Anda di halaman 1dari 24

Guru Penyumbang Utama Kejayaan Sistem

Pendidikan
Oleh: -

Wednesday, 09 October 2013 13:33

Saiz fon

Cetak

E-mel

Bismillahir Rahmanir Rahiim


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ALHAMDULILLAH, kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala yang
mengizinkan kita hadir bersama-sama dalam majlis yang penuh bermakna pada pagi ini.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkam ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi
Majlis dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis kerana mengungkayahkan Majlis Penyampaian Anugerah
Special Mention Sempena Sambutan Hari Anugerah Guru kali yang ke-23.
Saya sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru yang telah terpilih menerima
anugerah Special Mention sempena Sambutan Hari Guru bagi tahun 2013.

Saya percaya guru-guru merasa bersyukur, gembira dan berbangga dengan pengiktirafan dan
kejayaan ini. Pengiktirafan ini mencerminkan bukti jelas kegigihan, kewibawaan, azam serta iltizam
guru-guru dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Saya penuh berharap
pencapaian ini akan dapat menyuntik malah membakar semangat, keazaman dan menjadi
pendorong untuk guru-guru menempa kejayaan yang lebih besar di masa depan.

Sekali lagi kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana Sambutan Hari
Guru Kali Ke-23 telah berjalan dengan lancarnya. Sebagai warga guru kita sewajarnya menjunjung
kasih setinggi-tingginya di atas kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa majlis sambutan berkenaan
khususnya titah baginda mengenai dengan komitmen Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk membuat
pelaburan besar terhadap perkembangan profesionalisme para guru di negara ini.

Perkembangan profesionalisme guru-guru adalah dari usaha meningkatkan kualiti pendidikan.


Sehubungan ini dalam usaha berterusan pendidikan untuk memantau serta menyelaras tahap
kelayakan pelajar serta anggota masyarakat menaiki tangga pencapaian, Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah
memperkenankan satu Kerangka Kelulusan iaitu Brunei Darussalam Qualification Framework atau
BDQF. Kerangka Kelulusan ini adalah satu garis panduan mengklasifikasikan kelayakan atau
kelulusan serta mengintegrasi dan menghubungkan semua kelayakan atau kelulusan yang
ditawarkan di negara ini. Kerangka ini akan menjadi bahan rujukan bagi pengiktirafan kelulusan untuk
melanjutkan tahap pengajian. Ia juga adalah sebagai panduan dalam pengambilan bekerja atau
kenaikan pangkat dalam perkhidmatan kerajaan sama ada kelulusan itu dari dalam atau luar negara.

Pendidikan merupakan asas pembangunan insan dan tamadun, wadah keamanan, kesejahteraan
dan kemakmuran. Pendidikan juga adalah satu bidang yang dinamik dan penuh cabaran. Ia menuntut
perancangan strategik yang teliti dan pragmatik, perbelanjaan yang besar serta jentera pelaksanaan
yang cekap.

Pendidikan juga sentiasa terdedah dan dipengaruhi oleh tuntutan perubahan selaras dengan
perkembangan semasa dan negara. Justeru, sistem pendidikan dikaji dan direview supaya sentiasa
relevan untuk melahirkan sumber tenaga yang diperlukan. Yang pasti, negara akan hilang daya
saing, ketinggalan dan terpinggir dari kemajuan global jika bidang pendidikan tidak menjadi
keutamaan atau tidak diuruskan secara cekap dan berkesan.

Hakikat yang tidak dapat kita nafikan, sehebat manapun sistem pendidikan yang dilaksanakan, Guru
merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang dalam merealisasikan kejayaan sistem
pendidikan.
Perguruan bukan sekadar kerjaya atau profesion. Walaupun seseorang guru memperoleh gaji seperti
lain-lain kerjaya dan profesion, tetapi perguruan lebih daripada suatu pekerjaan. Sebagai profesion,
guru mempunyai nilai dan etikanya tersendiri. Mereka juga terlatih dan sentiasa mempertingkatkan
kemahiran masing-masing berdasarkan perkembangan masyarakat yang berubah mengikut zaman.

Walaupun guru merupakan manusia biasa yang mempunyai masalah dan harapan seperti orang lain,
tetapi profesion perguruan menjadikan mereka istimewa. Kita percaya keistimewaan terletak pada
idealism pendidikan yang dituntut daripada guru.
Seseorang guru boleh menganggap profesion mereka hanya sebagai kerjaya biasa. Mereka
mengajar seperti yang diarahkan dan kemudian pulang seperti orang lain juga. Ini bukan suatu yang
istimewa. Tetapi keistimewaannya terletak pada guru-guru yang menggalas tugasnya dengan penuh
keikhlasan dan dedikasi. Merekalah yang membuat perbezaan dalam profesion perguruan. Dengan
mempertahankan idealisme pendidikan, guru-guru ini merupakan wira masyarakat.
Di Korea Selatan mereka dikenali sebagai nation builders.

Keperluan dan kepentingan pendidikan, menuntut minat dan kecintaan yang mendalam dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai guru. Seorang guru yang berjaya adalah guru yang amanah
dalam mendidik anak bangsa. Amanah di sini membawa maksud menjalankan tugas dengan penuh
Keikhlasan. Guru yang ikhlas berbakti kerana Allah dan demi anak bangsa akan menghasilkan
pelajar yang cemerlang dari segi moral dan rohani.

Hanya guru-guru yang benar-benar menjiwai tugasnya dengan ikhlas sahaja akan merasa gembira
dan bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh komited dan dedikasi
walau seberat dan sepayah manapun tugasan tersebut. Guru-guru yang ikhlas dalam menyampaikan
ilmu mendapat ganjaran kerana akan didoakan Malaikat, makhluk Allah Subhanahu Wata'ala di
daratan dan lautan. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sabdanya
yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah Ta'ala, Malaikat-Nya, penghuni langit dan bumi hatta semut di
sarangnya dan ikan di lautan berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada
manusia." (Hadis riwayat At-Tarmizi).

Guru yang ikhlas, mempunyai pengaruh yang hebat. Aura positif terpancar dan memantulkan
kewibawaan yang cukup berkuasa, yang dapat dirasa oleh pelajarnya, sehingga menjadikan
penyampaian tugas dan pengajarannya lebih bernilai dan berkesan di jiwa para pelajarnya. Mereka
menjadi guru yang digalati, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, menjadi seorang yang bijak
mengurus dan mengasuh pelajar serta menjadikan ilmu pengetahuan diajarkannya bermanfaat
menyinari kehidupan masa depan para pelajar.

Atas dasar memikul tanggungjawab dengan penuh amanah, guru seumpama ini bersedia berkorban
masa, kesenangan, keselesaan, malah ada kalanya kewangan demi meningkatkan pencapaian
pelajarnya. Tanpa mengenal letih dan jemu, mereka berusaha mewujudkan suasana pembelajaran
yang aktif, kreatif, efektif dan menyeronokkan.
Sebagai impaknya, pelajar mencapai hasil pembelajaran yang luar biasa atau sekurang-kurangnya
meningkatkan pencapaian pelajar daripada biasa. Guru seumpama ini akan bertakhta dalam ingatan
pelajarnya.

Walaupun mungkin ada kalanya kita merasa apa yang kita lakukan tidak berbaloi atau setimpal
dengan imbalan material, tetapi Allah akan membalasnya dengan cara lain. Keyakinan serta
rasa passionate kepada profesion ini yang mungkin menjadikan guru di masa lampau dipandang
lebih berwibawa.

Guru adalah ibu bapa kedua penting dalam kehidupan pelajar. Peranan ini semakin penting apabila
terdapat pelajar yang datang daripada latar belakang yang kurang menggalakkan. Arus kemajuan
dan kederasan perubahan global sedikit sebanyak telah merubah fabrik keluarga, yang jika tidak
diurus dengan bijaksana boleh menimbulkan pelbagai masalah. Pelajar daripada keluarga
sedemikian mungkin tidak mendapat perhatian dan kasih sayang sewajarnya dan akan berpaling
kepada guru sebagai pengganti ibu bapa atau penjaga mereka.

