Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pengenalan
Setiap individu adalah berbeza di antara satu sama lain dan mempunyai ciri-ciri
tersendiri yang menjadikan individu tersebut unik. . Menurut (Yusri, 2007), perbezaan individu
ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi
di kalangan individu. Oleh demikian, guru-guru perlu memahami perkara ini di kalangan
murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Sepanjang
seminggu sesi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Pasir Putih Keningau
perbezaan individu dari aspek fizikal, kognitif, sosio-emosi, latar belakang individu dan juga
keperluan khas individu dapat diperhatikan..
Cara menguruskan keperluan pembelajaran yang berbeza itu dalam kalangan murid
Pertama sekali. Sebagai guru saya perlu memahami perbezaan murid. Pemahaman
seperti ini adalah amat penting agar dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada murid-
murid. Hal ini supaya saya dapat mengelakkan bersikap pilih kasih. Seterusnya ialah dengan,
memahami tingkah laku murid. Saya perlu memahami tingkah laku murid-murid agar
persefahaman dan perhubungan yang baik di antara murid dan saya dapat dicapai. Sekiranya
saya memahami tingkah laku murid, saya akan bersifat lebih bertimbang rasa dan bersimpati
dengan murid setelah memahami tingkah laku, kebolehan serta minat murid yang berbeza.
Dengan itu saya dapat merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini
dengan memberi bimbingan yang sewajarnya. Selain itu, saya juga perlu meramal tingkah
laku murid. Meramal atau menelah gerak balas dan tingkah laku yang mungkin timbul dalam
sesuatu situasi adalah penting. Sebagai contoh, jika terdapat seseorang murid hiperaktif di
dalam kelas yang hendak diajar, apa agaknya perilaku yang mungkin timbul semasa saya
mengajar? Bagaimana cara saya mengatasi masalah tersebut? Apa reaksi murid-murid lain
1
yang mungkin tergolong dalam kumpulan introvert? Persoalan-persoalan ini mungkin dapat
diandaikan dan dijawab oleh saya sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Selain itu, penetapan objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana tahap
kecerdasan berbeza di kalangan pelajar, dalam merangka objektif pengajaran dan
pembelajaran, saya harus mengambil objektif yang sesuai dengan pelajar. Saya juga perlu
menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan,
supaya pelajar yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak berasa bosan. Saya
perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, untuk
melayan pelajar yang berbeza. Aktiviti berkumpulan sangat sesuai dilaksanakan kerana
pelajar di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan. Akhir sekali, saya perlu
menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Bahan-bahan itu pula mestilah bersesuaian
dan boleh digunakan oleh semua murid. Saya perlu mengelakkan pengunaan bahan yang
sesetengah pelajar tidak dapat menggunakannya.
Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap manusia dicipta dengan unik begitu juga dengan murid-murid
di sekolah.Mereka adalah unik dari segi perbezaan individu dan mempunyai pelbagai
kebolehan. Justeru,peranan guru sebagai pendidik amat penting dalam mengenalpasti
perbezaan individu supaya dapat melaksanakan P&P dengan berkesan dan berfaedah untuk
setiap murid-murid .
Rujukan
Brown, A.L., et al. (1996).Distributed expertise in the classroom. In: Salomon,G., ed.
Distributed cognitions: psychological and educational considerations,halaman 188-228.
2
Lampiran 1
Refleksi
Pada 13 hingga 17 Mac 2017 saya telah menjalani sesi Penganlaman Berasaskan
Sekolah (PBS) di Sekolah Pasir Putih Keningau. Sepanjang sesi tersebut perbezaan individu
dari aspek fizikal, kognitif, sosio-emosi, latar belakang individu dan juga keperluan khas
individu dapat diperhatikan. Sepanjang sesu tersebut juga saya telah melakukan pemerhatian
dengan memilih dua orang murid yang berlainan jantina sebagai responden untuk
permerhatian berkenaan perbezaan individu dalam kalangan pelajar Tahun 6. Justeru, saya
bertekad untuk memilih responden yang berlainan jantina supaya kajian yang bakal dijalankan
menepati hasil kajian atau laporan yang bakal saya hasilkan. (Rujuk Lampiran 2 dan 3).
