1.15 TENGAH HARI

TEMPAT : BILIK DARJAH

MATLAMAT

Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan agar setiap murid mengamalkan gaya


hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan
melakukan aktiviti-aktiviti bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin taraf
kecergasan warga sekolah yang optimum. Tujuan mengadakan aktiviti senamrobik ini
adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan
senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi
senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini
dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat
menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan
membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas
seperti senamrobik dan sukan.
OBJEKTIF

Program sepagi sihat bersama dilancarkan untuk:

a. Meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan.

b. Melibatkan penyertaan semua murid.

c. Mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas dalam kalangan
murid dan guru.

d. Mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul.

e. Meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp.

Membudayakan amalan bersenam dalam diri murid-murid SJKT Sungai Getah secara
berterusan serta menyedari kepentingannya kepada kesihatan tubuh badan.

Melahirkan pelapis-pelapis instruktor senamrobik di SJKT Sungai Getah untuk


mengendalikan aktiviti senamrobik di sekolah.

STRATEGI PELAKSANAAN

Sebelum :
Saya telah berbincang dengan mentor berkenaan aktiviti yang telah dipilih sebagai projek kecil
untuk dijalankan sekolah ini dalam tempoh internship pada kali ini. Saya juga turut meminta
pendapat daripada guru panitia Sejarah sekolah untuk mengadakan projek ini. Mentor dan
ketua panitia telah bersetuju dengan cadangan saya untuk menganjurkan pertandingan kuiz ini.
Kemudian, saya telah menyediakan kertas cadangan untuk mengadakan pertandingan kuiz
bagi Tahap 1 dan Tahap 2 ini. Selepas itu, kertas cadangan tersebut telah disemak oleh mentor
dan disokong oleh penasihat, ia terus dihantar kepada pemangku Guru Besar untuk diluluskan.
Setelah mendapat kelulusan daripada, saya telah merangka beberapa soalan untuk dijadikan
soalan dalam pertandingan kuiz yang akan diadakan. Soalan yang diberikan kepada murid-
murid adalah berbeza mengikut tahun. Pertandingan kuiz ini adalah berkisarkan mata pelajaran
Sejarah. Saya juga telah ke kedai buku dan alat tulis yang berdekatan untuk menyediakan
hadiah kepada para pemenang pertandingan bagi setiap kategori.

Semasa :
Memberi sedikit pengenalan dan taklimat berkenaan pertandingan kuiz yang akan diadakan.
Murid akan diedarkan dengan kertas peraduan kuiz secara individu dan perlu dijawab dalam
masa yang telah ditetapkan.

Selepas :
Mengumpulkan semua kertas jawapan murid-murid untuk disemak dan memilih pemenang bagi
setiap kategori. Mengumumkan nama pemenang dan menyampaikan hadiah kepada
pemenang dalam majlis penyampaian hadiah.

Refleksi:

Kekuatan Projek/Aktiviti :
Kekuatan yang pertama adalah kawalan murid. Keadaan murid adalah terkawal dan tidak
menimbulkan sebarang masalah sepanjang pertandingan berlangsung. Murid-murid juga
mengikut arahan yang telah diberi iaitu menjawab soalan secara individu dan tidak boleh
meniru serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan. Murid juga tidak menimbulkan
bunyi bising sewaktu menjawab soalan yang diberi. Kerjasama yang diberikan oleh murid
sangat baik dan memuaskan. Dalam hal ini saya perlu merakamkan sekalung budi kepada
semua guru matapelejaran yang membantu saya menlaksana dan mengawal murid.

Kekuatan yang kedua pula ialah dapat menjana pemikiran dan menguji tahap pengetahuan
murid-murid. Murid-murid perlu memerah otak dan berfikir dengan lebih teliti untuk menjawab
soalan yang diberi. Melalui pertandingan kuiz ini, murid tidak akan diberikan jawapan secara
terus, tetapi mereka perlu berfikir dan memberi jawapan berdasarkan pengetahuan mereka
dalam mata pelajaran Sejarah. Oleh hal yang demikian, murid akan cuba mengingati kembali
topik atau pelajaran yang lalu untuk menjawab soalan yang diberi.

Kelemahan Projek/Aktiviti :
Kelemahan yang pertama ialah tentang kehadiran murid yang tidak penuh. Ramai
murid tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut. Oleh hal yang demikian, kumpulan
sasaran saya tidak mencukupi pada hari tersebut. Saya tidak melakukan sesi
pertandingan untuk kali kedua bagi murid yang tidak hadir kerana hal ini akan
menyebabkan ketidakadilan dalam sesuatu pertandingan.

Kelemahan kedua pula sewaktu pemilihan pemenang. Saya mengalami sedikit


kesukaran untuk memilih pemenang pertandingan tersebut kerana markah yang
diperoleh untuk markah tertinggi adalah sama. Jadi, hal ini menyebabkan saya sukar
untuk menentukan pemenang bagi tempat pertama, kedua dan ketiga. Situasi ini
menyebabkan saya menanda dengan lebih teliti serta mengambil kira semua aspek
untuk memilih pemenang.

Cadangan Penambahbaikan :

Program seperti ini boleh diadakan lagi pada masa hadapan dengan mendapat kerjasama
daripada pihak pentadbir sekolah, panitia Sejarah, guru-guru serta murid-murid yang menyertai
pertandingan pada kali ini. Pertandingan seperti ini dapat meningkatkan sifat patriotik murid.
Selain itu, murid-murid juga akan lebih seronok kerana pertandingan ini bukan sahaja bersifat
akademik tetapi berkonsepkan permainan yang dapat menjana pemikiran murid.

Selain itu, penambahbaikan yang perlu dibuat ialah dengan membuat semakan jawapan kuiz
dengan guru Sejarah yang lebih berpengalaman. Saya juga perlu bertanya mengenai pemilihan
pemenang dengan cara yang betul dengan meminta rujukan dan pendapat daripada mereka.
Semakan soalan juga perlu dibuat oleh guru Sejarah berpengalaman sama ada soalan tersebut
sesuai atau tidak untuk diberikan kepada murid-murid.

KESIMPULAN :
Secara keseluruhannya, Pertandingan Kuiz Patriotik ini dapat dijalankan dengan lancar.
Dengan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta yang terdiri daripada murid-
murid, pertandingan ini dapat dijalankan dengan jayanya. Kerjasama yang ditunjukkan
oleh para peserta serta komitmen guru juga turut membantu melancarkan lagi
perjalanan pertandingan kuiz ini. Ucapan ribuan terima kasih atas segala kerjasama
dan jasa baik semua yang terlibat dalam melancarkan program ini.

Disediakan oleh:

___________________________
(VANITHA A/P DARMALINGGAM)
Guru Pelatih PISMP RBT Semester 8
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
LAMPIRAN (KUIZ PATRIOTIK)