Keprihatinan dan kepekaan guru terhadap pelajar daripada keluarga bermasalah akan membantu
mereka menghadapi persekolahan dengan lebih yakin. Guru yang memahami situasi sebegini akan
memberikan perhatian yang lebih khusus dan berusaha mewujudkan persekitaran sekolah dan bilik
darjah yang lebih kondusif. Dengan ini, kerunsingan dan kerisauan pelajar tentang dunia luar sekolah
berkurangan. Sebagai guru yang bertanggungjawab, tugas kita adalah untuk memastikan mereka
berasa selamat dan yakin untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Di kesempatan ini, saya ingin mempelawa para hadirin dan hadirat semua mengimbas semula
perkembangan pendidikan di negara kita dalam beberapa tempoh kebelakangan ini dan merenung
sejenak perkembangan pendidikan yang akan kita hadapi di masa-masa datang. Perkembangan,
pendidikan dalam tempoh beberapa dekad yang lalu menunjukkan perubahan yang sangat ketara
disebabkan tuntutan arus perkembangan global yang amat kompleks. Kita merasakan cabaran yang
sangat sengit dalam mencapai tahap piawaian yang kita perlukan untuk terus mampu bersaing atau
sekurang-kurangnya seiring dengan negara-negara yang sama kedudukan dengan negara kita.

Masa depan dunia yang kita hadapi amat mengelirukan, susah untuk diramalkan dan volatile. Masa
depan dan abad ke-21 membawa cabaran kepada guru-guru menyediakan bentuk pendidikan yang
tidak sahaja berfokus kepada memberikan kandungan ilmu pengetahuan tetapi menanamkan
kemahiran-kemahiran tertentu seperti daya kreatif, inovatif, boleh menyelesaikan masalah, boleh
adaptasi dan bekerja dengan orang lain.
Guru alaf baru berdepan cabaran hebat kerana mereka bukan saja terpaksa bersaing dengan
perubahan sistem, malah kepantasan dan kecekapan pelajar memperoleh maklumat dengan bantuan
teknologi. Sudah tentu pendekatan terhadap pendidikan pada zaman ini tidak serupa dengan era
terdahulu. Tetapi peranan guru sebagai pendidik tetap sama dan mereka menjadi pencorak
masyarakat masa depan. Bezanya, bidang perguruan kini mempunyai pelbagai mekanisme dan
suntikan baru bagi mengimbangi perubahan drastik globalisasi. Ini dibuktikan lagi dengan tingginya
penggunaan iPad menduduki tempat 10 teratas di dunia iaitu 5.8 peratus berbanding dengan United
Kingdom 4.69 peratus dan Singapura 7.06 peratus, 7 dari 10 orang online, 6 dari 10 orang
menggunakan Facebook. Angka ini saya percaya akan terus meningkat.

Dari lawatan saya ke sekolah-sekolah saya mendapati sebahagian guru berusaha untuk
menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran menuju matlamat ini.

Tetapi ada juga sebahagiannya masih belum membuat usaha sedemikian.

Sehubungan ini Kementerian Pendidikan telah melancarkan Pusat Media dan Perkhidmatan Latihan
atau Media Inservice Centre (MISC) baharu-baharu ini yang menyediakan dua pusat kecemerlangan
iaitu sebuah untuk reka bentuk dan bahan-bahan pembelajaran, manakala sebuah lagi untuk latihan
perkembangan profesion guru-guru.

Walaupun masih di peringkat awal, tetapi saya kagum dengan pencapaiannya. Saya telah dapat
menyaksikan beberapa bahan pengajaran yang diasaskan dari hasil kerja pelajar-pelajar di Tahun 4
yang telah diolah menjadi program animasi yang saya percaya dengan daya kreatif dan inovatif guru-
guru dapat menjadi bahan pengajaran berkesan. Demikian juga saya berbangga dengan hasil
animasi Jong Batu. Saya telah menyaksikan sendiri beberapa orang guru dari beberapa sekolah
rendah berusaha secara kumpulan menggunakan cerita ini untuk mengajar beberapa mata pelajaran
seperti MIB, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mathematics, dan Social Studies.

Walau bagaimanapun kemudahan dan infrastruktur seperti ini tidak akan membawa hasil dan kesan
jika tidak disertai dengan kepimpinan dan sikap passionate para guru dalam menunaikan tugas dan
tanggungjawab mereka.

Dari beberapa lawatan saya ke sekolah-sekolah rendah, saya berbangga dengan pencapaian
Sekolah Rendah Merangking di Kuala Belait. Walau tersuruk jauh dari keriuhan bandar, dengan
kemudahan yang sederhana sekolah ini pada hemat saya berjaya mencapai misi dan objektifnya.

Dengan keramaian 20 orang murid dari Prasekolah ke Tahun 6, sekolah ini Berjaya memberi peluang
pelajar-pelajarnya membina potensi diri dan memperkembangkan daya pemikiran kreatif. Dari segi
akademik mencapai 100 peratus dalam PSR, menjadi juara Pertandingan Nasyid Sekolah-Sekolah
Rendah Peringkat Daerah, seorang pelajarnya Izzy Fikry menjadi juara Pertandingan Mari Bercerita
Peringkat Daerah dan Negara, Awang Wafik Danish dan Izzy Fikri menggondol tempat pertama dan
kedua Pertandingan Mengarang Sempena Hari Buku Sedunia anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka,
Awang Fairul menerusi karya lukisannya mendapat Sijil Penghargaan dan Kepujian Pertandingan Ke-
17 Kanagawa Biennial World Children's Art Exhibition di Jepun, Awang Izzy Fikry melalui hasil
karyanya mendapat Certificate of Merit Pertandingan International Students' Visual Art contest cum
Exhibition di Hong Kong.

Kecemerlangan mereka tidak terbatas di bidang akademik tetapi juga dalam agama dengan
mendapat tempat kelima dalam Peraduan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim. Demikian juga sekolah ini
menjadi johan dalam Pertandingan Lalu Lintas Senegara 2012. Yang paling membanggakan pelajar
Nur Fathiah adalah pelajar cemerlang Tahun 1 Daerah Belait bagi 2012.
Oleh kerana lawatan saya melimpasi waktu sekolah saya telah dapat menyaksikan kegiatan pelajar
selepas waktu sekolah, sementara menunggu waktu sekolah agama bermula.

Sungguh saya merasa kagum dan kekal dalam ingatan saya menyaksikan dalam sebuah kelas
beberapa orang pelajar sedang duduk mengisi waktu dengan belajar.

Bukan guru yang mengajar. Malah tidak ada guru dalam kelas tersebut. Seorang pelajar Tahun 6
mengajar kawannya pelajar Pra dan Tahun Satu mengulang kaji pelajaran. Tidakkah ini suatu yang
menarik? Jika di bandar ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke pusat atau kelas tuisyen, di
Sekolah Rendah Merangking kita saksikan pelajar membimbing pelajar.

Berbalik kepada tema Hari Guru, tema Hari Guru tahun ini iaitu 'Guru Berwawasan Penjana Modal
Insan', turut menggambarkan bahawa golongan yang bergelar guru, menjadi aspirasi kepada semua
lapisan masyarakat dan memikul tanggungjawab berat untuk melahirkan masyarakat berilmu dan
berkemahiran di negara ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, para guru diharap akan
gigih mencurahkan bakti dengan ikhlas bagi melahirkan lebih ramai lagi model insan berkualiti dari
sudut ilmu, akhlak dan membentuk satu sistem nilai yang baik.

Keadaan ini sangat menuntut komitmen yang tinggi dari para pendidik di semua peringkat. Begitu
juga dalam hal pembentukan perkembangan pelajar yang kita harapkan di abad ini. Justeru itu, para
pendidik perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran pelbagai bidang (multiskill) bagi menghasilkan
pelajar yang serba boleh(versertile) untuk memenuhi pasaran pekerjaan mengikut tuntutan masa kini.
Ini juga memaksa para pendidik supaya berfikiran lebih luas dan jauh daripada bidang pengkhususan
yang diikuti ketika menjalani latihan di institusi-institusi tinggi atau institusi latihan perguruan
sebelumnya. Bagi warga pendidikan, ungkapan pendidikan sepanjang hayat sangat besar ertinya dan
jika dipraktikkan, impaknya adalah sangat signifikan.