Melalui aspek fizikal saya dapat memerhatikan perbezaan individu dari segi kelihatan
luaran seperti paras rupa, susuk badan. Dalam pemerhatian dari aspek fizikal yang saya
perolehi murid perempuan adalah lebih tinggi daripada murid lelaki. Hal ini kerana kanak-
kanak perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan lebih tinggi daripada kanak-
kanak lelaki.
Melalui aspek kognitif saya dapat memerhatikan perbezaan individu dari segi
keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya. Dalam
pemerhatian yang saya perolehi responden lelaki mempunyai keupayaan kognitif yang lebih
baik dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Mereka mungkin memproses rangsangan-
rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan.
Sepanjang sesi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kekuatan saya ialah dapat
mengetahui kepentingan perbezaan individu dan implikasinya terhadap pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan pemerhatian. Saya juga dapat memahami konsep pengajaran dan
pembelajaran; dan proses pembelajaran dalam pendidikan berdasarkan pemerhatian yang
dilakukan. Kelemahan saya ialah saya hadir lewat pada hari pertama sesi Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS). Selain itu, saya juga tersilap meletakkan kenderaan saya
ditempat yang tidak sepatutnya. Hal ini kerana, sekolah tersebut sangat kecil. Oleh itu, guru-
guru terpaksa meletakkan kenderaan di padang sekolah.
3
Tindakan susulan yang saya lakukan ialah saya meminta maaf kepada Guru Besar
sekolah tersebut dan mengenal pasti tempat meletakkan kenderaan yang sepatutnya. Pada
hari kedua dan sehingga tamat sesi Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) saya hadir ke
sekolah dengan lebih awal dan meletakkan kenderaan ditempat yang sepatutnya. Bersyukur
kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya berjaya menamatkan sesi Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) dengan jayanya.
4
Lampiran 2
5
Lampiran 3
6
Lampiran 4
7
Tugasan 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tahun/Kelas: 1
Tajuk: 2. Manusia
Standard Pembelajaran: 2.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia iaitu mata, telinga,
hidung, mulut, lidah, tangan dan kaki
Pengetahuan sedia Murid dapat mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
ada/prasyarat:
8
Kemahiran Proses Asas Bersepadu
Sains:
Memerhatikan
Berkomunikasi
Kemahiran Manipulatif: Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
Pentaksiran: Ujian
Aktiviti Pemulihan :
9
Fasa & Isi Aktiviti Pembelajaran dan
Langkah Pelajaran/Konsep/ Pengajaran/Prosedur/Langkah Catatan**
(Masa) Nota/Diagram Guru Murid
Guru
membimbing
murid untuk
menyanyikan
lagu kalau
rasa gembira
tepuk
Guru
memperkenalkan
tajuk kepada
murid tentang
pelajaran hari ini
Serupa tapi
tidak sama
Guru memanggil
1 orang murid di
depan untuk
guru Murid
memperkenalkan menyiapkan
anggota badan lembaran
kepada murid. kerja yang
diberikan
oleh guru.
10
Fasa & Isi Aktiviti Pembelajaran dan
Langkah Pelajaran/Konsep/ Pengajaran/Prosedur/Langkah Catatan**
(Masa) Nota/Diagram Guru Murid
Guru mengulang
kepada murid
tentang nama-
nama anggota
badan secara
beramai-ramai.
Guru meminta
murid untuk
memerhati
persamaan dan
perbezaan di
antara
keduannya;
Apakah
perbezaan yang
mereka ada ?
Guru bertanya
kepada murid,
siapa rambut
yang sama
dengan Murid A
? sila angkat
tangan.
