wassalaamu alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ala alihi wa sohbihi ajmaiin.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang
dan Salam 1 Malaysia. Warga dewan sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat kita bertemu kita lagi
dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya Nur Hasmira Hasbullah pada
pagi/petang yang berbahagia ini. Hadirin yang dirahmati Alah sekalian, sebelum saya
memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum, dewasa ini,
masalah disiplin dalam kalangan pelajar boleh dikatakan berada dalam tahap yang
agak membimbangkan semua pihak. Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop
yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali
ini Pendisiplinan pelajar: Tanggungjawab Siapa? Persoalan inilah kunci utama forum
yang ingin kita gunakan sebagai pembuka pintu-pintu kecemerlangan pendidikan
akhlak di sekolah khususnya dalam persoalan mengatasi masalah disiplin pelajar.
Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita
berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan
risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita
pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara/saudari
_______________________ yang merupakan __________________________ Apa khabar
saudari? Panel Pertama : AlHamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana?
Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung
saudari/saudara____________________________, jawatan. Selamat datang saudari. Dan
di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari/saudara
_________________. Selamat datang juga buat saudara. Sebelum saya menyimpang
dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah sebenarnya konsep
tanggungjawab dan disiplin.
Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa
rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat,
kombinasi intelektual kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin
yang dirahmati Allah sekalian.
engerusi : Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utuh lagi
berisi. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa, disiplin dan
tanggungjawab perlu bergerak seiring untuk mencapai tahap kecemerlangan yang
maksimum
Panel Kedua: Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini.
Bismillah..
Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas
sebentar tadi. Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa sebenarnya terdapat
banyak asas pendisiplinan yang boleh diimplementasikan untuk mengawal masalah
disiplin pelajar di sekolah. Jika dua orang panel kita tadi menerangkan tentang konsep
tanggungjawab dan disiplin serta menghuraikan dengan selengkapnya tentang asas-
asas pendisipinan pelajar, saya ingin meminta pendapat panel ketiga tentang
persoalan Pendisiplinan pelajar, sebenarnya terletak di bahu siapa? Dipersilakan..
Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi
hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat
hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa
amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan
untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari
ini.(tepuk tangan). Kesimpulannya perkara yang berkaitan dengan masalah ini
sebenarnya bukanlah suatu perkara yang patut kita pandang remeh. Setiap individu
mempunyai tanggungjawab dalam membendung kemelut ini daripada terus menjadi
barah. Sebelum kita menuding jari kepada mana-mana pihak, elok kita renung-
renungkan sejenak.... Lautan Itu Dunia, Bahtera Itu Kita, Kemudi Itu Agama, Peliharalah
Bahtera Daripada Karam Di Lautan Dunia Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada
hari ini, terimalah serangkap pantun yang berbunyi: Tuailah padi antara masak, Esok
jangan layu-layuan; Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Sekian
sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang
kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri. Wallahualam Saya
akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia. Wabillah hitaufiq
Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh
Penyakit Kencing Manis Obesiti mempunyai kaitan rapat dengan diabetes. Pengambilan gula yang
berlebihan danmempunyai tabiat malas bersenam akan menyebabkan seseorang individu tersebut
mudahterdedah kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet darah
yangmungkin menjadi punca kepada masalah jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebab
penyakit kencing manis jenis dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta dikaitkandengan
tumor darah.
Emosi Tidak Stabil Seseorang yang mengalami obesiti juga akan menyebabkan emosi tidak stabil dan
seringmenganggap dirinya tidak menarik, kurang keyakinan diri dan mengalami depresi kerana
tidakdapat menghadapi hidup yang normal dan aktif seperti orang lainKesan Obesiti Terhadap Kesihatan
MentalMarkus M, (2002) menyatakan kesan sampingan obesiti termasuklah gangguan kesihatan
mental.
Sakit Jantung
.
Lemak yang terlalu tebal boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dalam organ tubuh
kita dan menyebabkan tubuh badan kita tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Mereka
yang mengalami obes iaitu pada ukuran BMI dalam lingkungan 25 ke atas terdedah dan
menyebabkan penyakit seperti serangan jantung, mati mengejut, sakit dada, darah tinggi
dan denyutan jantung yang tidak normal. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan
berkemungkinan mendapat tekanan darah tinggi. Puncanya kandungan lemak darah
(triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik yang rendah di dalam darah pengidap obesiti.
Trigliseride yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dengan cepat. Apabila
ruang salur darah telah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat
Psikologi
Kesihatan mental yang disebutkan bukanlah mengaitkan obesiti dengan penyakit gila atau masalah
otak tetapi lebih kepada kesan kepada emosi individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau
obes hasil interaksi sosial.
Mengimbas zaman sekolah, boleh dikatakan hampir semua daripada kita mempunyai interaksi dengan
individu dengan berat badan berlebihan. Boleh dikatakan di mana sahaja seseorang yang besar
badannya bersekolah, pasti ada yang mendiskriminasi atau mengejek. Ini mungkin akan meninggalkan
kesan psikologi kepada kanak-kanak tersebut, menyebabkan tahap keyakinan dirinya semakin rendah.
Kesan diskriminasi pada usia muda ini akan dibawa sehingga mereka dewasa dan mungkin membawa
kepada masalah hidup yang menjejaskan tahap kepuasan hidup individu yang berbadan besar. Pelbagai
kajian untuk mengukur kesan saiz badan terhadap psikologi seseorang telah dijalankan di luar negara.
Sebagai kesinambungan terhadap kajian di Barat, satu kajian hampir serupa telah dimulakan di Malaysia.