Seperti keadaannya di mana-mana negara, adalah tidak memadai dengan hanya mempunyai satu
sistem pendidikan yang cukup sempurna dan keadaan infrastruktur yang bertaraf antarabangsa jika
tidak dilengkapi dengan guru-guru yang berwibawa dan berhemah tinggi. Kita berhadapan dengan
masyarakat yang mempunyai pelbagai kerenah yang sebahagiannya terbit di luar kawalan dan
jangkaan kita. Ini termasuk juga ekspektasi ibu bapa dan pelajar-pelajar yang bermacam ragam dan
antaranya mungkin juga dapat atau tidak kita penuhi. Dan sebagai seorang pendidik, kita harus
mampu bertahan dan tetap kekal dengan amanah serta tanggungjawab yang dipertaruhkan ke atas
kita. Ini dapat didukung dengan menanamkan sifat-sifat terpuji dalam diri masing-masing seperti
banyak bersabar, ikhlas dan jujur serta dikuatkan lagi dengan pemikiran yang berwawasan jauh ke
hadapan. Dan adalah juga diingatkan supaya semua usaha kita itu sentiasa diiringi dengan doa
memohon berkah dan petunjuk dari Allah Subhanahu Wata'ala.

Sekali lagi, saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya serta merakamkan
ucapan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa dan kepada semua yang terlibat dalam
mengungkayahkan dan menjadikan Majlis Sambutan Hari Guru pada tahun ini berjalan lancar dan
jayanya. Semoga jasa baik dan sumbangan serta usaha kita semua itu akan diterima Allah
Subhanahu Wata'ala sebagai amal kebajikan jua.

Kepada semua penerima anugerah special mention yang kita raikan, saya ingin menyeru supaya
kemahiran-kemahiran yang ada dapat dijadikan sumber yang berharga dalam usaha kita
meningkatkan tahap pendidikan di negara ini dan akan dapat membantu para pendidik yang lain
dalam sama-sama mencapai matlamat yang kita inginkan.

Sebelum berundur diri, dengan rasa tulus ikhlas, diucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga
guru, di mana pun mereka berada. Didoakan semoga segala bakti yang dicurahkan dengan ikhlas
akan mendapat balasan baik dari Allah Subhanahu Wata'ala. Sesungguhnya guru adalah insan yang
berjasa, menaburkan ilmu dan mencurah bakti dengan penuh keikhlasan semata-mata melahirkan
generasi cemerlang tanpa mengira agama, rupa dan bangsa.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala sentiasa memberikan
petunjuk-Nya dalam apa jua usaha yang kita rancang dan laksanakan demi kebaikan semua.

Akhirnya, sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak di dalam mengungkayahkan majlis yang penuh makna kepada
kita semua sebagai warga pendidik di negara ini.
http://www.pelitabrunei.gov.bn/haluan/item/6164-guru-penyumbang-utama-kejayaan-sistem-
pendidikan
rencana
ARKIB : 17/05/2014

Kejayaan murid kebahagiaan guru


Oleh Mohamad Abdullah

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Bahiyah, Yunizah Muda, membantu muridnya menyelesaikan soalan
Matematik Tambahan di sekolah tersebut di Kedah, baru-baru ini. - UTUSAN/Safrizal Azmi

KISAH sumbangan dan pengorbanan guru bukanlah baharu. Malah setiap kita ada cerita
tersendiri. Ada guru yang diingati dan ada guru yang kita cuba jauhkan diri kerana pelbagai
sebab antaranya segan, malu dan mungkin ada kenangan yang kekal dalam ingatan.
Ketika di sekolah rendah, seorang guru sementara dan masih muda mengubah keseluruhan
sudut pandang penulis terhadap buku dan ilmu. Sebagai anak kampung di pedalaman negeri
Kedah, buku bukanlah mudah diperolehi pada tahun 70-an.
Guru ini yang tinggal di pekan berhampiran setiap minggu membelikan akhbar Utusan
Pelajar terbitan Utusan Melayu yang popular ketika itu dan Dewan Pelajar, terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) saban bulan. Malah, guru ini juga memberti peluang kepada
penulis untuk membaca buku-buku baharu yang tiba di perpustakaan yang selalunya lebih
banyak disimpan daripada dihayati oleh para pelajar di kampung.
Peluang inilah yang membentuk penulis berminat dengan buku dan menghayati dunia luas
bagi seorang anak miskin. Sesekali dibawanya pulang ke rumah sebagai seorang anak untuk
melihat keluarganya yang sebahagian besar berjaya dalam hidup sebagai satu sumber
inspirasi.
Perwatakan lembut dan keibuan serta sering membimbing, menegur dan memberikan peluang
dengan kasih-sayang kekal dalam ingatan penulis sehinggalah guru ini meninggal dunia
beberapa tahun lalu, yang hubungan akrab itu kekal biarpun setelah penulis bekerja.
Kisah ini bukanlah luar biasa. Namun inilah antara cebisan pengaruh guru dalam kehidupan
kita seharian terutamanya dalam kalangan mereka yang sangat komited dengan tugas dan
tanggungjawabnya.
Guru-guru berupaya mencetuskan satu sudut pandang hidup yang dipegang dan kekal dalam
kehidupan kita dengan cara tersendiri. Mungkin ketika itu bukan atas nama inovasi dan
kreativiti, tetapi atas nama keikhlasan dan kasih sayang yang ditunjukkan melalui tindakan
dan cara yang berbeza dalam membentuk pemikiran baharu.
Lihat sahaja guru-guru bersara yang berada di sekeliling kita, yang dengan bangga bercerita
tentang kejayaan pelajarnya. Kejayaan pelajar adalah kepuasan luar biasa bagi diri mereka.
"Kebanyakan kami guru lama berkhidmat dengan penuh dedikasi dan melihat tugas guru
sebagai amanah besar yang walaupun gaji tidak seberapa pada tahun 60-an dan 70-an, tetapi
puas apabila melihat murid-murid mencapai kejayaan, malah sebahagiannya rasa malu untuk
berdepan jika masih melakukan perkara-perkara yang tidak disenangi guru seperti merokok,"
cerita Allahyarham Datuk Abdul Razak Abdul Hamid kepada penulis, salah seorang yang
terselamat dalam Tragedi Hiroshima.
Hari ini, zaman telah jauh berubah. Peranan guru-guru bukan sahaja mengajar malah juga
sebagai fasilitator dan pembimbing sekali gus rakan luar biasa kepada pelajar, di sekolah
rendah mahupun menengah.
Tepat sekali apabila tema Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi digunakan untuk sambutan
Hari Guru 2014 yang sewajarnya dikekalkan untuk beberapa tahun ini.
Guru bukan sahaja membuka ruang fikir dan perubahan set minda anak-anak hari ini, malah
perlu mencetuskan kaedah, pengalaman dan inovasi baharu dalam mendidik dan membawa
mereka ke mercu kejayaan. Sekali gus perlu berusaha bersama-sama menggerakkan kreativiti
untuk membuka pemikiran baharu yang lebih bebas selaras dengan perkembangan teknologi
dan lebuh raya maklumat masa kini.
Guru bukan lagi meluahkan apa yang ada dalam buku teks atau semata-mata melihat kepada
kurikulum untuk dihabiskan tetapi seharusnya berupaya menggerakkan pemikiran-pemikiran
yang dapat membolehkan anak-anak muda kita bermain dengan inovasi dan kreativiti ke arah
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan.
Mereka perlu mampu menarik para pelajar ke sekolah dan melihat sekolah sebagai syurga
untuk bereksperimen dengan pemikiran dalam sains dan teknologi mahupun sastera dan
budaya yang sepatutnya berjalan seiring.
Setiap kita terhutang budi kepada guru dan menghargai apa yang telah dilakukan mereka
untuk menjayakan proses pendidikan negara. Walaupun terdapat dalam kalangan guru yang
merungut tentang bebanan tugas yang dipikul, namun jika mereka cintakan profesion dan
kejayaan anak bangsa, maka tekanan itu mampu bertukar menjadi keseronokan.
Malah tentunya lebih bahagia jika bekas pelajar dan murid dapat sesekali kembali bersalaman
dan memberikan penghargaan kepada guru dan sekolah di mana kita bermula.
Jika setiap kita dapat menghantar satu kad ucapan penghargaan berserta sebuah buku untuk
perpustakaan sekolah saban tahun pada sambutan Hari Guru, tentunya sekolah-sekolah kita
akan meriah dengan buku-buku untuk kegunaan anak-anak yang ada sekarang ini di samping
membahagiakan hati seorang guru. Lalu akan hilanglah penat-lelah dan tekanan yang
dihadapi selama ini.
Selamat Hari Guru!
PENULIS ialah Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Naib Canselor, Universiti Sains
Malaysia (USM).

