Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN

Bagi kerja kursus ini, pelajar-pelajar guru Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan Ambilan Jun 2016 dikehendaki untuk membuat satu kerja seni
melalui transformasi dengan menggunakan bantuan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi seperti Geometers Sketchpad (GSP), Geogebra ataupun Excel.

Seterusnya, pelajar-pelajar guru PPISMP juga dikehendaki untuk


menyediakan satu peta minda untuk menerangkan transformasi-transformasi yang
telah dipelajari.

Penulis berharap kerja kursus ini dapat memenuhi seperti kehendak soalan
yang diberikan dan dapat membantu para pembaca untuk memahami lebih
mendalam mengenai topic transformasi.

11
2.0 PENGHASILAN KERJA SENI

Untuk memulakan kerja seni ini, kami telah berbincang dan telah membuat
keputusan untuk menggunakan GSP dan telah memilih bentuk heksagon iaitu
poligon dengan enam sisi sebagai polgon asas yang akan kami gunakan. Daripada
penghasilan poligon tersebut, kami akan menghasilkan kerja seni menggunakan
kaedah transformasi iaitu translasi, pembesaran, pantulan dan juga putaran. Namun,
kaedah yang akan kami banyak gunakan dalam penghasilan seni ini ialah
penggunaan translasi dan juga pantulan.

Jalan pertama yang kami lakukan ialah menghasilkan heksagon tersebut.


Mula-mula, kami membuat bulatan dengan jejarinya 4.00 seperti gambar rajah 1.

Gambar Rajah 1.

Kemudian, kami membahagikan bulatan tersebut kepada empat bahagian


dengan membuat dua garis lurus yang melalui titik tengah bulatan. Kemudian, kami
hasilkan bulatan sama saiz pada bulatan asal seperti gambar rajah 2.

11
Gambar Rajah 2.

Kemudian, kami sambungkan titik-titik dan dapatlah bentuk heksagon yang


kami ingin gunakan untuk kerja seni. Hasilnya seperti gambar rajah 3.

Gambar rajah 3.

11
Selepas itu, kami hilangkan bulatan tersebut kerana kami hanya mahu
menggunakan heksagon dalam penghasilan kerja seni kami. Hasilnya seperti
gambar rajah 4.

Gambar Rajah 4.

Daripada penghasilan heksagon seperti gambar rajah empat, kami


kemudiannya menggunakan kaedah translasi seperti gambar rajah 5.

11
Gambar rajah 5.

Kaedah translasi ini, heksagon asal adalah yang berwarna kuning dan
heksagon hijau adalah hasil translasi menggunakan berdasarakan garis 1 dan 1 .
Kemudian, kami teruskan kaedah translasi tersebut sehingga menjadi seperti
gambar rajah 6.

Gambar rajah 6.

11
Hasil translasi pertama yang kami gunakan adalah seperti gambar rajah 7.
Heksagon berwarna hijau yang berada di tengah adalah yang asal manakala yang
berwarna biru muda adalah hasil translasi yang kami lakukan.

Gambar rajah 7

Kemudian, kami telah berbincang untuk komplekskan hasil seni kami dengan
melakukan proses pantulan. Seperti dalam gambar rajah 7, kami telah pantulkan
heksagon asal yang berwarna hijau pada garis . Selepas itu, kami teruskan
kaedah pantulan tersebut pada gaaris , , , dan juga . Hasilnya adalah
seperti gambar rajah 8.

11
Gambar rajah 8.

Heksagon yang berwarna merah jambu merupakan hasil pantulan yang telah
kami dapat hasil daripada idea-idea ahli kumpulan yang telah diberikan. Garisan
berwarna oren merujuk kepada bentuk heksagon berwarna merah jambu.

Kemudian, kami bercadang untuk teruskan dengan proses translasi bagi


menjadikan kerja seni kami lebih menarik. Kami sambung dengan proses translasi
seperti gambar rajah 9. Translasi yang kami gunakan adalah berdasarlan garis .

z
y
Gambar rajah 9.

11
Heksagon berwarna merah jambu dengan garisan oren menjadi objek
kepada proses translasi ini dan imejnya adalah berwarna biru gelap dengan garisan
merah. Kemudian, hasil transformasi ketiga yang kami lakukan adalah seperti
gambar rajah 10.

Gambar rajah 10.

Selepas itu, kaedah transformasi keempat yang kami gunakan adalah


penggunaan pantulan seperti gambar rajah 11.

Gambar rajah 11.

11
Heksagon biru dengan garisan berwarna oren merupakan objek dalam
transformasi ini. Heksagon tersebut dipantulkan pada satu garis yang berwarna hijau
seperti dalam gambar rajah 11. Manakala hasil pantulan pula berwarna biru gelap
dengan garisan merah. Hasil proses transformasi keempat adalah seperti gambar
rajah 12.

Gambar rajah 12.

Sebenarnya, hasil daripada gabungan keempat-empat transformasi yang


telah kami lakukan sebenarnya merupakan satu hasil proses pembesaran. Objek
ataupun heksagon asal adalah berwarna biru gelap yang berada di tengah-tangah
manakala imej ataupun heksagon besar yang terbentuk daripada proses
pembesaran adalah heksagon yang bergaris warna oren seperti gambar rajah 12.

11
Kemudian, salah seorang daripada kami telah memberikan satu idea yang
bernas di mana seperti heksagon yang mempunyai garisan warna oren dalam
gambar rajah 12, kami melakukan proses pantulan untuk menghasilkan bentuk
ataupun corak yang lebih besar seperti gambar rajah 13.

Gambar rajah 13.

Berdasarkan gambar rajah 13, kami bersepakat untuk menerima idea


tersebut dimana kami pantulkan heksagon besar pada hujung garis tertentu. Dalam
gambar rajah tersebut kami menunjukkan satu contoh di mana kami pantulkan
heksagon tersebut pada garis berwarna hijau.

Hasil terakhir yang kami peroleh bagi kerja seni kami ialah seperti yang
dilampirkan pada halaman seterusnya.

11

Anda mungkin juga menyukai