Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Pagar adalah struktur tegak yang dirancang untuk membatasi atau mencegah gerakan
melintasi batas yang dibuatnya. Pagar umumnya berbeza dengan dinding menurut kekukuhan
dalam pembinaannya suatu dinding umumnya didefinisikan sebagai pembahagi atau penahan
yang terbuat dari bata, kayu atau konkrit bertetulang.

Pagar memiliki beberapa kegunaan, misalnya pagar bagi pertanian untuk melindungi haiwan
ternakan dari ancaman anasir luar, pagar persendirian untuk memberikan kawalan atau
penjagaan kawasan rumah bagi tujuan keselamatan dan pembahagi kawasan bagi tempat
tinggal. Selain itu, pagar sementara juga merupakan pagar yang dibina untuk memberikan
keselamatan dan kemudahan orang awam semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan.

Rekaan pagar yang baik perlu mengambil perhatian untuk model dan bentuk pagar tersebut,
contohnya pagar yang dibina perlu bersesuaian dengan keadaan bangunannya. Seterusnya,
kekukuhan dan bahan yang digunakan untuk membina pagar perlu mengikut kesesuaian serta
tahan lama. Fungsi dan nilai estitika bagi pagar yang dibina perlu di titikberatkan agar ianya
lebih kemas dan cantik serta kukuh sepanjang penggunaannya.

Antara jenis pagar yang biasa digunakan adalah pagai jenis dawai dan pagar tembok bata.
Dalam laporan ini akan di tunjukkan kaedah-kaedah pemasangan pagar jenis dawai yang
biasa digunakan oleh masyarakat di Malaysia.Pagar dawai juga merupakan pagar yang tidak
memerlukan kos yang banyak. Manakala pagar tembok bata merupakan pagar yang dibina
menggunakan batu bata dan disusun mengikut bentuk yang di inginkan, kebiasaannya pagar
yang dibina menggunakan bata ini memerlukan kepakaran kepada pembinanya dan kadar
masa yang diperlukan juga tidak terhad. Gambar rajah di bawah menunjukkan jenis pagar
yang biasa digunakan :

1. Pagar dawai

2. Pagar batu bata