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140517/re_01/Kejayaan-murid-kebahagiaan-
guru
AKAUNTABILI SEORANG GURU
Pengenalan. Akauntabiliti ialah sifat yang perlu ada pada setiap individu umumnya. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, akauntabiliti dedifinisikan sebagai sifat bertanggungjawab
kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan
penjelasan atau justifikasi yang diperlukan. Ini bermakna akauntabiliti ini merujuk kepada
individu atau tindakan yang bakal kita laksanakan. Tanggungjawab di sini bermaksud
menjalankan tugas-tugas yang diarahkan mengikut peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan. Jadi, dapat disimpulkan bahawa akauntabiliti bermaksud menjalankan tugas
yang diarahkan dengan baik serta dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pihak
yang tertentu.
Kamus Pelajar Edisi Kedua pula mendefinisikan akauntabiliti sebagai sifat
bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu serta bersedia memberikan penjelasan
atau kewajaran yang diperlukan. Maksud ini hampir sama dengan definisi yang diberikan
oleh Kamus Dewan Edisi Keempat. Seterusnya, menurut Ahmad Sarji (2003), akauntabiliti
bermaksud obligasi seseorang memberi jawapan dan penjelasan mengenai tindakan dan
prestasinya. Beliau menekankan penjelasan yang perlu diberikan setelah seseorang
menjalankan tanggungjawab yang diberikan.
Oleh itu, secara umumnya, akauntabiliti bermaksud kewajipan menjalankan tugas
yang dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah
ditetapkan. Selain itu, individu tersebut haruslah memastikan tugas-tugas yang dilaksanakan
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Jadi, dalam bahasa mudahnya, akauntabiliti boleh
diaggap sebagai amanah yang telah diberikan kepada individu bagi mencapai matlamat
yang telah ditetapkan oleh pihak ketiga. Di sini, kita dapat lihat betapa pentingnya
akauntabiliti terhadap sesuatu profesion bagi memastikan objektif sesuatu bidang dapat
dicapai dengan jayanya. Tidak mengejutkan sekiranya objektif sesuatu profesion tidak dapat
dicapai sekiranya ahli dalam profesion tersebut tidak mengamalkan profesion ini dengan
baik dan jujur. Sesungguhnya kita tidak menyedari bahawa secara tidak langsung
kita semua telah memikul beberapa tanggungjawab atau amanah yang besar dalam satu
masa. Sebagai contoh, akauntabiliti boleh wujud apabila kita bergelar seorang pelajar, anak,
penganut agama, isteri mahupun seorang pekerja, pendidik khususnya. Mungkin istilah yang
digunakan terlalu tinggi sehingga kita tidak menyedari bahawa sifat itu telah wujud dalam diri
kita sejak kita mengenal dunia ini lagi. Sebagai contoh, tanggungjawab kita sebagai seorang
pelajar dapat dilihat apabila kita belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan
oleh pensayarah. Secara tidak langsung, kita telah menjalankan amanah yang diberikan
mengikut peraturan ynag telah ditetapkan.
Akauntabiliti Guru terhadap Masyarakat dan Negara Bagi Menjamin Keharmonian dan
Kemakmuran Masyarakat dan Negara Seperti yang Digariskan dalam Kod Etika
Perguruan Berdasarkan kepada petikan ucapan YAB Tan Sri Dato Muhyiddin Haji Mohd
Yassin pada sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun 2013 tersebut, dapatlah
dikatakan bahawa guru merupakan seseorang yang sangat dipandang tinggi dan mulia oleh
ibu bapa dan masyarakat tambahan lagi di negara Malaysia yang mempunyai masyarakat
yang berbilang kaum dan agama. Hal ini adalah kerana tugas dan amanah yang dipikul oleh
seorang guru sangatlah berat dan sukar serta memerlukan komitmen dan motivasi yang
tinggi dalam diri guru sendiri sepertimana yang telah digariskan dalam kod etika
keguruan berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut (Syed Ismail dan Ahmad Subki Miskon,
2013) :i. Niat yang betul

ii. Perlakuan yang baik

iii. Pengerak ke arah kebaikan


iv. Memperkotakan apa yang dikatakan
v. Berdisiplin dan beradap
vi. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
Menurut Mok Soon Sang (2001), pada masa kini, masyarakat perindustrian yang
maju dalam teknologi sedang mengalami perubahan sosial yang pesat. Oleh itu, sekolah
juga memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang
perkembangan dan kemajuan. Ini bermakna sekolah perlu mementingkan nilai
kemasyarakatan dan perkembangan kualiti murid serta membawa pembaharuan semasa. Di
Malaysia, sekolah ditubuhkan bertujuan memenuhi keperluan masyarakat dan negara.
Tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat ialah melahirkan pelajar-pelajar mengikut
keperluan-keperluan yang telah dinyatakan dalam Matlamat Pendidikan Negara.
Justeru itu, tugas guru semakin bertambah dari semasa ke semasa dalam mendidik anak
bangsa mengikut perubahan zaman bagi melahirkan masyarakat yang maju dan berkualiti.
Guru sebagai tonggak utama sesebuah sekolah perlu sentiasa bersedia memikul sebarang
amanah yang diberikan di samping meningkatkan ilmu pengetahuan dan prestasi agar
menghasilkan generasi yang berkualiti dan mampu menyumbang kepada masyarakat dan
negara.
Seperti yang dinyatakan oleh Mok Soon Sang (2001), guru-guru yang berpengalaman dan
berdedikasi mampu menyampaikan pengajaran kepada pelajar dengan berkesan. Motivasi
guru sememangnya mampu mendorong pelajar-pelajarnya ke arah pencapaian yang tinggi.
Di bawah bimbingan guru yang baik, pelajar pastinya akan maju dalam pelajaran mereka. Ini
bermakna, guru yang berdedikasi juga merupakan agen perubahan yang penting dalam
meningkatkan prestasi pelajar-pelajarnya.
Akauntabiliti Guru terhadap Masyarakat Sejak dahulu sehinggalah kini, guru sentiasa
menjadi ikon terbaik dalam kalangan masyarakat. Guru sentiasa diberi perhatian oleh
masyarakat sekeliling tidak kiralah di kampung mahupun di bandar. Justeru itu, guru perlu
menjaga nama baik profesionnya agar terus menjadi ikon terbaik masyarakat.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah menggariskan beberapa panduan
tatasusila dalam Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia (2005) mengenai tanggungjawab
guru terhadap masyarakat. Antaranya adalah, guru hendaklah mengelakkan diri daripada
menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat,
negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Sebagai guru, ilmu
pengetahuan yang disampaikan mestilah benar, tepat serta menepati sukatan pelajaran
yang ditetapkan oleh KPM. Segala pengetahuan tambahan yang mana tidak terkandung di
dalam sukatan yang ditetapkan mestilah bersesuaian dengan tahap sosial dan
perkembangan pelajar serta berguna kepada kehidupan seharian mereka. Manakala,
pengetahuan yang tidak benar, tidak sesuai serta menyimpang jauh daripada prinsip-prinsip
Rukun Negara terutamanya, adalah sangat dilarang kerana ianya akan membawa
keburukan kepada pelajar dan masyarakat serta negara.
Selain itu, guru perlu memupuk sikap dan nilai murni dalam diri setiap pelajar yang mana
ianya boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat
setia, bertanggungjawab dan berguna serta menghormati adanya perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama. Hal ini sangat penting dalam mewujudkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum bertepatan dengan konsep Satu Malaysia yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib B. Tun Abdul Razak. Di samping
itu, guru perlu menghormati masyarakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian
dalam sebarang kegiatan masyarakat. Perkara ini sangat penting bagi mewujudkan
hubungan yang baik dengan masyarakat setempat serta memperlihatkan kredibiliti guru
serta pandangan positif mereka terhadap guru.
Sebagai seorang pemimpin, guru haruslah menggalakkan kerjasama dan persefahaman di
antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat serta memberi
sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan
masyarakat. Guru perlu sentiasa bersedia membantu dan menyumbangkan tenaga apabila
ibu bapa mahupun masyarakat memerlukannya pada bila-bila masa dan dimana jua.
Sebarang masalah yang timbul haruslah dibawa berbincang dan bersama-sama mencari
penyelesaiannya. Guru sentiasa menjadi perhatian masyarakat, maka segala perlakuan
guru dilihat oleh masyarakat sekeliling. Maka, guru seharusnya berpegang kepada tingkah
laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari
dengan baik supaya menjadi contoh teladan kepada mereka. Guru perlu memainkan
peranan dengan meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan diri dalam
perlaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat serta menawarkan khidmat bakti dan
kepimpinan dalam kehidupan masyarakat. Akauntabiliti Guru terhadap Negara Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK)Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sokongan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Matlamat Pendidikan Negara1. Malahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang
baik, seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

2. Percaya dan patuh kepada Tuhan.

3. Berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak mulia dan
berktrampilan.
4. Berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran masyarakat
dan negara.
5. Setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan mesra di
antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia.
Tujuan Pendidikan Negara.
1. Membentuk peribadi warganegara yang seimbang.