Siapa rambut
yang sama
dengan murid B
? sila angkat
tangan.
Guru
mengedarkan
lembaran kerja
untuk di siapkan.
11
Fasa & Isi Aktiviti Pembelajaran dan
Langkah Pelajaran/Konsep/ Pengajaran/Prosedur/Langkah Catatan**
(Masa) Nota/Diagram Guru Murid
Guru meminta
semua murid
untuk berdiri.
Guru
membimbing
murid untuk
menyanyikan
lagu
tentang anggota
badan melalui
video yang
dipancarkan
melalui LCD.
12
Tugasan 3: Penulisan Akademik (25%)
Pengenalan
Pendidikan dilihat sebagai satu ruang yang menyediakan pelbagai peluanguntuk
memperkembangkan potensi yang ada dalam diri seseorang individu. Menurut Syarifah
Alwiah (1987), guru merupakan individu yang paling pentingdalam menentukan kejayaan
pelajar. Guru menjadi tonggak inspirasi danmotivasi dalam sesuatu pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yangbermakna.Pembelajaran yang bermakna itu bergantung kepada
teori dan prinsip pembelajaran yang digunakan oleh guru semasa mengajar.
Situasi Pembelajaran
Salah sartu situasi yang saya perhatikan ialah semasa pelajar tahun satu belajar
tentang haiwan. Guru tersebut memulakan pengajaran dengan bertanya haiwan apa yang
berada di sekeliling mereka dan kemudianlebih spesifik dengan bertanyakan haiwan apa yang
ada di hutan dan di air. Guru tersebut menggunakan pendekatan deduktif sebagai salah satu
cara untuk menarik minat dan fokus pelajar. Pada waktu itu, guru tersebut boleh membetulkan
tanggapan murid yang salah tentang haiwan apa yang hidup di air dan di darat kerana
kebiasaanya pengetahuan murid tidak lengkap atau pun salah.
Guru tersebut tidak semestinya perlu tahu apa pengetahuan yang murid sudah kuasai
tetapi sebaliknya guru tersebut cuba mengkaji dan meneroka pengetahuan sedia ada mereka
supaya salah faham dan pengetahuan yang salah dapat di kenal pasti. Guru tersebut sangat
efektif kerana dapat membantu murid dalam membuat perhubung anantara pengetahuan
lama dan pengetahuan baru dan menguasai konsep tersebut. Setelah itu guru tersebut
membuat aktiviti mewarna iaitu memberi kertas yang mempunyai gambar pelbagai haiwan
dan meminta murid mewarnakan haiwan-haiwan yang habitatnya di air sahaja atau di darat
sahaja.
13
Teori Yang Terlibat
Berdasarkan pemerhatian saya teori yang terlibat ialah teori konstruktivisme. Hal ini
kerana, menurut Arends, R.I.(1998), pembelajaran secara konstruktivisme ini boleh ditakrifkan
sebagai murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Lev Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusia
percaya bahawa perkembangan konsep kanak-kanak berkembang secara berperingkat,
logikal dan rasional dengan bantuan orang lain. Penglibatan dengan orang lain memberikan
peluang kepada kanak-kanak untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri
memandangkan mereka terdedah kepada pemikiran orang lain danberkongsi membina
pemahaman baru (Gauvin, 2001)
Tambahan lagi, menurut Bransford (1979), idea dan pandangan tentang kebolehan
seseorang mempelajari sesuatu perkara baru melalui pengetahuan sedia ada bukanlah
sesuatu yang baru tetapi melalui kajian terkini yang dijalankan, pembelajaran berasaskan
pengalaman ini adalah penting kepada pembelajaran. Walaupun pengetahuan sedia ada
penting untuk menjadikan pembelajaran lebih berkesan, pendidik hendaklah mengaktifkan
atau menghubungkaitkan pengetahuan kanak-kanak itu untuk digunakan dalam proses
memahamkan sesuatu konsep yang baru agar titik keseimbangan dapat dicapai.
