Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN E

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BANTING


Telefon: 03-31874817
Persiaran Majlis, 42700, Banting, Faks: 03-31802409
Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan E-mel: smkbandarbanting@gmail.com
Blog: smkbbanting.blogspot.com
Kod Sekolah: BEA 1073

Ruj. Kami : SMKBB.KOKO.800-2/1( )

Tarikh : 15 FEBRUARI
2016

Prof. Dr Ahmad Ismail


Ketua Jabatan Biologi
Fakulti Sains UPM
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang, Malaysia.

Tuan,

PROGRAM BERBASIKAL DAN FOTOGRAFI MENGENALI UPM (JABATAN BIOLOGI, FAKULTI SAINS)

Berhubung perkara di atas, saya, En Afyudin Bin Alan Hafifi, Guru Penasihat Kelab Fotografi SMK Bandar Banting ingin
memohon mengadakan program berbasikal dan fotografi ke UPM, Serdang.

2. Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk:

i. Meningkatkan kemahiran asas penggunaan kamera DSLR serta alat-alat sampinganngya.


ii. Menanam minat berbasikal dan budaya hidup sihat.
iii. Memberikan pengalaman kepada murid suasana kampus IPTA.
iv. Mengenali lebih dekat mengenai UPM amnya dan Jabatan Biologi, Fakulti Sains khususnya.
v. Mengeratkan lagi hubungan dikalangan ahli melalui aktiviti-aktiviti sampingan yang diadakan.

Ini akan membantu ahli Kelab Fotografi dan ahli Kelab Basikal SMK Bandar Banting dalam menimba ilmu berkaitan
fotografi di samping pengalaman bagaimana berada di dalam sesebuah institusi pengajian tinggi awam yang berprestij,
iaitu UPM.

3. Kami memilih mengadakan lawatan ke tempat pihak tuan kerana lokasinya yang tidak begitu jauh dengan sekolah
disamping terdapat banyak lokasi penggambaran yang menarik serta kemudahan seperti perkhidmatan menggunakan
basikal secara percuma dan pendedahan mengenai kursus-kursus yang ditawarkan UPM.

4. Untuk pengetahuan pihak tuan, ahli rombongan kami seramai 45 orang yang terdiri daripada 20 orang Pelajar
Kelab Fotografi, 20 orang pelajar Kelab Pencinta Alam dan 5 orang guru pengiring. Butir-butir lawatan ini ialah seperti
berikut:
Tarikh : 15 MAC 2016(Selasa)
Masa : 7.00 - 3.00 petang
Kenderaan : sebuah bas persiaran.
5. Segala kerjasama dan keprihatinan yang diberikan oleh pihak tuan amat disanjung tinggi dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi saya, En. Afyudin Bin Alan Hafifi
(019-3295385) atau emel smkbandarbanting@gmail.com.
Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,
AFYUDIN BIN ALAN HAFIFI
Guru Penasihat Kelab Fotojurnalis,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting,
42700,Banting, Selangor.
Serahan melalui e-mel pada hari Isnin, 17 Februari 2016