2. Memberi fahaman individu tentang alam sekeliling dan tingkah laku manusia.

3. Membentuk pekerja yang positif, cekap dan bertanggungjawab.


4. Membentuk individu yang boleh menerima dasar demokrasi.
5. Membentuk individu yang berdaya usaha.
6. Membentuk bangsa Malaysia yang menjadikan Rukun Negara sebagai panduan hidup.
Guru bertanggungjawab mendokong perkara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan serta melaksanakan tanggungjawab tersebut sesuai dengan apa yang
digariskan dalam FPK. Hal ini sangat penting bagi melahirkan warganegara Malaysia yang
berpengetahuan luas serta berkualiti dari segala aspek seperti yang terkandung dalam FPK.
Guru juga perlu sentiasa menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat
Pendidikan Negara seperti yang dinyatakan berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara.
Kesan Akauntabiliti Guru terhadap Masyarakat dan Negara Akauntabiliti guru
terhadap masyarakat dan negara telah dibincangkan dengan teliti. Justeru, seorang guru
diharapkan menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan supaya
segala matlamat yang ditetapkan sama ada matlamat ibu bapa, masyarakat atau negara
mahupun matlamat guru itu sendiri, tercapai dengan baik dan sempurna. Beberapa kesan
akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan negara telah dikenal pasti sama ada kesan
positif mahupun kesan negatif. Kesan positif terhadap masyarakat yang merangkumi ibu
bapa dan komuniti sekeliling berlaku apabila guru menjalankan akauntabilitinya dengan
baik. Antaranya, kesan terhadap guru itu sendiri. Profesion keguruan akan dipandang tinggi
oleh masyarakat. Masyarakat akan sentiasa menghormati dan menyanjung kerjaya seorang
guru kerana segala tanggungjawab yang dipikul oleh guru adalah sangat berat dan
mencabar serta murni. Selain itu, kesan terhadap hubungan guru dengan masyarakat.
Hubungan guru dan masyarakat menjadi semakin erat dan akrab. Hal ini akan memberi
kelebihan kepada guru untuk menjalankan segala aktiviti berbentuk pendidikan mahupun
sosial dan sebagainya kerana masyarakat sentiasa menyokong dan mudah memberi
sumbangan ketika guru memerlukan.
Di samping itu, guru yang menjalankan akauntabilitinya akan melahirkan masyarakat yang
mempunyai kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan kemajuan dalam
kehidupan agar menjamin masa depan yang cemerlang. Masyarakat juga yakin dengan
kredibiliti seorang guru bagi mendidik anak bangsa mereka menjadi generasi yang berkualiti
dan berfungsi bagi menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan negara. Negara sangat
bertuah mempunyai guru yang sangat berdedikasi terhadap kerjayanya tanpa mengira
balasan dan ganjaran. Guru seperti ini mampu melahirkan generasi yang cemerlang dan
berdaya saing serta sentiasa berusaha memajukan negara. Walau bagaimanapun, kesan
negatif akan berlaku sekiranya seorang guru mengabaikan akauntibilitinya terhadap ibu
bapa, masyarakat dan negara. Antara kesan-kesannya adalah guru tidak akan dihormati
dan dipandang rendah oleh masyarakat. Selain itu, ibu bapa pelajar tidak yakin untuk
menyerahkan anak mereka di bawah jagaan guru kerana dikhuatiri anak mereka akan
diabaikan dan sebagainya. Di samping itu, ibu bapa juga tidak akan mempercayai guru
dalam apa jua aspek sama ada didikan dan pelajaran mahupun sikap dan amanah yang
diberikan kepada guru.
Kesan seterusnya adalah terhadap masyarakat. Hubungan yang erat dan mesra
tidak dapat dijalin antara guru dengan masyarakat akibat guru tidak melibatkan diri dalam
aktiviti kemasyarakatan sehingga guru tersebut tidak dikenali. Hal ini menyebabkan guru
sukar mendapat sokongan dan kerjasama daripada komuniti sekeliling dalam aktiviti di luar
sekolah. Selain itu, masyarakat akan menjadi mundur daripada segala aspek terutama
aspek intelek, rohani, jasmani, dan emosi kerana guru tidak mampu menjana pemikiran
dalam usaha mengubah taraf hidup sesebuah masyarakat. Maka, pelbagai masalah akan
timbul seperti masalah sosial, ekonomi dan sebagainya kesan daripada ketidakberhasilan
guru memupuk nilai murni dan nilai perpaduan dalam diri pelajar.
Negara turut terkesan dengan pengabaian akauntabiliti oleh guru. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang selama ini menjadi panduan pendidikan negara tidak tercapai akibat
sikap guru yang tidak berpegang teguh dengan akauntabilitinya sebagai seorang guru.
Semua perkara yang digariskan dalam Matlamat Pendidikan Negara juga tidak akan
tercapai dan seterusnya mengakibatkan negara kekurangan generasi yang mampu memacu
negara ke arah kecemerlangan di persada dunia. Namun, lebih teruk lagi, prinsip Rukun
Negara juga tidak akan dicapai oleh setiap warganegara kerana generasi yang dilahirkan
oleh guru tersebut tidak mempunyai jati diri serta tiada semangat cintakan tanah air.
Penutup
Guru mampu memahami tanggungjawabnya yang sebenar apabila guru itu sendiri
memahami prinsip akauntabiliti. Penghayatan akauntabiliti haruslah dilakukan dengan
sepenuh hati kerana dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.
Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau
tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap diri sendiri. profesion
keguruan, pelajar, sekolah, ibu bapa, masyarakat dan negara. Akauntabiliti dalam diri
seseorang guru dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu sentiasa muhasabah diri
serta benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan
berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang
guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Oleh yang demikian,
akauntabiliti perlulah dihayati oleh setiap individu bergelar guru. Sekiranya seseorang guru
itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya, maka ia tidak mampu
melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan
seperti yang di cita-citakan negara.
Tugasan Individu (Tugasan 2) Kejayaan Murid Kebahagiaan
GuruMohamad AbdullahAkhbar Utusan Malaysia,
17.05.2014(http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140517/re_01/Kejayaan-murid-
kebahagiaan-guru)

Pengenalan
Sejak negara mencapai kemerdekaan 56 tahun lalu, pelbagai dasar pendidikan telah
diperkenalkan. Bermula daripada Laporan Razak pada tahun 1956 sehingga kini, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, semuanya menuju ke arah matlamat yang
sama iaitu memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan negara. Untuk mencapai
hasrat tersebut, pihak sekolah berusaha secara berterusan menambahbaik pencapaian
murid seperti mana piawaian yang telah ditetapkan. Antaranya, terbit sebuah dokumen
dipanggil Standard Guru Malaysia. Dokumen tersebut menekankan kepentingan negara
untuk melahirkan guru cemerlang dalam usaha kerajaan membangunkan modal insan kelas
pertama bagi mencapai status negara maju pada tahun 2020 (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2012). Ulasan Artikel
Guru-guru berupaya mencetuskan satu sudut pandang hidup yang dipegang dan kekal
dalam kehidupan kita dengan cara tersendiri. Mungkin ketika itu bukan atas nama inovasi
dan kreativiti, tetapi atas nama keikhlasan dan kasih sayang yang ditunjukkan melalui
tindakan dan cara yang berbeza dalam membentuk pemikiran baharu.Lihat sahaja guru-
guru bersara yang berada di sekeliling kita, yang dengan bangga bercerita tentang kejayaan
pelajarnya. Kejayaan pelajar adalah kepuasan luar biasa bagi diri mereka Hari ini, zaman
telah jauh berubah. Peranan guru-guru bukan sahaja mengajar malah juga sebagai
fasilitator dan pembimbing sekali gus rakan luar biasa kepada pelajar, di sekolah rendah
mahupun menengah

