Anda di halaman 1dari 5

3.

0 Jenis-jenis Jahitan Asas


Jahitan Sembat Susup
Ciri-ciri
Jahitannya halus dan tidak begitu kelihatan di sebelah luar.
Fungsi
1. Menjahit dan mengemaskan kelepet.
2. Menetapkan lipatan pada skirt, lengan, blaus dan lapik lengan baju.
Langkah-langkah menjahit
Langkah 1
Masukkan benang ke dalam jarum.

Langkah 2

Gunting benang yang perlu digunakan.

Langkah 3

Lipat lebar kelepet yang dikehendaki dan tetapkan kedudukan kelepet dengan
jahitan jelujur kasar.

Langkah 4

Lipatkan kelepet yang hendak dijahit ke belakang supaya sedikit sahaja bahagian
bawah kelepet yang kelihatan.

Langkah 5

Cucuk jarum dari sebelah dalam kelepet dan tarik keluar benang. Jahit beberapa
cubit lembar benang pada fabrik di bahagian bawah kelepet dan cucuk jarum
menghala ke atas kelepet.

Langkah 6

Dari arah benang keluar, cucuk jarum melalui lipatan fabrik kelepet menghala ke
kiri selebar 1cm dan keluarkan jarum. Tarik jarum dan benang hingga ke hujung

Langkah 7
Teruskan menjahit hingga ke hujung fabrik. Pastikan jarum sentiasa dalam
kedudukan menegak.

Langkah 8

Matikan jahitan dengan jahitan kia.

Langkah 9

Kemudian keluarkan benang di hujung lipatan dan guntingkan benang.

Sampel Jahitan Sembat Susup


Jahitan Lubang Butang
Ciri-ciri
1. Jahitannya lebih kukuh dan kemas daripada jahitan insang pari.
Fungsi
1. Menjahit lubang butang, butang katup, cangkuk dan palang.
Langkah-langkah menjahit
Langkah 1
Masukkan benang ke dalam jarum.

Langkah 2

Gunting benang yang perlu digunakan.

Langkah 3

Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.

Langkah 4

Cucuk jarum menegak dari sebelah dalam fabrik ke arah luar fabrik.

Langkah 5

Tarik benang dan susup di bawah jarum seperti huruf S. Tarik jarum dan
terbentuk satu simpulan.

Langkah 6

Jahit sehingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan jelujur halus.

Langkah 7

Guntingkan benang yang berlebihan.

Sampel Jahitan Lubang Butang


Jahitan Jelujur Halus
Ciri-ciri
1. Jahitan ini lebih kukuh daripada jelujur kasar.
2. Boleh dijadikan mata jahitan tetap.
Fungsi
1. Menandakan garisan pola.
2. Boleh menggantikan mata jahitan mesin.
3. Melekatkan lapisan fabrik buat sementara.
4. Mengukuhkan pinggang skirt, lubang lengan dan keruk leher.
5. Mengedutkan fabrik, menandakan lengan baju dan tempat lisu-lisu.
Langkah-langkah menjahit
Langkah 1
Masukkan benang ke dalam jarum.

Langkah 2

Gunting benang yang perlu digunakan.

Langkah 3

Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.

Langkah 4

Masukkan jarum pada A dan keluarkan jarum pada B dengan jarak 5mm.

Langkah 5

Ulang langkah 4 dan jahit sehingga siap.

Langkah 6

Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak 2 kali.

Langkah 7

Guntingkan benang yang berlebihan.


Sampel Jahitan Jelujur Halus

Anda mungkin juga menyukai