Pada masa kini simulasi dapat membantu murid membina pengetahuan dalam teori
pembelajaran konstruktivisme. Simulasi merupakan situasi pembelajaran yang membolehkan
pelajar berlatih menggunakan kemahiran, belajar mengenai prinsip atau
melaksanakansesuatu tindakan dalam keadaan terkawal seperti menyerupai situasi sebenar.
Kelebihan menggunakan simulasi sebagai satu teknik mengajar dalam subjek sains
antaranya ialah pembelajaran berlaku dalam keadaan selamat dan menyeronokkan. Kedua,
pelajar boleh diselia dengan rapisupaya pembelajaran menjadi lebih berkesan, berbanding
sekiranya merekaberada dalam situasi sebenar.
Antara aktiviti simulasi yang dapat dilakukan ialah penggunaan internet untuk
menerangkan dan membantu murid membayangkan sesuatu konsep tentang haiwan.
Komputer dan internet dapat membantu murid melihat dan memahamkan situasi kompleks
dengan lebih mudah. Selain itu, main peranan, permainan atau penggunaan model juga dapat
dilakukan di bawah konsep simulasi. Main peranan dapat dilakukan dengan murid
melakonkan sesuatu watak atau peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat.
Melalui aktiviti permainan, murid bermain untuk mempelajari sesuatu proses atau prinsip.
Model pula digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar.
14
Walau bagaimanapun, dalam membuat pelbagai aktiviti ini, adalah penting untuk guru
berhati-hati dan mengambil kira factor perbezaan budaya dikalangan murid dan menghormati
perbezaan tersebut. (Brown, Collins &Duguid, 1989). Guru perlu membantu murid untuk
melihat perbezaan budaya ini sebagai satu kekuatan bukannya sesuatu yang lain daripada
rakan kelasyang lain. Kanak-kanak akan berasa terasing sekiranya perbezaan budaya
mereka diabaikan oleh guru sewaktu P&P berlangsung.
Kesimpulan
Perkembangan dunia teknologi yang pesat bukan sahaja mengubah budayadan cara
hidup masyarakat kita tetapi juga telah mengubah dunia pendidikandi Malaysia. Guru tidak
lagi menggunakan teknik chalk and talk dalam pengajaran tetapi telah mengubah perspektif
mereka dan tanpa disedarimereka telah pun menggunakan kaedah konstruktivisme dalam
P&P mereka. Kesimpulannya, kanak-kanak akan lebih mudah untuk memahami subjek Sains
sekiranya mereka dilibatkan secara aktif dalam proses P&P dan guru dapat membantu murid
dengan menggunakan Model Konstruktivisme dan juga teknik-teknik yang sesuai mengikut
perbezaan individu dalam kelas dan juga pengetahuan sedia ada murid supaya pembelajaran
bermakna dapat dicapai
15
Rujukan
Brown, J.S., Collins, A., Duguid, P. (1989).Situated cognition and the cultureof learning.
Educational researcher (Washington, DC), vol. 18, no. 1.
Brown, A.L., et al. (1996).Distributed expertise in the classroom. In: Salomon,G., ed.
Distributed cognitions: psychological and educational considerations,halaman 188-
228.
Bond. T.E. (2001).Giving them free rein:Connections in student led book groups. Reading
Teacher,54(6), halaman 574-584.
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. (2011, April 8). Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Diakses daripada
http://akademik.kedah.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=111:ks
sr&catid=1:latest-news
16
Noriati A. Rasid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009).Siri
Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar.Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd
Stella Vosniadou (2011, April 8). International Academy of Educatation: HowChildren Learn.
Diakses daripada http://unesdoc.unesco.org/images/0012/001254/125456e.pdf
Subadrah Nair, Malar a/p Muthiah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20,21-41, 2005
17