Guru bukan sahaja membuka ruang fikir dan perubahan set minda anak-anak hari ini,
malah perlu mencetuskan kaedah, pengalaman dan inovasi baharu dalam mendidik dan
membawa mereka ke mercu kejayaan. Sekali gus perlu berusaha bersama-sama
menggerakkan kreativiti untuk membuka pemikiran baharu yang lebih bebas selaras dengan
perkembangan teknologi dan lebuh raya maklumat masa kini.Guru bukan lagi meluahkan
apa yang ada dalam buku teks atau semata-mata melihat kepada kurikulum untuk
dihabiskan tetapi seharusnya berupaya menggerakkan pemikiran-pemikiran yang dapat
membolehkan anak-anak muda kita bermain dengan inovasi dan kreativiti ke arah
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140517/re_01/Kejayaan-murid-
kebahagiaan-guru#ixzz3COxJLaVt
Utusan Melayu (M) Bhd Utusan Melayu (M) Bhd
Kesemua petikan di atas merupakan cebisan daripada jutaan kisah guru yang dipetik
daripada Utusan Malaysia yang menyatakan bahawa kepuasan dan kejayaan bagi
seseorang guru terletak kepada kejayaan para pelajar walaupun tahun dan zaman silih
berganti, cita-cita dan harapan seseorang guru tetap cita-cita dan harapan yang sama.
Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang
cemerlang. Lantaran itu, sewajarnya jasa dan pengorbanan para guru dihargai. Guru juga
memikul beban melahirkan pelajar berilmu dan berkebolehan sekaligus bersedia untuk
mewarisi perjuangan serta menyumbang kepada pembangunan negara. Sepanjang
pengalaman saya menjadi guru selama 11 tahun, banyak kisah dan pengalaman yang
membuktikan bahawa guru merupakan agen penyumbang kepada kejayaan murid dan
sekolah. Contoh yang jelas adalah seperti mengadakan kelas tambahan atau kelas intensif
kepada murid. Di sekolah saya sendiri, saya menyaksikan bagaimana para guru berkorban
masa, tenaga dan wang ringgit kerana sekolah saya terletak di sebuah kampung pedalaman
manakala kebanyakkan guru tinggal berjauhan dari sekolah sehingga ada yang terpaksa
berulang alik sejauh 60km sehala dari sekolah. Namun begitu, saya melihat kecekalan dan
kesungguhan para guru datang kesekolah pada waktu cuti hujung minggu mahupun cuti
panjang semata-mata untuk mengajar kelas tambahan kepada murid-murid tanpa sebarang
bayaran itensif daripada mana-mana pihak. Guru-guru juga sanggup mengajar lebih masa di
luar waktu persekolahan seperti pada waktu petang dan malam demi memastikan kejayaan
murid dan meningkatkan prestasi sekolah selaras dengan harapan dan saranan kerajaan.
Tambahan lagi, adakalanya sering juga guru-guru terpaksa mengeluarkan kos sendiri untuk
bahan-bahan edaran, lembaran kerja bahkan kepada hadiah-hadiah peneguhan kepada
murid. Namun begitu, pada pandangan saya tidak dapat dinafikan juga faktor kejayaan
sesebuah sekolah bukan sahaja terletak di bahu guru semata-mata tetapi terdapat juga
beberapa faktor yang lain seperti sifat tanggungjawab dalam diri seseorang pelajar juga
merupakan faktor yang amat penting bagi menentukan kejayaannya. Seorang pelajar yang
bertanggungjawab tahu kewajipannya sebagai seorang pelajar. Dia akan memberi sepenuh
perhatiannya kepada pengajaran guru di kelas dan bertanya jika dia tidak faham
serta mengulangkaji pelajaran secara konsisten.

Disamping itu, dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan pendidikan, peranan


kepimpinan sekolah juga sering dijadikan fokus utama. Dalam hal ini pencapaian sesebuah
sekolah tidak dilihat dari pencapaian akademik semata-mata tetapi yang lebih penting dapat
melahirkan pelajar yang holistik iaitu mempunyai kemahiran intelek, sosial, fizikal dan
berkeupayaan menyesuaikan diri dalam apa sahaja situasi dan keadaan. Banyak kajian
telah dilakukan untuk melihat faktor kejayaan sesebuah sekolah dan ramai di kalangan
mereka berpendapat peranan pentadbir khasnya guru besar atau pengetua dan ditambah
memiliki ilmu kepengetuaan adalah faktor yang
signifikan. ( http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0801&pub=Utusan_Mal
aysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm#ixzz3COyjCeep )

Hal ini bertepatan mengikut kajian sebuah jurnal Kurikulum dan Kajian Asia Pasifik (Januari
2004, Bil. 2 Isu 1) pula, faktor penyumbang bagi kejayaan sesebuah sekolah bergantung
kepada 3 faktor iaitu guru, sekolah dan murid.
Kerangka kajian ini adalah sebuah kerangka teoretikal yang dibangunkan oleh Odden,
Borman, dan Fermanich (2004). Pemilihan kerangka ini disebabkan penekanan kepada
teori pembelajaran dan motivasi adalah faktor utama penyumbang kejayaan dalam
kalangan murid adalah guru (Vygitsky, 1978).Kerangka teoritikal Odden et al. (2004)
mengandaikan wujudnya perkaitan rapat antara keberkesanan pengajaran guru dengan
pencapaian murid. Selanjutnya, kerangka ini mengandaikan bahawa setiap pemboleh ubah
bagi faktor sekolah, guru dan murid adalah saling mempengaruhi antara satu sama lain
(Raudenbush & Bryk, 2002). Berikut adalah Rajah 1 yang menggambarkan kerangka kajian
ini.

Berdasarkan daripada kerangka teoritikal Odden et al. (2004), dapatlah disimpulkan bahawa
sekolah merupakan sebagai sebuah sistem sosial, mempunyai perancangan yang tersusun
ke arah matlamat yang ditetapkan. Pencapaian matlamat organisasi sekolah pula perlulah
selaras dan releven dengan pencapaian matlamat individu dalam organisasi sekolah.
Kepimpinan guru juga merupakan satu proses penambahbaikkan terhadap pengurusan dan
perjalanan sekolah ditambah juga dengan faktor kesungguhan dan pencapaian murid. Oleh
yang demikian, pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif perlu untuk melaksanakan
tugas perguruan dengan cara yang lebih baik dan berkesan disamping meningkatkan faktor
kepimpinan untuk menggapai kejayaan sesebuah sekolah.

