Anda di halaman 1dari 2

Beat the clock (Tewaskan masa!

Rasional Terapi

Beat the clock (diutarakan oleh Heidi Kaduson) merupakan terapi bermain yang direka
bentuk untuk meningkatkan tahap kawalan diri kanak-kanak. Sehubungan itu, perlaksanaan
permainan ini adalah berlandaskan kepada tujuan untuk membantu kanak-kanak
menahankan diri daripada gangguan-gangguan luar dan memfokuskan kepada tugasan
yang diberi dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Kanak-kanak yang berjaya
menyempurnakan tugasan dalam jangka masa tertentu akan menerima poker chips. Setelah
menerima poker chips sehingga bilangan yang dijanjikan, murid boleh menggunakannya
untuk mendapatkan hadiah.

Penerangan

Bahan: jam randik, poker chips, bahan lukisan, blok kayu dan bahan bacaan yang mudah
difahami.

Sebagai permulaan untuk terapi bermain ini, ahli terapi akan memberi penerangan
yang ringkas dengan memaklumkan kanak-kanak bahawa mereka akan terlibat dalam
permainan tewaskan masa. Ahli terapi boleh memperkenalkan peraturan dan cara
pengendalian permainan ini secara lisan: Terlebih dahulu, 10 poker chips akan dibahagikan
kepada setiap orang. Saya telah menyediakan blok-blok kayu untuk anda dan jam randik
akan dimulakan pengiraan masanya. Dalam tempoh masa 10 minit, anda dikehendaki untuk
membina satu menara dengan sepenuh hati dan mengabaikan semua gangguan di sekeliling
anda. Sekiranya anda didapati tidak fokus dalam aktiviti tersebut, seperti melihat ke sana sini,
tanya soalan, berbual dan sebagainya, anda perlu membayar saya satu poker chip untuk
sekali. Anda perlu terus lakukan tugasan yang diberi dan jika anda dapat menumpukan
perhatian anda sepanjang masa perlaksanaan, saya akan menghadiahkan 10 poker chips
lagi kepada anda. Setelah anda dapat mengumpulkan 50 poker chips, kamu boleh pilih
hadiah yang diingini daripada kotak harta karun. Sekarang ini, semua bersedia 1,2, 3, mula!

Dalam beberapa minit yang pertama, ahli terapi berada dalam keadaan statik.
Seterusnya, ahli terapi akan mula menghasilkan sesuatu yang boleh mengalihkan tumpuan
murid. Tujuannya adalah untuk menguji samada kanak-kanak dapat memfokuskan kepada
tugasannya tanpa dijejaskan oleh perkara yang berlaku di dalam dan luar bilik darjah.
Dengan cara ini, ahli terapi dapat meningkatkan motivasi intrinsik kanak-kanak untuk
mengawal diri agar dapat mengumpulkan poker chips. Pada masa yang sama, ahli terapi
juga harus memanjangkan masa sebanyak 5 minit setiap kali dalam aktiviti ini. Lama-
kelamaan, daya tumpuan kanak-kanak dapat ditingkatkan dan dapat fokus kepada tugasan
yang diberi sepanjang sesi.

Aplikasi

Permainan ini boleh diaplikasikan dalam bentuk kumpulan atau individu untuk kanak-
kanak yang mempunyai masalah kawalan diri (cth: kanak-kanak ADHD). Swanson &
Casarjiran (2001) juga telah membuat perbandingan antara permainan yang hampir sama
dengan Tewaskan masa dalam aktiviti persekolahan di mana murid sekolah aliran perdana
turut terlibat. Antara teknik yang memaparkan objektif yang sama dengan permainan ini
termasuklah Permainan Patung dan permainan Membuatkanlah Saya Ketawa.

Ulasan

Pada pendapat saya, walaupun kesesuaian pengaplikasian permainan ini adalah


agak tinggi namun ia masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan. Dari segi kelebihan,
permainan ini bukan sahaja sesuai untuk membantu kanak-kanak meningkatkan lokus
kawalan diri dan keinginan untuk melakukan sesuatu malah ia juga sesuai untuk
diadaptasikan kepada klien yang terdiri daripada pelbagai tahap dengan memodifikasikan
kaedah perlaksanaan permainan ini. Hal ini kerana persaingan yang sihat antara satu sama
lain mampu meningkatkan motivasi dalaman seseorang untuk membuktikan diri sendiri.
Maka, mereka akan berusaha untuk mendapatkan kemenangan dalam permainan ini. Untuk
golongan dewasa pula, permainan ini boleh membantu mereka mencapai ketenangan
dalaman ataupun pembinaan personaliti dan emosi yang sihat dengan menyeimbangkan
estem kendiri yang rendah dengan rasa kompetensi diri setelah menyempurnakan tugasan
yang diberi. Namun, dari segi kelemahannya, permainan ini memerlukan kos yang agak
tinggi untuk menyediakan token dalam kuantitii yang banyak dan juga dari segi penyediaan
hadiah yang diletakkan dalam kotak harta kurun. Oleh itu, keadaan ini boleh diubahsuai
dengan menggantikan token dengan lambang-lambang yang lain seperti pelekat yang
berbentuk bintang untuk mengurangkan kos. Secara ringkasnya, permainan ini adalah agak
menarik dan agak berkesan untuk diaplikasikan dalam kalangan murid.

Anda mungkin juga menyukai