Nota Tingatan 4 PSK
Nota Tingatan 4 PSK
WAWASAN DIRI
1. Wawasan diri merujuk kepada suatu pandangan masa depan yang jauh dengan
matlamat yang pasti.
2. Wawasan diri yang positif harus dibina dengan:
mengetahui kekuatan dan kelemahan diri.
menyedari minat peribadi.
mengenali personaliti diri.
3. Wawasan diri dapat dicapai dengan menentukan matlamat yang ingin dicapai,
menggariskan rancangan yang perlu diambil dan senarai tindakan terhadap rancangan
tersebut.
4. Matlamat merupakan sesuatu yang dapat dilaksanakan dan mesti bersesuaian dengan
minat dan kebolehan individu.
5. Rancangan merupakan garis panduan yang perlu dilaksanakan untuk merealisasikan
wawasan ini.
6. Tindakan merupakan usaha yang dilaksanakan untuk setiap rancangan yang
digariskan.
7. Kepentingan mempunyai wawasan diri:
menjadi pendorong untuk kita mencapai cita-cita.
Menjadi panduan untuk mendisiplinkan diri.
Membantu kita merancang strategi atau langkah supaya lebih teratur dan
berkesan.
Membantu merealisasikan wawasan negara iaitu Wawasan 2020.
Membantu kita mencapai kecemerlangan dalam hidup.
8. Kita hendaklah menentukan wawasan diri yang bersesuaian dengan kebolehan, minat
dan kemahiran yang dimiliki.
1. Perkembangan diri yang seimbang merujuk kepada usaha melahirkan individu yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
2. Individu yang seimbang merupakan individu yang berilmu pengetahuan dan
berkemahiran, berakhlak baik dan mulia, bertanggungjawab serta cergas tubuh
badannya.
3. Intelek merujuk kepada aspek perkembangan minda seseorang untuk berfikir dan
memahami sesuatu. Perkembangan ini dapat dicapai dengan menambahkan ilmu dan
memperoleh pengalaman.
4. Rohani merupakan perkembangan perasaan dan hati yang berkaitan dengan jiwa atau
naluri manusia. Rohani dapat dikembangkan dengan amalan agama, norma
masyarakat, pantang-larang dan undang-undang.
5. Emosi merupakan unsur semulajadi yang ada pada manusia iaitu pengawalan
perasaan seperti sayang, marah, takut, cinta, benci dan sebagainya. Manusia perlu
mengawal emosi agar tidak mendatangkan tindak balas yang negatif daripada pihak
lain.
6. Perkembangan tubuh badan dikenal sebagai jasmani. Tubuh yang sihat akan
mewujudkan intelek yang baik, emosi yang terkawal dan waktu rehat yang mencukupi
serta riadah yang sistematik akan menghasilkan jasmani yang sihat.
7. Keempat-empat aspek ini penting untuk menikmati kehidupan yang sejahtera.
TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN
KEPERLUAN BERKELUARGA
1. Terdapat pelbagai isu dan masalah social yang mengancam masyarakat terutamanya
remaja.
3. Antara punca-punca yang mengakibatkan timbulnya pelbagai isu dan masalah sosial
dalam masyarakat:
Kepincangan keluarga.
Pengaruh rakan sebaya.
Pengaruh budaya kuning dari barat.
Tiada pegangan agama yang kukuh.
4. Gejala sosial ini akan membawa kesan yang buruk terhadap diri, keluarga, masyarakat
dan negara kerana ia mengancam keselamatan, kestabilan dan keamanan serta
merugikan negara.
5. Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan bagi membasmi gejala sosial negatif:
Mengadakan kempen kesedaran.
Menguatkuasakan undang-undang.
Memberikan didikan agama dan moral.
Memberi khidmat nasihat dan kaunseling.
Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan baik iaitu memberi perhatian dan
kasih sayang.
5. Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau antisocial yang dilakukan
oleh golongan juvana yang berusia di bawah 18 tahun.
6. Pesalah juvana lazimnya tidak akan dikenakan hukuman penjara sebaliknya akan
dihantar ke pusat pemulihan akhlak seperti Sekolah Henry Gurney yang dikelolakan
oleh Jabatan Penjara Malaysia.
TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
1. Agama merupakan pegangan hidup manusia. Prinsip, amalan dan nilai yang
terkandung dalam agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan
seterusnya dalam menghadapi cabaran.
2. Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun agama-agama lain bebas
diamalkan secara aman. Malaysia kaya dengan pelbagai agama seperti agama Hindu,
Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.
3. Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi manusia
yang baik, taat kepada ajaran agama masing-masing dan mengamalkan nilai-nilai
murni untuk mencapai kecemerlangan diri.
4. Agama Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil kepada manusia lain dan
menyebarkan ilmu yang dimiliki kepada orang lain tanpa mengira waktu.
5. Nilai lain yang ditekankan oleh agama Islam ialah tidak bersifat pilih kasih, bersifat
ihsan, sentiasa sabar untuk menghadapi segala penderitaan dan kesusahan, merendah
diri dan tidak memandang rendah pada orang lain, selain benar dan amanah.
1. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang kaya dengan pelbagai perayaan.
3. Antara perayaan-perayaan penting yang disambut di negara ini ialah Hari Raya Puasa,
Tahun Baru Cina, Deevapali, Thaipusam, Hari Wesak, Krimas, Hari Raya Aidil Adha,
Hari Gawai, Tadao Keamatan, Perayaan Ponggal dan Vaisakhi.
9. Mengadakan rumah terbuka merupakan satu lagi amalan yang sering diadakan oleh
kerajaan Malaysia untuk menjalinkan perpaduan antara kaum. Pelbagai acara dan
aktiviti serta juadah tradisional akan dihidangkan untuk semua lapisan masyarakat.
10. Amalan-amalan ini mewujudkan rasa hormat, persefahaman dan tolak ansur antara
pelbagai kaum di negara ini.
HARI DEEPAVALI
Menyalakan pelita di kawasan rumah.
Amalan mandi minyak geliga bertujuan untuk penyucian badan dan pembuangan dosa.
HARI KRIMAS
Menghias pokok Krimas dan bertukar-tukar hadiah dengan kaum keluarga.
Berkumpul bersama keluarga untuk makan malam.
TADAO KEAMATAN
Mengadakan upacara kepada semangat padi sebagai tanda kesyukuran.
Menjamu makanan tradisional dan minuman tapai.
HARI GAWAI
Mengadakan upacara sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran .
Menghidangkan air tuak.
HARI VAISAKHI
Berkumpul untuk mendapat restu daripada guru di Gudwara.
Menggantikan bendera suci di Gudwara.
Membaca kitab suci (Guru Granth Sahib)
TEMA 5: KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
POLITIK
menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.
Menjamin pentadbiran dan pemerintahan yang cekap, adil dan telus.
Menjamin kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.
Merupakan panduan pemerintahan negeri.
Menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.
EKONOMI
Memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum.
Kestabilan politik menjamin perkembangan ekonomi.
Kestabilan politik juga menarik kedatangan pelabur luar.
SOSIAL
Mewujudkan integrasi yang membentuk negara dan bangsa yang bersatu padu dan
taat setia kepada negara.
Menjaga dan memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak.
Menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.
BAHASA
Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Bahasa Malaysia digunakan untuk maksud dan tujuan rasmi, namun penggunaan
bahasa lain tidak ditegah.
AGAMA
Agama Islam sebagai agama rasmi negara, namun semua orang bebas mengamalkan
dan menganuti agama masing-masing.
Raja/Sultan ialah ketua agama Islam.
KEWARGANEGARAAN
Mempunyai taraf keanggotaan sesebuah negara.
Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab dan hak terhadap negara.
Tanggungjawab utama warganegara ialah mempertahankan dan menjunjung
perlembagaan.
HAK ASASI
Kebebasan beragama- setiap individu bebas mengamalkan agama masing-masing.
Kebebasan diri- setiap individu yang tidak bersalah di sisi undang-undang tidak boleh
diambil nyawanya, dipaksa kerja, dihukum, dibuang negeri, dihalang bersuara,
dilarang berkumpul dan ditegah menubuhkan persatuan.
Kebebasan ekonomi- setiap individu bebas menjalankan aktiviti ekonomi selagi tidak
bertentangan dengan undang-undang negara.
TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN
PENGGUNA RASIONAL
1. Pengguna ialah mereka yang menggunakan barangan atau perkhidmatan yang ada di
pasaran.
5. Pengeluar perlu mematuhi kod etika semasa menguruskan perniagaan dan harus
mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh SIRIM dan Jabatan Standard
Malaysia.