Penutup Sebagai rumusannya, walau apapun faktor yang dinilai dalam mengukur
sesebuah kejayaan, kita tidak dapat nafikan bahawa hakikat kejayaan sebenar adalah
bersifat subjektif yang membawa pengertian yang sangat besar. Setiap manusia dijadikan
dengan fungsi untuk mencapai kejayaan tersendiri. Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara
main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?(Surah al-
Mukminun: Ayat 115) Tiada manusia yang lahir tanpa makna. Tiada manusia lahir sia-sia.
Biarpun seorang tukang sapu. Semuanya punya fungsi untuk mencapai objektif
tersendiri. BIBLIOGRAFI Buku

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wawasan 2020 Malaysia: Memahami konsep, implikasi dan cabaran.2003. Ahmad Sarji.
Utusan Publications and Distributors.
Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. (2013). Syed Ismail dan Ahmad Subki
Miskon. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia.
Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia. (2005). Kementerian Pelajaran Malaysia.
JurnalPendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam
MataPelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor. Mok
Soon Sang (2001) dalam Zainudin Bin Abu Bakar & Nor Hisham Bin Muhamad Nor. Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Jurnal Kurikulum dan Kajian Asia Pasifik. (Januari 2004, Bil. 2 Isu 1). Harapan Murid
Bermasalah Terhadap Pengajaran Guru : Satu Kajian Awal di Sebuah Negara Maju.
Odden, Borman & Fermanich. (2004). Assesing Teacher, classroom and school effects,
including fiscaleffects. Peabody Journal of Education, 79(4), 4-32 Internet
Kejayaan Murid Kebahagiaan Guru. (2014). Mohamad Abdullah. Akhbar Utusan

Malaysia. Dipetik pada 1 September 2014


daripada(http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140517/re_01/Kejayaan-murid
kebahagiaan-guru)

Pengetua Teraju Kejayaan Sekolah. (2011). Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Dipetik pada 31

Ogos 2014
daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0801&pub=Utusan_Malays
ia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm#ixzz3COyjCeep

Berdasarkan daripada kerangka teoritikal Odden et al. (2004), dapatlah disimpulkan bahawa
sekolah merupakan sebagai sebuah sistem sosial, mempunyai perancangan yang tersusun
ke arah matlamat yang ditetapkan. Pencapaian matlamat organisasi sekolah pula perlulah
selaras dan releven dengan pencapaian matlamat individu dalam organisasi sekolah.
Kepimpinan guru juga merupakan satu proses penambahbaikkan terhadap pengurusan dan
perjalanan sekolah ditambah juga dengan faktor kesungguhan dan pencapaian murid. Oleh
yang demikian, pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif perlu untuk melaksanakan
tugas perguruan dengan cara yang lebih baik dan berkesan disamping meningkatkan faktor
kepimpinan untuk menggapai kejayaan sesebuah sekolah.

Penutup Sebagai rumusannya, walau apapun faktor yang dinilai dalam mengukur
sesebuah kejayaan, kita tidak dapat nafikan bahawa hakikat kejayaan sebenar adalah
bersifat subjektif yang membawa pengertian yang sangat besar. Setiap manusia dijadikan
dengan fungsi untuk mencapai kejayaan tersendiri. Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara
main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?(Surah al-
Mukminun: Ayat 115) Tiada manusia yang lahir tanpa makna. Tiada manusia lahir sia-sia.
Biarpun seorang tukang sapu. Semuanya punya fungsi untuk mencapai objektif
tersendiri. BIBLIOGRAFI Buku

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wawasan 2020 Malaysia: Memahami konsep, implikasi dan cabaran.2003. Ahmad Sarji.
Utusan Publications and Distributors.
Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. (2013). Syed Ismail dan Ahmad Subki
Miskon. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia.
Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia. (2005). Kementerian Pelajaran Malaysia.
JurnalPendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam
MataPelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor. Mok
Soon Sang (2001) dalam Zainudin Bin Abu Bakar & Nor Hisham Bin Muhamad Nor. Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Jurnal Kurikulum dan Kajian Asia Pasifik. (Januari 2004, Bil. 2 Isu 1). Harapan Murid
Bermasalah Terhadap Pengajaran Guru : Satu Kajian Awal di Sebuah Negara Maju.
Odden, Borman & Fermanich. (2004). Assesing Teacher, classroom and school effects,
including fiscaleffects. Peabody Journal of Education, 79(4), 4-32 Internet
Kejayaan Murid Kebahagiaan Guru. (2014). Mohamad Abdullah. Akhbar Utusan

Malaysia. Dipetik pada 1 September 2014


daripada(http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140517/re_01/Kejayaan-murid
kebahagiaan-guru)

Pengetua Teraju Kejayaan Sekolah. (2011). Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Dipetik pada 31

Ogos 2014
daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0801&pub=Utusan_Malays
ia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm#ixzz3COyjCeep

Berjaya berkat ketegasan guru


Wartawan Sinar Harian
9 Mac 2016

Mohamad Huzaimy (kanan) menerima cenderamata daripada Guru Besar SK Alor Keladi,
Mat Latiff yang juga bekas gurunya.
HULU BESUT - Berkat ketegasan guru dalam mendidik menjadi antara faktor
penyumbang kejayaan besar kepada anak jati Kampung Gong Duek di sini,
Mohamad Huzaimy Jusoh, 36, sehingga beliau dikenali ramai.
Bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Keladi yang kini bergelar Dr
Mohamad Huzaimy mengaitkan kejayaan besarnya berkat ketegasan guru ketika
mendidik terutamanya seorang guru bernama Mat Latiff Ali.
Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Shah Alam itu mengharumkan nama negara apabila menjadi salah seorang
daripada lapan saintis Malaysia pertama ke Antartika 2016 dengan menaiki kapal
layar.
Beliau yang merupakan Ketua Ekspedisi Saintis Malaysia ke Kutub Selatan pada
13 Januari hingga 14 Februari lalu dengan membawa misi kajian pelbagai bidang
ilmu sains dan biologi.
Kejayaan saya nikmati ini tidak dinafikan bertitik tolak daripada didikan peringkat
awal sekolah lagi iaitu ketika saya belajar dari darjah satu hingga beberapa bulan
dalam darjah enam di SK Alor Keladi yang merupakan sekolah pertama saya,
katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir memberi motivasi kepada murid SK Alor
Keladi, sekolah pertama dikunjungi selepas pulang daripada ekspedisi tersebut.
Menurutnya, beliau tidak dapat melupakan ketegasan Cikgu Mat Latiff ketika
berada dalam darjah empat dan lima sekiranya gagal mengingati sifir matematik.
Ketegasan Cikgu Mat Latif menyebabkan saya dan rakan-rakan belajar
bersungguh-sungguh dan menghafal sifir sekali gus menyebabkan ramai murid
cemerlang dalam mata pelajaran matematik, katanya yang menamatkan
pengajian Doktor Falsafah (Ph.D) beliau di Kyushu Universiti, Jepun.
Mohamad Huzaimy berkata, paling membanggakan apabila mengetahui Guru
Besar SK Alor Keladi sekarang disandang bekas gurunya yang tegas itu iaitu
Cikgu Mat Latiff.
Kata beliau, kedatangannya semula ke sekolah tersebut merupakan detik paling
bermakna kerana bukan sahaja dapat menjejak kaki semula ke sekolah luar
bandar itu, tetapi bertemu bekas guru di samping memberi motivasi kepada
murid-murid.
Menceritakan pengalamannya kepada murid, beliau berkata, cabaran besar
dihadapi ketika pelayaran daripada Pelabuhan Ushuaia di Argentina ke Antartika
apabila terpaksa berdepan ombak setinggi enam meter dan angin kencang
dengan kelajuan sehingga 80 kilometer sejam.
Alhamdulillah walaupun berdepan banyak cabaran, saya bersama kumpulan
penyelidik dari enam universiti awam dan swasta berjaya mencapai matlamat
dengan membawa pulang lebih 200 sampel dari benua itu, katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang ekspedisi dibiayai geran
penyelidikan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) ke benua
berkenaan dan mendapat kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI).
Beliau turut berpesan kepada murid agar belajar bersungguh-sungguh, jaga
kesihatan dan jangan rendah diri walaupun belajar di sekolah luar bandar kerana
sejarah telah membuktikan ramai pelajar luar bandar kini menjadi insan berjaya
dalam pelbagai bidang.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/terengganu/berjaya-berkat-
ketegasan-guru-1.494870

GURU TADIKA PENYUMBANG PEMBANGUNAN


MODAL INSAN
17 Mei 2016 | ADMIN

Penolong Pegawai Pendidikan Swasta/Khas Daerah Kulim-Bandar Baharu, Hasrol Anuar Amat menyampaikan
cenderahati kepada Guru Tadika Qurratulnain sempena sambutan Hari Guru 2016 Tadika Swasta Daerah Kulim-
Bandar Baharu.

KULIM - Guru tadika swasta antara penyumbang kepada pembangunan modal insan yang
membentuk anak-anak seawal usia empat tahun mengenal asas-asas pembelajaran.

Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan Tadika-tadika Swasta Daerah Kulim-Bandar Baharu,


Siti Roziyatun Sair berkata, guru-guru tadika swasta kini bukan lagi guru kelas ketiga kerana
mereka juga penyumbang dalam melahirkan kanak-kanak yang cemerlang.

"Anak-anak diajar perkembangan asas pendidikan awal termasuk mengenal huruf dan nombor.

Guru-guru tadika swasta inilah yang mendidik kanak-kanak ini, malahan kejayaan mereka
bermula ketika melangkah masuk ke tadika, katanya ketika di majlis meraikan Guru-Guru
Tadika swasta Daerah Kulim-Bandar Baharu sempena Sambutan Hari Guru 2016 di sini,
kelmarin.
Katanya, ibu bapa perlu yakin apabila mereka menghantar anak mereka ke tadika lebih awal
kerana ia akan meningkatkan perkembangan pembelajaran kanak-kanak terbabit sebelum
memasuki alam persekolahan.

Seorang guru tadika Qurratulnain, Roziana Othman, 40, berkata, penat lelah mereka melayan
kerenah kanak-kanak tadika terutamanya di usia empat sehingga lima tahun berbaloi selepas
melihat perkembangan anak-anak yang sudah boleh membaca dan mengenal huruf.

Melihat kejayaan dan prestasi kecemerlangan mereka selepas berada di sekolah rendah
amatlah membanggakan.

"Usaha kami selama ini membuahkan hasil," katanya.

Dalam majlis berkenaan, seramai 200 guru-guru tadika diraikan dan menerima cenderahati,
malah mereka turut membuat persembahan yang menghiburkan hati semua tetamu.

http://www.gpsbestari.com/berita/guru-tadika-penyumbang-pembangunan-modal-
insan-1.522094
SELASA, 17 MEI 2016 @ 10:09 AM Guru dihargai mampu galas tanggungjawab Oleh
Mary Yap Kain Ching bhrencana@bh.com.my TANGGAL 16 Mei setiap tahun menjadi
hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga bergelar guru atau panggilan keramatnya
'Cikgu'. Tema Hari Guru yang dipilih pada 2016 ialah 'Guru Pembina Bangsa'. Tema ini
dipilih buat kali ketiga selepas tema sama diraikan pada 2009 dan 2010. Apa yang ingin
dirungkaikan ialah di sebalik tema yang dipilih setiap tahun, sudah pasti terselit peranan
dan tanggungjawab serta jasa seorang yang bergelar Guru. Begitulah betapa rencamnya
peranan guru. Walaupun saya sudah meninggalkan alam yang penuh nostalgia sebagai
guru, setiap kali menjelang 16 Mei, hati kecil saya pasti terusik dan mengimbau kembali
ketika saya dipanggil oleh murid 'Cikgu Mary'. Ketika itu saya dapat melihat murid saya
begitu bersungguh-sungguh meraikan cikgu dengan pelbagai persembahan menarik dan
mencuit hati, semata-mata untuk menggembirakan hati seorang guru. Tidak cukup
dengan persembahan, malah murid saya juga turut menghadiahkan dengan ucapan
Selamat Hari Guru yang tidak lekang dari bibir mereka serta pemberian hadiah yang
amat menyentuh hati. Semua itu dilakukan oleh murid sebagai tanda terima kasih dan
penghargaan terhadap jasa dan titik peluh guru mereka walau di mana juga ceruk rantau
sekolahnya. Bentuk kualiti murid Kini, Hari Guru disambut lagi buat kali ke-45 dengan
meletakkan peranan guru sebagai Pembina Negara Bangsa. Peranan guru dilihat
sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti murid dalam aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara. Dalam konteks
Negara Bangsa pula, guru perlu menyuntik dalam diri setiap murid untuk memiliki jati diri
yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral serta hidup
dalam masyarakat penyayang, berbudaya saintifik dan bersatu padu. Begitulah betapa
besar dan hebat amanah serta komitmen yang harus dipikul oleh guru. Apabila kita
membuat refleksi mengenai sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei, maka sudah pasti
terbayang di minda kita sambutan penuh meriah peringkat kebangsaan, daerah dan
sekolah. Tujuannya hanya satu iaitu 'Jasamu Guru Disanjungi, Jasamu Guru Dihargai'.
Tanpa guru, kita tidak akan berada pada posisi sekarang dengan pelbagai kejayaan,
ketinggian ilmu dan jawatan disandang. Setinggi mana kejayaan digapai oleh muridnya,
tidak akan terlintas langsung rasa cemburu di sanubari seorang guru. Keikhlasan
seorang guru menjadikan mereka mampu tersenyum puas apabila melihat kejayaan anak
didiknya. Falsafah seorang guru cukup mudah, tetapi mendalam iaitu kejayaan anak
didiknya adalah kejayaan guru jua, walaupun mereka tidak menerima apa-apa ucapan
atau hadiah akan sumbangan dan jasa mereka. Cukuplah sekadar melihat dari kejauhan
anak didik yang diasuh, menjadi 'manusia' berguna kepada negara bangsa dan yang
lebih penting meraih kejayaan dunia dan akhirat. Setiap tahun silih berganti, datang dan
pergi anak murid yang dididik, namun seorang guru yang ikhlas dan memiliki integriti
yang tinggi akan setia dengan tugasnya untuk menyebarkan ilmu serta membimbing
murid mereka tanpa rasa prejudis. Sebagai seorang bekas pengetua, saya dapat
berasakan bahawa jika kita ikhlas dan amanah dalam tugas, sudah pasti hasilnya di luar
jangkaan. Kejayaan saya membawa Sekolah Menengah Teknik Tawau suatu masa
dahulu menjadi sekolah cemerlang adalah kerana dengan izin Tuhan serta kerja yang
dilakukan oleh guru dan staf sokongan dengan penuh keikhlasan serta berintegriti. Saya
melihat peranan guru dan staf sokongan sekolah adalah satu keutamaan dan aset yang
sangat penting untuk memacu kecemerlangan sekolah. Bagi saya, penghargaan dan
keraian perlu diberikan selayaknya dengan peranan dipertanggungjawabkan kepada
mereka. Sebagai pemimpin sekolah, bukan sekadar hanya menunggu Hari Guru barulah
guru diraikan dengan pelbagai juadah, hadiah dan ucapan. Sebaliknya, letak dan
kalungkan penghargaan itu kepada guru sewajarnya dan pada tempatnya. Pendekatan
ARRAS (Accept, Respect, Recognise, Appreciate, Support) yang menjadi amalan saya
sehingga kini dan selaku pengetua ternyata berjaya memenangi hati warga sekolah serta
mewujudkan hubungan yang bertatasusila antara warganya. Kejeleketan yang
diwujudkan ini akhirnya menjadikan SM Teknik Tawau muncul sebagai sekolah disegani
peringkat kebangsaan dengan pelbagai kejayaan. Motivasikan guru Justeru, seorang
pengetua mesti mempunyai kecergasan fizikal, kemahiran komunikasi berkesan,
kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial yang tinggi untuk memenangi hati guru, staf
sokongan dan murid supaya mereka berasa sebagai satu pasukan dihormati dan
dihargai. Penghargaan dan keraian kepada guru sememangnya sentiasa menjadi
keutamaan saya sebagai satu daripada cara memotivasikan guru. Guru yang bermotivasi
sudah pasti mampu menggalas apa juga tanggungjawab yang diletakkan di bahu
mereka. Mana mungkin guru yang tidak dihargai dan tertekan dengan pelbagai kerenah
pentadbiran sekolah akan mampu melaksanakan tugas dan agenda pendidikan negara.
Sempena Hari Guru 2016, saya ingin menyeru kepada semua kepemimpinan sekolah,
ibu bapa, murid serta masyarakat agar menghulurkan rasa terima kasih dan
penghargaan kepada guru dalam apa juga cara dan acara. Sebagai ibu bapa, semaikan
rasa penghargaan dalam diri anak untuk menghargai guru kerana anak yang boleh
menghargai orang lain sudah pasti akan menghargai diri sendiri dan ibu bapa mereka.
Sememangnya pengorbanan dan jasa guru tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Jasamu guru perlu disanjung kerana 'guru menyentuh masa depan' dan 'merekalah yang
membuat perubahan'. 'Jasamu Guru Dikenang, Budimu Guru Ditatang', bersyukur dan
berbanggalah kerana anda seorang guru! Selamat Hari Guru! Guru Pembina Negara
Bangsa.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/154428
http://www.bharian.com.my/node/154428

Anda mungkin juga menyukai